Tuesday 29 September 2015

Senyum Tanda Suka

Assalamualaikum...

Hai awaks!!
MahapX3 sebab lama tak pos apa-apa di blog ni. ER sekeluarga tak sihat. Hari ni baru rasa okey sikit. Kalau awaks yang ada di FB tentu dah tahu kemunculan novel ini yang telah dijadualkan pada bulan Oktober, kan? Hanya tinggal beberapa hari aje lagi.....yeay!!

Ini lah covernya...

Taraaaaa.....



ISBN : 978-967-365-245-7
HARGA : RM27/RM30

Friday 25 September 2015

Saat Hati Merelakan - Excerpt

Assalamualaikum...

Tentu ada di antara awaks yang masih bercuti, kan. Dah alang-alang cuti, meh le baca sikit kisah Wes dan Qis ni.
Jika awaks nak baca dari bab awal, boleh klik link ini - Link Novel 
Jika awaks nak novel ni sebagai koleksi, boleh hantarkan pesanan kepada Fajar Pakeer atau hubungi ER di link ini - Hubungi ER / dan pilih medium yang mudah untuk awaks.
Jemput baca naaaa....

Thursday 24 September 2015

Aidiladha-Selamat Meraikannya.





Semoga pagi Aidiladha ini menjadi berkah dan diberikan rahmat buat kita semua. Untuk korang, selamat menjalani ibadah korban. Dalam keseronokan kita menyambutnya, jom kita baca sikit kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.

Wednesday 23 September 2015

Takkan Pernah Hilang - Excerpt

Assalamualaikum...
Semoga awaks semua sihat dan jaga kesihatan sebab tak lama lagi kita nak sambut Hari Raya Aidiladha pulak. Tentu ada yang sedang sibukkan?
Dalam kesibukan tu mai lah baca sikit sedutan daripada novel Takkan Pernah Hilang ni.
Sape yang tak pernah baca novel ni lagi. Bolehlah baca sikit sedutannya di bawah ni. Kalau nak baca dari bab awal sampai bab 10, boleh klik link ini - Link Novel
Kalau berminat nak beli buku ni boleh order dengan Fajar Pakeer atau hubungi ER di link ini - hubungi saya dan pilih medium yang paling senang untuk hubungi.
Jom baca.

Jemput naaaa....

Tuesday 22 September 2015

Fit Malaysia 2015


Hai korang..
Baru2 ni ER ada join Fit Malaysia yang berlangsung di Kepala Batas, Pulau Pinang. Sehari sebelum event berlangsung, semua peserta diminta mendaftar dan ambil nombor di Sunshine Kepala Batas. Disebabkan penganjur dah ingatkan agar jam 7 pagi dah perlu ada di sana, so kita orang dah siap-siap sebelum azan Subuh berkumandang. Lepas aje azan Subuh, terus solat dan bergegas keluar.


Monday 21 September 2015

Teaser 4 - Senyum Tanda Suka

Assalamualaikum...

Ini ada teaser dari ER untuk awaks. Senyum Tanda Suka akan keluar versi cetak tak lama lagi ya. Kalau awaks nak baca bab 1-3 boleh klik di sini. Bila sampai masa yang sesuai ER akan sambung bab 4 ya. Buat masa ni, teaser dulu ok.

Enjoy the teaser ya...


---------@@----------


Awak pernah lihat cahaya matahari yang muncul di balik awan selepas hujan?

Amani menggeleng.

Saya suka sangat bila lihat pandangan macam tu. Bila hujan turun dengan lebatnya, matahari hilang daripada pandangan. Bila hujan berhenti, kita akan lihat lubang-lubang cahaya matahari yang muncul di celahan awan. Bila saya lihat pemandangan seperti itu, saya akan kata kepada diri saya. Cahaya yang muncul di celahan awan itu ibarat satu harapan. Bila diri kita dipenuhi dengan kegelapan, kita juga mengharapkan cahaya daripada celahan itu akan menyuluh kita pada jalan yang terang.”

Setiap satu perkataan yang disampaikan Izz sungguh menyentuh hati Amani. Disimpannya kata-kata itu dalam ingatannya. Izz benar. Sungguh, kini dia berada dalam kegelapan. Awan sedang menyelindungi cahaya matahari. Suatu hari nanti, dia mengharap cahaya itu dapat membolosi lindungan awan gelap dan menjadi lubang cahaya. Lubang cahaya itu adalah harapan.

