Friday 21 June 2013

Kau Suka Dia?





Salam Jumaat semua. Kali ini special N3 ya.... Happy reading ya. Kalau boleh, tinggalkan komen anda ;)


************


"ASSALAMUALAIKUM...." Luna membuka pintu lantas melangkah ke dalam.

"Waalaikumussalam," Farish melipat suratkhabar lalu menjatuhkan pandangannya kepada Luna yang baru pulang. "Dari mana Luna?" Soalnya dengan sedikit tegas.

"Jumpa kawan," jawab Luna acuh tak acuh.

"Siapa?" Kali ini suara Farish lebih tinggi.

Langkah Luna yang sudah menginjak satu anak tanggal untuk naik ke atas, terhenti. Satu keluhan dilepaskan. "Kawan lah."

"Abang tahulah kawan. Tapi siapa? Siapa nama dia?" tanya Farish. Menikam wajah Luna dipandangnya.

Tanpa menjawab apa-apa, Luna terus memanjat anak tangga dengan pantas. Farish tak berhak bertanya dengan siapa dia keluar. Itu adalah haknya.

Farish mendengus kasar melihat sikap Luna. Lantas, kakinya dihayun ke dapur.

"Ibu, Luna keluar dengan siapa?" Tanya Farish.

"Kenapa ni?" Lebut suara Hanim bertanya sambil melirik sekilas kepada anak terunanya. Tangannya masih ligat menggiling cili. Dia lebih gemar menggunakan cili giling dalam masakan. Apatah lagi, jika diguling sendiri.

"Farish bukan apa mak, sejak akhir-akhir ni anak dara mak tu asyik keluar dengan kawan aje. Dia tak beritahu mak?" Soal Farish. Dia sudah membuka peti sejuk lalu mencapai jus oren lalu menuang ya ke dalam gelas. Kemudian, dia menarik kerusi lalu duduk di depan Hanim.

Hanim hanya tersenyum.  "Katanya, keluar ramai-ramai. Dengan kawan-kawan satu kolej."

"Tapi, Faris pelik lah dengan sikap Luna ni. Kalau ye pun dengan kawan, takkanlah hampir setiap hari balik lambat." Seteguk jus oren yang sejuk masuk ke dalam maka tekaknya.

"Tu, minum air tu baca bismillah tak?" Kerling Hanim.

"Bismillahi Rahmanir Rahim." Memang dia terlupa nak memulakan dengan bismillah. Ah...kongsi air dengan syaitan lah tadi. Keluh Farish.

"Farish, Kan abang Luna. Farish berhak tahu ke mana Luna pergi dan dengan siap dia keluar. Ibu ada di rumah, jaga rumah, buat kerja rumah. Ibu tak tahu dengan siapa dia keluar. Kalau dia kata dengan kawan, dengan kawan lah yang ibu percaya." Rutin hariannya lebih banyak di rumah. Walaupun, dia risau dengan pergaulan Luna yang semakin dewasa, tiada apa yang mampu dilakukan selain berdoa kepada Allah agar Luna sentiasa meletakkan Iman di dadanya.

"Baiklah kalau macam tu. Farish akan minta bantuan Zarul untuk pantau pergerakan Luna." Terbayang di ruang mata Farish tentang Luna yang mungkin sedang berpacaran bersama teman lelakinya. Hanya itu sajalah alasan yang mungkin untuk sikap adiknya itu.


#########



"Itu dia?" Kelibat seorang lelaki yang sedang bersandar selesa di sebuah kerusi di kafe itu menjadi perhatian Farish. Sesekali lelaki itu akan tersenyum dan ketawa kecil apabila membelek-belek telefon bimbitnya.

“Itu tak ada lain, mesti sms dengan Luna,” tuduh Farish.

“Tak juga Rish. Luna-kan ada kelas pagi ni. Aku dah selidik dah lelaki ni. Playboy besar tu,” balas Zarul. Teh yang masih panas dan berkepul-kepul asapnya, dihirup sedikit. “Kita tunggu dan tengok dulu.”

Tak lama kemudian, kelihatan seorang wanita menghampiri lelaki yang dikenali sebagai Hafizi. Farish dan Zarul terus memerhatikan kelakuan Hafizi dan wanita yang tersebut yang tampak begitu mesra. Sesekali kelihatan tangan mereka bersatu.

Berombak dada Farish. “Luna tu buta agaknya. Lelaki macam ni yang dia gilakan.” Rapat bibirnya diketap menahan rasa marah.

