Monday, 7 December 2015

My Preciuos Amni




Hai korang semua. N3 kali ni, ER nak story pasal putri ER yang ke-2. Tak ada apa yang istimewa sangat, tapi bagi ER putri2 ER memang istimewa di hati ER.

Cuma ER nak share foto2 Amni ketika majlis konvokesyen-nya. Masa di majlis tu, memang happening sangat tengok persembahan anak2 yang kiut miut atas pentas. Amni tak terlibat sebab malu kata. (Alhamdulillah....ER suka kalau dia macam tu)


Persembahan pembuka tirai dari anak2 yang mewakili Penang dalam pertandingan (tapi lupa pertandingan apa). Persembahan yang selitkan aktiviti sukan dalam tarian.





My lil Amni- Malu2 pulak bila ibu nak ambil foto. Bukan apa, dia malu bila dipuji. Mana tak, ibu gile Xcited bila cikgu telefon beritahu dia antara pelajar yang mendapat anugerah cemerlang.










Pelajar2 yang mendapat anugerah cemerlang, mendapat beg sekolah dan wang sejumlah RM 50 selain sijil pelajar cemerlang.




Dah dapat sijil pelajar cemerlang, beratur kembali nak ambil sijil konvo...ngeee...ngeee... seronok la budak tu :P



Antara persembahan yang ada. Sebenarnya banyak persembahan yang disajikan. Tapi tak sempat nak snap semua sekali.



Usai ambil hadiah dan sijil, sesi bergambar pulak. sekejap aje masa berlalu dan mereka akan terpisah. Kalau jumpa lepas ni, entah bertegur atau tidak. Jangan2 dah lupa kan...dah semakin membesar tenti wajah pun berubah sikit.

My Precious

-----------@@-----------
TERIMA KASIH - ER
-----------@@-----------


Friday, 4 December 2015

Senyum Tanda Suka (Bab 8)









Dapatkan novel SENYUM TANDA SUKA            
Klik link ini  (Novel ER)

HARGA
SEMENANJUNG : RM 27.00
SABAH/SARAWAK : RM 30.00

Nak baca dulu novel-novel ER, boleh klik sini ya

jangan lupa follow ER di wattpad...ngeengee..

Jom ikuti sambungan STS


----------@@---------------


IZZ masuk ke dalam kawasan Syurga Ilham Hati. Dia mencari Amani di kawasan sekitar tetapi kelibat Amani tak kelihatan di mana-mana. Izz kembali semula ke Ilham Hati. Setelah berpusing-pusing di sekitarnya, Izz menegur Hasyim, salah seorang pekerja di situ yang sudah beusia lebih 40 tahun. Dia bertanyakan tentang Amani.

Menurut Hashim, dia melihat kelibat Amani berjalan keluar dari Gerbang Ilham Hati. Lantas Izz ke pondok pengawal dan bertanya kepada Badri yang mengawal tempat itu pada siang hari. “Pak cik, nampak Amani?”

“Amani?” Dahi Badri berkerut.

“Budak perempuan semalam yang saya dan tuan bawa balik sini.” Izz mengingatkan.

“Oh. Ada. Tadi pak cik nampak dia keluar dari sini. Mungkin dia ke kampung agaknya.”

Monday, 30 November 2015

Senyum Tanda Suka (Bab 7)





Dapatkan novel SENYUM TANDA SUKA            
Klik link ini ==> (Novel ER)

HARGA
SEMENANJUNG : RM 27.00
SABAH/SARAWAK : RM 30.00

Nak baca dulu novel-novel ER, boleh klik sini ya

jangan lupa follow ER di wattpad...ngeengee..

https://www.wattpad.com/emmarusdi

Jom ikuti sambungan STS

--------------@@------------

Usai menyudahkan sarapan, mereka melangkah keluar dari ruang makan. Amani terus menuju ke kawasan taman di tengah halaman. Sedang Tuan Idrus dan Izz berjalan beriringan dengan perlahan untuk menjarakkan diri mereka daripada Amani.

Izz, tolong tengokkan Amani. Jangan beri kerja yang terlalu berat untuk dia. Lagi satu, cuba hubungi Puan Zaiton. Mana tahu kalau dia nak datang sini dan jumpa Amani.      

