(DARI HATI MR. ANGRY BIRD)
Aku perhatikan Farida dari jauh yang sedang menghampiri dengan senyuman manis di bibirnya. Lima tahun aku tidak bersua secara langsung dengannya. Dia semakin membesar dan menjadi gadis yang cantik. Tak hairanlah kalau umi dan abah mendesak aku agar menikahinya.
"Assalamualaikum..." dia masih tersenyum pabila sudah sampai di depanku.
"waalaikumussalam. Ida, apa khabar?"
"Ida baik-baik ja bang. Abang?"
"Alhamdulillah......" Aku berjalan ke arah sebuah bangku di tepi tasik. Aku melirik pada sepasang kekasih yang sedang berjoging sambil bergurau senda sesama mereka. Petang ini, ramai pula orang berjoging di tepi tasik ni.
Farida mengekoriku duduk di bangku panjang. Farida, saudara perempuannya yang jauh. Untuk mendekatkan hubungan kekeluargaan, keluargaku mahu kami bersama sebagai suami isteri.
Waktu kecil dulu, hubungan kami agak rapat sehingga aku menganggap dia seperti adikku sendiri. Perasaan itu wujud sehingga kini. Dek, kerana itu aku ke mari. Mahu berjumpa dengan Farida dan berbicara dengannya dari hati ke hati. Aku mahu tahu bagaimana pula pandangannya dengan rancangan keluarga kami.
"keluarga Ida dah beritahu rancangan mereka?" soalku. Farida mengangguk. "Jadi, macam mana?" aku tak mahu melengahkan masa lagi. Lebih cepat perkara ni selesai lebih tenang jiwaku.
"Entahlah bang. Kalau ikutkan Ida, Ida nak sambung belajar lagi di sini. Kalau Ida menikah dengan abang, Ida kena ikut abang balik Penang. Ida ada kehidupan lain di sini bang." Walaupun dia tak cakap, kelihatannya dia kurang setuju untuk menjadi isteriku.
Aku mengangguk. Lima tahun dia menetap di sini dan bergaul dengan warga tempatan di sini. Tentu dia sudah terbiasa dengan kehidupan bersama mat salih berbanding orang Malaysia. Lima tahun lalu, ketika dia datang ke sini, usianya baru lima belas tahun. Dia melalui zaman remajanya di sini sebagai penduduk di Sydney. Tapi melihat fotonya sewaktu Alang menghantar kepadaku, aku tak sangka dia masih bercirikan wanita Melayu dan beragama Islam. aku salute padanya!
"Lagipun, papa dan mana akan menetap di sini terus. Kalau Ida menikah dengan abang, Ida kena ikut abang. Ida akan jauh dari famili Ida," ujarnya perlahan.
"Jadi, Ida tak setuju dengan rancangan keluarga kita?"Aku bertanya. Aku mahu Ida lebih yakin dalam menyatakan penolakannya. "Ida tak sudi nak kahwin dengan abang?" sengaja aku mengusiknya. Kalau itu keinginannya, aku tumpang gembira.
"Bukan macam tu bang...." Dia tertunduk. " Sebenarnya,Ida dah anggap abang macam abang Ida sendiri." Intonasi suaranya kelihatan rasa bersalah. Melihat keadaannya begitu, aku ketawa kecil. Pasti dia ingat aku akan berkecil hati dengan keputusannya.
Dia memandang aku yang sedang tertawa kecil sambil menggeleng-geleng kepala. Wajahnya berkerut. Mungkin tertanya-tanya mengapa aku begitu.
"Ida, sebenarnya abang pun dah anggap Ida macam adik abang sendiri. Tapi, bila umi dan abah beritahu niat mereka nak jodohkan kita, abang tak sampai hati nak tolak. Sebab tulah abang datang sini, berjumpa dengan Ida. Abang nak tahu pandangan Ida pula. Kalau Ida pun tak setuju, abang takkan rasa bersalah pada umi dan abah untuk menolak rancangan mereka." Aku lihat Ida menarik nafas kelegaan. "Macam mana pula dengan Alang dan Ma Lang?" Alang adalah panggilanku untuk abah Farida dan Ma Lang gelaran yang aku panggil untuk mamanya.
"Itu biar Ida yang handle. Ida, kan anak diorang. tahulah Ida macam mana nak pujuk nanti. Yang penting, abang pun tak setuju dengan rancangan ni." Wajahnya sudah bertukar ceria. Aku pun turut senang melihat senyumannya.
"Ida tak sangka, abang masih macam dulu. Masih ramai peminat!" Kata-kata Ida membuatkan kening aku berkerut. Apa maksudnya? "Tadi masa Ida nak datang sini, Ida lihat ada seorang perempuan sedang berdiri dekat pokok sana tu, asyik tengok abang je." Ida tersenyum sumbing sambil menunjuk pokok yang dimaksudkannya. Aku berpaling melihat ke arah yang ditundingnya. Tapi tiada seorang pun yang kelihatan disitu.
"Ish!!!! Memadai je Ida ni. Takkanlah ada minat salih yang minat kat abang pulak!" aku ketawa geli hati.
"Bukanlah bang! Perempuan Melayulah!" Ida mengerling. Tiba-tiba dia berpaling memandangku dengan pandangan yang seakan-akan cuba membaca fikiranku. "Jangan-jangan abang kenal tak. Abang datang sini dengan awek abang kot!"
"Mana abang ada awek!" Belum pun sempat dia membalas kata-kataku, telefonnya berdering. Dia menjauhiku dan berbual ditalian.
Aku memandang kembali ke arah pohon yang ditunjukkan Farida sebentar tadi. Dari jauh kelihatan bagaikan ada satu benda merah yang tergantung di ranting pokok. Sesekali benda tu akan bergoyang bila ditiup angin. Aku terus merenung benda tu. Gerak hati aku bagai memaksa untuk aku melangkah menghampiri pokok itu untuk melihat benda merah yang tergantung di situ.
"Abang, Ida nak minta diri dulu. Ida dah janji dengan kawan nak jumpa. Abang nak ikut?" Pelawanya.
"Tak pelah. Ida pergilah. Abang nak jalan-jalan kat tasik ni dulu."
Selepas mengucapkan salam, Ida bergerak pergi. Hatiku yang sedari tadi melonjak-lonjak agar menghampiri pokok itu, semakin berdegup pantas. Aku terus berjalan di pokok itu.
"Angry Bird?!" melihat patung merah itu di situ, hati aku semakin berdebar. Entah kenapa fikiran aku terus melayang mengenangkan gadis di ofis lamaku. Entah apa nama sebenarnya, aku pun tak tahu. Biasanya, aku panggil dia - awak. Aku semakin mempercepatkan langkahku. Sampai di pohon itu, aku mencapai patung angry bird.
Aku membelek-belek patung itu. Ada satu pelekat berbentuk hati yang dilekatkan di badan angry bird itu. Jadi, tak mungkinlah itu patung yang sama aku hadiahkan untuknya. Aku tersenyum sendiri. Entah apalah yang difikirkan aku. Patung sebegini melambak dijual. Tapi, patung angry bird yang aku hadiahkan padanya hanya satu dalam dunia. Tak mungkin sama dengan patung angry bird yang lain sebab aku ada lekatkan gambar bunga lily putih sebesar duit syiling lima sen di tempat di badan patung angry bird. Betul-betul di tempat yang sama di mana pelekat hati itu berada. Lagipun, ini di Sydney, bukan di Penang. Tak mungkinlah angry bird tu boleh 'terbang' sampai ke mari.
Tak tahulah kenapa, tangan aku terasa gatal sangat nak tanggalkan pelekat hati di badan angry bird tu. Tapi yang pasti, aku terasa nak buat macam tu. Jadi, perlahan-lahan aku tanggalkan pelekat hati itu. Nasib baiklah gamnya tak kuat. Jadi, dengan mudah aku dapat menanggalkannya.
"Ya Allah!!" aku benar-benar tergamam. Tak mungkin! Tak mungkin! Aku bagaikan tak percaya, bila aku tanggalkan pelekat hati itu, ada satu bunga lily putih sebesar syiling lima sen melekat di situ. Aku kembali teringatkan kata-kata Ida tentang seorang gadis Melayu yang berdiri di pohon ini dan sedang memandang aku. Mungkinkah itu dia? Dia ada di sini?
