AUDRA melepaskan keluhan.
Dia sudah kepenatan. Pejabat Tuan Syed Zikri yang sudah diubah semula kedudukan
perabotnya dan dikeluarkan semua barang-barang milik Tuan Syed yang lama sudah
selesai. Akhirnya, tugasnya untuk membantu Che Enon sudah berakhir. Dia
berjalan keluar dan melihat semula barang-barang lama yang sudah dilonggokkan.
“Che Enon,
barang-barang ni nanti jangan dibuang dulu. Tengok-tengoklah dulu mana tahu
kalau ada barang yang masih dipakai. Nanti Syed Zikri marah pulak!” ujar Audra
pada Che Enon.
“Hah,
tahulah Che Enon. Terima kasih ya Audra sebab dah bersusah payah tolong Che
Enon!” Che Enon merasa gembira tetapi sedikit rasa bersalah kerana menyusahkan
Audra.
“Jangan
terima kasih dulu Che Enon! Kang Tuan Syed tak puas hati, Che Enon jugak yang
kena marah!” usik Zana yang sedang berehat di sofa sambil menikmati snek.
Audra
menghampiri Zana dan duduk di sebelahnya. Kata-kata Zana langsung tidak
dihiraukan. Zana menghulurkan snek kepada Audra. Audra menolak.
“Bagus kau
ni! Aku kat dalam setengah nak mati dengan Pak Dollah dan Pak Sudin, kau
bersenang lenang kat sini!” Audra menjeling. Mujur juga Pak Sudin datang
membantu. Kerjanya menjadi mudah dengan bantuan dari Pak Sudin dan Pak Dollah.
Zana ketawa
kecil melihat jelingan itu. “Lantaklah! Kau yang pandai-pandai nak sangat buat
semua tu!” Zana membidas.
Audra
menjeling geram melihat senyuman sinis Zana. Pandangannya beralih pula pada Che
Enon yang baru muncul setelah hilang ke dapur. Dulang di tangan diletakkan di
depan Audra dan Zana.
"Wah!
Sedapnya! Puding susu!” Audra sudah menjilat bibirnya. Terliurnya!
“Ni special
buat Audra. Audra suka makan puding, kan?” tanya Che Enon.
“Macam mana
Che Enon tahu?” tanya Audra yang sudah bersinar matanya.
“Akulah
beritahu Che Enon!” ujar Zana dengan pantas. “Kalau tak, tak merasalah kau
puding susu ni!” Zana mengerling. “Aku pun tolong Che Enon siapkan makanan
kesukaan kau. Termasuk,” Zana bangun lalu berlari menghilangkan diri ke
belakang.
Audra sudah
tidak sabar menanti kehadiran Zana. Entah apalah agaknya yang disediakan Zana
dan Che Enon lagi?
“Jeng,
jeng, jeng!” Zana muncul bersama semangkuk besar speggetti.
“Wah!
Speggeti!” Wajah Audra semakin berseri-seri. Semuanya makanan kesukaannya!
“Terima
kasih Che Enon! Terima kasih Zana!”
“Sama-sama!”
Gembira hati Che Enon melihat wajah ceria Audra. Dia tahu Audra keletihan.
Kasihan Audra kerana sudah bersusah payah membantunya menyusun kamar dan
pejabat Tuan Syed Zikri. Memang Zana ada menyuarakan niatnya untuk membantu
Audra. Tetapi dia memberi alasan yang dia lebih perlukan Zana untuk menyediakan
hidangan. Ini semua kerana arahan Tuan Syed Zikri.
Dia melihat
Zana dan Audra sudah menyedok spegetti masuk ke dalam mangkuk. Kemudian mereka
berdua diam sambil menyuapkan speggeti dengan menggunakan chopstick. Pandai
juga budak berdua ni menggunakan chopstick. Satu perkara baru yang dibelajarnya
tentang mereka berdua adalah mereka berdua tidak akan bersuara ketika sedang
makan!
Usai
hidangan petang, Zana mengangkat semua piring-piring dan mangkuk-mangkuk yang
sudah digunakan masuk ke dapur dan membersihkannya. Setelah itu, dia kembali
semula bersama mereka.
