Friday 26 July 2013

Sepuluh Jari Di susun

Assalamualaikum buat semua....

Saya menyusun jari memohon maaf buat anda semua (follower, silent reader dan pengunjung blog PSB) kerana minggu ini saya tak dapat nak update N3 untuk Senyumlah Sayang.....  :(

Saya kesibukan dan kesuntukkan masa dalam menyiapkan persiapan raya, dan kerja2 di ofis sebelum cuti beraya nanti... Maaf banyak2 ya....

Namun, In Sha Allah.... Minggu depan (Jumaat) saya cuba postkan N3 untuk cerpen (spesial N3) khas untuk Aidilfitri nanti.... Jalan ceritanya sudah berada diminda namun jari-jemari masih belum menari menaipkan ceritanya...hihihi.....


Dan minta maaf juga buat anda yang like page di Lakaran Emmarusdi@FB kerana beberapa hari ini x banyak postkan status....

Saya mengambil kesempatan ini juga, mengajak kawan2 semua untuk terjah blog MAIA FRENZY. Banyak penulis yang sudah join di sana. So, anda boleh singgah dan baca kerya2 penulis lain juga. EN.Z dan Audra juga berada di sana. Namun, N3 di sana adalah versi edit yang kedua.....Harap anda sudi mengikutinya ya...

Harap, anda semua dapat maafkan blog ini yang menyepi untuk minggu ini....ya....Sebelum anda tekan button next blog, jom kita dengar lagu ni dulu...

Lagu P.Ramlee yang dinyanyikan semula oleh Datok Siti Nurhaliza... (suka sangat dengan lagu ni, ditambahkan pula dengan suara merdu Dato siti...)


~MoOd RaYa SuDaH CoMiNg~






`CoMeL SuNgGuH DaToK SiTi`

Friday 19 July 2013

Ratu Hati Si Putera Arab 21




Assalamualaikum, salam Jumaat dan salam ceria untuk anda semua..... Setelah Audra berjumpa semula dengan Putera Arabnya yang telah berjaya membuatkan jantungnya berhenti berdegup, apa pula yang akan berlaku.... Jom ikuti...........

HaPpY rEaDiNg......

------------@@-----------


AUDRA mempercapatkan langkah kakinya. Dia sudah tidak sabar untuk sampai ke pintu rumah. Sebentar tadi, pemandu teksi baharu sahaja memberhentikannya di lorong masuk ke kampung. Dari situ, dia mula berlari-lari anak untuk segera sampai ke rumah.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya Audra dibenarkan bercuti selama seminggu untuk pulang ke kampung. Kelmarin ketika dia di ofis, dia tak sempat bertemu dengan Zack untuk mengucapkan terima kasih kerana telah meluluskan permohonannya kerana Zack telah pulang dan mengambil cuti kecemasan selama satu minggu juga. Mungkin kerana lelaki itu juga mahu mengambil cuti kecemasan selama seminggu, maka dia meluluskan cuti Audra juga. Barangkali dia tidak mahu timbul isu berat sebelah jika dia tidak meluluskan cuti buat Audra.

Jiwa Audra semakin bergetar kencang apabila melihat rumah kayunya sudah berada beberapa langkah darinya.

“Assalamualaikum! Assalamualaikum!” terus sahaja Audra memberi salam walaupun kakinya masih belum menjejak anak tangga ke pintu.

“Waalaikummussalam,” Kedengaran suara Mak Aji menjawap salam dari dalam. Kemudian, terlihatlah susuk tubuh milik Mak Aji terkoncoh-koncoh menghampiri muka pintu. “Ara!” dia sudah mengagak bahawa suara itu milik anaknya. Ara, itu adalah nama timangan bagi Audra dalam keluarganya.

“Mak!” Audra terus bersalam dan memeluk Mak Aji. Pipi Mak Aji dikucupnya. “Ara rindu dengan mak!”

“Mak pun rindu dengan Ara!” Tubuh anaknya itu dipeluk erat. Tak sangka Audra akan pulang ke kampung juga walaupun mereka telah menghalang.

“Mana Along?” tanya Audra apabila pelukan dileraikan. Matanya melilau hingga ke ruang dapur. “Mana Iman?” Dia sudah tidak sabar mahu melihat keadaan mereka.

“Along ada dalam bilik. Iman ada di kebun dengan abah,” balas Mak Aji. “Kenapa balik tak beritahu? Senang dapat cuti?” soal Mak Aji.

Audra hanya tersenyum. “Saja Ara tak nak beritahu. Ara tak nak menyusahkan sesiapa,” balasnya. Audra tahu, kalau mereka tahu dia akan pulang pasti mereka akan menjemputnya di terminal bas. “Alhamdulillah, nasib baik bos Ara baik hati benarkan Ara bercuti.” Sekilas wajah Zack muncul di ruang matanya. “Mak, Ara masuk jumpa Along sekejap ya.”

“Pergilah.” Mak Aji menganggukkan kepalanya. Tahu benar Mak Aji dengan perasaan Audra yang gundah selagi tidak melihat Along dan Iman dengan matanya sendiri.

Audra berjalan ke kamar Along. Pintu yang tertutup rapat itu diketuknya.

“Siapa?” Kedengaran suara Along dari dalam.

Tanpa membalas pertanyaan Along, Audra terus membuka pintu apabila menyedari pintu itu tidak berkunci. “Assalamualaikum, Along.” Audra menjengulkan wajahnya ke dalam bilik.

“Ara!” Wajah Along terus berseri apabila raut wajah Audra muncul di balik pintu. “Waalaikummussalam.” Along terus memeluk adiknya itu. “Ara sihat?”

“Sihat!” Jawap Audra. “Along?” tanya Audra seraya melepaskan pelukannya pada Along. Wajah Along yang semakin cengkung itu dipandangnya. Sedih hatinya melihat keadaan Along. Tentu Along makan hati dengan sikap Abang Nin.

“Along sihat,” ujar Along yang masih tersenyum manis. Along menarik tangan Audra dan mereka duduk di birai katil.

“Alhamdulillah,” balas Audra sambil mengetatkan senyumannya. “Macam mana sekarang, Along?” tanya Audra dengan rasa sebak.

Along menarik nafas yang panjang. “Nak buat macam Ara. Jodoh Along dengan Abang Nin cuma sampai sini.” Along memandang Audra. “Kan Along dah cakap, tak perlu risaukan Along. Along tak apa-apa!” tegas Along.

Audra memandang Along kembali. “Kenapa Along tak pernah cerita apa-apa pada Ara atau mak?” Memang selama ini Along tak pernah bersuara walau sedikit pun tentang rumahtangganya. Tiba-tiba sahaja, Along pulang ke kampung bersama Iman dan membawa perkhabaran tentang penceraian yang berlaku antaranya dengan Abang Nin. Bagaimanalah mak tak terkejut menerima berita itu. Dia sendiri terkejut apabila mak menyampaikan padanya.

“Suami dan isteri ni Audra, ibarat tubuh dan pakaian. Jika kita menceritakan tentang keburukan pasangan, samalah seperti kita membiarkan tubuh kita tanpa pakaian. Kita akan mendedahkan aib kita sendiri.” Perlahan sekali suara Along menuturkan kata.

