Friday 30 July 2010

Hanya Dia 34


BAB 34


ZACK menghembuskan nafas kurang senang. Wanita di depannya direnung. Wanita itu juga merenungnya kembali sambil memeluk tubuh. Terjungkit-junkit kening Zack cuba meleraikan kekusutannya sekarang.
Entah apalah yang kurang difahami Ilyana dengan jawapannya sehinggan wanita itu masih terus mendesaknya. Bukan dia tidak sudi untuk menerima lamaran wanita itu. tetapi seperti alasan yang diberikannya, dia tidak mahu kehilangan Maisara.
Seandainya satu hari nanti hati Maisara sudah dimiliki, dia rela melepaskan jawatannya sekarang dan bekerja dengan Warisan Syed.
“Come onlah Zack! Please! I need you! I really.....really.....need you!”
“No! As I said! I won’t accept that offer!”
Ilyana memuncungkan bibirnya. Mengapa sukar benar untuk dia memujuk Zack. Ah....kuat sunggup penangan Maisara dalam hidup Zack hingga bisa membuatkan lelaki itu menolak mentah-mentah tawaran Warisan Syed.
Niatnya untuk menunggu dahulu dari mengajak Zack ke Warisan Syed kerana dia sudah merencanakan sesuatu untuk lelaki itu dan Maisara, terbantut kerana walid memaksanya untuk terus memujuk Zack. Walid mahu Zack kembali semula ke Warisan Syed secapat mungkin. Dia sendiri tidak pasti apa rancangan walid sedangkan selama ini walid tidak pernah menyebut nama Zack di depannya.
“Takkanlah sepupu sendiri pun tak nak tolong kot!”
Zack tersenyum melihat wajah Ilyana yang mencuka. Dia kenal benar persis sikap Ilyana. Gadis itu tak mungkin berputus asa selagi apa yang dihajati belum tercapai. Dia tahu, Ilyana takkan menawarkannya jawatan di Warisan Syed seandainya gadis itu tidak bermasalah.
Seperti apa yang didengarnya, Warisan Syed sedang berhadapan dengan tuduhan yang berat. Tetapi, kes ini masih belum di bawa ke pihak pengadilan. Menurut sumber-sumber yang didengarinya, wanita itu mendapat bantuan dari keluarga Haji Ismail. Memandangkan Haji Ismail adalah kawan baik kepada Dato’ Jamaluddin dan kebetulan pula Ilyana mempunyai hubungan istimewa dengan Fariz, jadi tentu sahaja mereka akan membantu Warisan Syed.
“So tell me......the job that you offered me in Warisan Syed, is it all because Warisan Syed is facing a big problem?”
Ilyana mengurut-ngurut dagunya sambil matanya mengerling Zack.
“May be yeah.......may be not......” Ilyana bermain tarik tali. “No....No...not really.....Actully, Fariz dan Haji Ismail dah berjaya yakinkan Dato’ Jamaluddin yang I ni di khianati! Just think! It doesn’t make sense! Warisan Syed tak mungkin melakukan perkara keji begitu! It’s imposibble for successful company as Warisan Syed will do such stupid thing like that!”
Zack memandang wajah Ilyana lama. Bersungguh benar wanita itu cuba mendapat keyakinannya. Walaupun dia juga mahu berfikir perkara yang sama tapi entah mengapa dia masih tidak mempercayai Ilyana.
Ketika Warisan Syed masih diuruskan oleh Syed Hussin, dia memang mempercayai ketulusan dan ketelusan syarikat itu. Tetapi sejak Syed Hussin dan Syarifah Nurain menyerahkan Warisan Syed kepada Ilyana, dia mula merasa kurang yakin dengan kejujuran syarikat itu di bawah pimpinan Ilyana.
“Yeah......” Akhirnya Zack bersuara walaupun masih punya rasa ragu dalam dirinya. “Kalau macam tu, you’ve got to do something untuk mencari dalangnya! By the way, kenapa kau tak report terus je dengan polis?”
Terngadah Ilyana sekejap. Air liurnya ditelan. Berubah riak wajah wanita itu. Zack berkerut melihat reaksi Ilyana. Seperti ada sesuatu yang tidak kena!
“I don’t want this thing to be published! Warisan Syed will get bad reputation if it became a police case. But I already investigate by myself. That’s why I need you, my cousin and the only Syed Hakim descendent after me.”
Zack tersenyum mendengar nama Syed Hakim disebut Ilyana. Sudah lama benar rasanya nama itu tidak menyapa cuping telinganya. Nama yang penuh impak padanya!

