Tapi di sini tak begitu menarik......bolehlah....setakat nak menghabiskan cuti hujung minggu......
Friday, 4 March 2011
Taman Rama-Rama
Seumur hidup saya selama dua puluh tujuh tahun di Penang, inilah baru pertama kali saya melangkah ke Taman Rama-rama Teluk Bahang. Saja je pergi round island cuti hujung minggu. tapi ketika itu, kakak pulang ke kampung, cuti sekolahlah katakan. Dia pulak manja dengan tok mamanya (mak mertua saya). Jadi, bila cuti sekolah je, mesti nak jumpa tok mama......
Thursday, 3 March 2011
Cameron Highland
Tahun lepas sahaja, dua kali saya bertandang ke Cameron Highland. Trip pertama bersama rakan-rakan sepejabat. trip kedua pulak bersama keluarga. Lepas pulang dari trip kedua, alih-alih arwah tok mertua saya minta saya dan suami menemani seorang teman ke Cameron Highland. Terkedu saya sekejap. Nasib baik lastly, teman tu cancel.....Fuhhh....
Antara kenangan manis bersama teman di sana.......
Antara kenangan manis bersama teman di sana.......
| Ketika di restoran Bharat...... Makan kek coklat dan teh strawberry Nyum.....nyummy.... |
Gambar ni ketika perjalanan turun dari Cameron Highland Kebanyakkan tempat-tempat yang saya lawati bersama rakan sepejabatsama dengan trip bersama keluarga Trip ini hanya mengambil masa satu hari sahaja. bertolak dari jam enam pagi dan mula turun dari Cameron dari jam enam petang. |
| Bersama teman sepejabat.... Berposing sakan...... |
| Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Pulau Pinang |
Ini pulak antara gambar kenangan bersama keluarga.......
![]() |
| Cantik sungguh bunga ni.......macam payung tapi kembang ke bawah |
![]() |
| Inilah dua orang anak perempuan saya ketika tiba di puncak ladang. Seronok bukan main.... |
Trip bersama keluarga selama tiga hari dua malam. Bila malam je, masing-masing menggigil kesejukan. walaupun taklah sesejuk mana, tp tetap tak tahan sebab cuaca yang sangat berbeza dengan Penang. Sejuk beb......tapi siang okey....
Cahaya Hati......
Entah kenapa tetiba saja saya terasa nak share serba sedikit tentang kehidupan saya. Saya harap tak menggangu konsentrasi anda terhadap karya-karya saya. Anggaplah saya mahu berkongsi saat-saat manis di satu-satunya blog ini.....
Inilah dia......Nurul Uzma Batrisyia yang tak lama lagi akan menginjak umur ke lima tahun pada bulan ini. Anak saya yang ini lebih senang di panggil Kakak.
Gambar ni diambil ketika bertandang ke rumah saudara sewaktu Hari Raya tahun lepas
Ini pula anak gadis kedua saya ......Nuril Amni Qistina dan lebih senang di panggil Amni.
Waktu ni baru lepas pulang dari sukan sekolah tadika kakaknya. Saja kenakan tundung, nampak 'kiuuuuut' plak. heheheh....
Kedua-dua anak saya lahir pada bulan Mac. Kakak pada 7 hb dan Amni pada 24 hb........
Ketika melahirkan kakak, due saya lewat lapan hari. manakala ketika melahirkan Amni, tercepat tiga hari pulak......
Sebab berkongsi bulan kelahiran yang sama, jadi tak susahlah untuk saya sambut harijadi mereka. kebetulan jugak mak saya juga pada bulan yang sama iaitu pada 9 Mac.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