“Biasalah. Cinta...” ujar Zarul yang kelihatan tenang. Sesekali matanya masih mengerling sepasang sejoli itu. “Selagi dia tak sentuh Luna, biarkanlah. Luna baru nak kenal erti cinta,” sambungnya. Bukan dia tak tahu Farish terlalu mengawal pergerakan adiknya sejak dari bangku bangku sekolah.

Luna yang pada asalnya menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah juga terpaksa menolak kerana keengganan Farish membenarkan dia pergi. Sekarang, Luna hanya menyambung pelajarannya di kolej yang berdekatan supaya Farish bisa mengawal pergerakan adiknya.

Namun, itu tak semudah yang disangka Farish. Walaupun masih mengawal Luna, tetapi apabila Luna berada di dalam kolej, Farish tak mampu mengawal Luna lagi.


***********



Dari jarak hampir seratus meter itu, Farish dan Zarul memerhatikan susuk tubuh Luna bersama Hafizi.

Walaupun keduanya tampak mesra, namun Hafizi langsung tidak cuba menyentuh tangan atau melakukan perkara yang keterlaluan terhadap Luna. Tidak seperti tempoh hari di mana mereka melihat Hafizi memegang tangan wanita yang bersamanya dengan mesra.

Zarul menyandarkan tubuhnya di tembok kawasan parkir. Mulutnya sedang mengunyah gula-gula getah. Ke kiri, ke kanan giginya berlaga. Walaupun gula-gula getahnya sudah tidak terasa manis, namun dia masih lagi menguli di dalam mulutnya.

"Kau janganlah risau, aku rasa Luna takkan semudah itu untuk membenarkan lelaki ajnabi menyentuhnya," ujar Zarul. Risau juga dia apabila mengenangkan kemungkinan besar, Luna akan menjadi mangsa Farish apabila tiba di rumah nanti.

“Tak sentuh sekali pun, aku tetap tak suka Luna keluar berdua saja dengan lelaki tu. Kita tak tahu apa akan jadi nanti bila asyik kerap berdua begini. Dah tu, siap bohong dengan mak aku lagi! Kononnya, keluar ramai-ramai dengan kawan sekelas.” Farish sudah melepaskan satu tumbukan di tembok yang keras itu. Namun, dia langsung tidak merasakan kesakitannya walaupun ada jarinya yang berdarah.

“In Sha Allah, Luna pandai jaga diri sendiri.” Walaupun kata-kata Farish ada benarnya, namun Zarul lebih senang berprasangka yang baik-baik sahaja. Dia mengenali Luna dari kecil, dia tahu bagaimana diri Luna.

“Perempuan Zarul. Keras lama mana sangat? Kalau hari-hari melambung ayat jiwang, berkecai juga iman." Keluh Firash. "Aku abang dia. Tanggungjawab aku besar untuk menjaga dia sejak arwah abah dah tak ada."

"Takkanlah setiap masa kau nak pantau dia? Habis, macam mana dengan kerja kau?" Soal Zarul. Sangat mustahil untuk Firash terus menjaga Luna setiap masa.

Tatkala ini, mereka melihat Luna bersandar di sebuah kereta Proton Saga  merah. Hafizi berdiri di depannya. Begitu dekat sekali.

Dada Farish berombak. "Ini tak boleh jadi ni!" 

Dengan pantas, Zarul menahan dada Farish yang mahu bergerak dari tempat berdirinya. Semakin kuat Zarul mengunyah gula-gula getahnya. Terasa seperti dia sedang mengunyah Hafizi di dalam mulutnya.

Tanpa memperdulikan Farish, Zarul terus bergerak mendekati pasangan itu apabila melihat Hafizi seakan cuba mencapai tangan Luna yang sedang mengelak manja dari kekasihnya itu.

Sampai saja di tepi pasangan itu, Zarul terus menarik kolar baju Hafizi.

Hafizi dan Luna terkejut dengan kemunculan Zarul. Kemudian, terlihat kelibat Farish pula. Wajah Luna sudah pucat.

"Kau nak buat apa dengan dia?" Kedua-dua tangan Zarul sudah melekap kemas di kolar baju Hafizi. Mata mereka bertentangan begitu dekat sekali. Jelas kelihatan api yang marak menyala di dalam mata Zarul.

Farish terkedu di situ melihat tindakan Zarul.

"Saya tak buat apa, bang. Kami cuma sembang-sembang kosong je," terketar-ketar suara Hafizi.