KELUAR sahaja dari kamar kerja Zack, melilau mata Ilyana mencari kelibat Maisara. Sengaja dia mahu berjumpa dengan Maisara. Bagaimana agaknya reaksi Maisara melihatnya di sini.
Bibirnya mengukir senyuman penuh sinis sebaik sahaja melibat kelibat Maisara yang baru melintas untuk ke mejanya. Dengan lengangan yang penuh gaya, Ilyana menghampiri Maisara.
“Hai Sara!” tegur Ilyana sambil menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di depan Maisara.
Maisara kaget sebentar melihat Ilyana yang tiba-tiba muncul entah dari mana sudah duduk di depannya.
Well......Well.....Am I suprising you? Kalau ye pun janganlah buat muka macam tu!”
Ilyana ketawa sambil menutup mulut. Maisara menjeling. Ketawa yang dibuat-buat! Hipokrit sungguh wanita di depannya ini!
“Ada apa you datang sini? Setahu I Infera Emas bukan di sini!”
Maisara cuba beramah namun kata-katanya itu langsung tidak menunjukkan keramahan melainkan kemarahan.
Please don’t get me wrong! I datang sini nak jumpa sepupu I, Zack! Kekasih hati you tu......Lepas ni baru I nak pergi jumpa the lover of my life, Fariz, your husband!”
Berderau darah Maisara dengan kelancangan mulut Ilyana. Pantas mata Maisara melilau keadaan sekeliling. Takut-takut orang lain mendengar kata-kata Ilyana. Ilyana yang menyedari tingkah Maisara sudah mula ketawa.
“Kenapa? You takut orang lain tahu?” Ilyana menyindir sambil memek mukanya menunjukkan rasa kurang senang. “Apa yang you takut sebenarnya? Takut orang tahu you ni kekasih Zack.......atau pun you takut orang tahu you tu dah berkahwin atau......you takut orang lain tahu yang you ni dah curang dengan suami you?”
Maisara semakin berang dengan sindiran Ilyana. Tergamak wanita itu menghinanya sedemikian rupa. Sedangkan Ilyana sendiri tahu persis apa yang berlaku antara dia dan Fariz sebenarnya.
“Let me make it all clear and clean.....There’s nothing between me and your cousin. He’s only my boss! And there is no such stupid relation between us! Tentang I dengan Fariz....you sendiri tahu, kan? You kekasih dia dan pastinya you tahu I berkahwin dengan dia semata-mata kerana Aiman!”
Maisara merasa sangat marah namun suaranya terpaksa di tahan kerana dia tidak mahu orang lain mencuri dengar perbualan mereka. Lebih-lebih lagi Sofea.
“The same thing as Fariz told me!” selamba sahaja Ilyana menjawab. “Tapi I kurang yakin dengan alasan tu. Sebab alasan bodoh you tu, I dah kehilangan Fariz!”
Perkara yang sama diberitahu Fariz? Maknanya memang benar Fariz mempunyai hubungan dengan Ilyana! Jika benar Fariz masih menyintai dia, tak mungkin Fariz beritahu Ilyana tentang semua perkara ni. Fariz berbohong lagi!
Look, sekali pun I dah berkahwin dengan Fariz, I tak pernah halang hubungan you dengan dia!”
Ilyana ketawa menyindir.
“Baiknya hati you! Dahlah you jadi penghalang dalam hubungan kami dan sekarang you pura-pura nak jadi malaikat pulak. Kenapa? You rasa I tak layak nak jaga Aiman ke? You seorang saja yang layak jaga dia? You rasa you tu baik sangat ke?”
Maisara sudah mula terdiam. Rasanya tak guna jika dia bertekak dengan Ilyana dalam perkara begini. Bukan dia takut untuk menegakkan kepercayaannya, tetapi mereka berada di tempat yang salah. Ada baiknya dia mengambil jalan mudah dengan mendiamkan diri daripada perkara itu menjadi hangat dan orang lain akan mengetahui rahsianya.
“Entahlah Ilyana.....You fikirlah apa yang sepatutnya. Cuma I nak you tahu, I takkan jadi penghalang antara you dengan Fariz.”
Ilyana tersenyum menyindir lalu melirik Maisara tajam. Wanita di depannya ini memang berlagak sebagai malaikat tetapi sebenarnya dialah iblis! Begitulah yang difikirkan Ilyana.
“Baguslah kalau macam tu. Walau apa pun terjadi, Fariz tetap akan jadi milik I. Dan I tak suka berkongsi ‘sesuatu’ yang menjadi milik I dengan orang lain. So, you kena bersedia untuk kehilangan Fariz.......dan Aiman!”
Ilyana menghempap meja Maisara lalu mencapai tas tangannya dan berlalu pergi.
Maisara memejam matanya rapat, cuba untuk menenangkan diri.
Ya Allah Ya Tuhanku tabahkanlah hati hambamu dalam meniti setiap ujian yang Kau berikan.....