Baik, tuan.”

Tuan Idrus kemudiannya membawa diri dan menghilang ke Kamar Ilham. Izz menghampiri Amani yang sedang menunggunya di taman.

Jom. Kita ke Ilham Hati. Izz melangkah mendahului Amani ke Ilham Hati.

Monday, 16 November 2015

Deleted scene 1 (Senyum Tanda Suka)






Seperti yang pernah dijanjikan, ER up bab yang kena deleted ya...untuk tatapan sahaja. Bila-bila masa sahaja ER akan padamkan semula dari blog..

------------@@------------

Tajam matanya memerhatikan setiap lukisan yang tergantung di setiap sudut pameran. Dia berpuas hati dengan cara susun atur di situ termasuk lanskap yang dihias untuk menarik minat pengunjung.

            Galeri Emerald yang telah mula dirasmikan tiga tahun yang lalu semakin mendapat sambutan hangat dari peminat lukisan. Malah penggunaan internet memudahkan baginya untuk mempromosikan lagi hasil kreativiti yang dihasilkan oleh Gelari Emerald. Malah, Tuan Idrus memberi kepercayaan kepadanya untuk sama-sama meletakkan hasil lakarannya di situ.

            Hari ini merupakan hari terakhir Galeri Emerald menawarkan lukisan-lukisan dengn harga promosi. Berbanding hari lain, hari ini merupakan hari yang paling ramai pengunjung. Dia berpuas hati dengan para pekerja yang dilantik untuk menjaga galeri ini sepanjang kempen promosi yang dijalankan.

The Legandary Samurai Episode 1



2 of the greatest Samurai warriors of Kamakura and their best friend Nana who served them something that they simply cannot resist. What could it be?





  • Really Legendary! You need to see what is being served to them. Klik Sini
  • Malaysian Samurai Worriors? Not bad! Waht made them want after 1 bite? Klik Sini
  • A must-watch! A tale of Lagendary Samurai and a lagendary food? Klik Sini
  • This one for all Japanese fan anime out there! 2 greatest samurais could not get their hand off this. Klik Sini

Thursday, 12 November 2015

Senyum Tanda Suka (Bab 6)




“ALLAHUAKBAR... Allahuakbar...

Suara azan mula bergema memecah kesunyian subuh yang dingin. Mendengar suara azan yang mendayu itu membuatkan mata Amani terbuka luas. Jiwanya meruntun hiba.

Amani bingkas bangun dan duduk di atas lantai, tempat perbaringannya sambil memeluk lututnya. Dia memejam matanya rapat sambil meletakkan dahinya di atas kepala lutut. Pertama kali dalam hidupnya, dia mendengar suara azan sebegini jelas dan kuat. Suatu perasaan yang tenang dan damai dirasakan. Sebaik sahaja azan habis berkumandang, Amani bingkas bangun daripada duduknya.

Pagi ini adalah pagi pertama Amani di Syurga Ilham Hati. Pagi-pagi lagi dia sudah terbangun seperti selalu. Namun, suasana pagi ini begitu berlainan sekali. Biasanya setiap pagi dia akan terjaga apabila mendengar suara Jalil yang sedang mabuk baru pulang ke rumah. Kemudian, akan kedengaran suara Zaiton yang memarahi abangnya. Dan seperti biasa, mereka berdua akan bertengkar.

-------@@------


Dapatkan novel SENYUM TANDA SUKA
Klik link ini ==> (Novel ER)

HARGA
SEMENANJUNG : RM 27.00
SABAH/SARAWAK : RM 30.00

Nak baca dulu novel-novel ER, boleh klik sini ya


Jom ikuti sambungan STS

-------@@-------

Friday, 6 November 2015

Senyum Tanda Suka (Bab 5)






Dapatkan novel SENYUM TANDA SUKA
Klik link ini > (Novel ER)

HARGA
SEMENANJUNG : RM 27.00
SABAH/SARAWAK : RM 30.00

Nak baca dulu novel-novel ER, boleh klik sini ya

Jom ikuti sambungan STS



SAAT dia menolak daun pintu, terus matanya terpaku pada susuk tubuh kecil yang sedang beradu di atas lantai. Tergamam dia seketika. Kenapa dia tidur di lantai sedangkan di hadapannya sudah terbentang katil yang empuk? Tiba-tiba sahaja hati Tuan Idrus terdetik perasaan simpati melihat situasi itu.