********************************************************************************
Alhamdulillah.......aku telah selamat sampai di Penang pagi tadi. Dan sekarang, aku sedang berbaring di atas tilam yang telah aku tinggalkan selama dua minggu. Biarpun Sydney sebuah tempat yang bukan saja cantik, tapi juga suasananya yang nyaman, tapi aku lebih rindukan kamar tidur aku. Bak kata orang, hujan batu di negara sendiri tetapi bilik sendiri sendiri yang lebih baik. Hehehehe.......
Alhamdulillah...Alang dan Ma Lang memahami keputusan aku dan Farida. Umi dan abah juga telah aku maklumkan ketika ada di sana lagi. Lega rasanya bila semua perkara dah selesai.
Dua minggu di sana, terlerailah jugalah rindu aku pada Imaan dan Kak Long. Insyaallah, aku akan ke sana lagi bila ada kelapangan. Tapi waktu tu, aku takkan pergi sendirian. Aku mahu berteman. Dah terlalu lama aku hidup bersendiri. Papa dan mama pun asyik merungut, mahukan seorang menantu perempuan. Sampai sanggup nak jodohkan aku dengan Farida. Senyuman di bibir aku semakin memekar.
Aku baru saja lepas hubungi Kak Maria. Ternyata, Kak Maria yang menghadiahkan tiket ke Sydney untuk gadis itu. Apalah agaknya yang difikirkannya bila melihat aku bersama Farida. Macam manalah aku boleh tak perasan kan kehadirannya di situ. Kak Maria ni pun satu, kalau nak buat rancang pun biarlah beritahu aku dulu. Bolehlah aku cari gadis tu di sana.
Tiba-tiba terasa rindu pulak nak melawat ofis lama. Boleh jumpa dengan kak Maria, sekaligus berjumpa dengan gadis tu. Aku mencapai patung angry bird yang ada dalam simpanan ku. Satu milik Imaan, satu lagi milik gadis itu yang telah aku lekatkan semula 'hati' nya di situ
Sebenarnya, aku sengaja melekatkan bunga lily putih itu di situ untuk mengusiknya. Biar dia sentiasa ingat peristiwa yang berlalu dalam hidupnya. Mungkin dengan cara tu, dia akan lebih berhati-hati menerima pemberian yang tidak diketahui dari siapa. Bila diingatkan kembali segala yang berlaku, baru aku teringat yang aku punya hutang dengan gadis itu. Aku masih belum mohon maaf padanya sebab menuduh dia mengambil patung angry bird aku. Hmmm.....
Aku pun bergegas bangun dan membersihkannya diri. Tak sabar rasanya nak ke ofis lama. Dalam perjalan ke ofis lama, aku singgah di kedai bunga Flora. Sampai saja di ofis lama, tempat pertama yang aku tuju adalah bahagian personel. Aku mahu bertemu dengan Kak Maria dahulu.
"Assalamualaikum , Kak Maria," seraya dengan ucapan itu aku hulurkan sejambak bunga kekwa yang berwarna warni padanya.
"Waalaikumsalam ...." dia tersenyum ceria lalu mengambil jambangan bunga itu. Aku tahu Kak Maria memang gemar dengan bunga. Tak kisah bunga apa pun, semuanya dia suka. Janji berwarna-warni. Aku boleh jadi rapat dengan Kak Maria pun sebab dia selalu bertandang ke kedai bunga Flora.
Flora itu adalah adik manja ku. Memang kena sangat bila umi dan abah nama kan dia Flora. Dia pun sama macam Kak Maria yang obses dengan bunga sehinggakan menjadikan bunga sebagai sumber pendapatannya. Si gadis manja itu pun sukakan bunga agaknya. Mungkin..... Kan biasanya perempuan sukakan bunga. Tapi aku rasalah, mungkin sejak peristiwa itu, bunga lily menjadi bunga yang paling tidak disukainya.
"Macam mana dengan budak tu?" aku mula berkias dengan Kak Maria. Kak Maria tersenyum menyindir.
"Budak mana? Miss angry bird tu?" tanya Kak Maria.
"Miss Angry Bird?" Aku sudah tergelak besar. "Tak baik tahu akak panggil dia macam tu. Cukuplah orang kat sini panggil saya Mr. Angry Bird." Aku tak pernah tahu orang kat sini panggil dia Miss Angry Bird.
"Salah kamu jugak. Bila akak nak beritahu nama dia, kamu tak nak tahu. Kamu kata nak berkenalan lain dengan dia." Lebih kuat aku ketawa bila Kak Maria kata macam tu. "Dia tak nak tahu nama kamu, kamu tak nak tahu nama dia." Tergeleng-geleng kepalanya. Ya....Kak Maria ada ceritakan padaku sewaktu gadis itu berjumpa dengannya, dia tak nak tahu namaku. Dia mahu tahu namaku dari mulutku sendiri. Sebab itulah aku buat keputusan, aku pun tak nak tahu nama dia bila Kak Maria nak beritahu aku namanya. Biar kami berkenalan sekali lagi.
"Kenapa kamu ketawa. Sekilas ikan di air, jantan betina akak tahu. Kamu dengan dia tu, dah jatuh cinta."
"Pandai-pandai aje akak ni. Manalah tahu, dia dah ada yang punya." Semacho-macho aku pun aku dapat rasakan yang wajahku memerah bila Kak Maria mengusik begitu.
"Tak de punya. Akak jamin!" beria-ia benar Kak Maria menyatakan pendapatnya. "Masa dia datang sini bertanyakan kamu, memang nampak benar dia sedih sebab kamu dah tinggalkan dia." Beria benar Kak Maria. "Akak rasalah, lebih baik kamu cepat bertindak. Manalah tahu dia ingat kamu suka kat saudara kamu yang kamu jumpa kat Sydney tu."
"Betulkah kak? Akak jangan main-mainkan saya." Aku cuba memberi amaran pada Kak Maria.
"Kalau tak percaya, cubalah cari hati dia. Baru puas hati kamu. Akak cakap, kamu tak nak percaya." Kali ni aku lihat Kak Maria benar-benar serius dengan kata-katanya.
Lepas berjumpa dengan Kak Maria, aku ke pejabat Uncle Usin. Dari awal lagi aku telah beritahu kedatangan aku padanya. Maklumlah, Uncle Usin seorang yang sangat sibuk. Nak berjumpa sekejap pun, kena beritahu setiausanya dulu.
Lepas aku habis berdiskusi dengan Uncle Usin, aku berjalan menuju ke unit proses. Sebenarnya, Uncle Usin merupakan pengarah syarikat ni. Kebetulan, ketika abah mahu aku mencari pengalaman sebelum berkerja dengannya, Uncle Usin menawarkan aku berkerja di syarikat ini, sekaligus membantunya dengan menjadi mata-mata untuk mengawasi para pekerjanya. Tiga tahun aku menimba pengalaman di syarikat ni. Banyak hitam dan putih yang aku perolehi selama menyamar menjadi pekerja bawahan. Sudahnya, bila aku yakin dengan hasil siasatan aku, aku melaporkan pada Uncle Usin.
Memang sukar untuk membangunkan sebuah syarikat. Semuanya bergantung pada para pekerja juga. Kalau pekerjanya jujur, majulah syarikat itu. Kalau tidak, hmmmm......
Tepat jam satu, pasti semua lampu akan dimatikan dan setiap pekerja akan keluar untuk makan tengahari. Aku mencuri masuk ke dalam unit proses. Sampai di tempat di gadis, aku meletakkan patung angry bird itu di atas mejanya. Kemudian, aku bersembunyi di dalam kebinet. Memang aku berani buat begitu, kerana aku sudah mendapat keizinan dari Uncle Usin. Nampaknya, Uncle Usin sudah pun memberi restunya untuk aku dan si gadis ini.
Hai... Cepatlah jam dua. Aku sudah tidak sabar untuk melihat reaksinya bila melihat patung angry bird itu bersama sekeping nota yang aku letakkan. Di nota itu aku menulis- "KENAPA AWAK TINGGALKAN SAYA? DARIPADA ANGRY BIRD". Biar dia tahu, sepatutnya dia jaga angry bird tu baik-baik.
