Klik link ini ==> (Novel ER)
HARGA
SEMENANJUNG : RM 27.00
SABAH/SARAWAK : RM 30.00
Nak baca dulu novel-novel ER, boleh klik sini ya
jangan lupa follow ER di wattpad...ngeengee..
https://www.wattpad.com/emmarusdi
Jom ikuti sambungan STS
--------------@@------------
https://www.wattpad.com/emmarusdi
Jom ikuti sambungan STS
--------------@@------------
Usai menyudahkan sarapan, mereka melangkah keluar dari ruang makan. Amani terus menuju ke kawasan taman di tengah halaman. Sedang Tuan Idrus dan Izz berjalan beriringan dengan perlahan untuk menjarakkan diri mereka daripada Amani.
“Izz,
tolong tengokkan Amani. Jangan beri kerja yang terlalu berat untuk dia. Lagi
satu, cuba hubungi Puan Zaiton. Mana tahu kalau dia nak datang sini dan jumpa
Amani.”
“Baik,
tuan.”
Tuan Idrus kemudiannya membawa diri dan
menghilang ke Kamar Ilham. Izz menghampiri Amani yang sedang menunggunya di taman.
“Jom.
Kita ke Ilham Hati.” Izz melangkah mendahului Amani ke Ilham Hati.
“Selamat datang ke Ilham Hati. Saya akan
kenalkan tempat ini kepada awak supaya awak tak sesat di sini,” gurau
Izz ketika mereka masuk ke dalam kawasan itu. “Tempat ini adalah tempat
kain-kain diproses. Daripada melukis, mewarna sehinggalah kain direbus.
Tapi, orang-orang di sini cuma panggil tempat ini Pondok Mewarna.”
“Pondok? Bukan kilang?” Amani terkedu. Namanya
tidak sesuai dengan saiznya yang besar sehingga dia menyangka tempat itu adalah
kilang.
“Bukan. Ilham Hati bukan kilang kain. Di sini,
kami menjual corak kain dengan melukis.”
Amani memandang
suasana sekeliling yang sibuk di Pondok
Mewarna. Terdapat enam kain rentang yang panjang di situ dan tiga hingga empat
orang sedang mewarna di setiap rentangan. Beberapa orang pekerja lelaki sedang
mengangkat kain-kain yang telah direndam dengan air panas untuk dijemur. Ada
beberapa pekerja sedang merebus kain-kain yang telah dicelupkan dengan warna. Kerja
mereka kelihatan begitu sukar.
Izz membawa Amani masuk ke dalam untuk melihat
dengan lebih jelas.
“Kalau
awak nak tahu, semua corak-corak di sini adalah hasil kreativiti Tuan Idrus
sendiri. Sebab itulah tempat ini dinamakan Ilham Hati.”
“Semuanya ilham Tuan Idrus?” Amani teringat
semula pada lukisan-lukisan Tuan Idrus yang dilihatnya di
Kamar Ilham.
“Ya,
semuanya ilham Tuan Idrus.”
“Apa
kerja saya?” Malas mahu memanjang cerita tentang Ilham Hati, Amani
terus bertanyakan kerjanya.
“Awak dah banyak buang masa saya!” Sempat dia
melirik jam di tangannya. Sudah hampir jam 8.30 minit pagi.
“Ini
semua bukan kerja awak. Kerja awak bukan di sini.”
“Kalau semua ini bukan kerja untuk saya, kenapa saya
dibawa ke sini?” Amani mendengus kasar.
Izz hanya tersenyum halus.
“Ikut
saya. Kerja awak di dalam gudang,”
katanya.
Kemudian, mereka melalui kawasan jemuran yang
luas lalu menuju ke gudang yang bertentangan dengan Pondok Mewarna. Gudang itu
dibuka kuncinya lalu ditolak daun pintunya. Masuklah cahaya mentari ke dalam gudang
yang gelap itu.
“Sekejap lagi lori-lori kita akan sampai untuk
menghantar tempahan,” kata Izz sambil meletakkan selak kunci ke dalam
lubang lantai untuk menahan pintu daripada tertutup. Kemudian, dia membuka jendela yang
ada di situ.
