ZACK menekan punat interkom.
"Farah, masuk jumpa saya." Kemudian, kedengaran ketukan di pintu
pejabatnya. "Masuk!"
Muncul
Farah di situ dengan penuh gaya keyakinan. Memang sesuai sebagai seorang
pembantu peribadi Tuan Syed Zikri. “Ya, Tuan Syed?” Kini, dia sudah bersedia
menunggu setiap arahan dari majikannya. Buku nota di tangan kiri dan pen di
tangan kanannya. Siap untuk mencatat arahan.
Zack
membelek-belek fail yang memuatkan maklumat peribadi para pelajar yang telah
ditawarkan untuk menghadiri temuduga di Warisan Syed. "Puan Syariza dah
tetapkan tarikh untuk temuduga?"
Mata Farah
melirik maklumat peribadi yang ada dipegang Zack. Berkerut dahi Farah. Masakan
Tuan Syed yang begitu teliti boleh lupa? Pertama kali dalam hidup Tuan Syed
bertanya soalan yang tak masuk akal! “Hari ini. Jam sepuluh pagi nanti.”
“Hari ni?!”
Bagaikan magnet Zack terus terbangun dari duduknya. Dia terus menyelongkar
fail-fail yang memiliki maklumat lengkap tentang perlaksanaan perlantikan
kakitangan baru itu. "Saya dah luluskan kah?"
"Dah!
Tuan Syed sendiri yang tetapkan tarikhnya." Semakin kusut wajah Farah.
Mata Zack
mati di wajah Farah. “Hari ni?" Terlopong Zack sekejap. Matanya sudah
membulat. Macam mana dia boleh tak tahu? Kenapa dengan dia ni? Zack memicit
dahinya. Terasa malu pula dengan Farah apabila dia tertinggal satu perkara di
dalam syarikat ini. Dia menyemak semula maklumat berkenaan perlantikan pekerja
baru itu.
Seram sejuk
dirasakan Farah apabila melihat Zack dalam keadaan begitu. Nasibnya memang tak
baik hari ni. Angin apa pula yang datang melanda Tuan Syed Zikri? Biasanya Tuan
Syed Zikri tak pernah begitu. “Ya, ya, ya, Tuan Syed! Memang jadual temuduga
bermula hari ini.” Tergagap-gagap Farah. Jantungnya sudah berdegup pantas.
Zack
menepuk dahinya. Aduh! Macam mana perkara macam ni boleh terjadi? “Berapa
haribulan hari ni?” Zack sudah menyelak kalendernya bersama kerutan di dahinya.
“Aik, ni baru enam haribulan? Interview-kan
lapan haribulan.” Kalendernya dihulurkan pada Farah.
Dahi Farah
semakin berkerut. Dia mencapai kalender yang dihulurkan Zack dan melihatnya.
Tiba-tiba sahaja dia rasa mahu ketawa tetapi ditahannya. Takut pula jika Zack
naik angin jika tawanya terhambur nanti. “Ini kalender bulan sudah, Tuan Syed.”
Dalam nada takut-takut bercampur geli hati, Farah menghulurkan semula kalender
pada Zack setelah membuka helaian kelendar untuk bulan ini.
“Eh, ye
ke?” Zack sudah terasa malu sendiri.
Farah
menyimpan tawanya di dalam hati. Buku nota di tangannya diangkat lalu menutup
mulutnya dengan buku nota itu. Dia khuatir jika tawa yang cuba di tahan dapat
dilihat Zack. Entah apa pulak yang tak kena dengan Tuan Syed. Jarang sekali
Tuan Syed melakukan kesilapan begitu. Nak kata fikirannya bercelaru, tak nampak
macam tu pulak. Mungkin, Tuan Syed sedang dilamun cinta. Barangkali! Perasaan
orang yang dilamun cinta memang macam tu. Semuanya serba tak kena. Tapi dengan
siapa? Takkan Cik Emily kot! Sangat tak masuk akal!
“Sekarang
pukul berapa?” tanya Zack.
Sekilas
Farah melirik jam ditangan Zack sebelum beralih memandang jam di tangannya.
Hairan dirasakan. Mengapa pula Tuan Syed bertanya sedangkan Tuan Syed sendiri
memakai jam ditangan? Sah! Memang benar, tahap normal Tuan Syed di luar
kawalan. Eh, tapi kalau tahap normal di luar kawalan, maknanya Tuan Syed dalam
tahap yang tidak normal! “Hampir jam lapan, Tuan Syed.” Farah memandang wajah
Zack semula. “Ada yang tak kenakah?” Farah mengecilkan matanya saat memandang
Zack. Memang Tuan Syed nampak aneh hari ini. Lelaki itu serba tak kena!