Lebih baik awak pergi bersiap sekarang. Ingat! Jangan cuba larikan diri.”

Amani mengerling Izz dengan tajam.


Saya memang maksudkannya Amani. Awak takkan dapat lari daripada saya!” Sengaja Izz berkata begitu untuk mengusik Amani.

----------@@------------
TERIMA KASIH - ER
----------@@------------

Friday 18 September 2015

The Intern 2015




Sebuah lagi movie yang akan berada di pawagam dan akan mula ditayangkan pada 24 September 2015.

The Intern adalah sebuah filem komedi Amerika yang akan datang dan diarahkan oleh Nancy Meyers. Filem ini dibintangi Robert De Niro dan Anne Hathaway, bersama-sama dengan Nat Wolff dan Adam DeVine.

Jules Ostin (Anne Hathaway), pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat e-dagang berasaskan fesyen, bersetuju untuk program kemasyarakatan di mana seorang senior, Ben Whittaker (Robert De Niro) adalah pelatih di firma itu.


Dup Dap! Jantungku Berhenti - Excerpt

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..

Di sini ER belanja sikit petikan dari novel DDJB. Jika awaks berminat nak baca kisah ni dari awal sehingga bab 15, awak boleh klik link ini

Jika awaks berminat nak beli novel ni dan buat koleksi rak buku awaks yang penuh tu, awaks boleh klik di sini. Pilih media sosial yang memudahkan anda untuk hubungi saya.


---------@@---------


Thursday 17 September 2015

Selamat Hari Malaysia


Salam sejahtera

Semoga korang semua bertambah sihat dan sihat dan sihat.... sempena Sambutan Hari Malaysia kelmarin. Tentu kat tempat korang sambut Hari Malaysia dengan meriah, kan?

Di tempat ER, kami penangites sambut Hari Malaysia di Fort Cornwallis. Salah satu kota bersejarah di Penang.

Di sebabkan ER salah seorang yang terlibat dengan malam tu, jadi perlulah datang untuk memeriahkannya.


Sesi raptai dijadualkan pada jam 3 ptg. Ketika ER sampai sana, diorang masih set-up tempat tu. So, sementara menunggu raptai penuh bermula, kami berjalan-jalan di sekitar. Sempatlah jugak snap dengan Autobot yang masih tersadai dah lama di Penang ni.

Bilalah Autobot ni nak kembali ke tempat asalnya utk selamatkan manusia di tempat tu. Ahakss...

Hotel Transylvania 2

Assalamualaikum...

Kali ni ER nak post pasal movie animasi Hotel Transylvania 2. Tengok preview macam best. Boleh la bawa anak ke pawagam, kan.

Movie ini akan ditayangkan di pawagam bermula 24 September 2015. Masa Raya Korban nanti. Tapi, kita beraya-lah dulu ye. Lepas2 tu, bolehlah bawa anak tengok citer ni.

Ini adalah sambungan daripada kisah pertama. Kalau korang tak pernah tengok lagi citer ni, meh ER nak story kan sikit.

Wednesday 16 September 2015

Teaser 3 - Senyum Tanda Suka

Assalamualaikum...

Ini ada teaser dari ER untuk awaks. Senyum Tanda Suka akan keluar versi cetak tak lama lagi ya. Kalau awaks nak baca bab 1-3 boleh klik di sini. Bila sampai masa yang sesuai ER akan sambung bab 4 ya. Buat masa ni, teaser dulu ok.

Enjoy the teaser ya...

------------@@------------

Awak hanya pandang bulan di langit tapi awak tak pandang bintang di sekelilingnya. Itu yang awak lakukan tadi, betul tak?

Amani hanya kaku di situ sambil matanya masih terus merenung wajah Izz. Seolah-olah sedang menunggu kata-kata Izz selanjutnya.

Memang bulan itu sangat indah dipandang. Tapi bintang yang menaikkan serinya bulan. Izz kembali memandang ke angkasa.

Amani membuang pandangannya ke angkasa seperti Izz.

Kalau tak ada bintang sekalipun, bulan tetap cantik.” Dia cuba memprotes pendapat Izz walaupun dia merasakan kata-kata Izz itu benar.