Tuesday 20 July 2010

Hanya Dia 33


BAB 33


TERNGANGA mulut Hanum melihat hidangan yang masih berasap tiba di mejanya. Terliur dia melihat makan tengahari yang dipesan yang masih panas dan baunya sungguh menyelerakan.
“Apalah kau ni! Malulah orang tengok. Macam tak pernah makan!”
Maisara memandang Hanum kurang senang. Tersengih Hanum dengan teguran Maisara itu.
“Aku bukannya apa! Happy sangat dapat keluar makan berdua dengan kau macam ni,”
“Entah apa-apalah kau ni. Selalu pun aku keluar dengan kau, kan?” Maisara menggelang-gelangkan kepalanya.
Hanum tersenyum memandang Maisara. Memang benar! Biasanya memang dia akan keluar makan tengah hari bersama Maisara. Namun entah mengapa dia dapat merasakan suatu hari nanti sahabatnya itu akan ada peneman lain.
“Apa yang kau tersenyum-senyum ni?” Maisara menjegil Hanum.
“Taklah Cuma aku berfikir je.......” Hanum masih tersenyum. “Selama kita masih boleh keluar berdua ni, lebih baik kita gunakan masa kita dengan sebaik-baiknya.”
Maisara sudah meletakkan camca dan garfunya di pinggan. Kunyahannya dihabiskan lalu memandang Hanum di hadapannya.
“Apa maksud kau ni?”
Hanum memandang Maisara. Dia tahu Maisara tidak suka dia berkata begitu. Namun, dia dapat merasakannya. Sebelum ini, mereka berdua biasanya akan pergi dan balik bersama dari pejabat. Sekarang, Maisara sudah punya kenderaan sendiri.
Walaupun Maisara mengatakan kereta itu hanyalah kereta yang dipinjamkan kepadanya, namun dia yakin kereta itu bukanlah kereta pinjam melainkan hadiah dari seseorang. Entah apalah yang dirahsiakan Maisara. Naluri hatinya mengatakan pemberian itu dari Encik Zack. Tetapi dia tidak berani untuk menyatakannya di depan Maisara.
Encik Zack juga secara terang-terangan kelihatan seperti menyimpan perasaan pada Maisara. Walaupun Maisara menafikan hubungannya dengan Encik Zack, namun ramai kakitangan di Nusmefa Emas sudah sibuk berkata tentang pasangan itu.
“Janganlah marah......” pujuk Hanum. “Satu hari nanti kita masing-masing akan ada teman. Jadi, selama kita dapat keluar bersama ni, aku nak kita manfaatkan masa kita bersama. Takut-takut satu hari nanti bila kita dah sibuk dengan pasangan masing-masing, kita dah tak punya waktu bersama.”
Maisara ketawa kecil mendengar kata-kata Hanum. Dia tidak menyangka Hanum akan berfikiran jauh sebegitu.
“Aku tak tahu apa yang akan jadi di masa depan. Cuma, apa yang aku harapkan......kalau satu hari nanti kita masing-masing punya pasangan sendiri atau punya keluarga sendiri, aku berharap sangat hubungan kita sebagai teman baik akan kekal sampai bila-bila.....”
Hanum mengukir senyuman gembira. Dia senang mendengar ujaran Maisara. Baginya, Maisara tidak sukar memiliki pasangan dahulu berbanding dengannya. Maisara cantik dan baik. Dia pula hanyalah seorang gadis yang sederhana dan jarang di pandang oleh lelaki. Dan yang paling digusarkan, di Nusmefa Emas dia hanya punya Maisara sebagai teman baiknya. Dia tidak mahu kehilangan Maisara.