Kedengaran pintu unit proses dibuka. Aku mengintai dari celahan kebinat. Menyesakkan betullah ada dalam ni. Tapi demi si gadis, aku sanggup redah apa jua keadaan....:) Sesungguhnya, cinta tidak gila, tapi orang yang sedang jatuh cinta itu yang gila. Macam aku sekarang ni.
Aku lihat dia duduk di kerusinya dengan diterangi cahaya yang malap. Jam belum menunjukkan angka dua. Mungkin kerana itu dia tidak membuka lampu. Aku lihat raut wajahnya murah. Pasti masalahnya masih juga belum selesai.
"Aku nak resign!!!!" tiba-tiba saja aku lihat dia menjerit. Sah! Memang dia masih ada masalah di sini. Kepalanya dipicit-picit. Seraya dengan itu aku lihat dia memandang pada tempat duduk lamaku. Mungkin dia rindukan aku...... Agaknyalah...... Kan aku yang selalu nasihatkan dia bila dia ada masalah macam ni
Peluang yang baik. Kalau dia resign, biar aku yang ambil dia berkerja dengan papa. Bolehlah aku berdekatan dengan dia sentiasa. Aku dapat rasakan bunga-bunga matahari sedang berkembang dalam hati. Opssie.....aku bukan mat bunga, tapi mungkin aku terpengaruh kerana Flora penjual bunga....hehehehe.....
Tapi yang tak bestnya, kenapa dia masih belum perasan kan patung angry bird yang aku letakkan atas mejanya? Aku masih tertunggu-tunggu saat itu untuk melihat bagaimana reaksinya.
Hah!!! Akhirnya dia terlihat juga patung itu. Wajahnya berkerut seribu. Dia mencapai patung itu dan membelek patung itu. Aku lihat mulutnya ternganga. Mungkin dia merasa tak percaya dengan yang apa yang dilihatnya. Dia membuka pelekat love yang ditampalnya. Dia semakin terkejut. Pasti bunga lily putih itu yang lebih membuatkan dia terkejut. Kemudian, dia membaca nota yang aku tinggalkan.
Tiba-iba saja aku lihat ada air mata yang bergenang. La..... Mudahnya dia mengalirkan air mata. Tapi, kenapa pulak dia bersedih. Aku mahu lihat dia tersenyum gembira melihat patung itu. Aku mahu dia fikir, yang aku sudah kembali. Kalaulah dia sudah menjadi milikku yang sah, pasti akanku sapu air matanya yang mengalir. Tapi sekarang tak bolehlah sebab kami masih belum ada ikatan yang sah....:)
Pang!!! Mungkin dek kerana terlalu ralit memperhatikannya aku sudah terlupa yang aku berada di dalam kebinet dan akibatnya, kepala aku terhantuk. Kuat pulak tu. Aku mengosok-gosok kepalaku yang sakit. Entah didengar si gadis atau tidak. Aku mengintai semula ke luar. Si gadis dah hilang!
Alamak!! Mana pulak dia pergi. Agaknya dia dengar bunyi kepadaku yang terhantuk di dindingnya kebinet ni. Kemudian, dia berlari ke luar kerana takut. Kan dia memang penakut. Aku masih ingat lagi sewaktu aku menegurnya di dalam gelap. Terus dia bangun dan membuka lampu. Aku membuka pintu kabinet. Hmmm.....tak guna sembunyi lagi sedangkan si gadis sudah melarikan diri.
"iya!!!!!!" tiba-tiba aku dengar satu suara yang kuat di sebelah kiri dan serentak dengan itu, kepadaku dipukul bertubi-tubi dengan satu benda lembut yang aku tak tahu apa. Sebab aku tak sempat nak tengok. Mungkin bantal yang dia selalu jadikan tempat sandar di kerusi. Yang pasti, walaupun tak sakit, aku tetap mengangkat tangan untuk menghalang pukulan itu. Dan aku rasa aku tahu siapa yang empunya diri yang sedang memukul aku.
"Awak!!!! Sayalah." Aku menjerit padanya. Serentak dengan itu, pukulan itu terhenti. Dia lari ke suis lampu dan menekan suis. Terang benderang unit proses.
"Awak?!!" dia memandang aku, lama. Aku tersenyum memandangnya. Dia masih juga merenung aku. Renungan yang tak pernah aku lihat sebelum ini sehingga hati aku terusik melihatnya. Entah kenapa, aku dapat merasakan rindu, aku melihat cahaya di matanya, aku melihat wajahnya bersinar dan kemudian, aku melihat satu senyuman terukir di wajahnya.
Dia memandang patung angry bird di tangannya. Dia memandang aku semula. Aku menghampirinya.
"Kan saya minta awak jaga patung tu baik-baik. Kenapa awak tinggalkan dia?"
Raut wajahnya berubah. Dia memandang aku dengan hampa.
"Dia bukan milik saya," ujarnya perlahan. "Saya pulangkan dia untuk awak," dia menyerahkan patung itu padaku. Aku tergamam. Aku pasti, dia sudah salah faham hubungan aku dengan Faridah. Bila melihat kesayuan di wajahnya, aku mahu berterus terang saja tentang perihal sebenar. Tapi, Kalau aku berterus terang dan dia pulak tak ada perasaan padaku, tidakkah itu akan memalukan? Biar aku cari dulu hatinya.....
Tapi sekiranya dia juga merasakan apa yang aku rasakan, mungkin aku perlu berikan dia sedikit kejutan yang tak mungkin dia lupakan seumur hidupnya. Ya.....perlu cara yang sedikit berbeza untuk aku luahkan perasaan pada gadis manja ni. Aku sudah mula merencanakan sesuatu. Aku mahu mengusik perasaannya dulu untuk benar-benar pasti yang dia sebenarnya sudah jatuh cinta padaku.
"okey.....apa boleh buat kalau awak dah tak nak." Aku mengambil angry bird merah dan menyimpannya di bahagian dalam kot hitamku. Dia mengerling aku. "Tapi ada satu perkara yang saya tak nak awak tolak." aku sudah tersenyum melihat wajahnya yang berkerut seribu. "Temankan saya makan!"
Dia merenung aku seakan sedang berfikir. Dia melirik jam ditangan.
"Dah nak dekat pukul dua dah ni," ada riak kesal di wajah. Kemudian dia pandangan aku semula. Hampir setengah tahun aku tinggalkan dia. Mulanya, aku sendiri tak perasan tentang perasaan aku padanya. Bila aku tinggalkan syarikat ni, barulah aku mula merinduinya. Barulah aku tahu, separuh hati aku sudahku tinggalkan bersamanya. "Awak dengar tak apa saya kata? Dah nak dekat pukul dua. Yang awak asyik tersenyum tu apasal?" dia menjeling. Terus senyuman yang terukir di muka ku hilang begitu saja.
"Awak tak suka tengok senyuman saya? Senyuman saya mahal tau! Bukan senang awak nak lihat senyuman saya!" aku mengusiknya lagi.
"Hmmm..... Saya tahu!" selamba je dia menjawab begitu.
"Awak tahu?" Kerutan di wajahnya sebentar tadi sudah bertukar pula kepada ku.
"Selama awak kerja dengan saya, cuba awak ingat berapa kali awak tersenyum?" aku pulak yang terdiam dengan soalannya. Seingat aku, ketika bekerja di sini, aku jarang tersenyum. Bukan sebab aku kedekut senyuman atau apa, cuma ketegangan dan suasana yang tidak berapa baik antara aku dengan kakitangan di department ni yang membuatkan aku malas nak senyum.
Opps......Nanti dulu! Dia bertanya padaku soalan itu. Wow!!! Beraninya dia! Selama ni dia tak bertanya apa-apa padaku melainkan soal kerja. Dia dah semakin berani sekarang.
"Memanglah jarang....tapi saya ada sebab. Kalau awak dah jumpa dengan Kak Maria, pasti awak dah tahu sebabnya."
"Saya dah jumpa Kak Maria dan saya dah tahu siapa awak di sini. Syarikat ni milik kawan ayah awak, kan?" aku hanya tersenyum sambil mengangguk. "sebenarnya, awak bukan jarang tersenyum, tapi awak tak pernah senyum pun!!" dia menjeling.