“Amani.” Tania menepuk lembut bahu Amani yang sedang nyenyak tidur.

Friday, 30 October 2015

Senyum Tanda Suka (Bab 4)




Hai awaks!
ER post-kan sambungan STS ya. 
Untuk dapatkan novel ini boleh hubungi PFP di :- Penerbitan Fajar Pakeer
Untuk dapatkan semua novel ER, boleh klik sini :- NOVEL EMMA RUSDI
INshaAllah, minggu depan ER akan mula post deleted scene ya!
Salam ceria!

------------@@-----------


PAK BAKAR pemandu Tuan Idrus telah sedia menunggu Izz di dalam kereta. Melihat kelibat Izz, lantas Pak Bakar menghidupkan enjin kereta. Sebentar tadi, Izz telah menghantar pesanan ringkas kepada Pak Bakar agar menunggunya di Gerbang Ilham Hati. Kata Izz, dia telah memperolehi alamat tempat tinggal Amani daripada Tania.

“Macam mana?” soal Pak Bakar sebaik sahaja Izz masuk ke dalam kereta.

“Ini alamat dia.” Izz menunjukkan kepingan kertas itu kepada Pak Bakar.

Pasti ini alamatnya?” Pak Bakar meminta kepastian.

Don't miss out your chance to meet HAHA in person!







Out from the screen of Running Man to standing right in front of you. Don’t lose the chance of your lifetime to meet HAHA in person, get creative and enter 11street’s Hi HAHA slogan contest!



  • Are you HAHA's biggest fans? Tell 11street how much of a fan you are here. LINK
  • It's time to show how much of a HAHA fan you are here! You might be able to meet him in person. LINK
  • What would you say to HAHA if you get to meet him in person? Better get your script ready. LINK
  • Here's how you can score a chance to meet Haroro in person. LINK
  • Will you be one of the lucky ones who will meeting HAHA from Running Man in person? LINK

-----------@@-----------
TERIMA KASIH - ER
----------@@------------

Wednesday, 28 October 2015

Teaser 5- Senyum Tanda Suka


Teaser Senyum Tanda Suka.
Dah dapatkan novel ini ke? Kalau belum, boleh hubungi Penerbitan Fajar Pakeer.
Kalau awaks nak baca bab 1-3 boleh klik di sini. 
InshaAllah, tak lama lagi ER akan postkan bab 4 bersama deleted scene.
Buat masa ni, teaser dulu ok.

Enjoy the teaser...

--------------@@--------------------




“Saya tak dapat berikan hadiah yang mahal untuk awak. Saya tak dapat daki gunung tinggi dan capai bintang untuk bahagiakan hidup awak. Saya tak punya kuasa untuk membuatkan awak tersenyum dan ketawa walaupun saya sangat menginginkannya. Saya cuma mampu melakukan apa yang saya mampu.” Dengan perlahan dan penuh perasaan Izz meluahkannya.

“Tolong jaga diri awak dengan baik. Jangan lewat makan, nanti perut awak masuk angin. Jangan tidur lewat. Jangan berembun, tak elok untuk kesihatan awak. Jangan terlalu banyak bersedih.” Pipi Amani diusap lembut.

“Perlukah awak pergi?”

“Saya tak sanggup. Tapi saya terpaksa.”

“Awak akan hubungi saya?”

Izz sekadar tersenyum. “Saya tak dapat nak janji.”

Tuesday, 27 October 2015

Bilakah 'dari' dan 'daripada' digunakan?



Bilakah perkataan 'dari' dan 'daripada' digunakan? 
ER pun mengalami masalah yang sama. Bila menulis, main hentam kromo aje. Janji rasa sedap nak baca. mujurlah ada editor yang akan semak hasil karya kalau tak tentu tunggang-langgang dah semua tatabahasa.

Ok, kali ni ER nak share tentang dua perkataan tersebut.

