Hai semua...
Maraton kita cuma tinggal sehari je...sob..sob...
Jomlah, kita teruskan misi kita..
Maraton Misi Tawan Hati Ex..
Day - 10
~BuAt MuKa CoMeL~
HARI ini adalah hari pertama kumpulan kami akan mula
‘berkampung’ di Adam & Edrian Partnership. Mengikut
penjelasan Arraz tempoh hari, kesemua sistem Adam & Edrian akan menggunakan khidmat kami. Kesemuanya akan
diperbaharui.
Maka, Arraz mengarahkan kami semua
terlibat secara langsung di sana. Tidak ada yang berkecuali kerana dia mahu
kesemua sistem siap dengan sempurna dalam tempoh setahun. Walaupun kami telah
mengetahui tentang itu lebih awal, namun hati aku tetap berdebar-debar untuk
berada di sana. Apatah lagi mengingatkan Adam yang cuba mendekati aku.
Kami telah pun dibahagi kerja
masing-masing. Aku dan Badrul akan kendalikan Sistem Informasi Pasaran.
“Welcome, brother-in-law... going to be,” usik Edrian ketika menyambut ketibaan kami.
Adam sudah berada di sisinya.
Melihat sahaja aku di situ, Adam cuba berdiri dekat dengan aku. Namun aku lebih
pantas dan melarikan diri dan berdiri
di tepi Badrul. Rasa macam nak lari
berdiri sebelah Arraz tapi lain pula jadinya nanti.
“Abang Cik Dayana ke?” Yasmin
berbisik di telinga.
Aku hanya mengangkat bahu. Malas
mahu menjawab. Sakit hati saja.
“So, guys, tak payah nak buat kenduri untuk sambut
kedatangan kami. We will straight away do our job. Cuma nak
tahu, kau orang nak campak kami ke mana?” tanya Arraz dengan serius walaupun
kami yakin itu hanyalah satu gurauan.
Edrian sudah ketawa.
Setelah itu, Edrian dan Adam membawa kami ke ruangan tetamu. Setelah mendapat
tugasan daripada Arraz, kami dipisahkan mengikut bahagian yang akan
dikendalikan. Aku dan Badrul dibawa ke bahagian pemasaran. Dua buah tempat kerja
telah disediakan untuk kami gunakan.
“Hebat syarikat ni, kan? Serba-serbi canggih.” Badrul memandang sekeliling.
“Bolehlah,” balas aku dengan nada
tidak berminat. Terus aku membuka suis komputer.
“Tak rasa bertuah ke kita dapat
peluang ada di sini?”
“Helo, kita ni
cuma vendor.
Sampai masanya nanti kita pulang ke tempat asal. Kenapa? Kau dah
teringin nak tukar bidang ke?”
“Eh, taklah. Tapi, aku takut kau tu
yang akan tukar bidang.” Badrul sudah tersenyum sinis.
“Apa hal aku
pulak?”
“Eleh, macamlah aku tak nampak tadi.
Encik Adam tu bukan main usyar kau rapat.”
“Usyar apa?” Aku
pura-pura tak mengerti walaupun aku tahu maksud Badrul.
“Jangan duk buat lurus
bendul sangatlah. Jangan berlagak innocent macam tak tahu
apa. Takkanlah kau tak nampak mata dia asyik melekat kat muka kau?”
kata Badrul.
Aku menarik nafas panjang.
“Hai... tulah
pasal. Baru first day kat sini aku dah rasa macam nak
berhenti kerja.” Aku berterus terang tentang perasaan aku.
“Aisy! Takkan
sampai nak berhenti kerja? Apa salahnya? Kau pun dah lama solo.”
“Tak ada maknanya! Stay single doesn’t mean stay lonely.”
“Hello, wake up my friend. Encik Adam
salah seorang pemilik syarikat ni. Bertuah kalau dapat dia, tahu! Aku
tengok dia okey apa. Rupa ada, gaya ada. ” Badrul memetik jari di depan muka
aku.
“Kalau aku nak cari yang handsome, dah lama dah aku pindah ke KL dan mengurat
Shahrul Ridzwan tu, tau! Kalau aku nak kaya-raya, aku
sanggup jadi bini nombor dua Datuk Aliff Syukri.”
“Handsome ke Sharul Ridzwan tu?” tanya Badrul sekadar
mengusik.
“Handsomelah kalau nak dibandingkan dengan kau.” Aku
ketawa dengan kata-kataku sendiri.
Badrul merungut melihat aku
ketawakannya.
“So, kau tak berminatlah?” tanya lagi.
“Tak nak. Langsung tak ada
impian ke situ.”