Wow!!! Dia betul- betul berani berkata begitu padaku. Dia juga nampak lebih tegas. Mungkin apa yang pernah berlaku dulu, membuatkan hatinya lebih kental. Tapi, betulkah aku tak pernah tersenyum? Biarpun untuk dia, gadis pujaanku? Mungkin aku terlalu banyak berfikir tentang masalah di syarikat ni yang membuatkan aku terlupa untuk tersenyum.
"Tapi, saya pernah lihat awak tersenyum sekali...." Tiba-tiba wajahnya bertukar suram. Kenapa? Apa pulak yang tak kena?
"Awak....." aku panggil dia yang seakan sedang mengelamun. Dia memandang aku dengan senyuman. Tapi senyuman itu bagaikan terpaksa. Dia menggeleng. Bagai ada rahsia yang tersimpan dalam hatinya. Kenapa dia diam? Luahkanlah!
"Jomlah..Temankan saya makan. Saya dah minta izin dengan Uncle Usin tadi. Encik Akim takkan marah punya......" Lama dia membisu sampai akhirnya, aku yang bersuara.
"Mentang-mentanglah kawan ayah awak, bolehlah awak buat sesuka hati," sekali lagi dia mengerling aku. Satu sikap dia yang tak pernah aku lihat, sudah aku lihat berulangkali hari ini. Dulu, sekali pun dia tak pernah menjeling atau mengerling aku dengan manja begitu. Mungkinkah dia merasakan apa yang aku rasa?
Dia mencapai dompet dan telefon bimbitnya.
"Jom!!"
Kami berdua berjalan turun ke bawah. Mulanya aku nak bawa dia pergi makan di tempat yang agak jauh dari kawasan pejabat. Tapi dia tak setuju sebab katanya, dia hanya bawa dompet dan telefon. Begnya tak dibawa sekali. Salah aku jugak, sepatutnya tadi aku beritahu dia awal-awal. Akhirnya, kami hanya makan di restoran nasi campur di simpang jalan.
Usai makan, dia dah nak minta diri. Tapi, dengan pantas aku bagi macam-macam alasan agar dia mahu luangkan masa dan berbual dengan aku naik seketika.
"Macam mana hubungan awak dengan, Tini?" Firstly, aku mahu tahu masalah dulu. Dia mengeluh. Aku tahu, masalah masih belum selesai. Hebat juga pengaruh Kak Nim pada Tini ya. "Awak tak berterus terang dengan dia yang awak langsung tak ada hubungan dengan Encik Akim?"
"Dah! Lagipun Tini dan Encik Akim dah bertunang. Yang saya tak faham, kenapa dia masih nak pulaukan saya?!"
"Diorang dah bertunang?!" Terkejut jugak aku dengan berita tu. Dalam si Tini mengesyaki hubungan Encik Akim dan kawan baiknya, masih sempat jugak mereka bertunang? "Kalau susah- susah, awak cari kerja lainlah...."
"Saya pun ada terfikir macam tu.."
"Kalau awak setuju, saya ada kerja kosong untuk awak. Tapi sebagai setiausa bos. Itupun Kalau awak setuju."
"Setiausaha bos?" dia menggeleng. " Saya tak ada kelayakan. Saya tak pernah belajar dalam bidang ni."
"Kalau tak pernah, pernahkanlah...."
" Senangnya awak bercakap...." Dia menjeling lagi.
"Memanglah senang, sebab company tu pun kawan papa saya yang punya. Saya boleh tolong aturkan. Yang penting, awak mahu belajar je.."
"Nantilah saya fikir dulu.." aku dapat rasakan, dia masih ragu-ragu untuk terima pelawaan aku. 50-50. Kenapa? "awak....." dia memandang aku dengan ragu-ragu. " macam mana awak boleh jumpa dengan angry bird tu?"
Oh.......rupanya ini yang difikirkan dia. Aku hanya senyum je.
"Masa saya di tasik tu, tiba- tiba je saya dengar ada satu suara panggil saya. Bila saya cari, rupanya angry bird ni yang panggil. Dia cakap dengan saya, awak tinggalkan dia."
"Saya tanya awak betul-betul, awak main-main pulak!" Wajahnya memerah. Satu jelingan tajam dihadiahkan untukku.
"Eh....betullah! Saya tak main-main. Kalau tak macam mana saya tahu angry bird tu awak punya,sedangkan angry bird yang saya hadiahkan untuk awak, saya lekatkan lily putih. Tapi angry bird yang saya jumpa ada hati yang tertinggal kat situ." saja aku berkias dengannya.
Dia diam.
"Kenapa awak tinggalkan angry bird tu?"
"Awak tak perlu tahu kenapa." dia bangun. "dah lama sangat saya Temankan awak. Saya kena masuk ofis semula. Nanti Encik Akim marah." belum sempat aku kata apa-apa dia dah berlari anak untuk naik ke ofis.
"Miss Angry Bird! Nanti!!" Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terlepas kata memanggil dia begitu.
Langkah kakinya terhenti. Dia menoleh padaku.
"Miss angry bird awak panggil saya?" aku sudah tertawa besar bila dia tanya macam tu. Kata-kata yang pernah aku katakan padanya dulu dikembalikan pula padaku. Aku menghampirinya.
"Inilah yang akan terjadi bila kita langsung tak pernah tahu nama masing-masing."
"Awak tak pernah tanya," dia menjeling. Ala-ala manja gitu.
"Okey, kita mulakan kembali perkenalan kita." ujarku. Dia hanya tersenyum. Aku berdehem seketika. "Saya, Fajar. Selamat berkenalan." Sekali gus aku menganggukkan kepalaku bagi menggantikan huluran tangan yang biasa dilakukan. Aku tak mungkin bersentuhan dengannya kerana dia wanita idamanku. Itulah tanda sucinya cintaku pada dia.
"Fajar?" Dia bertanya. Mungkin mahukan kepastian. Aku mengangguk. Pelik sangatkah namaku sampai raut wajahnya kelihatan terkejut. Tetapi kemudian, dia tersenyum pula. "Saya, Suria. Selamat berkenalan." Dia juga menganggukkan kepalanya kepadaku.
Satu senyuman yang indah memekar di wajah kami berdua. Barulah aku tahu kenapa dia seakan terkejut mendengar namaku.
"Dua kombinasi nama yang sangat serasi. Fajar dan Suria." aku melihat dia mengangguk. Mungkin menyetujui kata-kataku. " Bila Fajar menyingsing, suria pun menjelma..." aku cuba berbidalan. Dia sudah ketawa. Mungkin salah bidaan aku, barangkalilah.....
"Jadi, Encik Fajar. Saya tak perlu panggil awak dengan nama Mr. Angry Bird lagi."
"Saya pun takkan panggil awak dengan nama Miss Angry Bird. Tapi, nama tu cute juga bila kena dengan awak...." aku mengusiknya.
"Tak de makna... Saya bukan Miss Angry Bird!" dia mengerling lagi. "Dahlah, saya naik dulu. By the way, Mr. Angry Bird alias Encik Fajar. sepatutnya, gadis yang awak temui di Sydney tempoh hari, lebih sesuai untuk jadi Miss Angry Bird...." Dia terus naik ke atas.
Kan aku dah kata.....dia mesti salah sangka dengan hubungan aku dengan Farida. Hmmm.....biarlah siapapun yang menjadi Miss Angry Bird. Yang penting, kalau aku Mr. Angry Bird, maka, hanya dia yang akan jadi Mrs. Angry Bird. Tiba-tiba je aku rasa suka pulak dengan nama Mr. Angry Bird.
**********************************************************************************************************
Belum pun jam lima, aku dah terpacak di gerai minum depan bangunan ofis menunggu Suria pulang dari kerja. Mungkin inilah rasanya bila sudah jatuh cinta. Setiap saat mahu melihat wajahnya. Aku tahu, aku salah melakukan begini. Aku hanya mahu tahu adakah dia juga punya rasa yang sama denganku. Kalau dia juga merasakan apa yang aku rasa, aku tak nak tunggu lagi. Aku mahu terus menyuntingnya untuk menjadi permaisuri hatiku.
Setelah agak lama menunggu di situ, barulah aku terlihat sekumpulan manusia yang baru keluar dari bangunan ofis. Termasuklah Suria. Aku ingin melangkah menghampirinya namun langkahku terhenti bila melihat kelibat Encik Akim mendekati Suria. Mereka berbual seketika dan kemudian pergi bersama.
