Sinopsis Novel ER



   

Novel-novel ER (Emma Rusdi)


Terima kasih kerana mengunjungi blog PSB.
Pesanan-pesanan novel ER boleh di order kepada ER sendiri atau kepada pihak penerbit.


~BuAt MuKa CoMeL~




---------------@@----------------
TAJUK : MISI PIKAT HATI EX

PENERBITAN FAJAR PAKEER
HARGA : RM24/27
ISBN : 9789673652792


Blurb

“Tapi bos, manusia sentiasa buat silap, kan? Kesilapan tu boleh diperbetulkan ke?” - Melati
“Ada kesilapan yang boleh diperbetulkan. Dan ada yang tidak.” – Arraz
Tujuh tahun berpisah dengan Arraz dan akhirnya mereka bertemu kembali. Pertemuan sekali ini sangat bererti buat Melati. Namun sikap Arraz dan kehadiran Dayana membuatkan dia semakin menjauhkan diri.

Saat dia bertekad untuk pergi dari hidup Arraz, suatu tragedi telah berlaku. Arraz koma dan hilang ingatan apabila dia sedar daripada koma. Arraz masih menganggap Melati adalah isterinya sedangkan mereka telah lama berpisah. Demi Dahlia, anak mereka yang Arraz tidak ketahui kewujudannya, Melati menerima permintaan Dayana dan keluarga Arraz. Dia berpura-pura masih menjadi isteri Arraz.

Namun, permintaan demi permintaan Arraz tentang haknya sebagai suami akhirnya memaksa Melati melukakan hati lelaki itu sekali lagi.

“Because your love is not for me anymore. Your love is for Dayana. She is your fiancé.”


Arraz menyedari bahawa cintanya masih utuh buat Melati. Dan Arraz takkan melepaskan Melati untuk sekali lagi.




TAJUK : SENYUM TANDA SUKA

PENERBITAN FAJAR PAKEER
HARGA : RM27/30
ISBN : 9789673652457













Amani, dia dingin dan kaku. Namun kerana dirinya begitu, membuatkan Izz jatuh hati kepadanya. Amani begitu sukar untuk di dekati. Sikap Amani adakalanya mencabar kesabaran Izz.

"Berani awak?!"
"Awak marah sebab saya pegang awak?"
"Lepaskan!"
"Awak nak pergi? Baiklag. Assalamualaikum."
Amani diam.
"Assalamualaikum. Awak tahu tak memberi salam itu sunat, tetapi menjawabnya adalah wajib. Kalau awak tak tahu, anggap sahaja ini pelajaran awak yang pertama untuk hari ini. Kalau awak nak saya lepaskan awak, jawab salam saya!"
"Waalaikummussalam."

Kekasaran Izz membuatkan Amani membencinya. Namun dalam kebencian itu, dia akui hanya Izz yang selalu berada di sisinya. Saat hatinya mula lembut dengan Izz, Izz pergi meninggalkannya. Setelah lapan tahun, Izz kembali semula. Namun, saat itu kepercayaannya kepada Izz telah hilang.

Sekali lagi Izz berusaha untuk mendapatkan kepercayaan Amani. Apakah kali ini Izz akan berjaya setelah hati Amani terluka?

"Hei, Amani. Kalau awak malu, cukuplah awak tersenyum. Senyum Tanda Suka."
"Kalau tak senyum?"
"Senyumlah sayang..."

--------------------@@--------------

TAJUK : DUP! DAP! JANTUNGKU BERHENTI

PENERBITAN FAJAR PAKEER
HARGA : RM23 / RM26












“Aku hanya mahukan seorang putera raja yang bisa membuatkan dunia ini berhenti berputar, jarum masa berhenti sesaat, jantung berhenti berdegup kemudian semuanya bergerak pantas. Dup! Dap! Dup! Dap!”


Tiada siapa yang akan faham dengan impian Audra Laily ini. Semua orang menyatakan impiannya itu hanya satu angan-angan kosong. Memang Audra suka berangan, tetapi dia pasti angan-angannya itu adalah satu impian yang pasti. Pertemuan kali pertamanya dengan Zack membuatkan Audra membenci lelaki itu. Tanpa mereka mengenali antara satu sama lain, lelaki itu sudah mula memperlekeh impiannya.



“Tuan puteri sedang menunggu putera raja mana untuk datang ambil tuan puteri?”- Zack.



Itulah ayat pertama yang diucapkan Zack pada pertemuan pertama mereka. Ayat yang penuh dengan sindiran itu menyebabkan jantung Audra semakin berlari dengan laju walaupun pada hakikatnya lelaki itu hampir sahaja membuatkan dunianya berhenti berputar dan jantungnya berhenti berdegup. Pertemuan itu berakhir apabila Audra bertindak menanduk hidung Zack dengan kepalanya. Lantas terus melarikan diri. Namun, diari miliknya telah tertinggal di situ.



Melalui diari itu, Zack mula menjejaki siapa diri Audra yang sebenar. Semakin mengenali Audra, semakin hatinya tertaut.