Ya, memang aku akui duit memang
penting. Sangat penting! Kalau orang tak faham amksud aku, tentu dia akan kata aku mata
duitan. Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit. Allah dah
janji, rezeki sentiasa ada apabila kita rajin berusaha. Yang salahnya, bila
kita tak berusaha. Usaha, tawakal dan doa, itu adalah janji Allah.
“Dah tu, kriteria apa yang kau nak?”
tanya Badrul.
Entah kenapa mamat itu bertanya
tentang hal begini hari ini. Yang peliknya, aku pula terasa nak bercerita.
Memang aku perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan aku sekarang. Malangnya,
Yasmin bertugas di bahagian lain.
“Aku cuma nak cari ayah untuk anak
aku.” Aku pandang Badrul. Lama. Harap dia mengerti perasaan aku.
“Yang tu masalah! Memang masalah!”
Badrul menggosok dagunya.
“Eh, dah alang-alang kau cerita
pasal hal ni, aku nak tanya. Anak kau tu pernah tak jumpa dengan ayah dia?”
tanya Badrul.
Aku menggeleng.
“Kau tak bawa jumpa atau dia yang
tak nak jumpa?”
“Masalahnya, bekas suami aku tu tak
tahu langsung yang kami ada anak. Lepas aku dengan dia bercerai, dia hilang
entah ke mana. Famili dia pula dah buang aku dengan anak aku. Dia orang
langsung tak nak pandang cucu dia orang. Lepas tu, mereka pindah. Baru sekarang
aku jumpa bekas suami aku balik.” Laju saja aku
bercerita tentang kisah hidup aku secara ringkas.
“So? Kau
tak beritahu dia yang dia ada anak?”
“Dah, tapi dia tak percaya sebab masa aku bercerai dengan
dia, aku sendiri tak tahu yang aku tengah mengandung masa tu,” terangku.
“Isy! Payah macam
ni.” Badrul mendengus seolah-olah sedang memikirkan masalah aku.
“Kalau kau jadi aku, apa kau nak
buat?” tanya aku.
“Kalau aku? Kalau aku... Isy!
Beratlah masalah kau ni. Tak pun, kau lupakan ajelah bekas suami
kau tu. Encik Adam kan ada. Dia tu nampak berminat sangat dengan
kau.”
“Eh, apa hal masuk
Encik Adam pula ni? Memanglah aku nak teruskan hidup. Cuma, anak aku tu
perempuan. Aku nak papa dia tahu yang dia ada anak. Bukannya aku nak balik
dengan dia pun.” Aku pula menjadi emosi apabila Badrul mengungkit nama Adam
lagi.
“Tapi, kalau bekas suami kau nak
dekat kau balik, macam mana?”
“Mustahillah. Dia dah bencikan aku.
Lagipun, dia dah bertunang. Dah nak kahwin dah pun.”
“Ya ke? Kesian kat
kau kan. Tapi tak
apalah. Kau cantik, bijak. Kau
boleh cari orang lain.”
“Kau puji aku ke?” Aku ubah keadaan
serius itu dengan mengusik Badrul. Bukan senang nak dengar Badrul puji orang.
“Eh, kau ni. Perasan!”
“Yalah. Aku kan
cantik, nak siapa pun boleh. Kalau aku nak Pangeran
Brunei, agak-agak kau dapat tak?” usik aku. Sebelah kening aku berjongket
sambil memandang Badrul.
“Weh! Ada hati nak dengan anak
raja.” Badrul menggeleng.
Aku ketawa.
“Kalau saya nak awak, awak nak saya
tak?” Tiba-tiba ada suara menyampuk.
Aku menoleh ke belakang.
“Eh, Encik Adam.” Aku tergamam.
Bukan sahaja dia, Arraz juga ada bersamanya.
“Tinggi cita-cita awak nak dapat
anak sultan. Kalau orang biasa macam saya awak tak pandang ke?” Adam merenung
aku.
“Saya bergurau aje Encik Adam,”
kataku.
“Kalau macam tu, saya ada peluang,
kan?” tanya Adam dengan nada playboy. Siap bersandar di meja aku lagi.
“Encik Adam mungkin tak tahu yang
saya dah ada anak seorang.”
“Saya tahu dan saya juga tahu yang
awak ni ibu tunggal,” balas Adam.
Tak sangka pula dia tahu pasal aku.
Nak tak nak, mesti Dayana yang beritahu dia. Menyibuk sajalah! Aku mengerling Arraz. Dia menjeling lalu melarikan pandangan ke tempat
lain. Aku nampak cemuhan pada jelingan itu. Sungguh! Aku benar-benar rasa
terhina.
