Assalamualaikum....
Hai awaks...
Sape yang tak pernah baca novel ni lagi. Bolehlah baca sikit sedutannya di bawah ni. Kalau nak baca dari bab awal sampai bab 10, boleh klik link ini - Link Novel
Kalau berminat nak beli buku ni boleh order dengan Fajar Pakeer atau hubungi ER di link ini - hubungi saya dan pilih medium yang paling senang untuk hubungi.
Jom baca...
Jemput naaaa....
---------@@-------------
Hai awaks...
Sape yang tak pernah baca novel ni lagi. Bolehlah baca sikit sedutannya di bawah ni. Kalau nak baca dari bab awal sampai bab 10, boleh klik link ini - Link Novel
Kalau berminat nak beli buku ni boleh order dengan Fajar Pakeer atau hubungi ER di link ini - hubungi saya dan pilih medium yang paling senang untuk hubungi.
Jom baca...
Jemput naaaa....
---------@@-------------
“Saya tak nak terserempak awak dengan mana-mana lelaki
lagi. Expecially, Zack!”
Maisara mengangguk. Dia tahu benar dengan sikap Fariz.
Dia seorang lelaki yang lembut tetapi sangat tegas jika janji yang terikat
tidak dipatuhi! Ah! Tapi bukankah Fariz juga tidak boleh dipercayai?! Dia
berjanji dengan Maisara untuk mencintai Maisara, tapi akhirnya dia menikahi
Suhana.
Perkahwinan mereka dirahsiakan tanpa pengetahuan
sesiapa. Mungkin kerana itu, alasan untuk memohon cuti yang agak lama, agak
sukar untuk diluluskan. Tetapi Fariz tidak menyangka Zack akan mengambil
kesempatan dari itu dengan mengajak Maisara keluar bersama. “Lepas ni, kalau
awak nak mohon cuti dan Zack bagi syarat bodoh pada awak, awak terus bagi pada
saya. Saya akan luluskan!”
Tanpa sebarang respon, Maisara melangkah untuk pergi.
Sempat dia menjeling Fariz. Menyampah dengan sikap Fariz yang sudah mula
menunjukkan kuasanya.
Melihat jelingan yang dilemparkan Maisara, pantas sahaja
Fariz mencapai tangan Masiara. Reaksi Maisara itu seolah-olah mengambil mudah
arahannya. Dia tidak suka bila Maisara menganbil ringan kata-katanya. “Ingat,
kalau awak boleh abaikan permintaan saya yang satu tu, saya juga akan abaikan
syarat awak!”
Mendengar sahaja kata-kata yang berbaur ugutan itu,
pantas membuatkan Maisara berpaling dan merenung Fariz tajam. “Are you threatening me?”
“Yes!”
“Awak jangan cuba-cuba nak ugut saya! Saya tak takut
dengan ugutan awak!” Benci betul Maisara bila diugut begitu. Tajam matanya
menikam mata Fariz.
“Try me and then
you will know!”
-----------@@-----------
TERIMA KASIH-ER
-----------@@----------
No comments:
Post a Comment