“Che Enon,
rumah ni beeeeesar sangat!” ujar Audra sambil matanya meneliti segenap ruang di
situ. “Macam mana Che Enon jaga seorang diri?” tanya Audra.
“Sebelum
ni, bukan Che Enon seorang sahaja yang bekerja di sini. Ada lagi pembantu lain
selain Che Enon tetapi dia balik ke Indonesia!” terang Che Enon.
“Nasib
baiklah ketika Che Enon tinggal seorang, Tuan Syed Zikri tak mahu tinggal di
sini. Jadi tak susah sangatlah Che Enon nak jaga. Hari ni Che Enon kemaskan
bilik yang tu, esok yang lain pulak! Kira tak ‘kalut’ sangatlah!” sambung Che
Enon. “Tapi, kalau Tuan Syed dah masuk nanti, bilik dia hari-hari nak kena
kemas. Lepas tu nak siapkan makan lagi. Eeii! Entahlah Che Enon! Harap-harap
Tuan Syed akan cari pembantu lagi!”
“Hmm, betul
Che Enon. Kalau Che Enon seorang, memang tak larat!” ujar Audra mengiakan
kata-kata Che Enon.
“Che Enon,”
kuis Zana perlahan. “Che Enon dah tengok bilik dan pejabat Tuan Syed? Manalah
tahu kalau-kalau nak bagi komen sikit.” Zana mengusik Audra lagi.
“Nanti-nanti
ajalah Che Enon tengok. Tak kisahlah macam mana pun. Janji dah berubah!” balas
Che Enon. Memang dia tidak takut jika Tuan Syed Zikri tidak berpuas hati sebab
Tuan Syed Zikri sendiri mengarahkan agar dia membenarkan Audra menyusun
mengikut caranya sendiri.
“Dalam
rumah ni, ada gambar Syed Zikri tak? Syed Zikri tu, macam mana orangnya?”
Penasaran juga hati Audra untuk mengetahui siapa gerangan pemilik nama Tuan
Syed Zikri ini.
“Tuan Syed
kan baru nak berpindah ke sini. Manalah ada barang-barang dia!” ujar Zana
dengan fahaman sendiri.
“Itu aku tahulah.
Tapi kenapa dia tak bawa barang-barang dia? Yang aku nampak kat atas tu cuma
satu beg je!” balas Audra.
“Che Enon
rasa dia cuma bawa barang-barang yang penting je. Yang lain tu mungkin
ditinggalkan di rumah lamanya,” sampuk Che Enon.
“Macam mana
rupa Syed Zikri tu, Che Enon? Macam ayah dia atau ibu dia?” tanya Audra lagi.
“A’ah, Tuan
Syed tu kacak tak?” Zana juga kelihatan teruja mahu tahu tentang pemilik rumah
besar itu.
Che Enon
tersenyum melihat keletah mereka berdua. “Kacak! Wajah dia lebih mirip dengan
ibunya. Dari semua segi, mata, mulut dan bentuk wajah. Cuma, warna kulit dan
hidung sahaja yang mengikut ayahnya. Tuan Syed, kulitnya putih kemerahan dan
hidungnya mancung. Macam orang Arab. Rambut dan matanya berwarna perang.”
“Wah!
Putera Arab tu! Audra, kau tak nak try
ke?” usik Zana yang sudah tersengih-sengih.
"Putera
Arab?" Terus Audra terbayangkan pemuda yang ditemuinya di tepi tasik. Dia
sendiri tidak pasti mengapa dia tidak pernah melupakan seraut wajah itu sehingg
saat ini.
"Eh,
kau ni kenapa?" Zana menyiku Audra yang sudah tenggelam dalam khayalan.
"Ni mesti tengah bayangkan wajah Tuan Syed. Nak try-lah tu," usiknya lagi.
“Banyaklah!
Kau tak payahlah nak sindir-sindir. Aku sedar diri lagi tau!” Wajah Audra sudah
berubah. “Tapi di ruang tamu ni masih banyak gambar-gambar keluarga ni dan
perhiasan yang tak sepatutnya ada.” Mata Audra sudah memandang sekeliling.
“Ah sudah!
Takkan kau nak kemas jugak?!” Zana bagai sudah dapat dibaca fikiran kawannya
itu.
Audra
tersengih-sengih memandangnya.