“Tapi Along, ini bukan tentang memburukkan sesiapa. Sekurang-kurangnya, Along bercerita pada abah atau mak. Mungkin abah dan mak masih boleh membantu.” Bukanlah niatnya mahu mencampuri urusan rumahtangga Along. Tetapi, Along sepatutnya berkongsi hati dan penderitaannya dengan seseorang. Manalah tahu jika mak dan abah menasihati Abang Nin, perkara ini dapat diselesaikan.

Along diam seketika. Kemudian, wajah Audra dipandangnya. “Memang Along ada terfikir tentang itu. Tapi, Along tak nak mak dan abah risau dengan keadaan Along.” Along tertunduk seketika. “Biarlah, semuanya dah selesai. Kisah Along dah tamat di sini. Along mahu buka buku baru bersama Iman di sini.” Along mengukirkan senyuman. Kemudian, dia tertunduk sayu. “Sebenarnya, Along sikit pun tak kisah kalau Abang Nin nak beristeri seorang lagi. Along sanggup bermadu daripada melihat Iman disisihkan dari ayahnya. Tapi,” Satu keluhan keluar dari bibir Along. “Mungkin perempuan tu tak mahu bermadu agaknya.”

Tak tercapai fikiran Audra bagaimana seorang wanita yang sepatutnya lebih mengerti hati seorang wanita sanggup menghancurkan hati wanita lain semata-mata untuk membina kebahagiaannya sendiri! Tapi memang sudah menjadi lumrah. Biasanya, musuh wanita adalah wanita sendiri.

“Tak apalah, Along terima semuanya. Semuanya ketentuan Allah. Apa yang kita rasakan buruk itu, mungkin ia sebenarnya yang terbaik untuk kita. Hanya Allah yang mengetahuinya. Along redha dengan ketentuan Allah.” Along mengukirkan senyuman manis buat Audra. Pipi Audra di sentuhnya dengan kasih sayang.

Audra membalas senyuman itu. Along memang tabah. Kata-kata Along memang benar. Kisahnya bersama dengan Abang Nin sudah tamat. Yang penting sekarang, Along perlu mulakan hidup baru bersama Iman. Jika Abang Nin membuka lembaran baru dengan wanita lain, kenapa Along masih perlu menunggu dalam situasi yang sama? Along juga perlu memulakan langkah baru dalam hidupnya.

“Betul Along!” ujar Audra lalu menggapai tangan Along dan menggenggamnya dengan erat. “Along masih ada kami di sini. Kami semua sentiasa mendukung Along.” Audra cuba membari semangat kepada Along.

Along memegang kedua-dua pipi Audra. “Terima kasih,” Along tersenyum lagi. “Along tahu, masih ramai lagi orang yang sayangkan Along. Sebab tu Along tak putus harapan. Along ada keluarga kita, ada Iman. Kamu semua adalah semangat dan kekuatan Along.” Ada getar dari nada suaranya.

Audra mula terasa ada air yang bertakung di kolam matanya. “Kita akan sama-sama menjaga Iman. Kita akan pastikan, Iman membesar dengan penuh kasih sayang dan perhatian!” Audra sedaya upaya menghalang airmatanya dari mengalir. Jika Along bisa kuat, dia juga perlu kuat menerimanya.

“Along sayang Ara,” ujar Along lalu merangkul tubuh di depannya itu.

“Ara pun sayangkan Along.” Audra sudah tidak dapat menahan airmatanya. Lalu dia menangis di bahu Along. Mendengar esak tangis Audra, Along juga turut menangis dan terus menangis bagi menceritakan hatinya yang telah remuk itu. Dia terus menangis hinggalah hatinya terasa puas dan Audra hanya membiarkan sahaja Along meminjam bahunya untuk bersandar.

“Along harap, Ara takkan menerima nasib yang sama seperti Along,” ujar Along dalam sedunya setelah tangisannya sudah terhenti. Dia meleraikan pelukan mereka. Sisa airmatanya disekat lalu wajah Audra dipandangnya.

Ya, Audra juga berharap perkara yang sama. Dia mahu mengecapi kebahagiaan seperti anganannya. Tapi, mampukah dia mencapai itu semua? Sedangkan hakikat hidup bukan seperti dongeng pari-pari yang sering diimpikan. Happily Everafter, hanyalah di syurga bukan dalam kehidupan di dunia. Mampukah dia menemui cinta hingga ke syurga?

“Ara doakan Along akan menghadapi semuanya dengan tabah. Hari ini akan berlalu pergi. Ara harap, hari-hari yang akan datang Along akan sentiasa berbahagia dan terus berbahagia,” doa Audra.

“Amiin,” Along tersenyum mendengarnya. “Along juga doakan perkara yang sama.” Along memandang wajah Audra dengan penuh kasih. “Ara masih berangan seperti dulu?” tiba-tiba sahaja Along mengutarakan soalan itu.

Audra hanya tertunduk.  Perlukah dia menceritakan apa yang telah berlaku? Iaitu, dia telah menemui seorang putera raja yang telah membuatkan jantungnya berhenti berdegup seketika. Pasti Along akan mentertawakannya!

“Kenapa ni?” tanya Along apabila melihat Audra yang hanya tertunduk. “Ara masih mengimpikan untuk bertemu dengan seorang putera raja yang boleh membuatkan jantung Ara berhenti berdegup?” tanya Along lagi. “Atau, Ara  dah jumpa seseorang?” kerlingnya.

Audra membuang pandangannya seketika pada Along. Kemudian, dia menunduk kembali seperti tadi.

Along menghembuskan nafasnya. Mungkin Audra masih belum bersedia untuk berkongsi hati dengannya saat ni. “Oh ya, Zana apa khabar? Lama Along tak jumpa dengan Zana,” Along mengalihkan perbualan.

Audra mengangkat semula wajahnya. “Zana sihat. Dia kirim salam dengan Along,” ujar Audra yang baru teringat dengan salam yang dititipkan Zana buat keluarganya.

“Kalau Along tak tanya tentang Zana, mesti Ara lupa!” Along menjeling sambil tersenyum. Sengaja mahu mengusik Audra.

Audra hanya tersengih-sengih. “Eh, Iman mana?” Audra baru teringat dengan anak saudaranya itu. Sedari tadi dia tidak melihat Iman.

“Iman ada di kebun. Pagi tadi beria-ia dia nak ikut tok abahnya. Jadi, abah pun bawalah dia pergi,” beritahu Along.

Audra mengangguk. Bagaimana dia boleh lupa sedangkan dia telah bertanya pada Mak  Aji tentang Iman tadi. Dan Mak Aji juga menyatakan Iman berada di kebun bersama Pak Aji.

Along melirik jam ditangannya seketika. “Ara dah makan pagi?” Setelah lama berbual, baru Along bertanya tentang itu.

Audra memegang perutnya yang masih kosong. Dia belum sempat bersarapan ketika bas berhenti di terminal tadi. Apa yang ada difikirannya, dia hanya mahu cepat tiba di rumah untuk menemui Along dan Iman.