“Kenapa awak pandang saya macam tu, Cik Audra? Apa saya dah buat jantung awak berhenti berdegup? Kemudian, berdegup dengan laju. Dup! Dap! Dup! Dap!”



Angan Audra untuk bertemu dengan seorang putera raja yang bisa membuatkan jantungnya, dunianya, berhenti seketika kemudian bergerak dengan pantas telah menjadi kenyataan. Sayangnya, lamaran yang dibawa oleh Zack untuk menyunting dirinya sebagai ratu hati datang daripada Syed Zikri dan bukan Zack sendiri. Kenapa saat hatinya sudah terpaut kepada Zack, hadir Syed Zikri menjadi penghalang? Namun, kenapa Syed Zikri tidak pernah berani menyuarakan isi hati sendiri, hanya menggunakan bayang Zack? Siapa Zack? Siapa Syed Zikri?


----------@@-----------


TAJUK : TAKKAN PERNAH HILANG

PENERBITAN FAJAR PAKEER
HARGA : RM21 / RM24









FARIZ - Cinta yang terpendam buat Maisara tak pernah pudar walaupun dia telah memilih orang lain sebagai isterinya. Demi sebuah rahsia yang tersimpan, dia rela kehilangan sebuah cinta. Namun, takdir menetapkan dia harus bersama semula dengan Maisara. Tetapi, menambat hati Maisara tidak semudah seperti dahulu. Hati Maisara sudah terkunci rapat buatnya.

MAISARA - Dia tidak menyangka akan kehilangan cintanya pada saat dia mula mengimpi untuk hidup bersama Fariz. Hatinya sangat terluka saat Fariz menyatakan keinginan untuk menyunting kakaknya, Suhana, untuk menjadi isterinya. Luka di hati semakin bertambah apabila Suhana menghembuskan nafas yang terakhir. Kini, Fariz datang semula menagih cintanya. Namun, kehadiran  Ilyana di sisi Fariz membuatkan kepercayaannya kepada lelaki itu semakin hilang. Tetapi kerana tanggungjawab dan kasih yang sudah tertumpah kepada Aiman, Maisara menerima Fariz semula tanpa menagih cinta daripada lelaki itu.

“Saya harap awak berterus terang dengan Ilyana. Beritahu dia, saya takkan halang hubungan dia dengan awak. Saya buat semua ni semata-mata kerana Aiman. Saya tak kisah pun kalau awak nak berkahwin dengan dia atau mana-mana perempuan sekalipun.”

“Awak jangan risau. Kalau awak yang jadi isteri saya dan mama Aiman, bermakna tiada isteri lain untuk saya dan tiada mama lain untuk Aiman.”

Lalu Maisara dan Fariz bersatu dalam ikatan ijab dan kabul. Bagi Maisara, segala pengorbanan yang dilakukannya hanya kerana Aiman. Cintanya kepada Fariz tak mungkin datang kembali. Cinta di hatinya telah hilang untuk Fariz. Namun, benarkah cinta itu pernah hilang daripada hati Maisara sedangkan tiada nama lain menghuni hatinya sesudah Fariz?

---------------@@-----------------


TAJUK : SAAT HATI MERELAKAN

PENERBITAN FAJAR PAKEER

HARGA : RM20 / RM23






Wes dan Qismyna, masing-masing punya kisah silam. Kisah percintaan yang tidak bisa diluputkan daripada ingatan. Wes yang masih mencintai Farahymma terus mengejar cinta gadis itu. Qismyna yang masih belum melupakan Adam terus cuba membuang lelaki itu daripada hatinya.

Dalam mereka cuba meneruskan kehidupan, tanpa disedari, mereka telah dipertemukan dalam situasi yang tidak terjangka. Sehingga memaksa untuk mereka hidup sebagai suami isteri, hanya dengan pertemuan beberapa minit.

“Kalau saya jatuh cinta dengan awak, saya akan potong rambut saya hingga paras telinga.”

“Baiklah, saya pula akan hias setiap sudut bilik dengan bunga matahari. Itu tandanya saya telah jatuh cinta pada awak.”

Itu perjanjian yang dilakukan antara Wes dan Qismyna. Biarpun perkahwinan mereka tanpa kehendak hati, namun perkahwinan itu tetap diteruskan. Demi maruah keluarga, dalam tempoh tertentu. Saat hati mula merelakan, muncul Farahymma sebagai penghalang, muncul Adam ingin mengotakan janji.

Qismyna mula tersepit dengan perasaan sendiri. Wes berbelah bahagi antara janji yang dibina dan perasaan yang mula timbul. Apakah Qismyna dan Wes akan terus bersatu? Bertahan lamakah perkahwinan tanpa sengaja antara mereka berdua? Akan adakah antara mereka yang akan merelakan segalanya? Saat hati merelakan, sebarang kemungkinan bisa berlaku. Pahit atau manis, akan direlakan segala. 







----------------@@----------------




No comments:

Post a Comment