“Apalah
yang kau susahkan sangat tentang Tuan Syed ni?!” Zana sudah mencebikkan
mukanya.
“Kau nak
tahu sesuatu?” tanya Audra.
“Apa?”
“Aku
rasakan, Tuan Syed ni pemilik syarikat Warisan Syed!” Audra meneka.
“Mana kau
tahu?” tanya Zana. Kata-kata Audra itu menarik minatnya.
“Rumah ni
saja bernama Rumah Warisan. Pemilik rumah ni, digelar Tuan Syed dan syarikat
yang kita nak pergi temuduga tu Warisan Syed. Kau tak rasa ke ada sangkut
paut?” Audra menjungkitkan keningnya. “Betul tak Che Enon?” Kali ini pandangan
mereka berdua jatuh pada Che Enon.
Sebenarnya,
ketika Audra menyusun pejabat Tuan Syed Zikri dia terlihat beberapa fail yang
tertulis nama 'Warisan Syed'. Sengaja dia mahu mendengar dari mulut Che Enon
sendiri.
Wajah Che
Enon sudah berubah. Apa yang perlu diterangkan? Dia sendiri kurang pasti adakah
ini juga perlu dirahsiakan atau tidak. Tapi, seingatnya Tuan Syed Zikri hanya
mahu dia dikenali sebagai Encik Zack, orang kanan Tuan Syed Zikri. Tapi dia tak
ada minta untuk merahsiakan yang Tuan Syed Zikri adalah Pengarah Warisan Syed.
“Ya, ya,
betul!” Akhirnya Che Enon bersuara. “Audra dan Zana ada temuduga dengan Warisan
Syed?” Che Enon pura-pura tidak tahu.
“Hmmm,”
Zana menganggukkan kepala. “Dah kebetulan hari ini kami berdua banyak membuat
jasa di rumah ni, apa kata kalau Che Enon masukkan jarum kat Tuan Syed untuk
ambil kami berdua berkerja di sana.”
Audra
menyiku Zana. “Banyak sungguhlah jasa kau ek,” Audra mengejek.
Zana sudah
tersengih.
“Tak pe,
tak pe. Lepas ni aku tolong! Janji!” Zana mengangkat tangannya.
Audra hanya
menjeling. “Pukul berapa pembantu Syed Zikri akan datang?” tanya Audra apabila
teringat semula tentang itu.
“Encik
Zack?” Che Enon menggaru-garukan dagunya. Kata Tuan Syed Zikri dia akan sampai
sebelum jam enam petang. Tapi, sekarang sudah jam 5.15 petang.
“Tunggu kejap! Che Enon keluar sekejap. Nak jumpa dengan Pak Sudin. Mungkin Pak Sudin tahu. Nanti Che Enon datang balik.” Che Enon terus bergegas dari situ.
“Tunggu kejap! Che Enon keluar sekejap. Nak jumpa dengan Pak Sudin. Mungkin Pak Sudin tahu. Nanti Che Enon datang balik.” Che Enon terus bergegas dari situ.
Audra dan
Zana berpandangan.
Dup dap!
dup dap! Tiba-tiba sahaja jantung Audra bergerak dengan pantas. Audra terdiam.
Dia memegang dadanya. Perasaan apakah ini? Tiba-tiba sahaja debaran ini datang?
“Kau
agak-agak, apa tujuan Encik Zack datang ke sini dan nak jumpa kita?” tanya
Zana.
Memang
sebentar tadi, Che Enon ada beritahu yang dia telah memberitahu Tuan Syed Zikri
tentang kedatangan Audra dan Zana di sini untuk membantunya. Tapi, perlukah
dihantar pembantu ke sini? Untuk apa? Untuk melihat apa yang telah mereka
lakukan pada Rumah Warisan? Atau untuk mengucapkan terima kasih?
Zana memandang
Audra apabila soalannya dibiarkan sepi. Audra sedang memegang dadanya. “Kau
kenapa Audra?” Cemas Zana melihat wajah Audra yang kelihatan tegang.
“Entahlah,”
Audra memandang Zana. “Tetiba je aku rasa jantung aku berdebar.” Audra masih
lagi memegang dadanya. Perasaan apakah ini?
