Novel-novel ER (Emma Rusdi)
Terima kasih kerana mengunjungi blog PSB.
Pesanan-pesanan novel ER boleh di order kepada ER sendiri atau kepada pihak penerbit.
---------------@@----------------
TAJUK : MISI PIKAT HATI EX
PENERBITAN FAJAR PAKEER
HARGA : RM24/27
ISBN : 9789673652792
Blurb
TAJUK : MISI PIKAT HATI EX
PENERBITAN FAJAR PAKEER
HARGA : RM24/27
ISBN : 9789673652792
Blurb
“Tapi bos,
manusia sentiasa buat silap, kan? Kesilapan tu boleh diperbetulkan ke?” -
Melati
“Ada
kesilapan yang boleh diperbetulkan. Dan ada yang tidak.” – Arraz
Tujuh tahun berpisah dengan Arraz dan
akhirnya mereka bertemu kembali. Pertemuan sekali ini sangat bererti buat
Melati. Namun sikap Arraz dan kehadiran Dayana membuatkan dia semakin
menjauhkan diri.
Saat dia bertekad untuk pergi dari hidup
Arraz, suatu tragedi telah berlaku. Arraz koma dan hilang ingatan apabila dia
sedar daripada koma. Arraz masih menganggap Melati adalah isterinya sedangkan
mereka telah lama berpisah. Demi Dahlia, anak mereka yang Arraz tidak ketahui
kewujudannya, Melati menerima permintaan Dayana dan keluarga Arraz. Dia
berpura-pura masih menjadi isteri Arraz.
Namun, permintaan demi permintaan Arraz
tentang haknya sebagai suami akhirnya memaksa Melati melukakan hati lelaki itu
sekali lagi.
“Because
your love is not for me anymore. Your
love is for Dayana. She is your fiancé.”
Arraz menyedari bahawa cintanya masih
utuh buat Melati. Dan Arraz takkan melepaskan Melati untuk sekali lagi.
TAJUK : SENYUM TANDA SUKA
PENERBITAN FAJAR PAKEER
HARGA : RM27/30
ISBN : 9789673652457

Amani, dia dingin dan kaku. Namun kerana dirinya begitu, membuatkan Izz jatuh hati kepadanya. Amani begitu sukar untuk di dekati. Sikap Amani adakalanya mencabar kesabaran Izz.
"Berani awak?!"
"Awak marah sebab saya pegang awak?"
"Lepaskan!"
"Awak nak pergi? Baiklag. Assalamualaikum."
Amani diam.
"Assalamualaikum. Awak tahu tak memberi salam itu sunat, tetapi menjawabnya adalah wajib. Kalau awak tak tahu, anggap sahaja ini pelajaran awak yang pertama untuk hari ini. Kalau awak nak saya lepaskan awak, jawab salam saya!"
"Waalaikummussalam."
Kekasaran Izz membuatkan Amani membencinya. Namun dalam kebencian itu, dia akui hanya Izz yang selalu berada di sisinya. Saat hatinya mula lembut dengan Izz, Izz pergi meninggalkannya. Setelah lapan tahun, Izz kembali semula. Namun, saat itu kepercayaannya kepada Izz telah hilang.
Sekali lagi Izz berusaha untuk mendapatkan kepercayaan Amani. Apakah kali ini Izz akan berjaya setelah hati Amani terluka?
"Hei, Amani. Kalau awak malu, cukuplah awak tersenyum. Senyum Tanda Suka."
"Kalau tak senyum?"
"Senyumlah sayang..."
--------------------@@--------------
TAJUK : DUP! DAP! JANTUNGKU BERHENTI
TAJUK : TAKKAN PERNAH HILANG
FARIZ - Cinta yang terpendam buat Maisara tak pernah pudar walaupun dia telah memilih orang lain sebagai isterinya. Demi sebuah rahsia yang tersimpan, dia rela kehilangan sebuah cinta. Namun, takdir menetapkan dia harus bersama semula dengan Maisara. Tetapi, menambat hati Maisara tidak semudah seperti dahulu. Hati Maisara sudah terkunci rapat buatnya.
MAISARA - Dia tidak menyangka akan kehilangan cintanya pada saat dia mula mengimpi untuk hidup bersama Fariz. Hatinya sangat terluka saat Fariz menyatakan keinginan untuk menyunting kakaknya, Suhana, untuk menjadi isterinya. Luka di hati semakin bertambah apabila Suhana menghembuskan nafas yang terakhir. Kini, Fariz datang semula menagih cintanya. Namun, kehadiran Ilyana di sisi Fariz membuatkan kepercayaannya kepada lelaki itu semakin hilang. Tetapi kerana tanggungjawab dan kasih yang sudah tertumpah kepada Aiman, Maisara menerima Fariz semula tanpa menagih cinta daripada lelaki itu.
“Saya harap awak berterus terang dengan Ilyana. Beritahu dia, saya takkan halang hubungan dia dengan awak. Saya buat semua ni semata-mata kerana Aiman. Saya tak kisah pun kalau awak nak berkahwin dengan dia atau mana-mana perempuan sekalipun.”
“Awak jangan risau. Kalau awak yang jadi isteri saya dan mama Aiman, bermakna tiada isteri lain untuk saya dan tiada mama lain untuk Aiman.”
Lalu Maisara dan Fariz bersatu dalam ikatan ijab dan kabul. Bagi Maisara, segala pengorbanan yang dilakukannya hanya kerana Aiman. Cintanya kepada Fariz tak mungkin datang kembali. Cinta di hatinya telah hilang untuk Fariz. Namun, benarkah cinta itu pernah hilang daripada hati Maisara sedangkan tiada nama lain menghuni hatinya sesudah Fariz?

---------------@@-----------------
TAJUK : SAAT HATI MERELAKAN
PENERBITAN FAJAR PAKEER
HARGA : RM20 / RM23
ISBN 978-967-365-071-2
Wes dan Qismyna, masing-masing punya kisah silam. Kisah percintaan yang tidak bisa diluputkan daripada ingatan. Wes yang masih mencintai Farahymma terus mengejar cinta gadis itu. Qismyna yang masih belum melupakan Adam terus cuba membuang lelaki itu daripada hatinya.
Dalam mereka cuba meneruskan kehidupan, tanpa disedari, mereka telah dipertemukan dalam situasi yang tidak terjangka. Sehingga memaksa untuk mereka hidup sebagai suami isteri, hanya dengan pertemuan beberapa minit.
“Kalau saya jatuh cinta dengan awak, saya akan potong rambut saya hingga paras telinga.”
“Baiklah, saya pula akan hias setiap sudut bilik dengan bunga matahari. Itu tandanya saya telah jatuh cinta pada awak.”
Itu perjanjian yang dilakukan antara Wes dan Qismyna. Biarpun perkahwinan mereka tanpa kehendak hati, namun perkahwinan itu tetap diteruskan. Demi maruah keluarga, dalam tempoh tertentu. Saat hati mula merelakan, muncul Farahymma sebagai penghalang, muncul Adam ingin mengotakan janji.
Qismyna mula tersepit dengan perasaan sendiri. Wes berbelah bahagi antara janji yang dibina dan perasaan yang mula timbul. Apakah Qismyna dan Wes akan terus bersatu? Bertahan lamakah perkahwinan tanpa sengaja antara mereka berdua? Akan adakah antara mereka yang akan merelakan segalanya? Saat hati merelakan, sebarang kemungkinan bisa berlaku. Pahit atau manis, akan direlakan segala.
----------------@@----------------
No comments:
Post a Comment