"Siapa perempuan ni dengan kau?" Bentak Zarul.

"Dia?" Hafizi melirik Luna seketika lalu memandang lelaki bengis di depannya itu. "Abang ni siapa?"

"Kau sibuk apa tentang aku? Aku tanya, siapa perempuan ni dengan kau?!" Semakin kuat Zarul mencengkam kolar baju Hafizi.

"Kawan aje bang. Tak ada apa-apa pun," jawab Hafizi.

Terkejut Luna dengan pengakuan Hafizi. Bagaikan renjatan, matanya terus menikam wajah lelaki yang dicintainya itu. Kawan?

"Kawan? Sembang kosong? Kenapa rapat sangat? Dah tak reti nak duduk jauh-jauh?" Tanya Zarul lagi.

"Erk....erk... " Hafizi terus kelu.

"Cakap! Kenapa kau berdiri rapat-rapat dengan dia!" Suara Firash semakin meninggi.

"Saya tak buat apa-apa, bang. Tapi, dia pun tak kisah," balas Hafizi.

Kali ini Farish sudah mengerling Luna. Luna tertunduk terus.

"Habis tu, kelmarin aku nampak kau dengan seorang perempuan di kafe simpang empat tu. Yang tu siapa? Kekasih kau?" Zarul terus memainkan peranannya.

Kali ini, Luna mengangkat wajahnya semula dengan rasa yang tidak percaya dengan omongan Zarul.

"Hah?" Tergamam Hafizi. "Tak. Itu pun kawan aje bang."

"Kawan sampai pegang-pegang tangan, suap-suap makan? Rapat betul, kan?" Sindir Zarul.

Hafizi terus terdiam.

Melihat Hafiz yang terdiam itu, hati Luna hancur berkecai. Apakah selama ini Hafizi tidak setia dengan cinta mereka? Luna terus berlari pergi dari situ.

Zarul melepasi Hafizi apabila Luna sudah pergi. "Aku tak nak lihat kau dekat dengan Luna lagi."

Hafizi membetul-betulkan semula bajunya.

"Kau ingat bro," Zarul mengibas-ngibas seolah-olah sedang membunuh habuk pada bahu baju Hafizi. "Kalau kau dekat dengan dia, aku hantar kau ke katil hospital, bro," ugutnya. "Sudah, pergi...pergi..."

Tanpa mengunggu lebih lama, Hafizi terus berlalu pergi.

"Bro, kau ni kenapa?" Tanya Farish.

Soalan Farish itu serta merta menyedarkan Zarul apa yang telah dilakukannya.

"Aku cuma nak tolong kau aje," dalih Zarul.

"Aku kenal kau. Apa yang kau buat tadi tu, sepatutnya aku yang buat. Luna tu, adik aku. Bukan adik kau," Farish cuba menjerat Zarul.

"Adik kau, adik aku juga. Lagipun, aku dah kenal Luna dari dia kecil- kecil lagi," Zarul mencipta alasan.

"Kau suka dia?" Tanya Farish.

"Mana ada!" Pantas sahaja Zarul menjawab. Kenal benar dia dengan sikap Farish. Kerana itu, lebih baik dia menyembunyikan perasaannya terhadap Luna.

"Kau ingat bro, aku tak suka kau cuba dekat dengan Luna. Kalau pun kau kawan aku, jangan ingat aku akan benarkan. Luna tu masih belajar. Aku tak nak masa depan dia hancu sebab cinta!"


************

“Luna! Luna!” Hafizi mengejar langkah Luna yang dihayun laju.

“Tolonglah sayang.” Terus Hafizi mencapai lengan Luna apabila dia Berjaya mengiringi langkah gadis itu.

“Lepaslah!” Luna menarik tangannya dengan kasar. Dia langsung tidak memandang wajah Hafizi. Dia percaya, apa sahaja yang diperkatakan tempoh hari oleh Zarul semuanya benar belaka. Semuanya kelihatan benar dengan melihat reaksi daripada Hafizi sendiri.

“Luna, apa yang yang berlaku semua hari tu Cuma salah faham,” rayu Hafizi.

“Salah faham?” tergeleng-geleng kepala Luna. Dia membuka zip beg converse lantas mengeluarkan kepingan foto yang telah di ambil daripada Farish. “Ini semua salah faham?”

Kepingan gambar itu dilemparkan di dada Hafizi sehingga berserakan di lantai. Hafizi mengutip setiap kepingan itu. Tak guna!

“Perempuan ni cuma kawan!”