“Macam nilah, Encik Adam. Saya
datang sini untuk berkerja. Untuk sara anak saya. Untuk sara kehidupan kami
berdua yang papa dia tak tahu pun kewujudan dia. Yang mana, papa dia kata saya
curang dan lahirkan anak orang lain tanpa beri peluang saya jelaskan semuanya.
Jadi, saya rasa untuk saat ni tak ada orang yang layak untuk jadi papa bagi
anak saya.” Kerana kecewa dengan sikap Arraz, aku lepaskan semuanya kepada
Adam. Biar dia dengar, biar dia tahu yang aku sedang marah kepadanya.
Suasana sunyi seketika. Mungkin
tiada siapa menyangka aku akan berkata begitu. Ya, aku juga tak sangka aku akan
berkata begitu. Baru aku tersedar yang aku telah terlepas kata. Bergegas aku
pergi dari situ. Semasa aku melintasi Arraz, sempat aku lagakan bahu aku di
lengannya, tanda kecewa dengan sikapnya.
“Melati!” Aku terdengar suara Adam
memanggil. Terdengar ada langkah kaki yang sedang mengekori aku.
Aduh! Kenapalah Adam ikut aku?
Sampai sahaja di lobi bangunan itu,
terus aku berhenti. Aku menoleh untuk memberitahu Adam yang aku tak mahu dia
mengekori aku lagi. Pusing sahaja belakang, bukan wajah Adam yang
ada tapi wajah Arraz yang masam. Tergamam aku memandang wajah itu.
“Tahu berhenti?” tanya Arraz dengan
nada menyindir.
“Hmm, bos ikut
saya kenapa?” aku bertanya kembali.
Arraz mendengus perlahan. “Apa yang
awak buat ni?”
“Buat apa?” Tiba-tiba saja aku
menjadi takut dengan Arraz. Tentu dia akan marahkan aku kerana tak bersikap profesional.
“Baru hari pertama kat sini awak dah
buat pasal.”
“Encik Adam yang cari pasal dengan
saya dulu.”
“Adam? Awak salahkan Adam? Awak
belum pun mulakan kerja awak dah cari pasal dengan dia.”
“Saya cuma beritahu perkara yang
betul. Bos perasan tak yang Encik Adam cuba dekat dengan saya. Saya cuma nak
dia tahu saya ni janda. Takut dia tersilap ‘mengurat’ orang.”
“Dia cuba nasib. Apa salahnya? Kalau
tak suka, cakap aje. Tak payah buat perangai budak-budak.”
“Apa yang saya dah buat?” tanyaku.
Arraz mendengus kuat. Tangan
dikeluarkan dari poket seluar. Dia mendekati aku dengan wajah menyinga.
“Apa yang awak cuba katakan?” Dia
bertanya.
“Saya cuma beritahu apa yang bos tak
nak dengar.”
“Berapa kali saya nak beritahu. Saya
tak nak ingat benda-benda lama. Saya dah kata, saya nak lupakan semua. Saya
baru saja kenal awak.” Arraz sudah memulakan lakonan yang penuh kepura-puraan.
Baru kenal konon! Agak-agaklah kalau
ya pun nak lupakan kisah silam.
“See?!” Aku kembali berjalan untuk masuk ke pejabat
semula. Tak tahu dah nak cakap apa dengan Arraz.
“Melati!” Dengan pantas tangan aku
disentap. “Okay, I
give you a last chance.
Lepas ni, saya tak nak awak ungkit dah semua kisah silam kita. Lepas ni, saya akan anggap yang saya tak pernah kenal awak sebelum ni dan awak juga perlu buat macam tu.”
Mata kami bertentang seketika. Aku
cuba mencari dan membaca apa yang tersirat di hatinya. Sungguh! Aku lihat Arraz
benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya.
“Sekarang, apa yang awak nak
katakan?” tanya Arraz.
“Seri Dahlia binti Arraz Khair. Dia
anak awak,” kataku dengan tegas sambil merenung tepat ke dalam matanya.
“Nonsense! Saya
tak pernah tahu pun awak
mengandung.” Dia ketawa sinis dan kepalanya tergeleng perlahan.
“Saya sendiri pun tak tahu saya
mengandung.”
“Bahasa apa awak cakap ni? Awak
jangan main-mainkan saya. Apa bukti budak tu anak saya?”
“Saya dah mengandung masa ketika
kita bercerai.”
“Saya tahu sebab budak tu sekarang
dah tujuh tahun. Tapi, kenapa awak tak beritahu saya yang awak
mengandung masa tu? Awak minta cerai dengan saya sebab awak nak kahwin lain,
kan?”