Secara ringkasnya, dapat dirumuskan penggunaan kara DARI digunakan pada hadapan frasa nama yang menyatakn ARAH, TEMPAT dan MASA.

Selainnya, kita perlu menggunakan perkataan DARIPADA.

Jom, rujuk sini ;- Dari dan Daripada






-----------@@-----------
SALAM CERIA - ER
-----------@@-----------

Do you really know what the benefits of breastfeeding are?





Breastfeeding is beneficial for both the mother and the child. Not only the mother gets to lower the risk of breast cancer, the child gets to lower the risk of sickness too!


  • Want to prevent your baby from falling ill? LINK
  • Here's one easy way to reduce your chances of getting breast cancer. LINK
  • Want you baby to be healty? Here's a tried and tasted trick LINK
  • Are you stripping away your child's right to be breast fed? LINK
  • Here's why you should not deprive your child of breast milk LINK







-----------@@-----------
TERIMA KASIH - ER
----------@@------------



Monday, 26 October 2015

Dulu, Dahulu, Saja, Sahaja, Baru & Baharu





Baca tajuk di atas? ER selalu ada masalah menggunakan perkataan-perkataan tersebut. Namun, bila di-google tak banyak blog yang menulis penerangan penggunaan perkataan di atas. Inilah satu-satunya blog yang ER jumpa yang menerangkan cara penggunaan perkataan-perkataan tersebut.

Kesimpulan yang ER boleh share ialah perkataan 'dulu' & 'saja' adalah singkatan kepada perkataan 'dahulu' & 'sahaja'.  Cara menggunakan keempat-empat perkataan tersebut bergantung kepada ayat. 

Perkataan 'dulu' & 'saja' digunakan ketika dialog. Manakala perkataan 'dahulu' & 'sahaja' digunakan dalam ayat penyata.

Bagi perkataan baru & baharu, kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang berbeza. lebih mudah jika kita fahamkan maksudnya dalam bahasa Inggeris.

Baru = 'just now'
Baharu = 'new'

Nak baca penerangan yang original, rujuk blog ini : Payong Bahasa Melayu.

Take note, ya!

-----------@@-----------
SALAM CERIA - ER
-----------@@-----------

Tuesday, 20 October 2015

Info

Assalam...

Maaf untuk semua. Kebelakangan ni, ER jarang nak update apa-apa di blog ini Agak sibuk dengan kes-kes urgent. 

Untuk pengetahuan semua, pihak PFP ada mengadakan kuiz soal jawab. Bagi sesiapa yang berminat nak dapatkan Senyum Tanda Suka secara percuma, boleh follow IG penerbitan fajar pakeer (@penerbitanfp). Soalan kuiz akan berjalan daripada 19-23 Oktober. 

Semuanya soalan-soalan mudah. Yang pernah baca tiga novel ER sebelum ni, tentu tahu jawapannya. Bagi jawapan untuk soalan-soalan lain, sila follow page Lakaran Emmarusdi@facebook. Baca teaser2 yang ER pernah post di situ. InshaAllah, pasti boleh jawab.

Satu lagi info, ada 2-3 orang pembaca yang nak order Takkan Pernah Hilang dengan ER. Awaks....minta maaf sangat2. Stok ER untuk novel lama dah habis. Untuk dapatkan novel dengan cepat ER suggest awaks order dengan PFP www.penerbitanfajarpakeer.com

Kalau nak order dengan ER sebab nak TT, pun boleh. Tapi akan makan masa yang lama. Sebab ER tinggal di Penang. Jadi, ER pun kena order juga dengan PFP. 






Jangan lupa follow IG Penerbitan Fajar Pakeer & baca taser2 yang ER dah share di page Lakaran Emmarusdi untuk memenangi novel ini secara percuma ya.


AJa-ajA fighting!

-----------@@-----------
TERIMA KASIH - ER
-----------@@-----------



Monday, 12 October 2015

Kayak Maraton - Pantai Merdeka

Hai korang. ER nk share sikit aktiviti yang ER sertai baru-baru ni iaitu kayak maraton. Inilah pertama kali ER menyertai kayak dan pertama kali ER pegang paddle. Memang teruja sangat!