Melihat Izz membuka jendela, tanpa disuruh Amani juga melakukannya. Dia membuka
jendela kayu yang mempunyai gerigi besi bersilang di sisi kanan. Bermula dari
hadapan sehingga ke belakang. Manakala Izz membuka jendela di sisi yang bertentangan.
Gudang yang kelam tadi menjadi terang-benderang.
“Dalam
ni ada semua kain-kain kosong yang kita tempah dari kilang kain dan
kain-kain yang telah siap kita warnakan dan corakkan.” Izz membuka suiz lampu.
“Di bahagian belakang adalah rak yang menyimpan kain-kain putih. Di bahagian
depan ni adalah bahagian kain yang telah siap untuk dihantar keluar kepada
pelanggan.”
Di sudut hadapan bahagian kanan gudang itu
terdapat sebuah meja. Izz membuka laci lalu menarik keluar dua buah buku log
setebal satu inci.
“Setiap
corak telah dilabelkan dengan kod. Dalam buku ni, ada tempahan daripada
pelanggan. Di sini telah dicatatkan nama syarikat dan tempahannya. Dalam buku ni
pula.” Izz mengambil satu lagi buku yang lain lalu menunjukkan kepada
Amani.
“Ada
contoh kain dan kodnya. Sekarang saya nak awak semak semua tempahan ni. Dalam
setiap rak ni, mewakili satu nama syarikat yang ambil tempahan daripada
kita. Saya nak awak periksa setiap rak dan lihat sama ada semua tempahan telah
cukup. Kalau lengkap, awak tulis lengkap dan kalau masih belum cukup tempahannya,
awak tulis kod apa yang kurang.” Izz menyerahkan kedua-dua buku itu kepada
Amani.
“Faham?” Ada
nada tegas daripada suaranya.
Amani mencapai buku-buku itu. Dia melirik Izz
seketika dan tanpa bicara dia terus bergerak ke salah satu rak. Izz memandang
Amani dengan senyuman pada wajahnya sambil kepalanya tergeleng. Kemudian
dia berlalu meninggalkan Amani sendirian.
Amani melakukan tugasan pertamanya tanpa
melengahkan masa lagi. Setelah beberapa jam berlalu, dua daripada
rak tempahan telah berjaya diperiksa. Masih ada enam rak yang perlu diperiksa.
Tangan kanannya yang banyak menggunakan pen mula terasa sakit.
Tidak sukar untuk menyemak tempahan. Apa yang
menjadikannya sukar apabila rak-rak di sini terlalu tinggi. Di bahagian bawah
sangat mudah untuk diperiksa. Namun, kain-kain yang ditempatkan di bahagian rak
atas, membuatkan dia terpaksa memanjat. Mujurlah dia melihat tangga kayu yang
tersandar di tepi dinding. Jika tidak, mahu sahaja dia memanjat rak-rak itu
sahaja.
Amani kembali semula ke bahagian hadapan lalu
duduk di kerusi yang ada di situ. Dia memicit-micit lengan kanannya yang mula
terasa berdenyut. Amani menyelak lengan kanannya. Kesan lebam semakin hitam.
Ini semua gara-gara Izz yang menggenggam tangannya terlalu kuat. Kesakitannya
bertambah apabila dia perlu menulis dan menggunakan kekuatan tangan untuk
memanjat tadi.
“Amani,
kenapa dengan tangan awak?” Izz yang kembali semula untuk melihat keadaan
Amani segera bertanya.
Amani cepat-cepat menurunkan lengan tangan
bajunya. Namun belum sempat dia menutup seluruh tangannya, Izz pantas mencapai.
Terkejut dia melihat kesan lebam yang terdapat di lengan Amani. Sepantas kilat
Amani menarik tangannya dengan kasar.
“Kenapa
dengan tangan awak?” tanya Izz. Tak mungkin hanya dengan memberi
kerja ringan sebegitu kepada Amani boleh membuatkan tangannya lebam. Izz
teringatkan semula kejadian pagi tadi ketika dia bersama Amani.
“Saya
yang buat tangan awak jadi macam tu?” tanya Izz. Matanya sudah membulat memandang
Amani.
Amani menjeling Izz dengan tajam. Sepatutnya Izz
lebih tahu tentang itu. Izz sama saja dengan lelaki lain yang hanya tahu
menggunakan kekuatan mereka untuk mencederakan wanita. Amani berlalu dari situ
untuk menyambung semula tugasnya. Soalan Izz dibiarkan begitu sahaja.
