Assalamualaikum...
Salam sejahtera..
Maaf ye awaks, ER dah banyak hari menyepi. Kesihatan agak terganggu dengan jerebu yang melanda negara kita. Walaupun IPU dah semakin rendah, tapi tetap terasa tak sihat bila keluar rumah.
ER harap awaks sihat dan jaga kesihatan ya.
Di sini ER belanja sikit petikan dari novel DDJB. Jika awaks berminat nak baca kisah ni dari awal sehingga bab 15, awak boleh klik link ini.
Salam sejahtera..
Maaf ye awaks, ER dah banyak hari menyepi. Kesihatan agak terganggu dengan jerebu yang melanda negara kita. Walaupun IPU dah semakin rendah, tapi tetap terasa tak sihat bila keluar rumah.
ER harap awaks sihat dan jaga kesihatan ya.
Di sini ER belanja sikit petikan dari novel DDJB. Jika awaks berminat nak baca kisah ni dari awal sehingga bab 15, awak boleh klik link ini.
Jika awaks berminat nak beli novel ni dan buat koleksi rak buku awaks yang penuh tu, awaks boleh klik di sini. Pilih media sosial yang memudahkan anda untuk hubungi ER.
Jom baca sikit....
------------@@----------
“Audra, kau
dengar tak apa kata Encik Zack tadi?” Zana berbisik di telinga Audra. Audra
memandang Zana. “Dia kata, apa yang dia suka, Tuan Syed pasti suka. Matanya
adalah mata Tuan Syed.” Zana
mengulang kembali kata-kata Zack.
Audra
mengangguk. Memang Zack ada berkata begitu.
“Kau tak
rasakah yang Encik Zack dan Tuan Syed tu, ’gitu-gitu’?” Zana sudah
menggoyangkan badannya, kegelian.
Audra
tengarnga apabila dapat menangkap maksud Zana. “Diorang berdua tu ada
gitu-gitu?” Gitu-gitu yang dimaksudkan Audra adalah hubungan yang istimewa.
Zana sudah
terangguk-angguk. Mata Audra pula sudah terbeliak dan mulutnya ternganga luas.
Takkanlah Encik Zack itu gay!
“Ehemm!”
Zack berdehem dengan kuat. Walaupun mereka berdua berbisik, sangat jelas di
telinganya perbualan mereka. Adakah patut mereka membuat andaian begitu? Tercabar
jiwa maskulinnya!
Audra dan
Zana serentak memandang Zack yang sudah terpaku di depan mereka. Macam mana
Zack boleh ada di sini? Tadi, lelaki itu sedang berbual dengan Che Enon.
“Saya
adalah orang ke-per-ca-ya-an Tuan Syed.” Perkataan ‘kepercayaan’ diucap dengan
ketegasan dan lambat-lambat. “Jangan suka simpan prasangka buruk!” Seraya itu
Zack berlalu di tengah-tengah antara mereka. Sehingga bahunya melanggar bahu
Audra.
Audra sudah
membuat muka. Menyampah! Dia menyapu-nyapu bahunya yang bersentuhan dengan
Zack. Terasa berdosa walaupun mereka tidak bersentuhan kulit kerana berlapik
dengan pakaian.
Che Enon
sudah tertawa pada Audra dan Zana apabila Zack sudah keluar dari kamar utama.
Audra dan Zana sudah menjeling Che Enon.
“Apalah
kamu berdua ni! boleh pulak syak yang bukan-bukan!” Che Enon menyambung tawanya lagi.
“Sudah-sudahlah
ketawakan kami Che Enon!” wajah Zana sudah berkerut.
Che Enon
menghentikan tawanya walaupun dia masih terasa mahu berbuat begitu. “Tuan Syed
tu, lelaki sejati tahu! Apatah lagi Encik Zack.” Che Enon berlalu pergi.
-----------@@-----------
TERIMA KASIH-ER
-----------@@----------
No comments:
Post a Comment