“Assalamualaikum,"
Satu suara garau menegur mereka. Pandangan Audra dan Zana serentak beralih
memandang pintu utama. Di situ, berdiri tegak susuk tubuh seorang lelaki yang
tinggi, bercermin mata hitam dan bertopi. Bahagian depan topi, dipakai agak
rendah sehingga wajahnya tidak dapat dilihat. Cermin mata gelapnya menambahkan
lagi kesukaran untuk mengecam wajahnya.
Che Enon
berdiri di sebelah lelaki itu. Senyuman Che Enon melebar hingga ke telinga.
“Audra,
Zana, perkenalkan Encik Zack, orang kanan Tuan Syed.”
Mata Audra
terus terancap pada lelaki tinggi yang tidak dapat dilihat wajahnya itu. Lelaki
itu terus berjalan mendekati Audra dan berhanti betul-betul di depannya. Mata
Audra masih terus memandang. Dia seolah-olah kenal dengan lelaki ini.
“Kamu
Audra?” tanya Zack.
Audra hanya
mengangguk perlahan. Suara lelaki itu bagai pernah di dengarnya. Pernahkah
mereka bersua sebelum ini? Tak mungkin! Dia tak mengenali mana-mana lelaki
melainkan jika lelaki itu juga adalah pelajar kolejnya.
“Tuan Syed
Zikri sampaikan ucapan terima kasih kerana membantu Che Enon.”
“Sama-sama.”
Setelah agak tenang, baharulah Audra dapat mengeluarkan suaranya.
“Saya kenal
kamu berdua. Kamu berdua adalah calon pelajar untuk pekerja baru di Warisan
Syed. Saya dah siasat latar belakang kamu bila Che Enon beritahu tentang kamu
berdua.”
Zack
berjalan menuju ke pejabat setelah memberi isyarat kepada mereka agar mengikut
langkahnya. Membuka pintu pejabat sahaja, hidung Zack sudah menghidu wangian
citrus yang lembut. Zack memerhatikan ruang pejabat itu. Sangat kemas dan
selesa. Buku-buku tersusun kemas di rak. Kedudukan perabot telah bertukar
tempat. Kebersihannya juga dititik beratkan.
“Siapa yang
kemas pejabat ni?” tanya Zack. Sengaja dia bertanya walaupun Che Enon telah
maklumkan Audra yang melakukan semuanya, seperti arahannya sendiri. Zana pula,
membantu Che Enon sediakan hidangan buat mereka semua.
“Saya,”
jawab Audra sambil matanya masih cuba mengintai wajah di sebalik topi dan
cermin mata hitam itu. Hatinya penasaran dengan gerangan di depannya kini.
Siapa dia? Bagaimana wajahnya?
Zack hanya
mengangguk lalu meneruskan langkah menaiki ke tingkat atas, ke kamar utama.
Mereka yang lain, masih membontoti langkahnya. Sampai di depan pintu kamar
utama, mata Zack terus terpaku pada longgokan barang-barang di situ.
“Barang-barang
ni semua untuk apa?”
“Barang-barang
ni semua milik Syed Hussin. Saya rasa barang-barang tu semua tak diperlukan
oleh Syed Zikri,” jawab Audra. “Hmmm, saya rasalah.” Audra mula menggaru-garu
pipinya. Takut tersilap kata.
Zack terus
mendekati longgokan barang-barang itu dan perhatikan satu-persatu. Tiba-tiba
matanya terpandang pada sehelai kot hitam. Kot hitamnya juga tersadai di sini,\
bersama longgokan barang yang tak diperlukan! Zack biarkan sahaja kot hitam itu
dan masuk ke dalam kamar utama. Namun, hatinya sudah tak senang apabila kot
hitamnya kelihatan seperti barang buruk yang kotor.
Zack sangat
berpuas hati dengan hasil kerja Audra. Walaupun tiada perhiasan yang menarik,
namun cara susunannya kemas dan selesa. Memadailah dengan apa yang dilakukan
Audra.
Zack
berpaling memandang Che Enon. “Berita baik,” Dia tersenyum pada Che Enon. “Saya
pasti Tuan Syed dah bersedia untuk masuk ke Rumah Warisan malam ini jugak!”
“Betulkah?!”
Wajah Che Enon berseri-seri. Bukankah itu bermakna Tuan Syed Zikri suka dengan
kerja Audra? Bertuahlah Audra!