“Bukan macam tu. Bagilah peluang
saya jelaskan dulu.”
“Okey.” Arraz yang kelihatan tak
berpuas hati memberi isyarat agar aku bercakap.
“Saya tak tahu langsung yang saya
mengandung. Sebab masa tu, saya datang bulan macam biasa. Saya pun tak ada morning sickness. Lepas aje kita bercerai, saya tak datang period. Saya pergi klinik nak minta ubat. Tapi bila buat urine test, baru saya tahu yang saya pregnant.
Saya ke rumah mama dan papa nak cari awak. Tapi awak tak balik. Dia orang tak
nak terima saya lepas tahu yang kita dah bercerai.” Aku matikan cerita di situ.
Tak sampai hati untuk menceritakan
tentang sikap mama dan papa yang menghalau aku ketika aku membawa Dahlia
bertemu mereka.
“Wau! Hebatlah cerita awak ni.”
Arraz bertepuk tangan. Wajahnya terukir dengan senyum sinis.
Kecewanya aku!
“Lepas bercerai dengan saya. Kekasih
gelap awak tak nak kahwin dengan awak, jadi gunakan saya untuk bintikan anak
awak?”
“Apa awak merepek ni?”
“Seri Melati, saya langsung tak
termakan dengan kata-kata awak. Macam mana dah enam bulan mengandung tapi awak
masih datang bulan? Awak ingat saya bodoh?”
“Saya tak tipu!” Mata aku mula
berkaca-kaca.
“Simpanlah cerita awak tu. Sekarang,
saya nak awak masuk pejabat dan jalankan kerja awak sebagai staf saya.” Arraz
berpusing dan terus pergi.
Awak, saya tak tipu awak. Dahlia
anak kita. Saya tak pernah
curang. Saya setia dengan awak sampai sekarang. Kalau awak tak percaya, awak pergi tanya doktor. Memang ada ibu yang
mengandung tapi masih datang bulan. Kita buat ujian DNA. Tolonglah percaya,
awak! Aku merintih dan terus merintih walaupun semuanya sia-sia.
Susah sangat ke Arraz nak percayakan
aku? Selama aku jadi isterinya, selalu ke aku menipu dia? Aku memang salah
kerana tak tahu mengawal emosi masa itu. Sedangkan aku langsung tak ada niat nak
berpisah dengannya.
“Melati?” Bahu aku disentuh.
Aku berpaling.
“Dayana.” Aku menyebut nama empunya
diri.
“Kenapa awak berdiri kat
tengah-tengah ni?”
“Tak ada apa. Cuma
saya rasa penat. Jadi, saya berhenti sekejap kat sini.”
“Awak okey ke?” tanya Dayana.
Kedua-dua tangannya sudah memegang bahu aku.
“Saya tak okey. Tapi, saya akan okey
kalau awak yang tak okey,” kataku.
“Huh?” Dahi Dayana berkerut.
Tanpa berkata apa-apa, aku terus
pergi meninggalkan tanda tanya di hatinya. Kalau ikutkan perasaan aku saat ini,
aku mahu hancurkan sahaja hubungan Arraz dan Dayana. Biar mereka berpisah. Baru
puas hati aku. Tapi aku takkan buat begitu. Aku akan pastikan Arraz tahu
kebenaran. Itu sahaja. Itu sahaja yang aku mahukan. Setelah itu, aku akan bawa
luka hati ini bersama Dahlia. Biar Arraz pula menderita kerana berpisah dengan
anaknya.
---------------@@--------------
So, gaizzz..yang berminat untuk dapatkan Misi Tawan Hati Ex boleh aje follow cara di bawah ni. Senang aje...
MISI TAWAN HATI EX
RM 24 (Semenanjung Malaysia)
RM 27 (Sabah/Sarawak)
Tiada sebarang caj dikenakan untuk penghantaran. PERCUMA. Penghantaran melalui pos laju.
CARA-CARA MELANGGAN NOVEL-NOVEL PENERBITAN FAJAR PAKEER
1. Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank Penerbitan Fajar Pakeer - 564212503591. BAKI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
2. Whatsapp 0196128069 slip pembayaran berserta tajuk ~ "MISI TAWAN HATI EX", nama penuh, alamat & nombor telefon anda.
3.Pesanan diproses dalam masa 1-2 hari bekerja.
-----@@---
Esok g tgk kt popular pulak..klu xxde mmg nk kena beli online la jawapnya..
ReplyDeleteEsok g tgk kt popular pulak..klu xxde mmg nk kena beli online la jawapnya..
ReplyDeletecari...jangan tak cari...hikhik
ReplyDelete