Izz memerhati langkah Amani. Izz mengeluh kecewa
setelah pasti dia adalah dia
adalah puncanya.
“Amani,
cukuplah setakat ini awak semak
tempahan. Saya tak nak awak cedera.” Izz membuntuti Amani.
Amani membisu dan terus menyemak buku log di
tangannya.
“Rak-rak di sini terlalu tinggi. Saya tak nak
awak panjat tangga untuk semak rak yang di atas.”
“Saya dah buat pun.”
“Hah? Cukuplah tu. Biar saya berikan kerja yang
seterusnya.” Izz yang terkejut terus merampas buku log di tangan Amani.
Dia menarik tangan Amani ke bahagian hadapan. Izz
menyerahkan beberapa keping delivery order lalu
mengajarnya untuk membuka invois. Sementara Amani menyudahkan kerjanya, Izz bangun
dan meluru keluar dari gudang. Langkahnya diatur menuju
ke Syurga Ilham Hati dengan niat mahu meminjam minyak urut daripada Mak Eton.
Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam Syurga
Ilham Hati, dia bertembung dengan Tania yang baru pulang dari sekolah.
“Tania
dah balik? Tak ada kelas tambahan hari ni?” tegur Izz.
Tania menggeleng. “Ada apa Abang
Izz? Kelam-kabut aje Tania tengok.”
“Tak
ada apa.” Izz tertunduk seketika memandang tanah sebelum memandang semula wajah
Tania. “Kalau saya minta tolong Tania, boleh tak?”
“Tolong apa?”
“Hmm, tak mengapalah. Tania pun baru sampai. Tentu
Tania nak berehat.” Izz menarik kembali pertolongan mahu yang dipintanya.
“Kenapa ni Abang Izz? Cuba beritahu Tania.”
Tania sedikit mendesak.
“Tangan
Amani lebam. Boleh Tania tolong sapukan minyak?”
“Lebam?
Macam mana boleh jadi macam tu? Macam mana dengan Amani?”
Tania sudah terlopong.
“Amani
ada dalam gudang. Masih bekerja.”
“Masih
bekerja?” Tania mendengus lalu memeluk tubuhnya. “Kenapa
Abang Izz biarkan dia bekerja lagi? Amani kan sakit.”
Izz mengunci mulutnya.
“Tak apalah. Tania pergi ambil ubat dulu.” Tania
menuju masuk ke dalam Syurga Ilham Hati dan terus ke ruang dapur di mana kotak
kecemasan ada di simpan di situ. Kotak itu diambil bersamanya lalu dia menuju
ke gudang.
Dia mencari-cari kelibat Amani. Akhirnya, dia
melihat susuk tubuh itu di satu sudut yang agak tersorok. Amani sedang duduk di
atas lantai sambil memicit tangannya. Dia menghampiri Amani. Tanpa berbicara
apa-apa, dia meletakkan kotak kecemasan di tepi. Dia mengeluarkan sebotol
minyak urut.
Amani yang seakan-akan dapat membaca tindakan Tania yang mahu menyapu minyak di
tangannya, pantas merampas botol minyak itu. Wajah Tania langsung tidak
dipandangnya. Dia menuang minyak urut di telapak tangan kirinya dan mengurut
tangannya sendiri.
Tania yang pada awalnya tergamam melihat Amani,
akhirnya membiarkan saja.
Sebaik sahaja Amani menyapu minyak hangat pada
lengannya, dia menyimpan semula botol minyak ke dalam kotak kecemasan. Dia
bangun untuk menyambung semula tugasnya.
“Awak
kena berehat. Jangan dipaksa tangan awak. Tangan awak tentu sakit, kan?” Dia tahu, Amani sedaya upaya sedang menahan
kesakitannya. Sempat dia melihat tangan Amani yang lebam sewaktu Amani menyapu minyak
urut.
Amani pura-pura tidak dengar dan terus melakukan
tugasnya.
“Awak dengar
tak apa yang saya cakap?” Nada suara Tania sudah meninggi.
Amani masih seperti itu juga, berpura-pura tidak
mendengar kata-kata Tania.