“Excuse me, awak yang datang tengok,
jadi, macam mana awak tahu Syed Zikri akan datang dan tinggal di sini?” Audra
cuba memandang mata yang berselindung di balik cermin mata hitam itu. Saat ini,
memang Audra tidak tahu di mana pandangan mata lelaki itu.
“Apa yang
saya suka, Tuan Syed pasti suka. Mata saya adalah mata Tuan Syed. Kalau saya
kata ya, maka jawapannya juga ya.”
Terkedu
Audra dan Zana. Masing-masing sudah berpandangan. Masing-masing menghantar
isyarat dengan pandangan mata. Wah! Rapat benar Encik Zack dan Tuan Syed Zikri!
Pandangan mata mereka seolah-olah sedang berinteraksi dalam diam.
“Dan saya
juga ada berita baik untuk kamu berdua,” sambung Zack. “Saya suka dengan hasil
kerja kamu berdua. Mungkin, peratus untuk kamu berdua datang ke temuduga juga
tinggi.”
Zana sudah
tersenyum lebar. Dia memang bercita-cita untuk bekerja di syarikat ini.
Kata-kata Zack itu merupakan satu harapan untuknya.
Berlainan pula
dengan Audra. Dia tidak suka dengan cara Zack. Lelaki itu berkata seolah-olah
mereka berdua sedang menyogok Tuan Syed Zikri dengan jasa mereka. Patutkah? Hello Encik Zack, kami bukan kaki bodek, okey!
“Itu memang
satu berita yang baik,” Audra mengakuinya. “Tapi, F.Y.I, Encik Zack, waktu kami
berdua datang ke sini niat kami hanya mahu membantu Che Enon. Kami langsung tak
tahu yang Rumah Warisan ini adalah milik Warisan Syed. Jadi, apa yang kami
lakukan ini bukan untuk meminta jasa kami di pulangkan. Biarlah Warisan Syed
menilai kelayakan kami melalui perstasi bukan melalui jasa ikhlas kami.”
Zack
memusing badannya dan bertentangan dengan Audra lalu memeluk tubuh.
Memerhatikan Audra melalui cermin gelapnya. Matanya terus menatap wajah itu
tanpa Audra ketahui yang dia sentiasa memandang Audra.
“Tidak!
Saya tak kata pun macam tu. Awak ingat dengan menyusun rumah ni dengan tak
seberapa macam ni, Tuan Syed akan ambil awak bekerja?” Sengaja Zack berkata
begitu. “Awak dan Zana diterima untuk temuduga. Saya ulang, temuduga! Bukan
diterima bekerja.” Zack menekankan pada perkataan ‘temuduga’. “Awak dan Zana
dipilih untuk temuduga atas kelayakan. Tiada kena mengena dengan jasa ikhlas
awak berdua.”
Huh! Audra
sudah merasa meluat dengan sikap Zack. Dia menjeling lelaki itu. Syed Zikri
memang seseorang yang sangat menyedihkan apabila setiap keputusan hanya
bergantung pada orang kanannya! Orang kanan yang berlagak! “Apa? Susunan yang
tak seberapa?” Terguris hati Audra dengan kata-kata itu. Sudahlah penat dia
menyusun kamar ini, membuang waktu dan tenaga, hanya itu sahaja yang mampu
dikatakan Zack? Sangat menyakitkan hati! “Terima kasih atas pujiannya,” sindir
Audra.
Zana dan
Che Enon hanya menghulurkan pandangan simpati pada Audra. Tahu benar mereka
yang perasaan Audra sedang terguris.
Zack
berpaling dari memandang Audra. Dia tersenyum. Audra pasti tengah bengang
dengan sikapnya. Dia mahu tahu setakat mana tahap kesabaran Audra. Zack
berbual-bual dengan Che Enon tanpa memperdulikan Audra dan Zana. Dia dan Che
Enon berpusing-pusing dalam kamar utama, melihat pada susunan kamar itu.
Audra hanya
memerhati dengan geram.
“Audra, kau
dengar tak apa kata Encik Zack tadi?” Zana berbisik di telinga Audra. Audra
memandang Zana. “Dia kata, apa yang dia suka, Tuan Syed pasti suka. Matanya
adalah mata Tuan Syed.”