Suria dan Encik Akim? Kenapa pulak mereka berdua berjalan bersama. Mana Tini? Tini tak marahkah bila melihat mereka begitu? Aku kegelisahan. Atau benar seperti yang disyaki Tini, mereka berdua punya hubungan? Tapi tak mungkinlah sebab Tini dan Encik Akim sudah pun bertunang. Tapi.........lakonan apa yang sedang aku saksikan ini? Tini bermusuhan dengan Suria kerana Encik Akim, tapi kini Suria bersama Encik Akim tanpa ditemani Tini.
Aku terus masuk dalam kereta. Enjin dihidupkan seraya itu aku menekan punat air-corn dan membuka radio. Fikiranku bercelaru. Aku tak dapat berfikir dengan wajar.
"baiklah untuk para pendengar yang setia. Lagu ini ditujukan untuk anda yang meminati lagu yang indah dan juga khasnya untuk mereka yang lagi patah hati. Ini dia, 'Saat Aku Mencintaimu' dari kumpulan Dadali dari Indonesia."
Mengapa kau pergi...mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi...menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hatiku
Di saat aku terbangun dari tidur ku
Aku inginkan diriku datang dan temui aku
Kan Ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku
Kan Ku katakan padamu
Aku sangat mencinta....
Aku ingin kau mengerti tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta
Maaf sungguh Ku tak bisa untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta
Macam tahu-tahu saja hati aku yang lagi kegelisahan. Boleh pulak DJ radio ni pasang lagu jiwang macam ni. Aku bukan peminat lagu-lagu jiwang. Tapi ketika ini, lagu ini bagai memahami jiwa aku yang sedang merintih untuk seorang gadis. Begini agaknya bila patah hati.......:(
************************************************************************
Dah hampir dua minggu aku menyepi dari misi aku untuk memikat Suria. Aku rindukan dia! Sangat- sangat!! Tapi aku takut nak call dia. Manalah tahu kalau aku ni cuma bertepuk sebelah tangan.
Masa aku jumpa Kak Maria hari tu, ada aku minta nombor telefon Suria. Tapi aku masih ragu-ragu nak call dia. Aku belum bersedia untuk patah hati. Tapi hakikatnya, aku dah pun merasakan begitu. Tempoh hari, Kak Maria ada berikan akaun facebook Suria. Tapi apalah guna kalau Suria ada hubungan dengan Encik Akim.
Tapi di sebelah pihak lain dalam diri aku pulak, menafikan yang Suria ada hubungan dengan Encik Akim. Tak mungkinlah gadis sebaik Suria punya hubungan dengan tunang orang. Tapi..... Kalau Suria betul-betul tak ada hubungan dengan Encik Akim, kenapa Tini terus pulaukan dia.
Uh?...... Aku rasa macam aku kenal dengan dua orang tu. Aku terus perhatikan dua orang gadis yang sedang bergurau senda sambil berjalan beriringan melihat baju-baju yang tergantung di kiosk-kiosk. Itu macam Suria...... Suria dan Tini??? Betulkah? Aku menggosok-gosok mataku. Aku perhatikan sekali lagi.
Betullah!!!! Itu memang Suria dan Tini. Mereka jalan berdua? Penasaran sungguh aku. Baru dua minggu lepas aku bertemu dengan Suria dan dia katakan hubungan mereka masih belum okey. Petang hari yang sama aku lihat Suria berdua-duaan dengan Encik Akim. Dan hari ni....
"Awak!!!" tiba- tiba aku terdengar suara yang amat aku kenali. Suria dan Tini terpacak di depanku. Kedua-duanya sedang tersenyum mesra memandang Ku.
"Kamu berdua dah....." Aku mahu bertanya, tapi dalam masa yang sama, aku merasakan jika aku bertanya bukankah itu akan menunjukkan aku ni penyibuk orangnya.
Mereka berdua berpandangan dan kemudian memandang aku semula.
"Kau balik dululah Tini. Nanti aku balik."
"Kau nak balik dengan siapa nanti?"
"Tak pe.....aku boleh naik teksi. Bas pun banyak."
"Ish....tak bolehlah macam tu. Kau datang dengan aku, takkanlah aku nak biar kau balik dengan teksi, bas....." Nampak benar Tini tak bersetuju membiarkan Suria bersamaku.
"Macam nilah cik Tini. Nanti saya hantar Suria pulang." aku mengusulkan.
Aku lihat Tini menarik Suria ke tempat lain. Tak jauh dari aku. Malah aku juga boleh mendengar suara mereka walaupun perlahan.
"Kau betulkah nak balik dengan Mr. Angry Bird ni?" soal Tini. Aku yang mencuri-curi dengar sudah tersenyum. Rupanya nama itu masih melekat padaku.
" Kau jangan risaulah. Dia tu, baik orangnya."
"Kat ofis kita tu, kau seorang je yang selalu kata dia baik tahu! Belum lagi aku dengar orang lain kata dia macam tu."
"Tini.....tak baik tahu menilai orang hanya dengan mendengar cerita dari orang lain. Kalau kau nak tahu dia baik ke tak, apa kata kau cuba berkawan dengan dia."
"Tapi........"
"Tini! Cuba kau tengok, disebabkan kau suka sangat dengar cakap orang, apa dah jadi dengan persahabatan kita?" bila Suria cakap macam tu, aku lihat Tini terus terdiam.
"Yalah.....yalah.....semuanya salah aku...." Tini seakan merajuk. "Kalau kau dah nak jumpa Mr. Angry Bird tu, aku balik dululah."
"Kau tak nak cuba kenal dengan dia?"
"Tak naklah..... Aku takutlah tengok dia. Handsome tu memanglah handsome, tapi garang. Tak senyum langsung." Tini sudah pun pergi. Suria menghampiriku bersama senyuman manisnya.
"Lama tak nampak awak..." ujarnya.
"Kenapa? Awak rindukan sayakah?" aku menjungkitkan kening mengusiknya. Dia mencebik.
"Saya tunggu awak sebab awak kata nak tolong dapatkan kerja untuk saya," ujarnya sambil berjalan ke food court. Aku mengekorinya. Kami duduk di salah satu meja dan memesan minuman.
"saya lihat, awak dan Tini dah berbaik." aku menyambung semala titik persoalan yang terhenti tadi.
"Alhamdulillah......" Wajahnya kelihatan ceria sekali.
"Macam mana awak dan Tini boleh berbaik semula?" Aku mahu tahu jugak apa sebenarnya yang telah terjadi.
"Semuanya atas bantuan Encik Akim juga. Masa awak datang ke ofis tempoh hari, hari yang sama lepas balik kerja, Encik Akim yang aturkan pertemuan saya dengan Tini. Encik Akim yang pujuk Tini untuk dengar semua penjelasan saya."
Terangguk-angguk kepalaku mendengar penerangannya. Jadi sewaku aku lihat Encik Akim dan Suria, waktu tu Encik Akim membawa Suria berjumpa dengan Tini. Huh......leganya! Lapang dadaku.
"Jadi, tentu awak akan berkerja di situ terus, kan?" tanyaku. Senyumannya semakin melebar.
"Tak.....saya dah dapat kerja kat tempat lain."
"Uh?" Dia nak berkerja di tempat lain. Melepaslah peluang aku nak masukkan dia berkerja dengan papa. "Tahniah! Awak apply kerja kat mana?" aku cuba menyembunyikan perasaanku.
"Darimit sdn bhd. Sebagai setiausaha bos." Tersedak aku dibuatnya. Terus aku terbatuk-batuk. "Awak!! Kenapa ni?" dia terus menghulurkan minuman untukku. Aku teras mencapai dan minum. Barulah hilang batukku.
Biar betul Damirit sdn bhd yang akan menjadi tempat kerja baru Suria. Maknanya, permohonan aku untuk meminta seorang setiausaha telah diluluskan pihak lembaga dan surat tawaran telah dikeluarkan. Tapi....nanti dulu, biar aku confirmkan dengan Mona, setiausaha papa. Manalah tahu tawaran itu untuk pegawai lain.
"Awak tunggu kejap. Saya nak buat panggilan." aku menjauhi Suria dan terus menghubungi Mona. Setelah Mona menerangkan semuanya, aku kembali semula pada Suria. Semakin melihat wajahnya, semakin senyuman aku melebar. Memang Tuhan telah mentakdirkan dia untukku.