“Awak
dah banyak menyusahkan papa saya. Boleh tak jangan menyusahkan dia lagi?
Jagalah diri awak elok-elok. Kalau tak, papa saya terpaksa hantar awak ke
klinik lagi. Awak ni memang teruklah!” Tania sudah hilang sabar melihat sikap Amani.
Mendengar kata-kata Tania yang sudah meninggi
itu, lantas Amani berhenti melakukan tugasnya. Dia berpaling,
menoleh kepada Tania. Raut wajah itu dipandangnya dengan sinis
sehinggakan Tania merasa bersalah kerana menengkingnya
begitu. Amani berjalan menghampiri Tania dan berhenti di depannya. Dengan satu
jelingan yang tajam, Amani menyerahkan buku-buku dan pen di tangannya dengan kasar kepada Tania lalu berjalan pergi.
Tania mengetap bibirnya. Kenapa Amani bersikap
begitu? Dia sudah bersusah payah mahu menjalinkan hubungan baik dengan Amani.
Tapi, Amani sendiri yang menjadi penghalangnya. Tania berlalu ke hadapan dan
menyimpan semula buku-buku itu ke dalam laci. Kemudian, dia keluar dari gudang
itu.
“Daripada aku sibuk fikirkan Amani, lebih baik aku mandi.
Perut pun dah lapar,” dengus Tania.
“Tania!”
panggil Izz yang datang dari pejabat bersebelahan Pondok Mewarna. Melalui
tingkap pejabat dia bisa melihat Tania berjalan dengan wajah yang masam. Dia
berlari-lari anak menghampiri Tania.
“Kenapa
ni?” soalnya setelah tiba di hadapan Tania.
Tania memandang Izz. Raut wajahnya berubah.
Wajah yang mengharapkan simpati dihulurkan.
“Amanilah...”
Nama Amani disebut dengan nada rajuk.
“Amani?” Izz sudah ketawa kecil melihat muncung
yang panjang itu.
“Biarkanlah dia. Pandai-pandailah dia jaga
dirinya sendiri,” ujar Izz sekadar mahu memujuk Tania.
“Yalah. Tania pun dah malaslah nak fikir pasal Amani.”
“Tania pergilah makan, berehat. Maaflah, saya
dah menyusahkan Tania.”
“Tak apa. Tania tak kisah pun.” Tania menarik
senyuman manis.
“Amani masih ada di gudang?” tanya
Izz.
“Tak. Amani dah keluar tadi.”
“Dia ke mana?” Kening Izz berkerut.
Tania menjongketkan bahunya.
“Tak
apalah. Saya pergi cari dia dulu.”
“Kenapa
Abang Izz nak cari dia?”Ada nada kurang senang di situ.
“Kalau dia hilang, saya juga yang susah.” Izz
hanya tersenyum. Dia tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran
Tania.
“Dia nak pergi mana lagi? Tentu dia ada sekitar
sini saja.” Tania tidak berpuas hati.
“Saya perlu pastikan yang dia tidak lari dari
sini. Itu arahan Tuan Idrus,” terang Izz.
“Oh.” Mulut Tania membulat.
“Tania marahkan Amani?” tanya Izz.
Tania mencebikkan bibirnya. Memang dia marahkan
Amani tapi dia tak mahu menyatakannya.
“Dahlah. Tania masuk mandi. Jangan biarkan
kemarahan menguasai diri. Kalau dah Amani begitu perangainya, janganlah kita
pun jadi macam dia.” Izz memujuk.
“Ya. Tania faham.” Tania menghela nafas panjang.
“Saya
pergi dulu.” Izz berlalu pergi meninggalkan Tania.
Tania mendengus. Sejak Amani melangkah ke dalam
Ilham Hati, terus sahaja gadis itu menjadi perhatian. Semua orang mengambil
berat tentang Amani. Dia mula merasa tidak dipedulikan.
Selama ini, Izz yang akan menghantar dan
mengambilnya pulang kecuali jika lelaki itu ada urusan penting. Tapi sekarang,
Pak Bakar pula yang mengambil alih tugas itu. Tania menyepak batu kecil yang
ada di hadapannya untuk melepaskan marah. Dengan sebal, dia meneruskan langkah.
No comments:
Post a Comment