Soalan
Farah itu memang kedengaran asing di telinga Zack. Tapi, Farah benar. Dia tak
pernah lalai dan cuai seperti ini. Sejak berjumpa dengan Audra hidupnya memang
tak tentu arah. Dia benci sikapnya ini. Sepatutnya, dia lebih tenang dan
mengawal situasi dengan baik! Bukankah dia pewaris Warisan Syed? Zack membisu
seketika membiarkan Farah menunggunya di situ.
“Begini,
Farah,” Zack memandang wajah Farah dengan serius. “Saya nak kamu dengar arahan
saya baik-baik. Saya tak nak ada kesilapan nanti.”
Mendengar
kata-kata itu, Farah terus bersiap sedia untuk mendengar arahan yang bakal
diberikan. Apabila Tuan Syed Zikri berkata begitu dengan nada suara yang tegas,
bermakna, perhatian sepenuhnya perlu diberikan.
“Saya nak
kamu minta semua staf di setiap bahagian dan unit, simpan semua majalah yang
ada wajah saya! Now! Sekarang!” Dia
sudah kesuntukan masa. Hanya tinggal dua jam lagi sebelum semua pelajar
dibenarkan masuk ke Warisan Syed untuk temuduga.
“Uh?” Wajah
Farah sudah berkerut seribu. Dia langsung tak mengerti dengan arahan itu.
“Saya tak
mahu ada satu pun gambar-gambar saya di syarikat ini!” Zack memandang Farah
dengan tajam. “Tiada satu pun, walau sekeping! Simpan semua majalah dan apa
sahaja yang ada gambar saya!”
“Simpan?”
Berkerut dahi Farah. Nyata, Farah masih tidak mengerti arahan Zack. Simpan
majalah yang ada wajah Tuan Syed? Apa maknanya tu?
“Ya!
Simpan! Atau dengan erti kata lain, sembunyikan semuanya. Nak lagi cepat,
buang! Semuanya!” Zack memandang tepat ke wajah Farah.
“Baik Tuan
Syed!” Farah mengangguk tanda mengerti. Tapi, kenapa? Apa tujuannya? Soalan itu
hanya mati di dalam hati Farah.
“Lagi satu,
semua pelajar-pelajar ni tak boleh kenal langsung siapa Tuan Syed Zikri! Semua
sudut, board atau apa saja yang ada
gambar saya dengan title saya, tolong
keluarkan. Saya mahu mereka kenali saya sebagai orang kanan Tuan Syed Zikri,
Encik Zack!"
Farah tercengang
seketika. Kini barulah dia mengerti. Tapi, mengapa Tuan Syed tak memberitahu
rancangannya dari awal. Kenapa di saat-saat akhir? “Baiklah Tuan Syed!” Farah
sudah bersedia untuk melaksanakan perintah yang diberikan. Dia sudah
memusingkan tubuhnya.
“Nanti,
Farah!” Zack masih khuatir jika Farah belum benar-benar menangkap maksud dan
tujuannya. “Do I make myself clear?”
“Definitely!” Dengan
yakin Farah menganggukkan kepalanya. Tuan Syed nak menyamar rupanya!
“Good! Now go! Please do it fast and tell everyone about this,” ujar Zack.
“Baik Tuan
Syed!” Farah mengangguk dan memusing tubuhnya.
“Nanti
Farah!” panggil Zack sekali lagi dan sekali lagi jugalah langkah Farah
terhenti.
‘Siapa yang
akan handle temuduga nanti?”
“Puan
Sariza, akauntan kita dan saya sendiri!” Rasanya, Tuan Syed telah dimaklumkan
tentang hal itu ketika mesyuarat tempoh hari. Tak sepatutnya Tuan Syed lupa
tentang hal itu. Hmm, mesti ada yang tak kena dengan Tuan Syed. Tuan Syed bukan
begini orangnya! Farah masih terus berteka teki dengan sikap Zack yang sangat
pelik pada pandangannya.
“Okey! Di
sini saya ada dua orang pelajar yang saya rasa kamu berdua perlu lebih beri
perhatian.” Zack menyerahkan rekod tentang Audra dan Zana. Kemudian, baharulah
dia menyerahkan rekod pelajar yang lain. “Tapi, walau apa pun saya tetap akan
ambil kira keputusan kamu berdua. Pilih orang yang benar-benar layak.” Tegas
Zack. Memang dia mahu Audra terpilih, namun dia perlu utamakan kelayakan
berbanding perasaannya. “Tegaskan juga pada setiap calon bahawa peperiksaan
akhir mereka juga akan diambil kira selain dari kelulusan temuduga ini.”
