Wednesday, 23 November 2011

Putera Arabku (6)




Sedikit sedutan Putera Arabku bab 6


“Tapi aku ada satu permintaan….” ujar Zack lambat-lambat. “Aku nak tahu tentang seorang pelajar yang bernama Audra Laily binti Hj. Ashaari.” Memang dia khuatir untuk bertanyakan soal itu. Mana tahu Hisyam akan salah sangka padanya. Tapi keinginannya untuk mengenali Audra Laily lebih mengatasi perasaan khuatirnya.

Hisyam diam seketika. Dahinya berkerut. “Dari mana kau kenal dengan pelajar ni? Kenapa dengan dia?” tanya Hisyam pula mula khuatir jika Audra terlibat dalam apa-apa masalah dengan Zack. Atau mungkinkah kebijaksanaan Audra sudah sampai ke telinga Zack?

“Dia pelajar tahun akhir?” tanya Zack kembali. Hisyam mengangguk. “Kalau boleh aku nak kau senaraikan sekali nama dia untuk datang interview.”

Hisyam ketawa kecil. Dia menarik nafas kelegaan. Garis kerisauan mula hilang dari wajahnya. “Macam mana kau boleh kenal dia? Dia ni tersenarai dalam calon pelajar terbaik. Pointer dia selalu tinggi! Kalau kau choose dia……..” tergeleng-geleng kepala Hisyam. “……terbaik!! Always in the top!!”

“Biar betul kau??!!” Dahi Zack sudah berkedut. Gadis yang suka berangan entah apa-apa tu tersenarai dalam calon pelajar terbaik? First place? Macam tak masuk akal je!! “Tak salah kau ni??”

“Audra, she’s the best student in account! For real!!” ujar Hisyam dengan yakin sekali. “By the way, kalau kau tak tahu tentang ni, kenapa kau mahu aku calonkan dia?” Pelik juga, jika Zack tak tahu yang Audra adalah pelajar akaun terbaik, bagaimana dia boleh mengenali Audra?

Zack diam seketika. Berfikir sejenak. Satu pengajaran yang dibelajarnya hari ini. Audra, dia bukan calang-calang gadis. Kalau begitu kata Hisyam, tentu ada sesuatu yang istimewa tentang dia. Jika tidak tak mungkin dia menjadi terbaik biarpun dia suka berangan. Maknanya, dia seorang gadis yang suka berangan tetapi anganannya tidak pernah tenggelamkan dunia nyata!! “Okey….kalau macam tu, kau tolong uruskan ya. Bila dan di mana interview, aku akan update. Deal?” Soalan Hisyam dibiarkan menyepi.

Deal!!! Aku akan uruskan semuanya.” Terangguk-angguk kepala Hisyam.

“Tapi aku ada satu syarat……!!” ujar Zack sambil memandang Hisyam dengan serius. “Semua pelajar-pelajar tak boleh tahu siapa aku. Tak ada siapa yang akan kenal dengan Tuan Syed Zikri Syed Zarkasyi. Mereka hanya perlu mengenali aku sebagai Zack, orang kanan Tuan Syed!!”

Tercengang Hisyam dengan syarat yang dikenakan. “How come….??!! You’re the famous Tuan Syed!!” Terpinga-pinga Hisyam di situ. “Dalam akhbar, majalah, semuanya ada muka kau!”

“Tak pe….dalam majalah dengan luar tak sama! Pandai-pandailah aku ubah apa-apa yang patut. I’ll change my style!!” Tegas Zack. “Pelajar-pelajar tu tak mungkin akan kenal aku!! And for time being, aku akan batalkan semua fotoshoot dengan majalah dan akhbar!” ujar Zack. “Yang penting, aku mahu mencari pekerja terbaik dan boleh dipercayai!!”

Kini mengertilah Hisyam dengan tujuan Zack. Mungkin dengan menyamar sebagai orang kanan Tuan Syed, dia boleh menyiasat dan mencari pekerja-pekerja yang berpotensi lebih teliti dan bukan pekerja yang hanya suka mencuri tulang.

Tetapi berlainan pula dengan Zack. Dia mahu mengenali siapa Audra Laily yang berjaya membuatkan hari-hari suramnya menjadi ceria. Adakah Audra Laily seorang gadis yang lain dari perempuan yang dikenalinya? Atau adakah dia juga seperti mereka yang hanya mahukannya kerana mahukan kemewahan dunia? Atau mungkin seperti mereka yang tertarik hanya kerana ketampanannya?


Untuk membaca karya ini selanjutnya sila layari:-

No comments:

Post a Comment