"Kenapa awak nak kerja kat tempat lain. Kan hubungan awak dengan Tini dah okey?" Aku mahu tahu pendiriannya.
"Memanglah....tapi banyak sangat kenangan sama ada yang baik atau tidak. Saya nak lupakan semua yang pernah berlaku dan mulakan hidup baru."
"Termasuk kenangan ketika kita kerja bersama?" aku bertanya. Dia memandang sekilas dan kemudian diam. Mungkin juga benar telahan Ku. Yang sebenarnya, dia mahu melupakan kenangan bersamaku.
"Hari tu, awak kata awak tak ada kelayakan untuk jadi setiausaha bos. Tapi macam mana pulak senang-senang awak dapat tawaran jadi setiausaha?"
"Mungkin dah rezeki saya agaknya. Tapi, ada orang pernah beritahu saya, kalau tak pernah ada pengalaman, pernahkanlah....." dia menjeling. Aku hanya tersenyum. Suria sekarang ni sudah pandai menyindir.
"All the best....." ucapku dan dan seperti biasa, dia akan tersenyum. "Saya pun dah dapat kerja. Nampaknya, kita dah ada haluan masing-masing. Tapi, Kalau awak ada apa-apa dan mahukan pertolongan saya, awak call saja." Dia tunduk sekejap lalu memandang aku semula.
"Mungkin ini pertemuan terakhir kita."
"Kenapa?" Dia dah tak nak jumpa aku lagikah?
"Mungkin itu yang terbaik untuk kita." Dia menghala nafas. "Sebenarnya, saya ada hal nak cakap dengan awak. Waktu kita masih bekerja bersama, saya tak sempat nak ucapkan terima kasih pada awak. Awak banyak bantu saya. Saya terhutang budi dengan awak."
Ini mesti kes nak larikan diri dari akulah ni. Tak pe.......macamlah dia boleh lari dari aku.
"Sebenarnya, saya pun ada perkara nak cakap dengan awak." Aku baru teringat tentang sesuatu yang sepatutnya aku lakukan. "Saya nak minta maaf dengan awak. Hari tu, saya marahkan awak sebab ambil patung angry bird saya. Maaf lah, waktu tu saya ingat awak yang ambil sebab awak seorang je yang nampak patung tu. Tak sangka, rupanya semua itu kerja Azmi. Minta maaf sekali lagi, sebab saya pergi tak sempat nak minta maaf dekat awak pun."
"Macam mana awak tahu itu kerja Azmi?"
"Saya terdengar perbualan antara Kak Nim dan Azmi." Ada nada keluhan dari bibirnya. "Awak maafkan saya tak?" aku bertanya bila dia hanya mendiamkan diri. Dia tersenyum.
"Tentulah....." Walaupun dia tak cakap. Aku pasti dia akan maafkan aku. Kalau tak, tak mungkinlah dia bawa patung angry bird yang aku hadiahkan kepadanya jauh sampai ke Sydney.
"Jadi ini pertemuan terakhir kita?"
"Ya," dia mengangguk. "Saya harap, awak akan sentiasa bahagia untuk selamanya."
Satu perasaan terharu mula timbul dari hatiku. Kini aku yakin, cintanya padaku begitu suci. Tatkala dia merasakan aku mencintai wanita lain, dia masih mahu mendoakan kebahagiaan untukku. Tapi dipihak yang lainnya mengatakan, aku tak perlu cepat membuat andaian sedangkan dia tak pernah kata pun yang sukakan aku.
*******************************************************************************
Mulanya aku berjanji dengan papa, sebaik sahaja aku punya setiausaha sendiri, aku akan mula bekerja dengannya. Tetapi kerana setiausaha aku tu adalah Suria, dan aku tahu dia tak punya pengalaman menjadi setiausaha, maka aku lanjutkan percutianku selama seminggu. Aku telah pun berpesan pada Mona agar mengajar Suria bagaimana menjadi setiausaha yang sentiasa peka dengan kerjanya.
Tetapi dalam pada itu, aku juga menyuruh Mona mengajar Suria melakukan kerja tambahan untukku. Aku sudah sediakan senarai yang perlu dilakukan Suria bermula dari jam lapan ketika dia masuk kerja. Suria perlu melakukan urusan menjaga makan dan minum Ku. Hehehehe....... Aku lakukan ini kerana aku mahu tahu, adakah Suria sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri jika aku mahu menyuntingnya. Tapi, Kalau dia tidak pandai, juga tidak mengapa kerana aku telah mengarahkan Mona sebagai pendidiknya.
Mulanya, memanglah papa marah sebab aku telah mengganggu urusannya. Tapi bila aku terangkan yang aku sudah jatuh cinta pada Suria dan sekadar mahu memastikan calon isteriku sedia melakukan kerja menjaga makan minumku, terus saja papa bersetuju. Mama pun terlalu gembira mendengarnya hinggakan mana menawarkan diri untuk menjadi pengajar buat Suria jika ternyata Suria masih belum pandai dalam urusan makan minumku.
Hari ini, bermulalah episod baru dalam hidupku. Aku akan bertentang mata dengan Suria sekali lagi. Tapi bukan dengan wajah asalku. Aku sudah pun siap memakai janggut dan misai palsu. Aku tak mahu Suria mengenaliku.
Sampai saja di ofis, aku bertembung dengan papa. Lama papa perhatikan aku dengan pandangan yang agak kurang senang. Entah apalah pulak yang tak kena dengan papa sampai dia memandang aku sambil berbisik dengan sekuriti. Aku lihat dia bersama sekuriti mula menghampiri.
"Maaf encik, ada urusan apa encik datang ke sini?" papa menyoalku bagaikan dia langsung tak mengenali anaknya. Waktu tu aku sudah keliru. Aku yang tak mengenali papa atau papa yang tak kenal dengan anaknya.
"Papa!!" Memang aku sangat tak senang dengan situasi begini apatah lagi bila melihat papa bagaikan serius tak mengenaliku. "Ini Fajarlah, pa!"
"Fajar?" dia perhatikan aku atas bawah. Barulah aku teringat yang aku sedang menyamar. Hmmm....macam manalah aku boleh lupa!
"Fajarlah..." Aku membuka sedikit janggut dan misai palsuku. Melihatkan aku yang berdiri di depannya dalam keadaan begitu, terus papa ketawa berdekah-dekah.
"Kenapa dengan Fajar ni? Dah buang tabiat ke?" Papa ketawa lagi.
"Ini semua pasal calon menantu papa tulah!"
"Oh.....pasal dia...." Papa terangguk-angguk. "Kalau ye pun, beritahulah papa dulu. Nasib baik papa tak report polis beritahu ada orang mencurigakan di sini." Kini kepalanya tergeleng pula. "Hebat betul Suria ya, sampai buat anak papa yang liat sangat nak kahwin ni, sampai jadi begini." Dia menunjuk padaku.
"Papa dah jumpa Suria?" tanyaku.
"Dah! Papa dah jumpa dia." Papa tersenyum. "Pandai Fajar pilih menantu untuk papa. Orangnya lemah lembut, sopan." Tersengih aku mendengar pujian papa pada Suria. "Okeylah, Fajar pergilah sambung misi Fajar untuk bawaSuria sebagai menantu papa dan mama. Tapi jangan sampai abaikan tanggungjawab Fajar pada syarikat ni."
"Insyaallah, pa." Aku melangkah masuk menuju ke pejabatku dengan bersemangat sekali.
Sampai sahaja ruangan bahagian pejabatku, aku lihat Suria sudah berada di mejanya dan siap melakukan tugasnya. Aku berjalan melaluinya. Melihat saja aku, dia terus berdiri.
"Assalamualaikum Encik Ahmad," sapanya.
"Waalaikummussalam....." Aku membalas salamnya dan melangkah ke dalam. Arahan aku yang pertama dari senarai yang aku beri pada Mona telah dilaksanakan dengan sempurna. Iaitu, ucapan pertama yang aku mahu keluar dari bibirnya saat melihat aku adalah salam.
Suria tak mungkin mengenaliku, kerana aku telah menyuruh Mona memberitahu kakitangan lain agar memanggilku dengan nama pertamaku, iaitu Ahmad. Baru saja aku meletakkan punggungku di kerusi, pintu kamar kerjaku diketuk. Muncul lah wajah Suria bersama senyumannya yang bersinar bagaikan suria.