ZACK menggelengkan kepalanya beberapa kali. Lalu memandang wajah Ilyana yang penuh mengharap. Sudah beberapa kali dia menolak pelawaan itu. Tetapi Ilyana masih belum berputus asa. Tegar sungguh semangat wanita ini.
“Please Zack.......” rayunya lagi.
Sudah berapa kali dia merayu begitu. Tetapi keputusan Zack tetap sama. Sudah berjumlah angka wang dinaikkan tetapi itu juga jawapan yang diterima.
“Cuba you bagi tahu I. Berapa bayaran yang you mahu? Berapa sahaja I sanggup tunaikan.....”
“This is not about money or what. I just..... can’t!”
Ilyana sudah melepaskan nafas kurang senang. Balik-balik itu juga alasan Zack. Apa yang membuatkannya sukar sangat meninggalkan Nusmefa Emas? Lebih dari bayaran Nusmefa Emas sudah di tawarkan. Jawapan Zack tetap sama.
Ilyana sudah bersandar di kerusi sambil memeluk tubuh. Wajahnya dipalingkan ke tempat lain. Namun tidak disangka-sangka, kelibat Maisara melintas bersama seorang gadis. Melihatkan Maisara yang kini sudah berlalu pergi bersama temannya, membuatkan Ilyana terfikirkan sesuatu.
“Don’t tell me it’s all about Maisara!”
Zack kelihatan terkejut diawalnya namun tiba-tiba tersenyum. Jangkaan Ilyana memang tepat. Dia tidak kisah kalau Ilyana mahu mentertawakannya atau apa. Yang pasti, hatinya kini sudah terpaut pada gadis itu. Untuk meninggalkan Nusmefa Emas dan beralih pada Warisan Syed di saat cintanya sedang berputik bukanlah satu cadangan yang baik.
Yang pasti, mengenali Maisara membuatkan dia mengenangkan seseorang.
“Oh my..... gosh! You’re going after her?!”
Ilyana seakan tidak percaya. Zack masih menaruh harapan pada gadis itu yang sudah pun berkahwin dengan Fariz? Tidakkah Zack tahu Maisara bukan solo lagi? Atau....mungkinkah Zack masih belum mengetahui yang Maisara sudah menjadi isteri Fariz?
Ya......Kini Ilyana pasti, Zack masih belum mengetahui status Maisara. Bukankah Fariz pernah bercerita padanya tentang syarat Maisara yang tidak mahu sesiapa pun tahu status hubungan mereka.
Bagus juga Zack masih belum tahu.....Aku akan rencanakan sesuatu agar Zack akan merampas Maisara dari Fariz!
Kini rancangannya untuk membawa Zack ke dalam Warisan Syed sudah bertukar. Mungkin waktu ini masih belum sesuai. Biarlah Zack mengejar bunga yang sudah dimiliki dahulu. Kemudian, baru dia akan mencari jalan lain.
Ilyana sudah tertawa jahat di dalam hati.