Betul. Bulan tetap cantik walaupun bersendiri. Tapi kehadiran bintang menyempurnakan lagi keserian yang ada pada bulan. Begitulah juga dengan persoalan hidup. Kita tak boleh hidup bersendiri. Kita perlukan mereka yang ada di sekeliling kita. Ada kalanya kita akan fikir, lebih baik kita hidup sendiri daripada hidup bersama mereka yang sering mendatangkan masalah kepada kita. Tapi kita lupa, orang sekeliling kita adalah pelengkap pada kehidupan kita. Hidup kita, perlu jadi seperti bulan yang dipagari bintang.”

----------@@-------------
TERIMA KASIH - ER
----------@@-------------

Monday 14 September 2015

Khasiar Madu & Kulit Kayu Manis



ER nak share satu petua yang mana ER sendiri telah menggunakannya. 

Mula-mula nak cerita, ER tersilap pakai produk kecantikan di muka. Jadi, muka ER banyak naik jerawat. Bila dah banyak jerawat, ramailah yang tegur2 kan...

So, satu hari sedara ER kongsi petua di bawah ni & ER amalkan untuk hilangkan jerawat.

Alhamdulillah...jerawat dan kesan hitam berkurangan. Kawan-kawan pun tegur jerawat dah makin hilang.
Cuma, ER belum cuba untuk turunkan kolesterol tu. Insha Allah, ER akan buat juga.

Petua tu,


---------------@@-----------------
Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

Sunday 13 September 2015

Teaser 2


SENYUM TANDA SUKA

“Berani awak?!” Wajah Amani berubah.

Awak marah sebab saya pegang awak? Jangan risau, wuduk saya tidak batal. Awak kan berlengan panjang.” Matanya dilirikkan pada lengan baju Amani yang panjang. Gadis ini tahukah tentang halal haram? Sedangkan menjawab salamnya sahaja tidak.

“Lepaskan!”

Awak nak pergi? Baiklah. Assalamualaikum.”

Amani menarik lengannya dengan kasar. Semakin kasar cuba dia menarik lengannya, semakin kuat Izz menggenggam lengannya sehingga sakit dirasakan.

Assalamualaikum. Awak tahu tak yang memberi salam itu sunat, tetapi menjawabnya adalah wajib? Kalau awak tak tahu, anggap saja ini pelajaran awak yang pertama untuk hari ini. Kalau awak nak saya lepaskan awak, jawab salam saya!tegas Izz dan kali ini dia tidak main-main.

Amani cuba menarik tangannya lagi. Setelah merasakan dia tidak berupaya melawan kekuatan Izz, lantas dia berhenti daripada memberontak. Dengan rasa berat hati, akhirnya dia menunaikan keinginan Izz.


Waalaikumussalam,” jawabnya dengan perlahan tanpa memandang wajah Izz.

------------@@------------
TERIMA KASIH - ER
------------@@------------

Saturday 12 September 2015

Jaga gigi, jom!




Korang semua ada masalah gigi tak?

Di bawah ni ada beberapa tips penjagaan gigi yang ER nak share dengan korang.


1 – Gosok gigi dengan serius ( iaitu dalam keadaan betul-betul fokus) sebab ramai yang main gosok aje. Kena pastikan semua tempa termasuk dalam hujung geraham tu digosok. 
2 – Lepas makan, buanglah cebisan makanan yang terlekat pada gigi korang. Gunakan flos untuk bersihkan cebisan makanan. Tips yang ini penting untuk pastikan gigi bebas bakteria.

Magnum New Ice-Cream



Korang peminat eskrem? Haa...kalau korang peminat eskrem, korang kena try eskrim baru daripada Magnum.

Ceklat putih dengan badam!
  • Who's up for velvety white chocolate ice-cream packed with whole some crunch?
  • Carving for desert? here's the new kind og indulgence you don't wan to miss.
  • Have a wow moment with new Magnum ice-cream.
  • New Pleasure by Magnum. You're never spoilt for choices. 

"Pada" & "Kepada"



Ini ada satu lagi kesilapan yang ER selalu buat dalam penulisan. termasuklah manuskrip terbaru ER. Bila dah baca balik, rasa... 
Hadooiiii bakunya ayatku!!

Insha Allah, ER akan mantapkan lagi bahasa penulisan ER.


Awaks, jom kita take note!

(feeling aja-aja fight it!!)