“Belum. Tapi tak apalah. Ara makan tengahari teruslah kejap lagi,” ujarnya setelah melirik jam di dinding yang hampir menunjukkan angka dua belas.

“Eloklah tu. Along dan mak dah siapkan makan tengahari tadi. Cuma tinggal nak hidang je,” balas Along. “Ara, Along nak minta tolong sikit, boleh?”

Audra tersenyum. “Banyak pun boleh!” balasnya.

Along ketawa kecil. “Along nak tolong mak hidangkan makan. Sementara tu, boleh tak Ara ke kebun dan panggil abah dan Iman balik?” pinta Along.

“Boleh!” Pantas Audra menyahut pertolongan itu. Tatkala ini, apa sahaja yang dipinta Along pasti akan dilakukannya. Dia mahu melihat Along bahagia semula. “Ara pergi kebun dulu ya!” Audra terus meluru ke dapur. Di dapur, kelihatan Mak Aji sedang sibuk membancuh sejug air sirap.

“Mak, Ara nak ke kebun kejap ya!” beritahu Audra. Mak Aji hanya menganggukkan kepalanya tanda membenarkan Audra pergi.

“Pergilah! Panggil abah dan bawa Iman balik. Matahari dah naik. Nanti demam pulak budak tu,” suruh Mak Aji pula.

“Baik, mak!” Audra melalui pintu di dapur untuk melalui lorong-lorong kecil yang menuju ke kawasan kebun. Dari jauh, Audra sudah melihat kelibat si kecil Iman yang sedang berlari-lari di sekitar pondok kecil yang dibina abah untuk berteduh ketika kepenatan.

Di bawah pondok itu, kelihatan abah sedang berbual bersama seorang lelaki. Tiba-tiba sahaja audra terasa jantungnya berdegup kencang. Dia memegang dadanya. Langkah laju yang diaturnya tadi sudah bertukar perlahan. Ini masuk kali ketiga dia merasa debaran seperti itu. Kali pertama, ketika di Rumah Warisan dan kali kedua adalah ketika dia meminta cuti kecemasan. Kedua-duanya berlaku saat dia mahu berjumpa dengan Zack. Adakah dia akan bertemu dengan Zack lagi? Tak mungkin!

Mata Audra terus tidak lekang memandang lelaki yang sedang membelakangkannya itu. Tangannya masih memegang dadanya yang bergetar kencang. Kedengaran suara lelaki itu sedang berbual dengan abah. Dia seakan pernah mendengar suara itu. Hampir sampai sahaja di pondok kecil itu, Audra menghentikan langkahnya. Namun, matanya tidak lepas melihat susuk tubuh yang sedang membelakangkannya itu.

“Ara!” Pak Aji terus memanggil nama Audra sebaik sahaja menyedari kehadirannya di situ.

Audra kaget seketika. Debaran di dadanya semakin kencang. Perasaan apa yang dirasakannya ini?

“Angah! Angah!” Iman terus berlari-lari anak untuk mendapatkan Audra setelah melihat kelibat Audra di situ.

Melihatkan Iman yang sedang ketawa riang dan mendepakan tangannya sambil berlari ke arahnya, membuatkan Audra tersenyum lebar. Hilang segala debaran di dadanya. “Iman!” Audra juga mendepakan tangannya sambil berlutut untuk menyamakan ketinggiannya dengan Iman. Iman terus meluru masuk ke dalam pelukan Audra. “Hmm, sayang Iman!” Bertalu-talu ciuman diberi pada Iman. “Angah rindu sangat dengan Iman!”

“Iman pun rindu sangat dengan Angah!” ujar Iman.

Audra tersenyum sambil mengelus rambut anak saudara perempuannya panjang hingga paras bahu. Tiba-tiba saja perasaan sebaknya muncul kembali. Apakah Iman mengerti apa yang telah berlaku dalam hidupnya? “Iman,” panggil Audra sambil meleraikan pelukan mereka. “Iman anak yang baik, kan?” soal Audra. Iman mengangguk. “Kalau macam tu, Iman kena janji dengan angah yang Iman akan selalu dengar cakap mama.”

“Iman janji!” Dia mengangkat tangan seperti bersumpah.

“Ara!” Sekali lagi kedengaran suara Pak Aji yang memanggil Audra. Kali ini Pak Aji sudah berada di sisi Audra dan Iman. Audra kembali berdiri dan memandang Pak Aji. Sekilas pandangannya jatuh pada lelaki yang masih duduk bertentangan dengan abah. Sedikit pun lelaki itu tidak menoleh padanya. Tapi dari susuk belakang tubuh lelaki itu, dia seakan mengenalinya.

“Abah,” Audra bersalam dengan orang tuanya.

“Bila sampai?” tanya Pak Aji.

“Baru je, bah!” Ringkas sahaja jawapan Audra.

“Kamu dah jumpa dengan Along?” tanya Pak Aji lagi. Audra mengangguk perlahan.

“Baguslah kamu datang sini. Boleh kamu temankan Along dan Iman sekejap. Lama kamu cuti?” tanya Pak Aji lagi.

“Seminggu je, bah. Ahad depan Ara kena balik Penang dah,” jelas Audra.

Terangguk-angguk kepala Pak Aji. “Dah kebetulan kamu datang sini, abah nak kenalkan kamu dengan anak angkat abah,” beritahunya.

Berkerut kening Audra. Abah ada anak angkat? Bagaikan tak percaya perkara itu terjadi. Bukan dia tidak tahu dengan sikap garang dan ketegasan abah yang sangat sukar menerima orang luar itu. Sampaikan pemuda dalam kampung ni pun, takkan berani mengusik anak daranya. Siapa yang berani mengusik anak gadis Pak Aji Ashaari?

“Zack!” Pak Aji memanggil lelaki itu agar datang padanya.

Dengan tu, susuk tubuh yang sentiasa membelakangkannya berpusing. Debaran di dada Audra mula terasa kembali. Sebaik sahaja lelaki itu menoleh padanya, pandangan mereka bertaut seketika.

Encik Zack?! Terkejut Audra melihat wajah itu. Audra memegang dadanya. Kenapa setiap kali dia berjumpa dengan Zack jantungnya akan bergetar sebegitu? Mujurlah kali ini, dia tidak terasa mahu pitam. Kali ini juga, jantungnya tidak berhenti berdegup lagi. Mungkin,    jantungnya tidak akan berhenti berdegup lagi setelah Zack membuatkan jantungnya berhenti berdegup tempoh hari.

“Ara, kenalkan ini anak angkat abah, Zack!” Pak Aji mengenalkan Zack padanya.

Audra hanya menganggukkan kepalanya pada Zack sambil cuba menyembunyikan debaran di dadanya. Zack juga membalas anggukkannya dengan anggukkan juga. Baik dia mahupun Zack, kedua-duanya tidak menerangkan yang mereka mengenali antara satu sama lain.

            “Apa khabar?” Zack menyapa Audra yang mukanya sudah kelihatan merah. Mungkinkah wajah Audra yang putih serlah itu sedang memerah kerana terbakar mentari yang semakin tegak di kepala atau kerana melihatnya di sini?