Dia meletakkan secawan kopi pekat di atas mejaku.
"Jemput minum, Encik Ahmad." Pelawanya. Senarai kedua juga telah dilakukan dengan baik, iaitu menyediakan secawan kopi sebelum aku memulakan kerja. Sekarang ni, aku mahu merasa kopinya. Adakah sedap, biasa, atau tak sedap.
Aku menghirup kopi yang dibancuhnya sambil dia berdiri tegak di depanku untuk melaksanakan tugas seterusnya. Hmmm........ Sedap!!! Okey, bab kopi dia dah lulus. Sebaik saja aku menyudahkan minuman, tanpa membuang masa dia terus membuka suara.
"Pertama sekali saya nak ucapkan selamat kembali bekerja di syarikat ini. Saya diberitahu encik telah bercuti selama tiga tahun lima bulan. Dan, ini merupakan hari pertama encik kembali bekerja. Selamat bekerja." ujarnya. "Untuk hari pertama ini encik tak punya banyak tugas melainkan satu perjumpaan yang akan diadakan oleh ahli lembaga pengarah pada jam sebelas pagi nanti untuk menyambut kedatangan encik. Itu saja untuk hari ini. Ada apa-apa yang encik mahu saya lakukan?"
Wow!! Mona sudah mengajarnya dengan baik sekali. Untuk setakat ini, prestasinya memberangsangkan.
"Disebabkan jadual saya tak penuh hari ni. Jadi, saya nak awak sarapan dan makan tengahari dengan saya."
"Uh?" Ada riak kurang senang.
"Kenapa? Awak tak sudi?"
"Bukan tak sudi. Tapi tak tersenarai dalam jadual kerja saya."
"Saya boskah awak yang bos?" Sengaja aku mahu menduganya lagi.
"Sudah tentulah encik bos saya. Tapi, itu di luar tanggungjawab saya." dia membalas perintahku dengan sopan tetapi tegas. Suria sudah jauh berubah. Dia bukan gadis manja yang cengeng aku kenali dulu. Satu perubahan yang bagus.
"Hari pertama saja, awak dah langgar perintah saya!"
"Maafkan saya, encik. Bukan saya nak langgar perintah encik, tapi saya difahamkan pengarah syarikat ini, iaitu ayah encik sangat menitik beratkan soal agama. Malah dalam undang-undang syarikat juga ada melarang pekerja lelaki dan wanita melakukan apa-apa yang boleh memalukan syarikat dan sentiasa menjaga hubungan baik antara setiap pekerja."
"Apa kaitannya antara undang-undang syarikat ni dengan saya nak ajak awak keluar makan dengan saya?" dia tertunduk seketika kemudian mengangkat wajahnya kembali.
"Saya tak keberatan jika keluar makan dengan encik, asalkan kita pergi beramai-ramai dan bukan berdua. Kalau kita berdua saja, itu akan menimbulkan fitnah dan mungkin akan terjadilah suasana yang tak menyenangkan nanti."
"Setakat keluar makan, apalah sangat. Bukannya kita buat dosa pun!"
"Seseorang pernah beritahu saya, walaupun kita tak melakukan apa-apa, tapi jika kita membuka peluang untuk orang lain menaburkan fitnah, kita juga berdosa."
Aku hanya tersenyum. Seseorang itu adalah aku! Dia masih ingat dengan pesananku.
****************************************************************************
Dah sebulan aku menyamar menjadi Ahmad. Selama Itulah jugaSuria tidak menghampakan aku atas setiap urusan yang telah aku berikan untuknya.
Setiap kali aku melangkah ke pejabat, ucapan salam akan diberikan sebagai permulaan. Bila aku masuk ke kamar pejabat, semuanya sudah tersusun kemas dan pasti kamar kerjaku berbau wangi. Nyaman sekali..... Dia juga pandai menukar aromanya. Taklah aku menjadi bosan dengan aroma yang sama setiap hari.
Kemudian, dia akan masuk dan bawakan secawan kopi. Bila aku siap minum secawan kopi, dia akan bacakan semua jadual untukku. Sejam sebelum aku menghadiri mesyuarat atau temu janji, dia sudah mengingatkan aku dan menyediakan semua keperluanku. Bila aku terlupa untuk makan pagi atau tengahari, dia akan menyiapkan untukku. Dia tahu apa yang aku tidak suka makan. Tentang apa yang aku suka, aku tak terlalu kisah hal tu, sebab aku makan semuanya. Cuma, apa yang dia titik beratkan ialah apa yang aku tak suka.
Tapi yang paling aku suka, dia mengikut setiap arahanku dengan mengingatkan aku untuk bersolat setiap kali masuk waktunya. Malah, setiap kali aku ke surau, aku pasti bertemu dengan Suria.
Setiap hari juga, dia akan pulang setelah aku pulang. Namun, jika aku mahu pulang lebih lewat aku akan memintanya pulang dahulu. Tak sampai hatilah pulak nak membiarkan dia pulang lewat. Tetapi sebelum pulang, pasti dia akan bertanya sama ada aku perlukan apa-apa.
Mungkin, sekarang masa yang sesuai untuk aku berterus terang dengannya. Pagi-pagi lagi aku melangkah keluar dari rumah. Aku mahu tiba di ofis sebelum Suria tiba. Sampai saja di ofis, aku meletakkan patung angry bird di atas mejanya. Tapi bukan patung yang sama. Aku belikan satu patung angry bird bewarna kuning dan sekeping kad bersama patung itu. Apa agaknya reaksi yang akan ditunjukkannya? Adakah sama reaksinya seperti dulu? Inilah hari yang akan menentukan sama ada dia juga merasakan apa yang aku rasa.
Aku melirik jam ditangan. Tepat jam lapan, barangkali Suria sudah pun tiba. Berdebar hati aku menunggu dia masuk ke kamar kerjaku. Belum aku habis berfikir tentangnya, satu ketulan kedengaran di pintu. Pasti itu Suria.
"Masuk!"
"Assalamualaikum Encik Ahmad....."
"Waalaikummussalam...." jawabku. Dia meletakkan satu cawan kopi atas mejaku. Aku meminumnya hingga habis.
"Agenda hari ini....." Dia pun membaca tugas-tugas dan temu janji yang perlu aku hadiri. Usia dia membaca, dia memandang aku semula. "Boleh saya cakap sesuatu, encik?" ujarnya dengan ragu-ragu.
"Boleh..." Titik persoalannya sudah tiba. "Silakan..."
"Terima kasih untuk hadiah yang encik berikan." Dia mengeluarkan angry bird kuning dari helaian nota yang dibawanya. "Saya hargai hadiah yang encik berikan. Tapi saya tak boleh terima."
"Kenapa tak?"
"Saya takkan terima apa-apa hadiah tanpa tujuan yang pasti." Tegas sekali bunyinya. Dia sudah banyak belajar dari kesilapan yang lalu.
"Awak jangan salah sangka. Itu hanyalah sebagai tanda ucapan terima kasih saya untuk jasa baik awak."
"Itu semua memang dah tugas saya. Saya dibayar gaji untuk membantu encik. Saya tak perlukan hadiah untuk itu."
"Suria, selama awak bekerja di sini, awak dah jalankan tugas awak dengan begitu sempurna. Jadi, apa salahnya saya hadiahkan sedikit tanda penghargaan untuk awak...." Aku memandangnya. Dia hanya tertunduk. "Atau awak tak suka dengan hadiah tu. Kalau awak tak suka, saya boleh berikan yang lain."
"Tak! Bukan saya tak suka. Tapi patung ni....."
"Kenapa dengan patung ni? Maaflah, saya lihat awak seorang gadis yang sederhana orangnya. Saya fikir, mungkin awak sukakan hadiah tu." Aku diam seketika. Dia masih tunduk. " Mungkin saya salah tafsir awak. Mungkin awak seperti gadis meterial yang sukakan pada barang-barang mahal."
"Tak!!!" Pantasnya dia menjawab. "Bukan itu sebabnya." Dia mengeluh. "Sebenarnya, patung ni banyak bawa kenangan yang saya mahu lupakan."
Aku sudah tersenyum. Maknanya, sehingga saat ini Fajar masih belum dapat dilupakan Suria. Jadi, memang benar aku ada dalam hatinya selama ini.
