Saturday, 5 September 2015

Premium Gold - Amway










What? ER nak jual barang. Oh, tak.... ER tak jual malah bukan ER ahli produk Amway. Tapi ER nak share salah satu produk mereka yang ER dah ambil lepas bersalin anak kedua. Serius talk, ER tak tahu dengan terperinci tentang produk ni.

Tapi kalau korang nak tahu, ER ada masalah kolesterol. Tak percaya? Semua orang tak percaya. sebab apa? Sebab ER kurus dan tak gemokss. Sapa kata kurus tak ada kolesterol? Kalau korang nak tahu tahap kesihatan korang, pergilah buat ujian darah. Setahun sekali. barulah korang akan tahu apa yang ada dalam badan korang.

Thursday, 3 September 2015

Dup Dap! Jantungku Berhenti (excerpt)

Assalamualaikum...
Jom ikuti sikit kisah Audra & Zack


-------------------@@----------------








*Berminat untuk mengikuti kisah ini dari awal bab sehingga bab 15?


*Berminat untuk dapatkan novel ini? 

Hubungi saya di sini http://emmarusdi.blogspot.com/p/diri-saya.html. Pilih media sosial yang memudahkan anda untuk hubungi saya.



------------------------@@-------------------






“Kau kenapa Audra?” Cemas Zana melihat wajah Audra yang kelihatan tegang. Dia sudah bangun dan duduk di sebeleh Audra.
“Entahlah,” Audra memandang Zana sekilas. “Tetiba je aku rasa jantung aku berdebar.” Audra masih lagi memegang dadanya. Perasaan apakah ini?
“Assalamualaikum," Satu suara garau menegur mereka. Pandangan Audra dan Zana serentak beralih memandang pintu utama. Pantas mereka terbangun dari duduk dan memandang kelibat yang baru tiba.



BERDIRI tegak susuk tubuh seorang lelaki yang tinggi, bercermin mata hitam dan bertopi. Bahagian depan topi, dipakai agak rendah sehingga wajahnya tidak dapat dilihat. Cermin mata gelapnya menambahkan lagi kesukaran untuk mengecam wajahnya. Pakaiannya lebih kasual. Dengan berjeans biru dan berbaju T putih dan dikenakan jaket di atasnya, lelaki itu kelihatan begitu bergaya.
Che Enon berdiri di sebelah lelaki itu. Senyuman Che Enon melebar hingga ke telinga. Keningnya terjongket-jongket sambil pandangannya jatuh ke wajah Audra dan Zana silih berganti. Pandangan kedua-dua gadis itu tidak tertumpu kepada Che Enon tetapi kepada susuk tubuh asing yang baru tiba di situ.
“Audra, Zana, perkenalkan Encik Zack, orang kanan Tuan Syed.” Che Enon mengambil langkah permulaan dengan memperkenalkan tetamunya kepada mereka berdua.
Mata Audra terus terancap pada lelaki tinggi yang tidak dapat dilihat wajahnya itu. Sedikit pun matanya tidak beralih dari memandang wajah itu. Tanpa disedari, lelaki itu juga sebenarnya sedang membalas pandangan matanya. Lelaki itu terus berjalan mendekati Audra dan berhenti betul-betul di depannya. Kepala Audra sudah melangut memandang wajah di hadapannya. Dia seolah-olah kenal dengan lelaki ini. 
“Kamu Audra?” tanya Zack.
Audra hanya mengangguk perlahan. Suara lelaki itu bagai pernah di dengarnya. Pernahkah mereka bersua sebelum ini? Tak mungkin! Dia tak mengenali mana-mana lelaki melainkan jika lelaki itu juga adalah pelajar kolejnya.
“Tuan Syed Zikri sampaikan ucapan terima kasih kerana membantu Che Enon.” Zack sedang memainkan peranannya dengan baik sekali. Sengaja dia mengetatkan senyumannya untuk mewujudkan watak tegas dan sedikit sombong. 
“Sama-sama.” Setelah agak tenang, baharulah Audra dapat mengeluarkan suaranya. Degupan jantungnya sudah tidak selaju tadi.


------------@@------------
TERIMA KASIH - ER

------------@@------------


Tuesday, 1 September 2015

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-58


Syukur Alhamdulillah...
Kelmarin, sekali lagi kita meraikan Hari Kemerdekaan negara kita yang tercinta.
Semoga tema "Sehati Sejiwa" kukuh di hati kita walaupun berlainan kerajaan.
Jangan lupa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Malaysia dan Agama Islam, khususnya.

------------------@@---------------------


Majlis : Kempen Kibarkan Jalur Gemilang
Tarikh : 16 Ogos 2015