Sabtu baru-baru ni, 10/10/2015, negara kita menyambut Hari Sukan Negara. Dan ER menyertai aktiviti ini. Mula-mula tu ingat nak sertai larian maraton saja. tapi dah mula rasa teringin nak cuba berkayak.

So, disebabkan ER masih beginner @ novice maka sehari sebelum pertandingan, ER mulakan latihan. Sebelum novice dibenarkan masuk ke dalam air, salah seorang dari ahli yang dah pro berikan sedikit nasihat dan tunjuk ajar. bagaimana cara untuk bersenam bagi sukan ini yang memerlukan kekuatan lengan dan bahagian pinggang yang memainkan peranan penting. Kami diajar cara yang betul untuk memegang paddle.

Saturday, 10 October 2015

Saat Hati Merelakan (excerpt)

Assalamualaikum...



Hai awaks....ER nak jemput awaks baca sikit kisah Wes & Qismyna. 
Jika awaks nak baca dari bab awal, boleh klik link ini - Link Novel 
Jika awaks nak novel ni sebagai koleksi, boleh hantarkan pesanan kepada Fajar Pakeer atau hubungi ER di link ini - Hubungi ER / dan pilih medium yang mudah untuk awaks.
Jemput baca naaaa....

--------------@@-------------

Friday, 9 October 2015

Takkan Pernah Hilang (excerpt)

Assalamualaikum....

Hai awaks...

Sape yang tak pernah baca novel ni lagi. Bolehlah baca sikit sedutannya di bawah ni. Kalau nak baca dari bab awal sampai bab 10, boleh klik link ini - Link Novel

Kalau berminat nak beli buku ni boleh order dengan Fajar Pakeer atau hubungi ER di link ini - hubungi saya dan pilih medium yang paling senang untuk hubungi.

Jom baca...
Jemput naaaa....


Thursday, 8 October 2015

Dup Dap! Jantungku Berhenti (excerpt)

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..

Maaf ye awaks, ER dah banyak hari menyepi. Kesihatan agak terganggu dengan jerebu yang melanda negara kita. Walaupun IPU dah semakin rendah, tapi tetap terasa tak sihat bila keluar rumah.

ER harap awaks sihat dan jaga kesihatan ya.

Di sini ER belanja sikit petikan dari novel DDJB. Jika awaks berminat nak baca kisah ni dari awal sehingga bab 15, awak boleh klik link ini

Jika awaks berminat nak beli novel ni dan buat koleksi rak buku awaks yang penuh tu, awaks boleh klik di sini. Pilih media sosial yang memudahkan anda untuk hubungi ER.


Jom baca sikit....

------------@@----------


Friday, 2 October 2015

Sticker TT

Assalamualaikum...

Hai awaks...
ER sedang berdebar menunggu 5hb nanti. Di mana, 5hb nanti Senyum Tanda Suka akan mula dihantar kepada awaks yang pesan novel ni. Berdebar pulak hati ER menanti maklumbalas awaks untuk novel ni. Iklasnya, novel ni agak sukar untuk ER menulisnya.

Okey, untuk awaks yang pesan STS dengan PFP, tentu awaks sedia maklum akan ada sticker TT sebagai gift. 

Taraaa....
Inilah dia..



Tuesday, 29 September 2015

Senyum Tanda Suka

Assalamualaikum...

Hai awaks!!
MahapX3 sebab lama tak pos apa-apa di blog ni. ER sekeluarga tak sihat. Hari ni baru rasa okey sikit. Kalau awaks yang ada di FB tentu dah tahu kemunculan novel ini yang telah dijadualkan pada bulan Oktober, kan? Hanya tinggal beberapa hari aje lagi.....yeay!!

Ini lah covernya...

Taraaaaa.....



ISBN : 978-967-365-245-7
HARGA : RM27/RM30

Friday, 25 September 2015

Saat Hati Merelakan - Excerpt

Assalamualaikum...

Tentu ada di antara awaks yang masih bercuti, kan. Dah alang-alang cuti, meh le baca sikit kisah Wes dan Qis ni.
Jika awaks nak baca dari bab awal, boleh klik link ini - Link Novel 
Jika awaks nak novel ni sebagai koleksi, boleh hantarkan pesanan kepada Fajar Pakeer atau hubungi ER di link ini - Hubungi ER / dan pilih medium yang mudah untuk awaks.
Jemput baca naaaa....