“Baiklah,
Tuan Syed!” Farah mengangguk. Sudah sekian kali Zack menekankan hal itu.
“Kenapa Tuan Syed saja yang tak uruskan? Mungkin Tuan Syed akan lebih berpuas
hati.” Sudah lama mahu ditanyakan hal ini pada Zack tetapi tak berkesempatan.
Dah kebetulan Zack membuka topik itu pagi ini, dia mengambil kesempatan untuk
bertanya sekali.
Zack diam
seketika. Dia mengetap bibirnya. “Mungkin lain kali,” balas Zack akhirnya.
Farah tak perlu tahu perancangannya dengan jelas. Memang dia tak mahu
menguruskan temuduga ini kerana buat masa ini dia tidak mahu menemui Audra.
Biar pegawai lain yang uruskan. Lagipun, dia tidak mahu pemilihan ini
berlandaskan perasaannya pada Audra walaupun Audra sememangnya mempunyai
kelayakan itu.
Farah
mengangguk lalu berpusing untuk pergi.
“Hmmm,
Farah!” Sekali lagi langkah Farah terhenti apabila Zack memanggilnya semula.
Farah yang
sudang membelakangkan Zack sudah menarik mukanya. Tetapi bila dia menoleh
memandang Zack, satu senyuman manis dilemparkan.
“Ya Tuan
Syed?” Sebenarnya dia sudah penat beberapakali berpusing untuk pergi tetapi
kemudian dipanggil kembali. Apa-apa ntah Tuan Syed ni! Sikap Tuan Syed hari ini
sangat mengelirukan. Dia tidak mengenali Tuan Syed Zikri yang ada di hadapannya
sekarang.
“Apa
pendapat kamu tentang penampilan baru saya?” tanya Zack. Dia berjalan keluar
dari tempat duduknya dan berdiri di depan Farah sambil bersandar di mejanya.
Tercengang
Farah apabila Zack bertanyakan tentang itu pada dia. Betulkah itu yang ditanya
Tuan Syed? Sangat pelik soalan Tuan Syed! Farah memandang Zack dari atas hingga
ke bawah dan sebaliknya. Kemudian, matanya memandang rambut Zack yang sudah
dipotong rapat. Sebenarnya, dia lebih suka penampilan Zack yang lama. Tapi,
penampilan yang baru ini tak kurang kacaknya.
“Okey!”
“Okey? Itu
aje?” Kening Zack sudah terangkat. Jawapan yang diberikan Farah terlalu ringkas
berbanding soalan yang ditanya. Takkan itu saja!
“Okey! Yang
ini pun okey! Tapi saya lebih suka penampilan yang dulu!” ujar Farah yang
seakan mengerti Zack tidak berpuas hati dengan jawapannya.
“Bukan itu
maksud saya.” Jawapan yang diberikan Farah terlalu menyimpang dari jawapan yang
mahu diketahui. “Kalau awak tengok saya sekarang, adakah saya yang sekarang
akan dikenali oleh awak?”
Dahi Farah
semakin berkerut. Bahasa apa yang digunakan Tuan Syed ni? Ya, memang bahasa
Melayu tapi kenapa susah sangat nak faham? Dia menggaru-garu dagunya yang tidak
gatal. Kenapa dengan Tuan Syed hari ni? Risau hatinya melihat sikap Zack yang
memang pelik.
Melihatkan
wajah Farah yang kebingungan, Zack menggelengkan kepalanya. “Macam ni,
katakanlah awak belum pernah lihat saya dengan gaya yang macam ni, tiba-tiba
saya muncul depan awak. Awak akan cam saya sebagai Tuan Syed atau orang lain?”
“Oh!”
Terangguk-angguk kepala Farah. Kini dia mengerti soalan Zack. “Rasanya tak!
Sebab penampilan dulu dan sekarang jauh bezanya!” Sungguh, pertama kali melihat
Zack dalam keadaan begini, dia memang tak mengenalinya. Mahu sahaja dia
bertanya siapa sempunya diri ketika melihat Zack. Tapi bila Zack terus
menghampiri dan minta dia membawa secawan kopi dan bertanyakan jadual
hariannya, baharulah Farah menyedari itu adalah Pengarah Warisan Syed.
Dah macam
Maher Zain pulak dilihatnya. Yang pasti, walau bagaimana pun penampilan Zack,
lelaki itu tetap kacak.
