Sedikit sedutan bab 5.......
Zack tersenyum sinis. Bukan dia tak sedar sepasang mata itu sedang memerhatikan tingkahnya. “Kenapa pandang macam tu? Apa…… saya dah buat jantung tuan puteri berhenti berdegup?!” usik Zack.
Audra memandang Zack sambil mengecilkan matanya. Wajah Audra merona merah. “Eeiii…..jangan perasanlah!!” Audra mencebik. “Lelaki tak sopan macam awak ni takkan boleh buat jantung saya berhenti berdegup!” Audra melampiaskan marahnya. “Kalau awak nak tahu, jantung saya ni tengah berdegup kencang sebab sikap awak yang tak tahu hormatkan orang lain!”
Zack masih lagi tersenyum melihat wajah yang kemerahan itu. Dia membalas pandangan Audra. Kulit gadis itu memang putih serlah tak hairanlah jika cepat benar wajahnya merah bila marah atau menahan malu. “Baguslah kalau macam tu, tentu jantung awak tengah dup dap…dup dap…kan? Kalau berdegup kuat bukankah itu tanda positif dari awak nak jantung awak berhenti berdegup. Kalau berhenti tak berdegup balik, macam mana?” Zack ketawa
Ketawa Zack itu membuatkan wajah Audra semakin merah. Nampaknya, semua perbualan dia dengan Zaid telah didengar lelaki itu! Pendapat lelaki ni sama pula dengan Zana. Dia tidak maksudkan jantung berhenti berdegup terus! “Awak ni siapa nak ambil tahu hal orang?” Audra mencekak pinggangnya. “Awak curi-curi dengar ye?!”
Hampir sahaja tawa Zack terburai namun sedaya upaya ditahannya. “Pleaselah! Tak de masa saya nak ambil tahu hal budak-budak tak matang ni! Saya dari tadi dah ada kat sini. Baring-baring di sini. Awak dengan kawan awak tu yang mengganggu ketenteraman saya!” balas Zack. “Tapi okeylah jugak, boleh jadi hiburan untuk saya.”
Hah??!! Hiburan?! Melampau!! Audra sudah tercengang kegeraman. Mamat ni melampau sungguh! Lancang betul mulut dia! Berani dia kata Audra budak tak matang! Kesabaran Audra teruji. “Awak ni memang melampau!!”
“Sebenarnya yang melampau di sini, awak dan kawan awak tu,” ujar Zack merujuk pada Audra dan Zaid. “Saya yang datang berehat kat sini dulu. Kamu berdua yang dah ganggu saya.”
“Awak jangan tipu! Dari tadi saya tak nampak awak pun!”
“Awak tak nampak sebab saya baring kat belakang pokok ni.” Zack menunding pada pokok besar di mana mereka berada sekarang. “Tak percaya? Cer tanya pokok ni!” usik Zack lagi.
“Awak ingat saya ni gila macam awak nak tanya kat pokok ni?”
“Eh….mana ada!” ujar Zack. “Saya tak pernah cakap pun yang awak ni gila. Tapi, awak ni memang mereng sikit.” Zack ketawa lagi.
Ini tak boleh jadi ni! Lelaki ni perlu diajar cara menghormati orang lain! Audra berjalan menghampirinya dengan mencekak kedua-dua belah pinggangnya menunjukkan rasa marah. Dua langkah sahaja dengannya Audra berhenti. Melangut Audra memandang lelaki di depannya. Lelaki di depannya memang tinggi!
Zack memandang Audra. Terjungkit-jungkit kening Zack seakan-akan mengusik gadis itu. Kelakar dirasakannya melihat gaya Audra yang begitu. “Agak-agaknya, putera raja mana yang akan jatuh cinta pada puteri yang…….” Zack memandang Audra dari atas ke bawah dan ke atas semula. “…….pendek macam awak ni?”
Mata Audra sudah terjegil besar mendengar kutukan itu. Pendek??!!! Mamat di depannya ni memang kurang makan asam jawa! Berani terang-terangan dia mengata Audra begitu!! Tanpa berfikir panjang, Audra yang dikatakan pendek ni terus melompat lalu menggunakan kepalanya sebagai senjata dan sasarannya adalah hidung mamat tu yang mancung. Lebih kurang macam aksi dalam bola sepak bila player menggunakan kepala untuk menanduk bola. Begitulah Audra membidik hidungnya.
“Auowwhhh……!!!!” Zack yang tidak dapat menjangkakan serangan gadis itu terus terduduk sambil memegang hidungnya yang kesakitan akibat dibidik dengan kuat.
Audra memerhatikan lelaki itu yang sudah terduduk sambil menangkup hidungnya. Tanpa menunggu lebih lama, pantas Audra mencapai beg galasnya dan terus berlari dari situ. Padan muka!!!
“Hei…!!!! Nanti!!!” teriak Zack. Tetapi gadis itu terus berlari tanpa menoleh ke belakang.
Untuk membaca karya ini selanjutnya, sila layari...
http://www.penulisan2u.my/2011/11/novel-putera-arab-ku-5/
http://www.penulisan2u.my/2011/11/novel-putera-arab-ku-5/
mmg best!
ReplyDeleteskrg tgh tunggu untuk yg keenam pulak :)
terima kasih ya....
ReplyDelete