MILA mengerling Maisara dan Hanum yang baru melintasi mereka dan menuju ke pantry. Sofea yang tidak menyedari kelibat mereka dicuitnya sambil mulutnya dimuncung ke arah yang dimaksudkan.
Sofea merenung tajam ke arah pantry lalu mengajak Mila ke sana.
“Wah.....wah.....wah.....kawan kita sekarang bukan main lagi.....” Sofea menyiku Mila.
“A’ah......datang office bawak kereta baru!” sampuk Mila pula.
Maisara dan Hanum sudah berpandangan. Mereka tahu kata-kata itu ditujukan pada Maisara.
“Maklumlah.....sekarang ni dah dapat tangkap ‘ikan besar’!” sambung Mila lagi.
“Korang bercakap tentang aku ke ni?” tanya Maisara selamba tanpa memandang mereka berdua.
Mila dan Sofea berpandangan sambil pura-pura terkejut sambil mulut mereka ternganga besar. Hanum sudah mencebik, meluat dengan gelagat mereka.
“Ada orang makan cililah!” Mila ketawa dengan kata-katanya sendiri.
Hanum sudah hilang sabar. Ingin sahaja dia bangun lalu memaki hamun mereka berdua. Tetapi terbantut kerana dihalang Maisara.
“Alah......setakat jadi kerani cabuk dengan gaji berapa sen sangat, takkanlah mampu nak beli kereta sendiri! Habis kuat pun setakat second hand bolehlah. Ini tak, nombor plat baru!”
Mila menyakat lagi sambil tangannya menyiku Sofea. Bukan sahaja mereka, malah teman-teman yang lain juga mengesyaki Maisara. Mana mungkin dengan gaji yang tidak seberapa mampu memiliki Swift baru.
Sofea semakin tercabar melihat sikap Maisara yang masih tenang begitu. Bagaimana perempuan itu boleh setenang itu! Dia mahu melihat Maisara tersentap dengan kata-katanya.
“Yang korang sibuk sangat tu apasal? Kerani-kerani pun, kalau pandai simpan duit dan berjimat, semuanya mampu! Bukan macam korang. Dapat gaji je, semua habis bershopping dalam sehari je!”
Hanum mengambil peranan mempertahankan Maisara apabila sahabatnya itu masih terus membisu.
“Tak payahlah kau nak buat alasan. Bukannya aku tak tahu! Malah satu bangunan ni dah tahu yang kawan baik kau tu.....” Mila menunding pada Maisara. “......pisau cukur! Encik Zack tu pun salah satu mangsa dia!”
Maisara memejam matanya rapat. Rasanya tak sanggup dia mendengar cacian mereka. Dia beristighfar di dalam hati memohon kesabaran dari Yang Maha Esa.
“Kalau kau rasa Maisara tu pisau cukur.....sekarang kau beritahu aku. Selain Encik Zack, siapa lagi mangsa dia?”
Hanum sudah mencekak pinggang. Tatkala ini, rasa marahnya lebih menguasai sehingga dia terlupa dia sedang berhadapan dengan setiausaha Mr. Lim yang sangat dipercayai.
Terdiam Sofea dengan Mila sekejap. Namun di dalam hatinya sudah menggelodak rasa marah tetapi bukan dengan kelancangan Hanum. Apa yang menyakitkan hatinya adalah sikap berdiam diri Maisara.
“Korang sebenarnya cemburu sebab Encik Zack tu dah terpikat dengan Maisara dan bukannya korang! Korang tu yang tergila-gilakan Encik Zack! Alih-alih Encik Zack sukakan Maisara!”
Hanum ketawa kuat sekadar untuk menyakitkan hati mereka berdua. Padan muka!
Sofea tidak memperdulikan Hanum. Dia menghampiri Maisara dan menolak bahunya. Dia tidak sanggup lagi melihat kebisuan perempuan itu!
“Kau dengar sini yek! Satu hari nanti aku akan pastikan Encik Zack benci pada kau dan pecat kau dari sini!”
“Hei!!!” Hanum sudah hilang sabar.
Melihatkan Hanum bangun untuk menghampiri Mila dan Sofea, pantas Maisara memegang lengannya dan menghalang Hanum.
Mila dan Sofea sudah tersenyum menyindir mereka. Dan kemudian mereka berlalu pergi sambil melemparkan jelingan tajam buat Maisara.
“Kenapa kau biarkan saja?” Hanum tidak berpuas hati.
“Biarkanlah! Jangan dilayan sangat diorang berdua tu!”
Hanum kembali duduk di bangku sambil kedua-dua tangannya menopang dagu. Maisara tahu Hanum sedang marah. Tak disangka Hanum akan merasa begitu sedangkan dirinya yang dihina. Belakang Hanum diusap untuk menghilangkan rasa marah sahabatnya itu.
“Betul ke kau dengan Encik Zack tu?” tanya Hanum.
Dia mahu pastikan perkara itu. dan seandainya perkara itu tidak benar seperti kata Maisara, dia tidak mahu orang lain berburuk sangka pada Maisara lagi. Biarlah Maisara berterus-terang dengan jujur.
Maisara menundukkan kepalanya di bawah. Dia tahu Hanum mencurigainya. Sememangnya Hanum dan teman yang lain perlu merasa begitu. Sudah beberapa kali mereka melihatnya bersama Encik Zack. Tapi apa yang berlaku tak seperti apa yang mereka jangkakan.
“Betul.......aku tak de apa-apa dengan Encik Zack! Aku boleh berbohong dengan orang lain tapi bukan dengan kau!”
Hanum tersenyum. Dia berpuas hati dengan jawapan Maisara.