“Betul?”
tanya Zack yang mahu kepastian.
Farah
mengangguk.
“Bagus!
Kalau macam tu, untuk hari ini dan hari-hari seterusnya, kenali saya sebagai
Encik Zack. Dan, bila pelajar-pelajar tu dah mula bekerja di sini, saya mahu
semua staf mengenali saya sebagai Encik Zack, orang kanan Tuan Syed! Tiada
siapa pun di antara mereka yang boleh tahu siapa Tuan Syed Zikri yang
sebenarnya sehinggalah masa yang sesuai.”
“Tapi,
bukankah peraturan di dalam Warisan Syed, setiap pengarah syarikat perlu
dipanggil dengan gelaran Tuan Syed?” Tuan Syed mahu mengubah sistem yang telah
lama dipraktikkan di Warisan Syed? Setiap kakitangan sudah terbiasa dengan
panggilan itu untuk setiap pewaris Warisan Syed.
“Saya tahu
tentang peraturan itu. Saya tidak mengubah apa-apa. Tapi awak perlu ingat,
sekarang, saya adalah pemegang saham terbesar yang sah. Warisan Syed di bawah
pengurusan saya yang sah. Dan saya boleh mengubah peraturan selagi peraturan
itu tidak merugikan syarikat. Betul?” Soalan Farah telah dijawab Zack dan
lelaki itu membalikkan semula soalan pada Farah.
Farah
tersenyum lega. “Betul!” Tuan Syed Zikri tidak salah. Memang Tuan Syed Zikri
sangat arif dengan perkara-perkara sebegini.
“Dan untuk
peraturan yang sementara ini, saya tak perlukan persetujuan dari pemegang saham
yang lain, kan?” Zack cuba menguji Farah.
Sekali lagi
Farah mengangguk. “Tak perlu.” Farah juga sangat arif dengan selok belok dan
peraturan Warisan Syed. Mungkin kerana itulah Farah masih kekal sebagai
setiausaha peribadi sejak dari Syed Hussin sebagai menjadi Pengarah Warisan
Syed.
“Saya tetap
Tuan Syed. Hanya, saya mahu mereka mengenali saya sebagai Encik Zack, orang
kanan Tuan Syed. Biarlah identiti Tuan Syed itu menjadi rahsia.” Dengan cara
itu, dia tidak melanggar peraturan yang di tetapkan Warisan Syed di mana setiap
pengurus perlu dipanggil dengan gelaran Tuan Syed kerana Tuan Syed tetap Tuan
Syed. Hanya, dia mahu menjadi Encik Zack buat sementara waktu.
“Baiklah
Tuan Syed! Arahan Tuan Syed diterima,” ujar Farah tanpa soalan lagi. Entah
apalah yang mahu dilakukan Tuan Syed kali ni! “Hmm, kalau dah tak ada apa-apa,
boleh saya keluar?”
“Silakan,”
ujar Zack.
“Dah tak de
apa-apa lagi?” tanya Farah sekali lagi. Manalah tahu kalau-kalau ada benda yang
Tuan Syed terlupa. Tak perlulah dia memusing tubuhnya berkali-kali.
“Awak boleh
keluar sekarang, Farah!” Tegas Zack. “Laksanakan arahan saya dengan segera!”
“Baik, Tuan
Syed!”
Sebaik
sahaja Farah hilang, Zack menurunkan semua gambar-gambarnya hang tergantunh di
dalam pejabat itu. Temuduga nanti bukan akan dilakukan olehnya dan bukan juga
di pejabatnya. Semuanya akan diuruskan di bilik temuduga. Dia sekadar mahu
berhati-hati dan lebih bersedia agar rancangannya tidak sia-sia. Dia tidak mahu
walau satu kesilapan pun berlaku.
Setelah itu, maklumat peribadi Audra yang sudah difotokopi dipandangnya dengan senyuman. Satu lagi rancangan sedang berlegar di kepalanya. Dia sudah mendapatkan alamat Audra di kampung. Dia akan cari tahu siapa sebenarnya Audra Laily.
Setelah itu, maklumat peribadi Audra yang sudah difotokopi dipandangnya dengan senyuman. Satu lagi rancangan sedang berlegar di kepalanya. Dia sudah mendapatkan alamat Audra di kampung. Dia akan cari tahu siapa sebenarnya Audra Laily.
best.nak tau sambungannya lagiii...huhu~
ReplyDeleteTerima kasih ya......nantikan sambungannya....:)
ReplyDelete