Friday 11 September 2015

Saat Hati Merelakan - Excerpt

Assalamualaikum..
Salam sejahtera.
ER tak pernah post petikan untuk novel ini, kan? Kali ini ER nak share sikit kisah ini dengan awaks. Ini novel pertama ER. Jomlah tengok review di bawah. walaupun 50-50 tapi ER suka baca review ni...hehehe

Thursday 10 September 2015

Takkan Pernah Hilang - Excerpt

.Assalamualaikum....


Sape yang tak pernah baca novel ni lagi. Bolehlah baca sikit sedutannya di bawah ni. Kalau nak baca dari bab awal sampai bab 10, boleh klik link ini - Link Novel
Ada preview di sebelah. Maaf ya sis Nisha Aini, ER ambil komen awak....hehehehe
Kalau berminat nak beli buku ni boleh order dengan Fajar Pakeer atau hubungi ER di link ini - hubungi saya dan pilih medium yang paling senang untuk hubungi.
Jom baca.
Jemput naaaa....

Wednesday 9 September 2015

More Behind A Photo - Contest!



A photo paints a tousand words. Shine the spotlight on your little one & tell us the story behind their photo. Create your box office hit starring  your little superstar and make your baby the - Baby Of The Year 2015!

Could your baby be the next Baby Of The Year 2015? Share their story here! - http://my.fiveminutesofyourlife.net/p/bepmb


Tuesday 8 September 2015

Teaser-Senyum Tanda Suka

Akan datang..
Senyum Tanda Suka

-----------@@----------

"Selamat datang ke pondok saya. Pondok ni namanya, Pondok Kecil sebab saiznya yang kecil," Izz cuba bergurau sebaik sahaja tiba di hadapan Amani.

Amani diam.

"Pondok Kecil saya tak jauh saja dari Rumah Utama. Kalau ada apa-apa, bolehlah awak cari saya di sini," sambung Izz.

Monday 7 September 2015

YA DAN IA YANG SAMA TETAPI TAK SERUPA





"Mengeyakan?"
Serius ER tak tahu ada perkataan ini.

Kali ni, ER nak kongsi tentang perkataan 'ya' dan 'ia'
Agak sukar juga untuk memahami  dua perkataan ini.

Kalau awaks nak, awaks boleh terus klik link di bawah untuk lihat blog yang ER ambil untuk share info ini. (Blog Cikgu Tan)

Atau awaks boleh terus aje baca info dibawah ni...



Sunday 6 September 2015

Kidland


Ini ada lagi satu story ER nak share dengan korang. Lepas sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung di Bandar Perda, ER bawa putri2 ER ke Kidsland.

Kebetulan Putri yang kecik memang dah ajak ER ke taman permainan dari minggu lepas. Tapi, kadang2 masa tu menyulitkan. Dah kebetulan ada masa hari tu, ER bawa mereka ke sana sebab ER sendiri nak cari lappy untuk ER menulis. Selama ni, ER menulis guna Ipad aje. Tapi dah rasa susah pula bila masuk part edit-edit nih.

Mula-mula tu kena daftar dan buat kad dulu. satu kad RM2. Harga games lain pulak ye. Hari tu, ER pilih permainan paling murah RM10. Entah apa namanya. Tapi untuk permainan tu tempatnya besar. 4 tingkat dan setiap tingkat ada permainan.

Saturday 5 September 2015

Karangan Naratif



ER nak share sikit cara penulisan karangan naratif. Karangan seperti inilah yang biasa ER terima teguran daripada pihak editor. ER share ni pun sebab ER selalu buat mistake dalam manuskrip.

Lepas ni, sebelum kita buat satu-satu bab, letak poin dulu barulah kita kembangkan seperti teknik yang diajarkan. ER dapat ni daripada blog lain. Tapi lupa pulak nama blog tu. Biasanya ER akan rujuk blog guru Bahasa Malaysia.

Terima kasih cikgu!


Yang silap-silap tu, ER belajar balik daripada pihak editor dan share dengan awaks okeh.
Yang baik, kita kongsikan
Yang buruk... tak mo naaa....


------------------------@@----------------------------

Premium Gold - Amway










What? ER nak jual barang. Oh, tak.... ER tak jual malah bukan ER ahli produk Amway. Tapi ER nak share salah satu produk mereka yang ER dah ambil lepas bersalin anak kedua. Serius talk, ER tak tahu dengan terperinci tentang produk ni.