Friday 9 July 2010

Hanya Dia 32


BAB 32



SUARA azan yang sayup-sayup kedengaran dari masjid yang berdekatan membuatkan Maisara terus bangun dari pembaringannya.
Dia menadah tangan membaca doa bangun tidur lalu beristighfar beberapakali. Dia beralih memandang Aiman yang masih tidur selepas bangun minum susu jam empat pagi tadi.
Kini pandangannya jatuh pula pada kelibat Fariz. Dia hanya menyedari kelibat itu yang sedang berbaring di sofa ketika dia bangun untuk memberi Aiman susu. Maisara mengeluh. Entah jam berapa lelaki itu pulang langsung tidak disedari. Walaupun dia sendiri tidak mahu mengambil tahu hal Fariz tetapi entah mengapa dia sentiasa khuatir jika lelaki itu pulang lewat.
Perlahan-lahan Maisara bangun ke bilik air untuk membersihkan diri. Selepas mandi dan berwuduk, Maisara mengerjakan solat Subuh.
Usai menyudahkan solat Subuh, Maisara melangkah ke birai katil dan melabuhkan punggungnya di sebelah Aiman. Rambut halus Aiman di usap sambil bibirnya mengukir senyuman.
Ralit benar dia menetap wajah comel itu sehingga menyebabkan dia terkejut apabila alarm telefon Fariz berbunyi. Dia mengurut dadanya untuk menghilangkan debarannya. Matanya melirik kelibat Fariz yang sudah pun bangun lalu menuju ke kamar mandi.
Maisara mengangkat tubuh Aiman lalu turun ke membawanya ke sebuah lagi kamar bayi di tingkat bawah.
Selepaskan membaringkan Aiman di situ, dia menghilang diri ke dapur untuk menyediakan sarapan.
Mulanya niat di hati untuk ke pejabat semula, tetapi dia merasa culas pula. Lagipun cuti yang dipohonnya masih ada baki tiga hari lagi. Esok sahaja dia ke pejabat dan membatalkan cutinya yang lain.
Ketika dia menghidangkan sarapan, kelihatan Fariz sudah berada di situ bersama Ismail.
“Jemput makan, papa,” pelawa Maisara.
“Papa saja?” tanya Fariz separuh sindiran.
Maisara mengerling Fariz tajam. Sengaja lelaki itu memalukannya di depan papa.
Melihatkan wajah Maisara yang sudah berubah, Ismail pantas mengerling Fariz. Fariz berlagak selamba dan pura-pura tidak mengerti.
“Mama ke mana? Tak nampak pun?” tanya Maisara tanpa mengambil peduli teguran Fariz tadi.
“Mama dah keluar ke pasar dengan Tarti.”
Maisara terangguk-angguk. Patutlah dia tidak nampak kelibat mereka berdua. Jika tidak tentu mereka berdua sudah menjengah ke dapur untuk menyediakan sarapan.
“Aiman masih tidur?” tanya Fariz sambil menyuap nasi goreng ke mulutnya.
Maisara tersenyum melihat Ismail dan Fariz yang kelihatan berselera walaupun dia sekadar menyediakan nasi goreng biasa yang hanya dimasaknya jika barang dapur sudah kehabisan.
“Ada dalam bilik. Tidur,” jawab Maisara.
Perbualan mereka tamat di situ sehinggalah masing-masing sudah menghabiskan sarapan pagi mereka.
Selepas membersihkan dapur dan membasuh semua pinggan dan cawan yang digunakan, Maisara melangkah untuk melihat Aiman di kamar. Mana tahu kalau-kalau Aiman sudah berjaga dan sedang bersendirian di kamar itu.
Sampai sahaja di pintu kamar yang ternganga luas, langkah Maisara terhenti apabila kelibat Fariz ada di dalam dan sedang bermain dengan Aiman.
Sebentar tadi dia mendengar bunyi enjin kereta yang meluru keluar dari halaman. Sangkanya Fariz akan ke pejabat dengan papa. Tetapi lelaki itu masih di sini.