            “Baik,” balas Audra yang sudah mengalihkan pandangannya dari memandang Zack.

“Hari tu mak kamu kata, kamu tak boleh cuti,” ujar Pak Aji setelah teringat tentang itu. “Ini, macam mana boleh cuti pulak? Bos kamu kasi?”

Gulp! Audra sudah menelan air liurnya. Alamak! Kenapa pulak abah boleh bertanya soalan itu saat ini? Di depan Encik Zack pulak tu!

“Tuan Syed bagi kamu cuti?” tanya Pak Aji. Audra memang selalu menghubungi mereka di kampung. Hampir setiap hari. Sebab itulah apa sahaja yang berlaku pada Audra mereka pasti mengetahui. Termasuklah cerita Audra tentang Tuan Syed Zikri dan orang kanannya.

“Ara tak dapat jumpa dengan Tuan Syed. Tapi, cuti Ara dah diluluskan. Sebab tulah Ara balik kampung,” ujar Audra yang sudah tergagap sedikit. Bagaimanalah dia tidak gelabah begitu sedangkan mereka sedang berbual di depan Zack, orang kanan Tuan Syed Zikri yang sudah berbaik hati meluluskan cutinya.

“Macam mana? Kamu dah berbaik dengan bos kamu?” Risau juga Pak Aji dengan masalah yang timbul antara Audra dan majikannya. Sampai sekarang hubungan mereka masih tiada perkembangan yang baik. Sepatutnya Audra lebih pantas menjernihkan suasana. “Apa nama sebenar Tuan Syed ya?” Entah kenapa apabila melihat Zack, dia teruja mahu tahu nama sebenar Pengarah Warisan Syed yang sering diceritakan Audra.

Wajah Zack sudah berubah mendengar pertanyaan Pak Aji itu. Jika dia tidak silap, pada awal kedatangannya di kampung ini, dia ada memberitahu nama sebenarnya. Apakah Pak Aji masih ingat nama sebenarnya?

“Syed Zikri,” jawap Audra dengan malas.

Syed Zikri? Berkerut dahi Pak Aji. Dia seakan pernah mendengar sahaja nama itu. Dia berpaling memandang Zack.

Zack yang menyedari pandangan Pak Aji kepadanya lantas beralih ke tempat lain. Di dalam hatinya sudah mula berdoa agar Pak Aji tidak mengingati nama sebenarnya. Jantungnya sudah berdebar kencang.

“Kalau tak silap Pak Aji,”  matanya sudah terpaku kepada Zack.

“Abah, mak panggil balik. Makan tengahari dah siap!” Sampuk Audra sebelum sempat Pak Aji bertanya kepada Zack. Matahari yang semakin tegak di atas kepala membuatkan pandangannya semakin berbilau. Dia mahu segera membawa Iman pulang ke rumah. Dia khuatir jika Iman akan jatuh sakit berada di bawah matahari terlalu lama begitu. “Ara bawa Iman balik dulu ya, bah!” Audra berpusing lalu mencapai tangan Iman dan berjalan menuju ke rumah.

            Pak Aji memandang Zack semula. Dia sudah terlupa apa yang mahu ditanyakan pada anak angkatnya itu. “Marilah Zack, jemput ke rumah!” Pak Aji mempelawa Zack.

            Zack sudah menarik nafas lega. Mereka berdua beriringan mengikut langkah Audra dan Iman yang sudah jauh ke depan.

            Sampai sahaja di rumah, Audra terus meluru kepada Mak Aji dan Along yang sedang menyusun pinggan-pinggan di atas meja. “Kenapa mak dan Along tak beritahu kita ada tetamu?” Terus sahaja dia bertanya kepada Mak Aji.

            “Tetamu?” Pantas sahaja Mak Aji memandang Audra. Along yang mendengar juga memandang Audra.  Bagaimana Audra boleh berkata begitu sedangkan dari pagi tadi mereka tidak menerima apa-apa kunjungan.

“Assalamualaikum.” Belum sempat mereka berbual dengan lebih lanjut, kedengaran suara Pak Aji memberi salam.

“Waalaikummussalam,” jawap mereka semua.

Mak Aji pantas ke pintu dapur dan menjegah ke luar. “Zack!” Raut wajahnya bertukar ceria melihat kelibat yang beriringan dengan Pak Aji. Baharu dua minggu lepas Zack datang menjenguk mereka. Sejak mereka mengenali Zack, adalah dua-tiga kali lelaki itu datang ke sini.

“Apa khabar Mak Aji?” soal Zack bersama senyumannya.

            “Alhamdulillah, sihat!” Mak Aji kelihatan teruja menerima kunjungan itu. Wajahnya ceria sekali melihat Zack di situ. “Jemput masuk Zack!”

            “Terima kasih,” Zack membuka kasutnya dan masuk ke dalam. Zack memang sudah biasa dengan orang-orang di sini.

            “Kenapa datang tak beritahu dulu? Bolehlah Mak Aji siapkan makan banyak-banyak!” Mak Aji menghampiri Audra semula. “Inilah Zack, anak angkat mak dan abah,” ujarnya pada Audra dan Along.

            Audra memandang Zack bersama satu pandangan yang kurang menyenangkan. Zack mengukirkan senyuman buat Audra namun dibalasnya dengan jelingan. Kemudian, Audra menyibukkan diri membantu Along membetulkan hidangan di atas meja. Zack tahu, kedatangannya di sini tidak dialu-alukan. Mungkin Audra terkejut melihatnya di situ.

            “Apa khabar?” sapa Zack kepada Along pula.

            “Alhamdulillah,” balas Along dengan senyuman. Rupanya inilah pemuda yang berjaya memikat hati abah.

            “Ini anak sulung Mak Aji. Namanya, Anissa. Tapi, kami di sini cuma panggil Along,” Mak Aji sudah tersenyum ceria. “Si Iman ni pulak, anaknya! Satu-satunya cucu Mak Aji,” tiba-tiba suaranya menjadi sayu seketika sebelum kembali tersenyum.

            Zack tahu, keluarga mereka masih berduka. Ketika di kebun tadi, Pak Aji sempat menceritakan apa yang telah berlaku. Ketika di pejabat, dia memang agak risau apabila mengetahui keluarga Pak Aji ditimpa masalah. Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk datang ke sini dan meluluskan permohonan cuti Audra.

            “Zack ni, hah! Datang sini, terus dia ke kebun. Saya dah suruh dia ke rumah dulu. Katanya, nak temankan saya berkebun. Padahal dia tu malu nak ke rumah terus sebab dia dah tahu saya pasti ada di kebun.” Pak Aji sudah ketawa sambil menggelengkan kepalanya.

            Mak Aji juga ketawa mendengar cerita Pak Aji.

            “Duduklah!” Pak Aji menyuruh Zack duduk di kerusi makan bersamanya.

            Ketika Zack tiba pagi tadi, dia sudah mengagak yang Pak Aji pasti berada di kebun. Jadi, dia terus membuat keputusan untuk ke sana. Apatah lagi setelah dia tahu Audra akan pulang ke kampung. “Banyak Mak Aji masak. Sedap bau ni!” Selera Zack mula terbuka melihat masakan kampung di depannya.