Thursday, 24 September 2015

Aidiladha-Selamat Meraikannya.





Semoga pagi Aidiladha ini menjadi berkah dan diberikan rahmat buat kita semua. Untuk korang, selamat menjalani ibadah korban. Dalam keseronokan kita menyambutnya, jom kita baca sikit kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.

Wednesday, 23 September 2015

Takkan Pernah Hilang - Excerpt

Assalamualaikum...
Semoga awaks semua sihat dan jaga kesihatan sebab tak lama lagi kita nak sambut Hari Raya Aidiladha pulak. Tentu ada yang sedang sibukkan?
Dalam kesibukan tu mai lah baca sikit sedutan daripada novel Takkan Pernah Hilang ni.
Sape yang tak pernah baca novel ni lagi. Bolehlah baca sikit sedutannya di bawah ni. Kalau nak baca dari bab awal sampai bab 10, boleh klik link ini - Link Novel
Kalau berminat nak beli buku ni boleh order dengan Fajar Pakeer atau hubungi ER di link ini - hubungi saya dan pilih medium yang paling senang untuk hubungi.
Jom baca.

Jemput naaaa....

Tuesday, 22 September 2015

Fit Malaysia 2015


Hai korang..
Baru2 ni ER ada join Fit Malaysia yang berlangsung di Kepala Batas, Pulau Pinang. Sehari sebelum event berlangsung, semua peserta diminta mendaftar dan ambil nombor di Sunshine Kepala Batas. Disebabkan penganjur dah ingatkan agar jam 7 pagi dah perlu ada di sana, so kita orang dah siap-siap sebelum azan Subuh berkumandang. Lepas aje azan Subuh, terus solat dan bergegas keluar.


Monday, 21 September 2015

Teaser 4 - Senyum Tanda Suka

Assalamualaikum...

Ini ada teaser dari ER untuk awaks. Senyum Tanda Suka akan keluar versi cetak tak lama lagi ya. Kalau awaks nak baca bab 1-3 boleh klik di sini. Bila sampai masa yang sesuai ER akan sambung bab 4 ya. Buat masa ni, teaser dulu ok.

Enjoy the teaser ya...


---------@@----------


Awak pernah lihat cahaya matahari yang muncul di balik awan selepas hujan?

Amani menggeleng.

Saya suka sangat bila lihat pandangan macam tu. Bila hujan turun dengan lebatnya, matahari hilang daripada pandangan. Bila hujan berhenti, kita akan lihat lubang-lubang cahaya matahari yang muncul di celahan awan. Bila saya lihat pemandangan seperti itu, saya akan kata kepada diri saya. Cahaya yang muncul di celahan awan itu ibarat satu harapan. Bila diri kita dipenuhi dengan kegelapan, kita juga mengharapkan cahaya daripada celahan itu akan menyuluh kita pada jalan yang terang.”

Setiap satu perkataan yang disampaikan Izz sungguh menyentuh hati Amani. Disimpannya kata-kata itu dalam ingatannya. Izz benar. Sungguh, kini dia berada dalam kegelapan. Awan sedang menyelindungi cahaya matahari. Suatu hari nanti, dia mengharap cahaya itu dapat membolosi lindungan awan gelap dan menjadi lubang cahaya. Lubang cahaya itu adalah harapan.

Lebih baik awak pergi bersiap sekarang. Ingat! Jangan cuba larikan diri.”

Amani mengerling Izz dengan tajam.


Saya memang maksudkannya Amani. Awak takkan dapat lari daripada saya!” Sengaja Izz berkata begitu untuk mengusik Amani.

----------@@------------
TERIMA KASIH - ER
----------@@------------

Friday, 18 September 2015

The Intern 2015




Sebuah lagi movie yang akan berada di pawagam dan akan mula ditayangkan pada 24 September 2015.

The Intern adalah sebuah filem komedi Amerika yang akan datang dan diarahkan oleh Nancy Meyers. Filem ini dibintangi Robert De Niro dan Anne Hathaway, bersama-sama dengan Nat Wolff dan Adam DeVine.