Audra
mengangguk. Memang Zack ada berkata begitu.
“Kau tak
rasakah yang Encik Zack dan Tuan Syed tu, ’gitu-gitu’?” Zana sudah
menggoyangkan badannya, kegelian.
Audra
tengarnga apabila dapat menangkap maksud Zana. “Diorang berdua tu ada
gitu-gitu?” Gitu-gitu yang dimaksudkan Audra adalah hubungan yang istimewa.
Zana sudah
terangguk-angguk. Mata Audra pula sudah terbeliak dan mulutnya ternganga luas.
Takkanlah!
“Ehemm!”
Zack berdehem dengan kuat. Walaupun mereka berdua berbisik, sangat jelas di
telinganya perbualan mereka. Adakah patut mereka membuat andaian begitu?
Tercabar jiwa maskulinnya!
Audra dan
Zana serentak memandang Zack yang sudah terpaku di depan mereka. Macam mana
Zack boleh ada di sini? Tadi, lelaki itu sedang berbual dengan Che Enon.
“Saya adalah orang ke-per-ca-ya-an Tuan Syed.” Perkataan ‘kepercayaan’ diucap dengan ketegasan dan lambat-lambat. “Jangan suka simpan prasangka buruk!” Seraya itu Zack berlalu di tengah-tengah antara mereka. Sehingga bahunya melanggar bahu Audra.
“Saya adalah orang ke-per-ca-ya-an Tuan Syed.” Perkataan ‘kepercayaan’ diucap dengan ketegasan dan lambat-lambat. “Jangan suka simpan prasangka buruk!” Seraya itu Zack berlalu di tengah-tengah antara mereka. Sehingga bahunya melanggar bahu Audra.
Audra sudah
membuat muka. Menyampah! Dia menyapu-nyapu bahunya yang bersentuhan dengan
Zack. Terasa berdosa walaupun mereka tidak bersentuhan kulit kerana berlapik
dengan pakaian.
Che Enon
sudah tertawa pada Audra dan Zana apabila Zack sudah keluar dari kamar utama.
Audra dan
Zana sudah menjeling Che Enon.
“Apalah
kamu berdua ni! boleh pulak syak yang bukan-bukan!” Che Enon ketawa lagi.
“Sudah-sudahlah
ketawakan kami Che Enon!” wajah Zana sudah berkerut.
Che Enon
menghentikan tawanya walaupun dia masih terasa mahu berbuat begitu. “Tuan Syed
tu, lelaki sejati tahu! Apatah lagi Encik Zack.” Che Enon berlalu pergi.
“Dahlah!
Jom!” Audra yang sudah kehilangan mood
terus menarik tangan Zana agar keluar dari kamar utama. Lalu, mereka berhenti
di tempat longgokan barang di mana Zack sedang menanti.
Zack
memandang Audra dan Zana yang baru tiba di situ. “Awak yakin semua barang ni
tak diperlukan?”
“Saya tak
tahu Encik Zack. Sebab tulah saya letakkan semuanya di sini. Manalah tahu kalau
ada barang-barang yang Syed Zikri mahukan. Bolehlah dia ambil barang tu dan
simpan semula.” Langsung tak ada tanda-tanda mesra dari nada suaranya.
“Okey!”
Zack memerhatikan satu persatu barang itu. “Che Enon, nanti Che Enon minta Pak
Dollah atau Pak Sudin buangkan semua barang-barang ni.” Dia juga merasakan
perkara yang sama. Memang dia tak perlukan semua barang itu. “Cuma," Zack
mencapai kot hitam yang sudah kotor kerana bercampur dengan barang-barang yang
lain. “Saya tak rasa kot ni kepunyaan Tuan Syed Hussin.”
Che Enon
sudah terbeliak matanya apabila Zack mengangkat kot hitam itu. Dia pernah
melihat Tuan Syed Zikri membawa kot hitam yang sama ketika datang ke Rumah
Warisan tempoh hari. Mampus!
Zack
memandang Audra. “Awak rasa ini milik siapa?”
Audra
menelan air liurnya. Rasanya, dia sudah tahu siapa pemiliknya. "Syed
Zikri?” Dengan rasa bersalah, dia cuba meneka.