"Tak apalah kalau begitu. Tapi, saya ada prinsip sendiri. Bila saya dah beri, saya takkan ambil balik. Kalau saya ambil balik, buruk siku namanya. Awak boleh simpan atau berikan patung itu pada orang lain." Aku merenung wajahnya. "Saya tak nak jadi macam dulu. Dulu, saya ada berikan hadiah pada seorang gadis. Dan bila gadis itu pulangkan hadiah yang diberi, saya ambil semula." Dia memandang aku. "Saya rasa Itulah kelakuan saya yang paling buruk. Tapi saya ada sebab kenapa saya lakukan semua tu." Dia terus pandang aku. Mungkin dia tertanya-tanya kenapa aku ceritakan semua ini padanya.
"Awak rasalah......Kalau saya berikan semula hadiah itu pada gadis itu, dia nak terima balik tak?"
"Maaflah encik...saya tak tahulah pulak....." Aku bangun dan berdiri di hadapannya.
"Saya ada kenal seorang gadis. Mulanya saya tak rasa yang saya suka kan dia. Sampailah akhirnya saya pergi meninggalkan dia. Sebelum saya pergi, saya ada tinggalkan hadiah untuknya. Saya pesan pada dia, saya suruh dia jaga hadiah tu baik-baik. Tapi saya tak sangka dia akan tinggalkan hadiah tu. Waktu tu, barulah saya sedar yang gadis itu sukakan saya dan saya pun sukakan dia. Gadis tu salah sangka. Dia ingat, saya sukakan perempuan lain. Bila saya pulang, gadis itu pulangkan semula hadiah yang pernah saya berikan untuknya."
"Habis tu, kenapa encik tak jelaskan pada perempuan tu?"
"Itulah yang saya nak buat sekarang. Awak rasa, kalau saya pulangkan semula hadiah tu pada perempuan tu, dia terima tak?" aku bertanya soalan yang sama lagi.
"Entahlah, .......encik cubalah." Aku lihat dia seakan tidak berminat untuk masuk campur urusanku.
"Kalau awak ada di tempat gadis tu, awak akan terima?" Suria pandang aku. Lama.
"Mungkin...."
Aku membuka laci. Mengeluarkan patung angry bird merah yang aku hadiahkan buat Suria.
"Kalau awak adalah gadis tu, tentu awak akan terima ini, kan?" Aku menghulurkan angry bird merah pada Suria. Sengaja aku mengarahkan badannya yang ada pelekat berbentuk hati menghadap Suria agar Suria akan melihatnya.
"Patung ni......" Dia mencapai angry bird merah. "Macam mana encik......" Dia memandang aku. Ada takungan di matanya. Aku membuka janggut dan misai palsuku.
"Kerana awak adalah wanita itu," Aku turut membalas pandangan Suria. "Saya sukakan awak, Suria."
"Fajar?" Dia ternganga bila melihat wajahku. "Tapi......" dia bagaikan tak percaya aku sedang berdiri di depannya. "Jadi selama ni....."
"Maafkan saya," Aku terus memotong bicaranya. "Apa yang saya lakukan kerana saya mahu tahu, adakah awak juga sukakan saya atau saya hanya bertepuk sebelah tangan."
Aku mengambil dua sampul coklat yang berada dalam kot hitamku. "Walaupun awak tak pernah kata apa-apa, saya yakin awak juga sukakan saya." Suria masih membisu dan menundukkan wajahnya.
"Ini surat perletakkan jawatan awak. Saya mahu awak sign surat ni." Aku menyerahkan sampul pertama padanya.
"Kenapa?" Riak wajahnya berubah.
"Kerana awak mendapat tawaran yang lain." Senyuman aku semakin melebar melihat kekalutan wajahnya. "Itu surat tawaran untuk menjadi isteri saya. Surat yang pertama wajib awak tandatangan. Surat yang kedua, saya mahu awak fikir dahulu." Dia kelihatan terkejut dengan tindakan aku. Aku pun rasa akulah lelaki yang paling gila kerana membuat surat tawaran untuk menjadi isteriku. Opps....tapi ini bukan surat kahwin kontrak tau!!! Sengaja aku lakukan untuk mewujudkan kenangan yang tak mungkin akan dapat dilupakan aku dan dia.
"Kalau saya tak nak tandatangan surat kedua, surat pertama saya kena tandatangan jugak ke?" Dia cuba bermain tarik tali denganku.
"Wajib. Sebab Kalau awak tak nak tandatangan surat kedua, awak tak boleh berada di sini dan itu bermakna, pertemuan kita berakhir di sini. Tapi Kalau awak nak tandatangan surat kedua, awak tetap perlu letak jawatan sekarang dan jadi setiausaha saya sepenuh masa."
"Habis tu, siapa pulak yang nak jadi setiausaha awak kat ofis ni?" Aku sudah ketawa besar sehingga membuatkan dia menjeling padaku.
"Sebenarnya, saya tak perlukan setiausaha kat ofis ni. Sebelum ni pun, memang saya tak ada setiausaha. Awak diambil kerana saya mahu tahu isi hati awak." Jelingannya semakin tajam padaku. Senyumanku pula semakin lebar.
"Awak pasti dengan apa yang awak buat? Kita berdua tak mengenali dengan baik antara satu sama lain."
"Itu bukan persoalannya. Adakalanya orang yang bercinta sepuluh tahun pun, berkahwin hanya dua bulan." Dia menganggu, setuju dengan kata-kataku. "Apa kata, awak buat solat Istiqarah, minta jawapan darinya."
"Saya?" dia menjungkitkan kening. "Awak?" dia bertanya padaku pula. Aku hanya tersenyum. "Berapa lama tempoh untuk saya beri jawapannya?"
"Selama mana yang awak mahukan."
"Baik....."
****************************************************************************
Sudah dua minggu Suria pergi dan masih belum kembali lagi. Walaupun aku bersetuju menyerahkan seberapa lama masa yang dimahukannya, tapi aku tetap mahu tahu secepatnya. Aku rindukan Suria....
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku..
Kan Ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu..
Lagu itu bagai kedengaran lagi dicuping telingaku. Hai....teruk benar pegangan Suria ni! Setujukah dia nak jadi isteriku?
Pintu kamar kerjaku diketuk dari luar. Siapa saja yang mengganggu. Kalau tak papa, mesti Uncle Usin sebab aku ada dengar Uncle Usin nak bermain golf dengan papa lepas waktu kerja nanti.
"Masuk!!!" aku masih menunduk memandang kerja-kerjaku yang bertimbun di atas meja.
"Assalamualaikum Encik Ahmad Fajar...."sapa satu suara halus. Bagaikan magnet, aku terus mengangkat kepalaku.
"Waalaikummussalam...... Suria!!!" Akhirnya, orang yang aku tunggu-tunggu dah tiba.
"Awak sibuk?" dia bertanya. "Maaf, saya dah ganggu masa awak. Saya tak akan ambil masa yang lama. Saya cuma nak serahkan surat perletakkan jawatan saya dan surat tawaran ini semula. Jumpa lagi nanti ya...." Dia terus menghilang.
Aku masih terpaku di mejaku. Sungguh aku tak menyangka kehadirannya. Aku tak sempat bertanya apa-apa dia dah pergi. Tapi.....tunggu! Dia kata, jumpa lagi? Jadi...... Cepat-cepat aku buka surat tawaran yang kedua. Surat yang pertama tidak terlalu penting untukku.
Aku membaca surat tawaran yang aku sediakan sendiri. Tertulis di situ:
'SAYA MENERIMA TAWARAN UNTUK MENJADI ISTERI SEPENUH MASA ENCIK AHMAD FAJAR.'
Yang benar,
-Cahaya Suria-
Itu adalah surat yang aku sedikan dan ditandatangani oleh Suria. Tetapi dibawahnya ada sesuatu yang ditulis Suria sendiri iaitu:-
P/S : WELCOME BACK TO MY HEART, MR. ANGRY BIRD
Tanpa aku sedari aku terus melompat kegembiraan di situ. Syukur ya Allah, semoga Suria menjadi penemanku sehingga ke akhir hayat. Terima kasih atas cinta yang KAU berikan, YA ALLAH....
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku..
Kan Ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu..
No comments:
Post a Comment