Sedikit sedutan Putera Arabku-2
“We love ice-cream so much. Will you bring more ice-cream when you came here? I want vanilla and Ayla…..she like strawberry.” Pinta Aiman yang masih terbiasa berbahasa Inggeris sejak pulang dari Paris setahun yang lalu.
Zack tersenyum mendengar Aiman yang memanggilnya dengan gelaran ‘uncle’ sedangkan mereka berdua adalah sepupu. Tapi bagi Zack, lebih baik begitu apatah lagi Aiman sendiri tidak tahu siapa dirinya yang sebenar dan apa hubungannya dengan Aiman.
Biarlah masa menentukan semuanya. Dia yakin semakin Aiman dewasa, Aiman akan tahu apa yang berlaku dalam hidupnya dan siapa diri Aiman yang sebenar. Apa yang diharapkan agar Aiman sentiasa tabah dengan dugaan dunia.
Sungguh, menjadi anak yang lahir tanpa sengaja di dunia ini memang bukan mudah. Semuanya kerana Syed Hussin yang berhati busuk itu! Kasihan Suhana….kasihan Aiman….
“Insyaallah….I’ll buy a lot of ice-cream when I came here again. Vanilla for you and strawberry for Ayla.”
Aiman dan Ayla melonjak girang dengan janji Zack. Pipi Zack dicium Aiman. Ayla juga meniru abangnya. Tetapi dek kerana mulutnya yang comot, pipi Zack juga kotor. Tapi Zack senang dengan mereka berdua. Bila agaknya dia bakal punya anak seperti mereka?
**************************************
“Aku tak kira. Kau tetap kena cakap terima kasih dengan Zaid!”
Itulah ayat penamatnya dan Audra tahu selagi dia tak buat begitu Zana takkan tersenyum manis padanya. “Tapi aku seganlah Zana! Aku tak pernah cakap dengan dia walau satu perkataan tau!” memang itulah reality yang sebenarnya.
Zana mencebik. “Tadi pandai kau kata diorang tu jantan penakut! Malu tapi mahu! Sekarang, kau pun sama!”
“Ish! Mana sama!” Audra menyangkal. “Aku perempuan. Sifat segan dan malu tu memang kena ada. Lainlah diorang! Diorang tu, kan lelaki! Tak macho ah kalau nak segan-segan dengan perempuan!”
Zana menampar bahu Audra. “Aku bukan suruh kau mengurat si Zaid tu! Aku cuma minta kau beradab sikit dengan orang yang berbuat baik dengan kau!” Audra membungkam. “Nak cakap terima kasih pun susahkah?”
“Memanglah tak susah. Yang susahnya, sebab aku kena jumpa dia! Seganlah!”
Zana menarik nafas panjang. “Aku tak kira! Orang kalau dah berbudi kita kenalah berbahasa. Nanti aku aturkan pertemuan kau dengan Zaid!”
sambungan ke:-
No comments:
Post a Comment