Tapi kalau korang nak tahu, ER ada masalah kolesterol. Tak percaya? Semua orang tak percaya. sebab apa? Sebab ER kurus dan tak gemokss. Sapa kata kurus tak ada kolesterol? Kalau korang nak tahu tahap kesihatan korang, pergilah buat ujian darah. Setahun sekali. barulah korang akan tahu apa yang ada dalam badan korang.

Thursday 3 September 2015

Dup Dap! Jantungku Berhenti (excerpt)

Assalamualaikum...
Jom ikuti sikit kisah Audra & Zack


-------------------@@----------------








*Berminat untuk mengikuti kisah ini dari awal bab sehingga bab 15?


*Berminat untuk dapatkan novel ini? 

Hubungi saya di sini http://emmarusdi.blogspot.com/p/diri-saya.html. Pilih media sosial yang memudahkan anda untuk hubungi saya.



------------------------@@-------------------






“Kau kenapa Audra?” Cemas Zana melihat wajah Audra yang kelihatan tegang. Dia sudah bangun dan duduk di sebeleh Audra.
“Entahlah,” Audra memandang Zana sekilas. “Tetiba je aku rasa jantung aku berdebar.” Audra masih lagi memegang dadanya. Perasaan apakah ini?
“Assalamualaikum," Satu suara garau menegur mereka. Pandangan Audra dan Zana serentak beralih memandang pintu utama. Pantas mereka terbangun dari duduk dan memandang kelibat yang baru tiba.



BERDIRI tegak susuk tubuh seorang lelaki yang tinggi, bercermin mata hitam dan bertopi. Bahagian depan topi, dipakai agak rendah sehingga wajahnya tidak dapat dilihat. Cermin mata gelapnya menambahkan lagi kesukaran untuk mengecam wajahnya. Pakaiannya lebih kasual. Dengan berjeans biru dan berbaju T putih dan dikenakan jaket di atasnya, lelaki itu kelihatan begitu bergaya.
Che Enon berdiri di sebelah lelaki itu. Senyuman Che Enon melebar hingga ke telinga. Keningnya terjongket-jongket sambil pandangannya jatuh ke wajah Audra dan Zana silih berganti. Pandangan kedua-dua gadis itu tidak tertumpu kepada Che Enon tetapi kepada susuk tubuh asing yang baru tiba di situ.
“Audra, Zana, perkenalkan Encik Zack, orang kanan Tuan Syed.” Che Enon mengambil langkah permulaan dengan memperkenalkan tetamunya kepada mereka berdua.
Mata Audra terus terancap pada lelaki tinggi yang tidak dapat dilihat wajahnya itu. Sedikit pun matanya tidak beralih dari memandang wajah itu. Tanpa disedari, lelaki itu juga sebenarnya sedang membalas pandangan matanya. Lelaki itu terus berjalan mendekati Audra dan berhenti betul-betul di depannya. Kepala Audra sudah melangut memandang wajah di hadapannya. Dia seolah-olah kenal dengan lelaki ini. 
“Kamu Audra?” tanya Zack.
Audra hanya mengangguk perlahan. Suara lelaki itu bagai pernah di dengarnya. Pernahkah mereka bersua sebelum ini? Tak mungkin! Dia tak mengenali mana-mana lelaki melainkan jika lelaki itu juga adalah pelajar kolejnya.
“Tuan Syed Zikri sampaikan ucapan terima kasih kerana membantu Che Enon.” Zack sedang memainkan peranannya dengan baik sekali. Sengaja dia mengetatkan senyumannya untuk mewujudkan watak tegas dan sedikit sombong. 
“Sama-sama.” Setelah agak tenang, baharulah Audra dapat mengeluarkan suaranya. Degupan jantungnya sudah tidak selaju tadi.


------------@@------------
TERIMA KASIH - ER

------------@@------------


Tuesday 1 September 2015

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-58


Syukur Alhamdulillah...
Kelmarin, sekali lagi kita meraikan Hari Kemerdekaan negara kita yang tercinta.
Semoga tema "Sehati Sejiwa" kukuh di hati kita walaupun berlainan kerajaan.
Jangan lupa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Malaysia dan Agama Islam, khususnya.

------------------@@---------------------


Majlis : Kempen Kibarkan Jalur Gemilang
Tarikh : 16 Ogos 2015