“Awak tak ke pejabat?”
Pandangannya jatuh pada penampilan Fariz yang hanya berseluar pendek dan berkemeja T. Ketika mereka sedang bersarapan tadi, dia langsung tidak perasankan penampilan Fariz itu.
Fariz yang membelakangkan Maisara berpaling memandang isterinya apabila mendengar suara itu. kemudian, dia kembali berpaling semula pada Aiman sambil mengusap rambut anaknya.
Nampaknya, Maisara memang tidak pernah mengambil kisah tentangnya. Takkanlah dia berpakaian begini, Maisara masih bertanyakan soalan itu?
“Tak. Tapi kejap lagi saya nak keluar. Ada hal sikit,” ujar Fariz tanpa memandang Maisara.
“Aiman, hari ni Aiman tinggal dengan mama ye......papa ada kerja sikit.”
Pipi gebu Aiman dicubit manja. Aiman ketawa sambil menepuk tangannya. Fariz tersenyum melihat gelagat Aiman.
Maisara mula rasa tidak senang mendengar begitu. Entah mengapa hatinya memberitahu Fariz akan keluar untuk berjumpa dengan Ilyana.
“Awak nak keluar dengan Ilyana?” tanya Maisara tanpa berselindung.
Fariz tersenyum mendengar soalan yang berbaur cemburu itu. Tapi benarkah Maisara cemburu? Dia mencium dahi Aiman lalu berdiri dan berdepan dengan Maisara. Mata mereka bertentang seketika.
Faris pasti, di mata itu masih menunjukkan sinar cinta padanya. Walaupun berkali-kali Maisara menyatakan cintanya telah hilang. Namun jauh di dalam matanya masih tersimpan rasa sayang. Fariz pasti tentang itu!
Perlahan-lahan dia mengangkat tangannya lalu menyentuh pipi Maisara. Melihat reaksi Maisara yang tidak menolak untuk disentuh, satu lagi tangannya diangkat dan mengusap kedua-dua belah pipi Maisara.
“Awak masih cintakan saya!” Dengan rasa yakin dan pasti Fariz berkata begitu.
Maisara mula tersedar dengan kealpaannya. Pantas dia menolak tangan Fariz lalu berjalan membelakangkan lelaki itu dan mendekati Aiman.
“Awak cemburu hubungan saya dengan Ilyana,kan?” tanya Fariz sambil memusingkan tubuhnya memandang Maisara yang duduk membelakangkannya.
Maisara menyumpah-nyumpah di dalam hati. Kenapa dia sanggup membiarkan Fariz menyentuhnya sehingga lelaki itu mula menyangka yang bukan-bukan! Pasti saat ini Fariz mentertawakannya.
“Ilyana dengan saya tak de apa-apa. We’re just a friend! Apa yang berlaku dulu semua satu rancangan. Awak pun tahu,kan. Saya dah terangkan semuanya pada awak.”
Maisara menjeling Fariz. Dia mula rasa meluat apabila Fariz berkata begitu. Memang Fariz pernah memberitahunya tentang itu. Tetapi bagaimana pula keadaan yang dilihatnya di saat Fariz dan Ilyana berpelukan? Lelaki itu memang tak boleh dipercayai!
“Saya tak cemburu! Tak de sebab untuk saya cemburu! Kalau apa yang berlaku dulu tidak benar pun, semuanya tak bermakna apa-apa untuk saya!”
Maisara cuba menyakitkan hati Fariz kembali dan dalam masa yang sama cuba memberitahu Fariz yang dia takkan terpedaya dengan permainan Fariz!
Fariz menggelengkan kepalanya. Dia kesal dengan Maisara. Kenapa sukar untuk isterinya itu membuka peluang mengenalinya sekali lagi?
“Tak baik membohongi diri sendiri!” ujar Fariz lalu berlalu pergi. Sempat dia menghadiahkan satu ciuman untuk Aiman.
Maisara tersandar di birai katil. Satu keluhan dilepaskan.
Betul ke aku masih cintakan dia?