            Mak Aji sudah tersenyum dengan tingkah Zack. Sungguh, mengenali Zack yang secara kebetulan menginap di rumah mereka dahulu, membuatkan dia jatuh kasih kepada pemuda ini. Zack pandai mengambil hati mereka. Orangnya juga bersopan santun dan menghormati orang yang lebih tua. Orang kampung juga yang senang dengan kehadirannya. Apatah lagi mereka yang selalu berjemaah di surau. Lebih cepat mereka menerima kehadiran Zack.

            “Apit mana Mak Aji?” soal Zack. Tiba-tiba dia teringat pula dengan anak lelaki tunggal keluarga itu.

            “Kejap lagi baliklah budak tu dari sekolah,” ujar Mak Aji. “Dah, marilah makan dulu. Kalau nak tunggu Apit, meragam perut tu nanti.” Mak Aji memberi isyarat pada Audra dan Along yang masih mengemas di dapur agar duduk bersama mereka.

            Dengan rasa yang berat, Audra menarik juga kerusi dan duduk di meja makan. Lebih malang lagi, dia duduk berhadapan dengan Zack. Sempat lagi mata mereka bertentang. Setiap kali dia memandang Zack, hanya rasa yang kurang senang dilemparkan buat lelaki itu.


            Berlainan pula dengan Zack, setiap kali pandangan mereka bertaut dia terasa bagaikan panahan asmara di balik pandangan itu. Zack hanya tersenyum apabila menerima jelingan yang tajam dari Audra. Biarkanlah, suatu hari nanti jelingan yang tajam ini pasti bertukar menjadi jelingan manja yang hanya akan diberikan kepadanya.


----------@@----------

TeRiMa KaSiH ya kerana sudi membaca N3 kali ini.....Harapan saya agar anda sudi mengikuti sambungannya....LOL <3 span="">

-------@@-----------



Friday 12 July 2013

Kau Suka Dia? - 2








Salam Jumaat dan Salam Ramadhan....

Ini sambungan spesial N3 ari tu kay...Just nak inform, bila baca citer ni, sampai di part-chatting- saya banyak gunakan ringkasan seperti mana yang selalu kita gunakan bila berchatting ya...

Selamat membaca...Happy reading ya.....Enjoy!!


--------@@-----------



Sambungan....

“LUNA!” panggil Zarul. Tanpa memperdulikan Zarul, Luna meneruskan langkahnya. Melihatkan situasi itu, lantas Zarul berjalan mendahului Luna dan terus menutup pintu pagar untuk menghalang langkah Luna.

Luna sudah terpaku di situ sambil memandang Zarul. Pinggangnya dicekak sebelah. Bibirnya sudah herot ke tepi. Zarul ketawa melihat aksi Luna.

“Kenapa kau ketawa? Apa yang lucu sangat?” tanya Luna.

Zarul menghentikan tawanya. “Kenapa dengan kau ni? Tiba-tiba aje sensitif,” ujar Zarul. Luna menjeling Zarul. “Marilah aku hantar kau ke kolej. Nanti lambat pulak.”

“Tak apalah. Aku boleh pergi sendiri,” kata Luna. Dia memberi isyarat agar Zarul ke tepi dan beri laluan kepadanya. Malangnya, Zarul hanya memerhatikannya dengan senyuman.

“Kau nak ikut aku, atau kau nak aku beritahu makcik?” Kening Zarul sudah terjongket-jongket memandang Luna.

“Kau ugut aku?” Luna memeluk tubuhnya dengan geram. “Tepilah!” bentak Luna sambil menolak tubuh Zarul dengan buku di tangannya. Namun, Zarul tetap tak mahu berganjak.

“Kenapa kau ni degil sangat? Kau nak ikut aku atau aku paksa kau? Mana kau pilih?” tanya Zarul.

Mencerlung mata Luna memandang Zarul. Dia mendengus. “Aku ikut kau lah!”

Zarul sudah tersenyum. Lantas pintu pagar dibukanya dan memberi laluan kepada Luna. Setelah menutup pintu pagar, mereka masuk ke dalam perut kereta.

“Lepas kelas nanti aku ambil kau,” beritahu Zarul.

“Hmmm...”


**********


NAMPAK sahaja Zarul yang sudah berdiri di sisi kereta menantinya, lantas Luna menghampiri. Tanpa berkata apa-apa, Luna terus meloloskan dirinya dalam kereta.

Zarul yang masih tercegat di sisi kereta hanya menggelangkan kepala. Dia juga ikut masuk ke dalam kereta. Luna disebelahnya yang sedang memeluk tubuh dikerlingnya seketika. Luna terus membisu.

“Kau marahkan aku ke?” soal Zarul. Namun Luna tetap kaku membisu.

Zarul mencapai botol hijau yang sentiasa disimpannya di dalam kereta. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis gula-gula yang disimpan sebagai habuannya jika mengantuk ketika memandu. “Kau nak sweet?” tanya Zarul lagi.

Kali ini Luna menjeling padanya. Dia menggeleng. Zarul tersenyum. Sekurang-kuranya Luna sudah memberikan respon kepadanya. Zarul membuka pembalut gula-gula lalu memasukkan ke dalam mulutnya. Dia mula memandu keluar dari perkarangan kolej.

“Aku nak pergi Luna,” ujar Zarul. Suaranya tiba-tiba sayu.

“Kau nak ke mana?” soal Luna.

 Zarul tersneyum melihat Luna yang sudah mahu bicara dengannya. “Aku akan ke Bali,” beritahu Zarul. “Aku dinaikkan pangkat. Dan aku dihantar ke sana.”

“Berapa lama?” tanya Luna. Wajahnya tiba-tiba sahaja berubah. Entah kenapa dia tidak menyenangi berita yang baru diterimanya itu.

“Aku akan terus bekerja di sana sehinggalah permohonan aku untuk ditukarkan ke sini diluluskan,” Zarul membelok ke selekoh kanan.

Luna mendiamkan diri. “Lama sangat,” ujar Luna perlahan tanpa mengangkat wajahnya.  Dia merasa kehilangan. Dia sudah terbiasa dengan kehadiran Zarul dalam hidupnya. Tiba-tiba sahaja Zarul harus pergi.

“Aku tahu perasaan kau yang mahu mencintai dan dicintai. Cinta itu perasaan yang indah dan terlalu bernilai. Jadi, janganlah letakkan cinta kau yang bernilai itu di tempat yang rendah nilainya,” nasihat Zarul.

“Aku tahu aku salah sebab berikan cinta aku kepada Hafizi. Tapi, kau janganlah risau. Pandailah aku jaga diri sendiri,” Luna memandang Zarul dengan wajah yang muram. Entah kenapa dia terasa mahu menangis saat itu.

Zarul mengerling Luna seketika. “Kau kenapa Luna?” tanya Zarul tatkala melihat wajah sedih Luna.

Luna menggeleng lalu memandang ke luar tingkap. Zarul memberi signal kiri lalu menghentikan kereta di bahu jalan. Dia mengalihkan tubuhnya memandang Luna.

