BAB 48
DIA menghembuskan nafas geram perlahan dan tanpa disedari lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki di depannya mengetahui perasaan marahnya yang tiba-tiba meledak. Mengetahui kenyataan yang sebenar memang merumitkan. Hubungan Suhana dan Zack, Zack dan Maisara, Maisara dan Fariz.....sungguh merumitkan rancangannya.
Dia perlu mengetahui perkara yang sebenar-benarnya yang berlaku barulah dia bisa merancangkan semula strateginya untuk mendapatkan Fariz. Info yang ada kini hanya sedikit. Untuk menjatuhkan musuhnya, Maisara, dia perlu banyak tahu tentang perempuan itu dan masa silamnya.
Fariz tertunduk. Dia tahu dia banyak berahsia perkara sebenarnya dari Ilyana. Bukan dia sengaja mahu menyembunyikannya tetapi dia merasakan Ilyana tidak perlu tahu itu semua. Sedangkan hal ini juga dirahsiakan dari sesiapa. Tetapi dia tidak menyangka perkara ini boleh jadi sebegini rupa. Berbelit-belit!
Apatah lagi bila mengetahui Zack adalah cinta Suhana yang lalu. Sesuatu yang berlaku di masa lalu terungkap kembali kenangannya apabila mengetahui tentang ini.
“Jadi maksud you, Zack adalah kekasih lama Suhana?” tanya Fariz sekali lagi. Satu lagi kenyataan yang baru diketahuinya yang bisa membuat jantungnya berdegup laju.
Mungkinkah dialah lelaki itu??
“Itu I pasti. Lagipun, dia sendiri yang cerita pada I,” ujar Ilyana.
Ilyana benar-benar tidak menyangka Zack mempunyai hubungan dengan arwah kakak Maisara. Menurut Zack, ketika mereka bersama dia sangat menyintai Suhana tetapi dia terpaksa menolak wanita itu kerana Suhana curang padanya.
Apakah Suhana curang pada Zack kerana dia mempunyai hubungan sulit dengan Fariz?
“Sebenarnya I tak berapa faham situasi yang sebenarnya. Zack menolak Suhana kerana Suhana ada hubungan dengan lelaki lain. You ke orang ketiga yang menjadi puncanya?”
Fariz menarik nafas yang panjang. Apa yang perlu diberitahu pada Ilyana? Dia membisu seketika. Benarkah seperti kata Ilyana, Zack menolak Suhana kerana wanita itu curang, tetapi persoalannya jika bukan Zack adalah ‘lelaki itu’ mungkinkah ada lelaki lain? Atau itu hanyalah sekadar alasan Zack untuk melarikan diri?
Ilyana bertembah berang degan kebisuan Fariz. Bagaimana caranya untuk dia mendapatkan cerita yang sebenarnya?
“You dengan Zack sama je! Suka sangat nak berahsia. Kalau you betul-betul anggap I kawan you, boleh tak jangan berahsia apa-apa dengan I!” Wajah Ilyana sudah merah. Tak tertahan lagi rasa amarah yang beraja di hati. “Lagipun, apa salahnya I tahu. Sebab terlalu suka berahsialah sekarang ni you all berdua baru tahu yang both of you sama-sama dah kena main dengan Suhana tu.” Ilyana memeluk tubuh. “Entah-entah Maisara tu pun sama je. Sengaja nak perangkap korang berdua!”
“Ini semua tak de kena mengena dengan Maisara!” Fariz rimas apabila nama Maisara turut dikaitkan.
“Tak de kena mengena! Apa yang Suhana dulu sama dengan apa yang Maisara buat sekarang! Dia jerat Zack dengan sikap lemah lembut yang berpura-pura! Tapi akhirnya, dia kahwin dengan you. Alasannya, sebab Aiman! Semua tu alasan, Fariz!”
Ilyana menoleh memandang lelaki yang berdiri di belakangnya. Lelaki itu membisu lagi. Ilyana menghembuskan nafas geram sambil menggelengkan kepalanya.
“I hairanlah kenapa famili you nak sangat Maisara tu jadi menantu diorang? You pulak setuju je!” ujarnya lagi.
“Hanya dia yang layak untuk berada di sisi Aiman!” balas Fariz perlahan.
Bertambah amarah di hati Ilyana mendengarnya. Dia diam seketika, memujuk hatinya agar bersabar dan tidak terus menunjukkan sikap bencinya pada Maisara.
“Hanya dia?” Ilyana bertanya sambil matanya memandang tepat lelaki di hadapannya seolah mengharapkan pengertian.
“You tahu tak, I sebenarnya dah lama sukakan you!” Akhirnya Ilyana berterus-terang tentang perasaannya. “I sanggup lakukan apa saja untuk you. Kalau you pilih I, I berjanji akan menjaga dan memberi Aiman sepenuh kasih sayang.”
“Ilyana?!” terlopong Fariz. Tergamam dia seketika. Selama ini Ilyana ada menyimpan perasaan padanya? Satu lagi berita yang mengejutkan buatnya.
“I anggap you hanya sebagai kawan! I tak boleh cintakan you!”
Ilyana menjeling geram. Kenapa sukar benar lelaki itu menerimanya? Apa kurangnya dia dibandingkan dengan Suhana mahupun Maisara?
“You boleh belajar cintakan I kalau you mahu....”
“I hanya cintakan Maisara!” ujar Fariz. “Tak de siapa boleh gantikan tempat Maisara di hati I.”
Ilyana ketawa sinis. Sudah dijangkakan. Fariz mempunyai perasaan pada Maisara. Jika tidak masakan lelaki itu menurut sahaja kemahuan keluarganya.
“Betulkan kata-kata I. Suhana dan Maisara sama-sama perangkap you dan Zack dalam cinta mereka. Tetapi akhirnya mereka pilih you. Kenapa? Semuanya tentu kerana harta. Cinta mereka tak ikhlas Fariz!”
“Tak! Bukan begitu!” Fariz sudah penat mendengar omongan berbisa Ilyana. “I dan Maisara saling menyintai sebelum I berkahwin dengan Suhana. Maisara tak pernah menyintai Zack!”
“What??” Giliran Ilyana pula terlopong. Bertambah-tambah kebingungan Ilyana. “Bahasa apa yang you cakap ni?”
“Tak payahlah you nak pening-pening. Cukuplah kalau I katakan I menyintai Maisara, sangat-sangat menyintai dia. Tapi jodoh I dengan Suhana datang dulu baru Tuhan satukan I dengan dia!”
“I amat-amat menghargai kebaikan you dan kesudian you menolong I. Berita yang baru you bawa tentang hubungan Zack dan Suhana satu ketika dulu sangat membantu I. Terima kasih, Yana!”
Ilyana sudah kehilangan kata-kata. Apalagi yang perlu dilakukannya untuk merebut cinta Fariz. Setiap kali dia mahu menghancurkan hubungan mereka, dia sentiasa tersepit dengan situasi yang tidak disangka-sangka!
cepat sambung lagi. panjangkan lah next n3
ReplyDeletesupaya puaslah sikit kami baca. ni pendek sgt
tak puas baca lebih-lebih lagi cerita
nya yg menarik.