Zack mengetatkan
senyumannya lalu mengangguk.
Segara
Audra mencapai kot hitam itu dari Zack. “Saya akan bersihkannya. Saya janji!”
Audra menepuk-nepuk kot itu dengan niat untuk membuang kotoran yang sudah
terlekat. Tapi, perbuatannya itu sia-sia sahaja.
“Tak
mengapalah, cik Audra. Awak boleh simpan kot itu dan bersihkannya nanti,” ujar
Zack. “Jangan rosakkannya! Lagi satu, kenapa awak panggil Tuan Syed hanya dengan
panggilan Syed Zikri?” Pada hemat Zack, Audra sepatutnya lebih menghormati
panggilan itu memandangkan gadis itu adalah calon pekerja di Warisan Syed.
“Tentang
panggilan Syed Zikri, saya rasa sebelum saya jadi pekerja Warisan Syed tak
salah saya panggil dia hanya dengan nama.” Audra hanya menjeling. Menyampah!
Zack hanya
menjongketkan keningnya. Audra benar!
“Kalau kot
ni rosak, saya akan ganti balik!” sambung Audra.
“Awak nak
ganti balik? Kot tu sangat mahal tau! Mampukah awak nak bayar?” Zack menunding
pada kot hitam itu.
Audra
mendengus. Encik Zack ni, memang menyakitkan hati! “In Sha Allah Encik Zack,
saya akan jaga kot hitam ni macam saya jaga nyawa saya sendiri.” Sinis sekali
senyuman yang diukirkan Audra pada Zack. Senyuman menyindir!
“Hmm,
bagus!” Bukan dia tak mengerti senyuman yang penuh dengan rasa meluat diukir
Audra itu. Tapi sengaja dia berpura-pura tak tahu. “Tuan Syed tentu akan
berterima kasih dengan awak.”
“Sepatutnya
macam tu lah. Tapi bila lihat Encik Zack, saya dah jadi tak pasti.” Audra memandang
pada cermin hitam itu dengan harapan dapat melihat mata Zack. Memang agak
janggal apabila berbual dengan orang tanpa melihat terus ke dalam matanya.
“Apa maksud
awak?” Dahi Zack berkerut.
“Orang
kepercayaan Syed Zikri pun dah bersikap macam ni. Apatah lagi tuannya, kan?” Audra
melemparkan pandangan yang tajam kepada Zack.
“Berani
awak cakap macam tu? Awak tak takut saya tarik balik keputusan saya untuk kamu
berdua datang temuduga nanti?” ugut Zack. Memang dia tidak menjangka yang Audra
akan seberani itu.
Zana pula,
sudah menyiku Audra. Hatinya sudah risau dengan sikap Audra.
“Sangatlah
tidak professional kalau Encik Zack buat begitu!” Pandangan mereka masih
bertaut. “Encik Zack janganlah risau. Kot ni, saya akan bersihkan seperti
keadaan asalnya. Kalau tak, saya akan ganti yang lain walaupun memakan masa
yang lama untuk saya kumpulkan wang.” Audra ingin bergerak pergi namun pantas
tangan Zack mencapai pergelangan tangannya yang ditutupi dengan kemeja panjang.
“Bersihkan
kot tu dan,” Zack mengembuskan nafasnya. “Terima kasih untuk apa yang awak dah
lakukan.”
Usai Zack
berkata begitu, Audra menarik tangannya dan berlalu pergi bersama Zana.
Zack melirik Che Enon. “Dia,” ujar Zack sambil matanya memerhati langkah Audra yang menuruni tangga. “Sangat berani!”
Zack melirik Che Enon. “Dia,” ujar Zack sambil matanya memerhati langkah Audra yang menuruni tangga. “Sangat berani!”
Che Enon
hanya mengukirkan senyuman. Hati tuanya menyatakan sesuatu. Pujian yang
dilemparkan Zack pada Audra, bukan satu pujian kosong. Hati lelaki itu telah
tercuit dengan Audra.
suka...mmg berani..=)
ReplyDeletesalam tuan rumah,puteri selendang kuning datang bertandang,hehe
ReplyDeletesalam perkenalan...:)
Terima kasih onion ring.
ReplyDeleteSalam prkenalan puterh jalanan.....terima kasih rudi singgah