“Cuba beritahu aku, kau ada masalah?” tanya Zarul. Luna menggeleng lagi.

“Habis tu, kenapa ni?” Zarul yang masih tidak berpuas hati terus bertanya.

“Tak ada apa,” Airmata yang cuba ditahannya mengalir juga. Pantas dia menyeka dengan belakang tangannya. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia begitu sedih saat Zarul memberitahu tentang kepergiannya.

“Hey, Luna,” Zarul menarik bahu Luna agar memandang padanya. Wajah Luna yang kebasaha dek airmata dipandangnya. Lama. Lalu, dia menarik kepingan tisu dari dalam kotaknya lalu diserahkan kepada Luna. Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menyapu airmata itu. Tapi, apa kata Luna nanti.

“Thanks,” Luna mencapai tisu yang diserahkan lalu menyapu airmatanya.

Zarul meletakkan kepalanya di belakang kerusi sambil memandang kepada Luna yang masih menyapu airmatanya. “Kenapa dengan kau ni?” soalnya. “Kau sedih sebab aku nak pergi?” tanya Zarul perlahan.

Luna berdiam diri. Menggeleng tidak, mengangguk pun tidak. Zarul menarik nafas yang panjang.

“Aku okey,” ujar Luna lalu memandang Zarul. Satu senyuman dilemparkan.

Zarul mengetap bibir. “Kenapa kau menangis?” tanya Zarul untuk sekian kalinya.

“Tak ada apalah. Terlebih emosi,” ujar Luna lalu memandang ke tempat lain.

“Apa sebabnya? Apa puncanya?” Zarul masih terus bertanya. Jauh disudut hatinya, dia merasakan tangisan itu adalah untuk dirinya.

“Tak ada apa. Biasalah orang perempuan, ada masanya terlebih emosi” dalih Luna.

Zarul menghela nafas panjang. “Aku tak suka kau menangis. Aku susah hati kalau kau menangis,” beritahu Zarul.

Luna menoleh memandang Zarul. Dadanya merasa getaran apabila Zarul berkata begitu. “Kenapa kau perlu rasa macam tu?” Mata Zarul dipandangnya.

Zarul membetulkan semula duduknya. Dia memberi signal kanan untuk masuk ke jalan semula. Dia terus memandu kereta. “Kita singgah kedai makan dulu. Esokkan dah puasa. Aku belanja kau,” dia sudah mengalih topik sehingga membuatkan Luna mendengus geram.



************


RAMADAN 1



LUNA mengintai Farish dan Zarul yang sedang berbual di laman. Sejak pulang dari solat tarawih, Zarul sentiasa bersama Farish. Langsung dia tidak berpeluang untuk berbual dengan Zarul.

“Luna,” panggil Hanim apabila melihat anak gadisnya terintai-intai di pintu, memerhatikan Farish dan Zarul. “Kenapa ni?”

“Itu hah. Dia orang tu asyik berbual berdua saja. Kita yang di sini, langsung tak dipedulikan,” rungut Luna.

“Adahal orang lelaki yang dibincangkanlah tu,” ujar Hanim lalu meletakkan dulang air di atas meja. “Panggil mereka masuk. Kita minum sama-sama. Lusa, Zarul dah berangkat ke Bali,” arah Hanim lalu melabuhkan punggunya di sofa. Empat gelas kosong diisikannya dengan jus segar yang diperah sendiri.

“Abang, Zarul, ibu panggil masuk. Ibu dah sediakan minuman.” Luna terus menyampuk perbualan kedua-dua lelaki itu.

Mereka berdua menoleh kepadanya.

“Jomlah Zarul,” ajak Farish lalu bangun dari duduknya dan mula melangkah ke dalam.

Zarul berdiri lalu memandang Luna. Mereka berbalas pandangan seketika.

“Kau dah siapkan barang-barang kau?” tanya Luna. Zarul hanya mengangguk.

“Bila aku pergi nanti, kau akan lupakan aku?” soal Zarul kembali.

Dengan pantas Luna menggeleng. Zarul tersenyum melihat gelengan itu.

“Tapi, aku takut kau yang akan lupakan aku,” beritahu Luna lalu menundukkan kepalanya memandang tanah.

Zarul sudah ketawa kecil. “Kalau macam tu, kau selalulah online FB. Kita boleh chatting.  Wee Chat pun ada. Whatsapp pun boleh,” ujar Zarul sekadar mengusik.

“Kau tu yang jarang online. Maklumlah, orang sibuk,” Muncung Luna sudah panjang.

Zarul ketawa lagi. “Bukan aku tak nak online. Tapi, abang kau tak suka,” kata Zarul.

“Abang tak tahu pun! Kau janganlah beritahu dia!” kata Luna seakan merajuk.

“Tak baiklah macam tu. Dia abang kau. Aku tahu, dia tak suka aku rapat sangat dengan kau. Bukan sebab dia tak suka pada aku. Tapi, itu kewajiban dia sebagai seorang wali ke atas kau,” terang Zarul.

Luna tertunduk.

“Luna, boleh kau berjanji dengan aku?” tanya Zarul. Luna hanya mengangguk.

“Aku nak, kau dengar cakap ibu kau, cakap abang kau. Jangan buat perkara yang mereka tak suka. Yang penting sekali, jangan tipu dia orang,” tutur Zarul dengan serius.

“Tipu?” Luna memandang Zarul. “Aku tak pernah tipu dia orang.”

“Betul?” tanya Zarul. Luna mengangguk. “Sebelum ni, kalau kau kata kau keluar ramai-ramai dengan kawan kalau kau nak jumpa dengan Hafizi. Tapi, kenapa hari tu kau cuma berdua dengan dia?”

“Oh, hari tu, Cuma kebetulan aku berjumpa dengan dia,” jelas Luna. “Percayalah, aku tak pernah tipu ibu dan abang.”

Zarul tersenyum lalu mengangguk. “Aku percaya.”

Luna menarik nafas lega.

“Bila kau perlukan aku, beritahu kepada Farish. Aku akan hubungi kau,” ujar Zarul.

“Kenapa aku tak boleh hubungi kau terus? Kalau aku beritahu abang, abang mesti tak benarkan aku hubungi kau,” kata Luna mendesak.

“Luna, cubalah mengerti tanggangjawab mereka ke atas kau. Aku janji, kalau kau dengar cakap mereka, hidup kau akan bahagia,” kata Zarul lagi.

“Luna!” Kedengaran suara Farish dari dalam. Tubuhnya sudah tercegat di depan pintu sambil memandang mereka berdua. “Sudah-sudah! Masuk!”

Zarul memberi isyarat agar Luna menurut perintah. Setelah itu, dia juga ikut masuk ke dalam.


************


LUNA hanya memerhatikan Zarul yang sedang bersalaman dengan orang tuanya. Berbagai-bagai pesana yang diberikan mereka kepada Zarul sehinggakan kepala Zarul terangguk-angguk menerimanya.

