Sedikir sedutan Putera Arabku-4
“What??!” Dia tak buat jantung Audra berhenti berdegup.? Benarkah apa yang didengarnya? Sudah berhambur tawa Zaid. Dia ketawa dan terus ketawa sampai mengeluarkan airmata! Sampai sakit perutnya!
Sedangkan Audra pula sudah terasa panas hati dengan tawa Zaid. Kecil saja Zaid dalam pandangannya. Macam nak dilempang je lelaki itu.
“Saya tak buat jantung awak berhenti berdegup?!” Satu lagi tawa besar dilepaskan Zaid.
Audra sudah mencekak pinggang dengan wajah yang menyinga.
Melihatkan reaksi Audra, Zaid cuba mengawal diri. “Opss….sorry…” Audra yang sudah merona merah wajahnya dipandang sekilas. “Jadi, awak mencari lelaki yang boleh buat jantung awak berhenti berdegup?” tanya Zaid yang masih ada sisa senyuman dari wajahnya.
Tahu benar Audra senyuman itu hanyalah kerana Zaid sedang berusaha agar tidak tertawa lagi di depannya.
“Betulkah awak ni? Ke main-main je?” tanya Zaid. Dia ingatkan Audra hanya bergurau. Tak sangka pula Audra benar-benar maksudkannya.
“Tak de maknanya main-main! Serius!” ujar Audra dengan tegas. “Saya bukan setakat mencari lelaki yang boleh buat jantung saya berhenti berdegup! Tapi putera raja…!! Putera raja yang boleh membuatkan jantung saya berhenti berdegup dan kemudian jantung saya akan bergerak laju…..dup dap…dup dap….” ujar Audra lagi sekadar mahu menyakitkan hati Zaid. Sengaja dia meletakkan ‘putera raja’ dalam kata-katanya untuk menyedarkan Zaid yang Zaid langsung tiada dalam senarai pilihannya.
Dalam dunia realiti, tak mungkinlah ada putera raja yang mahukan gadis kampung macamnya. Tentang itu, Audra masih sedar diri. Tapi yang peliknya, mengapa tiba-tiba Zaid diam membisu. Sangkanya Zaid akan ketawakannya seperti tadi. Terasakah zaid dengan kata-katanya? Rasa bersalah pula timbul untuk orang yang telah berbuat baik padanya.
“Saya ingatkan nak kahwin dengan Putera William, tapi dia pulak dah kahwin dengan Kate!” gurau Audra apabila melihat kebisuan Zaid.
Zaid memandang Audra lalu tersenyum. “Okey……” Zaid mencapai beg galasnya. “Kalau itu yang awak cari, saya harap…..” Zaid menarik nafas panjang. Audra dipandangnya. “……saya harap awak akan berjumpa dengan putera raja yang boleh buat jantung awak berhenti berdegup!”
utk cerita sepenuhnya, sila klik:-
No comments:
Post a Comment