Jules Ostin (Anne Hathaway), pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat e-dagang berasaskan fesyen, bersetuju untuk program kemasyarakatan di mana seorang senior, Ben Whittaker (Robert De Niro) adalah pelatih di firma itu.


Dup Dap! Jantungku Berhenti - Excerpt

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..

Di sini ER belanja sikit petikan dari novel DDJB. Jika awaks berminat nak baca kisah ni dari awal sehingga bab 15, awak boleh klik link ini

Jika awaks berminat nak beli novel ni dan buat koleksi rak buku awaks yang penuh tu, awaks boleh klik di sini. Pilih media sosial yang memudahkan anda untuk hubungi saya.


---------@@---------


Thursday, 17 September 2015

Selamat Hari Malaysia


Salam sejahtera

Semoga korang semua bertambah sihat dan sihat dan sihat.... sempena Sambutan Hari Malaysia kelmarin. Tentu kat tempat korang sambut Hari Malaysia dengan meriah, kan?

Di tempat ER, kami penangites sambut Hari Malaysia di Fort Cornwallis. Salah satu kota bersejarah di Penang.

Di sebabkan ER salah seorang yang terlibat dengan malam tu, jadi perlulah datang untuk memeriahkannya.


Sesi raptai dijadualkan pada jam 3 ptg. Ketika ER sampai sana, diorang masih set-up tempat tu. So, sementara menunggu raptai penuh bermula, kami berjalan-jalan di sekitar. Sempatlah jugak snap dengan Autobot yang masih tersadai dah lama di Penang ni.

Bilalah Autobot ni nak kembali ke tempat asalnya utk selamatkan manusia di tempat tu. Ahakss...

Hotel Transylvania 2

Assalamualaikum...

Kali ni ER nak post pasal movie animasi Hotel Transylvania 2. Tengok preview macam best. Boleh la bawa anak ke pawagam, kan.

Movie ini akan ditayangkan di pawagam bermula 24 September 2015. Masa Raya Korban nanti. Tapi, kita beraya-lah dulu ye. Lepas2 tu, bolehlah bawa anak tengok citer ni.

Ini adalah sambungan daripada kisah pertama. Kalau korang tak pernah tengok lagi citer ni, meh ER nak story kan sikit.

Wednesday, 16 September 2015

Teaser 3 - Senyum Tanda Suka

Assalamualaikum...

Ini ada teaser dari ER untuk awaks. Senyum Tanda Suka akan keluar versi cetak tak lama lagi ya. Kalau awaks nak baca bab 1-3 boleh klik di sini. Bila sampai masa yang sesuai ER akan sambung bab 4 ya. Buat masa ni, teaser dulu ok.

Enjoy the teaser ya...

------------@@------------

Awak hanya pandang bulan di langit tapi awak tak pandang bintang di sekelilingnya. Itu yang awak lakukan tadi, betul tak?

Amani hanya kaku di situ sambil matanya masih terus merenung wajah Izz. Seolah-olah sedang menunggu kata-kata Izz selanjutnya.

Memang bulan itu sangat indah dipandang. Tapi bintang yang menaikkan serinya bulan. Izz kembali memandang ke angkasa.

Amani membuang pandangannya ke angkasa seperti Izz.

Kalau tak ada bintang sekalipun, bulan tetap cantik.” Dia cuba memprotes pendapat Izz walaupun dia merasakan kata-kata Izz itu benar.


Betul. Bulan tetap cantik walaupun bersendiri. Tapi kehadiran bintang menyempurnakan lagi keserian yang ada pada bulan. Begitulah juga dengan persoalan hidup. Kita tak boleh hidup bersendiri. Kita perlukan mereka yang ada di sekeliling kita. Ada kalanya kita akan fikir, lebih baik kita hidup sendiri daripada hidup bersama mereka yang sering mendatangkan masalah kepada kita. Tapi kita lupa, orang sekeliling kita adalah pelengkap pada kehidupan kita. Hidup kita, perlu jadi seperti bulan yang dipagari bintang.”

----------@@-------------
TERIMA KASIH - ER
----------@@-------------