Kemudian, ibu Zarul, Fatin beralih memandang Luna. Dia melambai tangan kepada Luna, memanggil agar Luna mendekatiknya. Luna mengikut sahaja.

Fatin memeluk bahu Luna dengan erat. “Janganlah risau, mama akan tengok-tengokkan Luna,” Fatin menepuk bahu Zarul.

Luna tergamam seketika. Apa yang dibualkan mereka sekeluarga sehingga Fatin berkata begitu?

“Kenapa? Zarul risaukan Luna?” soal Hanim pula. Farish sudah menggeleng kepalanya.

“Ah, biasalah budak-budak ni. Dah rapat dari kecil, mulalah nak fikir bukan-bukan bila berjauhan,” balas Fatin.

“Patutnya kita kahwinkan saja mereka berdua ni,” usik Zain, papa Zarul.

Wajah Luna sudah kemerahan.

“Mana boleh pa, Luna ni dah ada boyfriend,” usik Zarul. “Lagipun, tu hah,” dia menunding kepada Farish. “Ada penghalang.”

Farish mendengus. Dia memeluk bahu Zarul dan mengepal penumbuknya. Perut Zarul ditumbuk tipu. Tangan Zarul pula menahan-nahan tumbukan gurauan itu. Kemudian, mereka ketawa. Zarul dan Firash berpelukan.

“Kalau kau suka adik aku, bukan sekarang,” bisiknya di telinga Zarul. Zarul hanya tersenyum sambil tangannya menepuk-nepuk belakang Farish.



*********



Setahun berlalu..........



Ramadan 2



LUNA memandang Farish yang masih menghirup kopi pekatnya. Dia mengerling jam di dinding. Baru pukul lima pagi, masih ada tiga puluh lapan minit sebelum masuk waktu imsak.

Farish pura-pura tidak mengerti dengan kerlingan Luna. Bukan dia tak tahu adiknya itu sebal dengannya kerana melarangnya untuk berbual dengan Zarul ketika lelaki itu menghubunginya tadi.

Dek kerana geram dengan sikap pura-pura Farish, lantas Luna mencapai bantal kecil yang ada di sofa lalu dibalingnya kepada Farish.

“Apa ni?” Farish merungut. “Nasib baik kopi abang tak tumpah.”

“Abang tu!” Luna mengetap bibir. Dia sudah terasa mahu menangis. “Dah setahun pun Zarul pergi, abang tetap tak benarkan Luna hubungi Zarul.”

“Buat apa kau nak hubungi dia? Kau tu ada apa-apa ke dengan dia?” Tanya Farish. Kopi panas itu dihirupnya perlahan.

“Salahkah Luna nak bercakap dengan dia?” Airmata Luna sudah menitis.

“Yang engkau nak menangis ni kenapa? Kau tu ramai peminat di kolej. Takkanlah sebab tak dapat bercakap dengan Zarul kau nak menangis?” Farish bersandar di sofa dan memerhatikan Luna.

“Dia orang tu semua tak ada kaitan dengan Luna. Kalau Luna layan dia orang pun, abang tak kasi. Lagipun, Zarul dah pesan suruh Luna dengar cakap abang. Luna cuma nak bercakap dengan Zarul, bukan dengan budak-budak kolej tu,” dalam sedu sedan Luna bersuara.

“Teruklah kau ni!” Farish mencebik. “Yang tu pun nak nangis.”

“Abang yang teruk!” Luna melempar lagi bantal kecil kepada Farish. Kali ini Farish sempat menepis sebelum bantal itu kena wajahnya.

“Okey, oeky..” Akhirnya Farish beralah. “Nanti, abang suruh Zarul online FB. Korang chat kat sana saja.”

“Tapi Luna nak nak dengar suara dia,” rayu Luna.

“Engkau ni dah kenapa? Angau ke apa?” Mahu sahaja dia mencubit Luna. “Tak payah! Abang takkan benarkan. Lagipun, abang dah dapat jodoh untuk kau.”

“Apa?!” Terkejut Luna dengan kata-kata Farish. “Tapi Luna  belum habis belajar lagi!” bantah Luna.

“Tak boleh. Belajar tetap belajar tapi kau tetap kena kahwin. Selagi kau tak kahwin asyik sebut nama Zarul saja!” dengus Farish dengan kasar.

“Mana boleh macam tu!” Semakin laju airmata Luna mengalir.

“Kau dah lupa pesan Zarul? Dia minta kau dengar cakap abang, kan?” Farish mengingatkan semula pesanan Zarul. Luna mengangguk. “Jadi, kau kena ikut!”



*****************


Ramadan 5...



~facebook.com~ on chat~


Zarul : Assalamualaikum..

Luna: Waalaikummussalam...
            Baru skrg aq dpt berbual dengan kau. Itu pun chatting je...abg ni teruk!

Zarul : Hehehe... Ko sihat?

Luna : X...huhuhu....Ko?

Zarul : Ko sakit???
            Dah jumpa dr?

Luna: Xlah...Aq sihat. Jiwa aq aje yang x sihat

Zarul : Nape ni?

Luna : Aq rindukan ko..

Zarul : Ko rindukan aq??
            Betul ke ni??

Luna : Kau jgn perasan pula..
            Bkn rindu ehem...ehem..tu..
            Cuma, aq tak ada teman mcm ko..
            Ko phmlah abg tu..

Zarul : Sabarlah...dia tahulah apa yg dia wat...

Luna : Dah Setahun...baru ari nie aq dpt chat dgn ko..

Zarul : sedar x sedar, dh stahun  kita brpisahkn...

Luna : bila ko nk balik?? Aq perlukn ko lah...

Zarul : Nape? Tentu ada benda yg jadikn....

Luna : Abg nak aq kawen..

Zarul : Kawen?? Biar betol! Ngan sape?

Luna : X taw laaa... Next week, dia nk bawa aq jumpa...

Zarul : Tahniah...

Luna : Huaaaa...aq x nak!!! X nk!!
            Dr kawen ngan org x kenal, baik aku kawen ngan ko...

Zarul : hahaha....mcm tulah ko..
            Bila dh jadik cam ni, baru ko nk cari aq..
            Awal2 x nak ajak aku kawen...kan senang...

Luna : Tolonglah balek Zarul...pls....

Zarul : Ko msh ingat pesanan aq lagikn....

Luna : Aq ingat....Tp....

Zarul : Percayalah Luna...Farish taw apa yg dia wat..
            Dgr ckp dia..

Luna : Ko dgn Farish same aje
            Aq benci dgn ko....
            Ko jahat!!


~turn off chat~



******************



“PERGILAH,” suruh Farish.

“Tak naklah,” rayu Luna. Matanya sudah terancap kepada orang ramai yang mengunjungi terminal bas itu.

“Engkau ni degillah!” marah Farish. Lantas dia keluar dari tempat pemandu dan berpusing ke tempat penumpang di sisi. Pintu sebelah kiri dibukanya.

“Keluar,” arahnya kepada Luna.

Luna membentak seperti anak kecil, namun akhirnya dia tetap keluar dari dalam kereta. Farish menutup pintu dengan rapat.