MEREKA berdua ketawa geli hati dengan keletah Aiman. Melihatkan tok mama dan mamanya ketawa dengan tingkahnya, Aiman melakukannya sekali lagi. Dia berpusing-pusing sehingga pening lalu terjatuh.
Maisara mengangkat tubuh kecil Aiman ke pangkuannya lalu memeluknya erat.
“Dah lah tu sayang.......kan dah pening tu,” Maisara mengusap pipi Aiman.
Sebakul mainan dikeluarkan di depan Aiman lalu meletakkan anak itu ke bawah. Aiman bersorak girang melihat mainan yang bertaburan itu.
Rosnah tersenyum melihat kemesraan mereka berdua. Walaupun Aiman bukanlah anak yang lahir dari rahim Maisara, namun Maisara sangat menyayanginya. Syukurlah, walaupun Maisara kelihatan terdesak untuk menerima Fariz sekurang-kurangnya dia pasti cucunya akan mendapat kehidupan yang sempurna dengan didikan Maisara.
“Sara tak terfikir ke nak tinggal berasingan dan belajar hidup berdikari?”
Maisara beralih memandang Rosnah apabila Rosnah tiba-tiba bertanya soalan itu.
Memang dia ada terfikir tentang itu. Tapi rasanya dia masih belum bersedia untuk tinggal di dunia yang hanya akan menjeratnya.
“Entahlah mama. Sara masih belum terfikir ke arah tu. Lagi pun, Fariz sendiri tak de kata apa-apa,” beritahu Maisara. “Kenapa? Fariz ada beritahu mama dia tak selesa tinggal di sana?” Maisara sudah mula berfikir yang bukan-bukan.
“Tak.....Bukan macam tu! Cuma rasanya setiap keluarga yang dibina sepatutnya ada kehidupan sendiri. Lebih privacy!”
“Entahlah mama....Nantilah Sara bincang dengan Fariz,” Maisara menamatkan perbualan mereka. Dia tidak mahu mama terus-terusan bertanya. Dia takut segala rahsia akan terbongkar.
Rosnah berpaling lalu melangkah ke pintu utama apabila terdengar deruan enjin kereta masuk ke perkarangan rumah.
“Sara! Sara!” panggil Rosnah yang masih lagi berdiri di depan pintu utama.
Maisara beralih memandang Rosnah yang sedang melambai-lambai padanya. Dia memangku Aiman lalu menghampiri Rosnah. Rosnah yang melihat Maisara mendukung Aiman lalu mengambil cucunya itu dari pangkuan Maisara.
Maisara menjenguk ke halaman rumah. Kelihatan Fariz sedang berdiri di sebelah sebuah Swift bewarna biru. Fariz memanggil Maisara agar datang kepadanya.
Maisara memandang Rosnah. Dia kelihatan ragu-ragu untuk menghampiri Fariz. Rosnah mengangguk seolah-olah menyuruh Maisara mendekati Fariz. Maisara menurut.
Fariz tersenyum melihat Maisara yang sedang berjalan menghampirinya. Sampai sahaja di depannya, lantas dia menyerahkan kunci pada Maisara. Maisara kelihatan ragu-ragu untuk mengambilnya.
“Ambillah....” Fariz mencapai tangan Maisara lalu meletakkan kunci kereta ke dalam genggamannya.
“Kereta siapa ni?”
“Untuk awak!” ujar Fariz lagi. “Mulai hari ini saya tak nak awak tumpang Hanum lagi atau siapa-siapa pun.”
“Tapi saya tak perlukan kereta ni!” Maisara menolak.
Dia berkahwin dengan Fariz semata-mata kerana Aiman. Bukan untuk harta atau wang ringgit lelaki itu.
“Awak perlukannya! Dan saya berikan pada awak untuk awak gunakan!” tegas Fariz dengan pendiriannya.
Dia tetap mahu Maisara mempunyai kenderaan sendiri. Dia tidak mahu Maisara berharap pada orang lain atau kenderaan lain untuk ke mana-mana.
“Kalau saya perlukan pun, saya akan beli sendiri bila saya mampu!” Maisara tetap menolak.
Kata-kata Maisara itu membuatkan Fariz merasa kurang senang.
“Saya tahu dan saya faham yang awak memang langsung tak iktiraf saya sebagai suami awak. Apa yang berlaku sekarang ni semuanya untuk Aiman, kan? Saya faham tu! Tapi, benarkan saya jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami!”
Maisara terdiam seketika. Antara entah dan tidak dia merasakan sedikit sebanyak kata-kata Fariz itu menusuk ke hatinya.
“Saya selesa tumpang Hanum. Lagipun, dia tak kisah....” Maisara masih berdolak-dalik.
“Saya tahu! Sesekali kalau awak nak tumpang kereta dia, saya tak kisah. Tapi, saya tak nak bila Hanum tiba-tiba ada hal kecemasan dan pulang awal, ada ‘driver’ lain pulak yang tolong hantar awak!”
Driver lain?!
Berkerut dahi Maisara memikirkan kata-kata Fariz. Kemudian dia merenung lelaki itu.
“Maksud awak, Encik Zack?” tanya Maisara yang mula merasa tidak selesa.
Mungkinkah itu yang dimaksudkan Fariz? Mungkinkah Fariz pernah melihat dia dihantar pulang oleh Encik Zack dahulu?
“Itu yang awak maksudkan, kan?!” tanya Maisara lagi apabila soalannya tidak mendapat respon dari lelaki itu. Kenapa lelaki itu suka mencurigainya?!
“Entahlah.....awak fikirlah sendiri!”
Fariz sudah pun menghilangkan diri ke dalam. Dia tidak mahu perkara itu dipanjangkan. Dia pasti Maisara tidak pernah menjalinkan apa-apa hubungan dengan Zack. Tetapi dia yakin, Zack akan sentiasa berusaha untuk mendekati Maisara. Itu yang merunsingkannya.
Maisara memejam matanya sebentar sambil menghembuskan nafasnya perlahan. Dia cuba untuk menenangkan diri.
Kenapa Fariz suka menuduhnya begitu? Kali terakhir Encik Zack menghantarnya pulang ketika mereka masih belum berkahwin. Fariz tak sepatutnya mengaitkan Encik Zack dalam perkara ini!