“Whatever! Aku lebih percayakan abang aku berbanding kau!” Luna terus berlalu dari situ. Namun, sekali lagi tangannya dicapai dan digenggam Hafizi.

“Lepaslah” Luna cuba melepaskan diri namun sia-sia.

Ketika Luna sedang cuba melepaskan tangannya dari genggaman Hafizi, tubuh Hafizi tiba-tiba sahaja melayang sehingga terhempas ke lantai. Apabila Luna menoleh, kelihatan Zarul sedang mengganggam penumbuknya. Dia beralih memandang Hafizi yang sudah mengerang kesakitan.

“Aku dah beri amaran pada kau, jangan ganggu Luna!” Zarul mahu mendekati Hafizi untuk ‘mengajarnya’ lagi.

Hafizi bangun untuk melarikan diri. Zarul mahu mengejarnya.

“Jangan! Jangan!” Luna menahan tubuh Zarul dari mengejar Hafizi yang sudah melarikan diri. Mata Luna melekat terus kepada mata Zarul. Lalu dia menggelengkan kepalanya seolah-olah memohon simpati Zarul agar melepaskan Hafizi pergi.

Melihat ke dalam anak mata itu, Zarul menarik nafas panjang lalu melepaskan satu keluhan.

“Jangan jalan sendiri Luna. Tak tahu apa akan jadi pada kau. Lain kali, jalan dengan kawan-kawan. 
Sudahlah budak tu pun satu kolej dengan kau,” gusar hati Zarul mengenangkan Luna.

“Pandai-pandailah aku jaga diri aku sendiri,” ujar Luna. “Apa kau buat di sini?”

“Abang kau minta aku datang sini ambil kau. Dia baru berlepas ke Langkawi. Mungkin, malam esok baru dia pulang. Esok pun, aku akan ambil kau balik kolej. Pagi esok, aku datang ambil kau di rumah,” beritahu Zarul.

“Tak perlu susah kerana aku. Abang pun satu, terlalu risau tentang aku,” rungut Luna.

“Dia abang kau. Kau tu tanggungjawab dia,” Zarul meneruskan langkah dan meminta Luna mengikutnya.

“Aku dah besar,” balas Luna sambil matanya memandang ke kanan dan kiri untuk melintas.

Apabila melihat jalan sedikit lengang, Zarul menyeberang dan Luna mengikutnya agak rapat.

“Selagi kau belum berkahwin dah menjadi tanggungjawab dia untuk jaga kau. Kau kena ingat tu,” pesan Zarul. Pintu kereta dibukanya dan menyuruh Luna masuk ke dalam. Sebaik sahaja Luna masuk ke dalam kereta, Zarul segera menutup pintu dan meloloskan diri di tempat pemandu.

“Kau pun satu, ikut saja cakap abang aku. Kadang-kadang, aku rasa macam aku dah ada dua orang abang!” Walaupun dia kurang selesa dengan keadaan itu, namun jauh di sudut hati Luna dia merasa bertuah kerana ada orang yang mengambil berat tentang dirinya.

“Kau anggap aku macam abang kau?” ada kesal dalam nada soalan Zarul.

Luna terdiam. Tiba-tiba sahaja dia seakan dapat merasakan soalan Zarul seakan beban di dalam hatinya. Namun, dia tetap tersenyum.

“Tentulah! Kau kan kawan abang aku. Kau pun dah macam abang aku juga.”

“Kalau aku nak lebih dari tu, boleh?” Zarul tersenyum.

Luna sudah terkedu. Wajah Zarul yang penuh dengan senyuman itu dipandangnya. Berguraukah lelaki ini?

“Tak payahlah tengok aku macam tu. Aku berguraulah.” Zarul ketawa walaupun hakikatnya berlainan dengan perasaannya. “Orang bergurau pun nak ambil serius.”

Luna mengetatkan senyumannya. Bergurau saja? Kalau bukan berguraukan bagus. Sebenarnya, sejak dari kecil dia memang selesa dengan Zarul. Tapi, perasaan ini tidaklah sampai tahap cinta. Dia hanya sukakan Zarul kerana Zarul sangat baik kepada mereka sekeluarga.

Lagipun, dia tak pernah rasa Zarul suka padanya lebih dari perasaan seorang abang kepada seorang adik.


************


“Assalamualaikum makcik,” ujar Zarul sambil melangkah ke dapur untuk melihat hidangan apa yang disediakan Hanim.