“Macam mana Luna nak kenal dengan dia?” tanya Luna sebal. Kerana janjinya dengan Zarul, dia terpaksa juga menurut kata Farish.

“Kau memang tak kenal dia. Tapi, dia kenal kau. Kau tunggu sajalah. Nanti dia nampak kau, dia datang dekat kau,” beritahu Farish.

“Luna tak naklah, bang,” rayu Luna lagi. Airmatanya menitis lagi.

“Janganlah menangis. Batal puasa karang....” farish mendengus. “Pergilah nak atas. Abang tunggu di sini.”

Dengan berat hati, Luna memanjat anak tangga menaiki tingkat kedua terminal bas itu. Luna duduk di salah satu kerusi yang disediakan.

“Nak jumpa pun kat tempat macam ni! Dah tak ada tempat lain!” rungut Luna. Dia terus memerhatikan orang ramai yang lalu lalang di depannya. Tiba-tiba sahaja, matanya menangkap kelibat Zarul di salah sebuah gerai. Zarul sedang membeli sesuatu di kedai itu.

Wajah murung Luna bertukar ceria. Dia terus menghampiri Zarul.

“Zarul!” Hampir sahaja Luna memeluk Zarul. Namun, mujurlah akal sihatnya menghalang. Airmata gembira sahaja yang mampu dititiskan apabila melihat kelibat Zarul.

“Eh, Luna. Kau buat apa di sini?” soal Zarul.

“Aku? Kau tu, bila balik? Kenapa tak beritahu!” marah Luna yang sudah menangis di depan Zarul.

“Kau ni, aku nak pergi dulu pun menangis. Aku dah balik pun menangis,” Zarul menghulurkan tisu kepada Luna.

Luna menyapu airmatanya.

“Kenapa kau tak beritahu nak balik?” tanya Luna sekali lagi.

Emergency kes ni. Company minta balik sini. Ada urusan penting. Aku ingat, lepas selesai baru aku nak ke rumah kau,” beritahu Zarul. “Kau buat apa pula di sini?” tanya Zarul kembali.

Soalan Zarul itu membuatkan Luna menangis lagi.

“Jomlah kita duduk sana,” Zarul menarik tangan Luna. Mereka duduk di bangku tadi. “Kau sorang aje?”

Luna mengangguk.

“Kau tunggu orang?” tanya Zarul.

Luna mengangguk.

“Siapa?” tanya Zarul lagi. Luna menjongketkan bahunya.

“Abang minta aku tunggu calon suami aku di sini,” beritahu Luna dalam sedu sedannya.

“Kau kenal tak?” tanya Zarul lagi. Luna menggeleng. “Dah tu, macam mana?”

“Abang suruh tunggu sampai dia datang,” kata Luna lagi. Dia menarik nafas yang tersekat-sekat kerana terlalu banyak menangis.

“Tak apalah. Aku temankan kau,” ujar Zarul.



**********


30 minit berlalu.....



“Tak ada siapa pun,” ujar Zarul sambil memandang sekeliling. Luna juga berbuat demikian. Luna melirik jam di tangan.

“Aku tak suka orang yang tak tepati masa,” ujar Luna. “Macam mana dia nak jadi suami aku?” Luna menagih simpati Zarul.

Zarul memandang Luna. “Mungkin sebab aku ada di sini kot.”

“Ah...kau janganlah pergi tinggalkan aku,” rayu Luna.

“Kau betul ke tak nak kahwin lagi?” tanya Zarul.

“Aku masih belajar lah,” Luna menyapu airmatanya yang mengalir semula setelah terhenti tadi.

“Berkahwin tak semestinya kena berhenti belajar. Kau minta izin dengan suami kau untuk sambung belajar lagi,” cadang Zarul.

“Itupun kalau dia izinkan,” balas Luna.

“Tentu. Aku yakin, Farish akan cari calon suami terbaik untuk kau,” ujar Zarul.

“Tapi aku tak kenal dia. Lebih baik dia suruh aku kahwin aje dengan kau. Kau pun baik jugak,” kata Luna.

Zarul sudah ketawa. “Kau nak kahwin dengan aku?” tanya Zarul.

“Sudahlah! Kau tu main-main aje,” jeling Luna.

“Okey, aku serius ni.” Zarul memandang Luna. Serius. “Kalau aku nak kahwin dengan kau, kau terima aku?”

“Macam mana dengan abang?” tanya Luna.

“Itu aku akan selesaikan,” beritahu Zarul. “Sekarang ni, kau nak tak kahwin dengan aku?” tanya Zarul.

Luna memandang Zarul. Lama, mencari kejujuran dalam kata-katanya.

“Kau bersungguhkah ni?” tanya Luna.

“Aku dah lama sukakan kau Luna. Kau aje yang tak tahu,” Zarul memandang jauh ke dalam anak mata Luna. “Aku sayangkan kau dari kecil lagi. Dah lama aku tunggu kau. Aku mahu kau cintakan aku seperti mana aku cintakan kau,” ujar Zarul tulus dari hatinya.

“Kau tak pernah beritahu pun,” kata Luna.

“Sebab aku tak tahu hati kau. Sama ada kau sayangkan aku atau tidak,” Zarul tertunduk.

“Aku tak pernah cintakan kau. Aku tak pernah anggap kau lebih dari seorang abang yang sama-sama membesar dengan aku,” jelas Luna.

Zarul memejamkan matnya. Apakah ini bermakna Luna tidak cintakan dia?

“Tapi, sejak kau pergi, aku rasa kosong. Aku rasa kehilangan. Baru aku sedar, kau dah jadi sebahagian dalam hidup aku. Kau dah ada dalam hati aku.” Mereka berbalas pandangan. “Aku sayangkan kau Zarul.”

Zarul tergamam seketika. Inilah detik yang ditunggu-tunggunya selama ini. Dia menyeluk kocek seluarnya lalu mengeluarkan seutas gelang tangan.

“Kita kahwin,” ajaknya.

“Macam mana dengan lelaki tu?” tanya Luna.

Zarul mencapai tangan Luna lalu menyarung gelang tangan itu. Dia memandang Luna lalu tersenyum.

“Bila aku ada di sini, siapa lagi yang kau nak tunggu?” soal Zarul.

Kening Luna berkerut.

“Kau ingat, siapa lagi yang akan dipilih Farish melainkan aku. Siapalah yang tahan dengan sikap kau yang degil, kuat merajuk dan cengeng ni selain aku?” tanya Zarul.

“Jadi?” Wajah Luna sudah memerah.

“Akulah lelaki yang sentiasa menunggu kau dari dulu sampai sekarang. Sekarang, kau terima tak pilihan Farish?” usik Zarul. "Lepas raya nanti, kita kahwin. kau ikut aku ke Bali, ya."

Luna yang sudah termalu itu bangun dan terus berlari turun. Zarul ketawa kecil.


“Ke mana kau akan lari Luna? Kau akan jadi milik aku selamanya,” Zarul bangun dan mengikut langkah Luna.


-TAMAT-








****************

Terima kasih kerana sudi membaca....Harap anda berpuas hati dengan ending cerita ni.........drop some comment....pls....


SELAMAT BERPUASA YA....




***************