“Waalaikummussalam,” Hanim tersenyum melihat kelibat Zarul. “Awal kamu sampai pagi ni.”

Zarul menarik kerusi dan siap duduk di meja makan. Dia mencapai cucur udang lalu memasukkan ke dalam mulut usai membaca basmallah.

“Sajalah datang awal. Takut terlewat hantar Luna ke kolej,” Zarul terus mencapai secawan kopi yang baru dihulurkan Hanim kepadanya. “Kalau macam nilah tiap-tiap pagi makcik siapakan sarapan, mahu hari-hari saya datang.”

Hanim ketawa. “Datanglah. Makcik pun suka kamu datang sini.” Hanim melirik anak tangga ke atas. “Tak siap lagi budak si Luna ni. Macam tu-lah setiap pagi. Selagi Farish tak menjerit nama dia, tak turun sarapanlah budak tu. Bersiap macam pengantin!”

Zarul ketawa. “Biasalah makcik. Perempuan. Agak-agak sikap dia turun makcik tak?” gurau Zarul.

“Haiss!” Hanim menampar lengan Zarul. “Sempat lagi kamu sindir makcik lagi!” Hanim menghirup kopi panas. “Maaflah, Farish tu suka menyusahkan kamu tentang Luna. Dia tu, langsung tak percaya pada Luna. Bila dia tak ada, kamu pulak yang jadi mangsanya. Kamu pulak yang disuruhnya kawal si Luna tu.”

“Tak apalah makcik, bukan selalu. Tapi, kalau makcik nak saya jaga Luna selalu pun saya sanggup.” Zarul ketawa. Namun, dalam gurauannya itu dia sangat berniat apa yang dikatakannya.

“Kamu ni,” tergeleng-geleng kepala Hanim. “Kalau kamulah yang nak jadi menantu makcik, makcik suka sangat!”

“Tapi Farish tak suka saya jadi adik ipar dia,” tambah Zarul.

Kebetulan ketika itu, Luna sudah pun berada di bawah dan berdiri di sebalik tembok mendengar perbualan Zarul dan Hanim.

“Kamu ni betul ke main-main ni Zarul?” Hanim sudah mengambil serius hal itu.

Zarul ketawa. “Makcik ni, Luna tu masih belajar. Baru Sembilan belas tahun. Takkanlah makcik nak bagi saya kahwin dengan Luna pulak. Saya bergurau sajalah.” Berdekeh-dekeh tawa Zarul untuk menyembunyikan perasaan hatinya yang sudah begitu mendesah.

Luna mencebikkan bibirnya. Dia melangkah mendekati mereka. “Iyalah, orang tu-kan akauntan. Manalah layak dengan kita, kan.” Sindir Luna lantas menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Zarul. Satu kerlingan dilemparkan buat lelaki itu.

Zarul berdehem. Sejak bila pula Luna mendengar perbualan mereka.

“Sarapan dulu Luna. Jangan buat muka macam tu,” tegur Hanim dengan lembut apabila melihat wajah masam Luna.

“Ibu beritahulah dengan budak tu, kalau dia tak suka dengan Luna tak perlulah susah payah nak hantar Luna ke kolej. Luna boleh pergi sendirilah.” Dengan perasaan yang sebal, Luna mengambil sekeping roti lalu menyapukan mentega di atasnya dengan kasar.

Zarul hanya tersenyum melihat sikap Luna.

“Biarkanlah Zarul. Kamu macam tak kenal Luna ni. Minumlah,” Hanim memandang Zarul.

“Belalah orang tu daripada anak ibu sendiri,” Muncung Luna sudah panjang.

Zarul dan Hanim ketawa mengusik. Semakin panjang muncung Luna. Dek kerana geram melihat Zarul, Luna terus mengambul tisu lalu mengepalkannya. Kemudian, tisu itu dilemparkan kepada Zarul.

“Aduh, makcik....sakitnya,” usik Zarul dan ketawanya semakin menjadi-jadi.

Luna yang tidak tahan diusik oleh Zarul, lalu mencapai begnya dan berlalu pergi.

“Anak makcik dah merajuk. Biar saya pergi pujuk,” Zarul memangkat punggungnya dan menghilangkan diri.
Hanim yang masih tersenyum itu menggelengkan kepala. “Ada-ada saja budak-budak ni.”




Bersambung..........



Cerita ini bersambung ya....In Sha Allah akan disambung pada minggu special N3 yang akan datang. Harap anda terhibur dengan N3 minggu ini.... (^______~)


************




4 comments: