Thursday 17 September 2015

Selamat Hari Malaysia


Salam sejahtera

Semoga korang semua bertambah sihat dan sihat dan sihat.... sempena Sambutan Hari Malaysia kelmarin. Tentu kat tempat korang sambut Hari Malaysia dengan meriah, kan?

Di tempat ER, kami penangites sambut Hari Malaysia di Fort Cornwallis. Salah satu kota bersejarah di Penang.

Di sebabkan ER salah seorang yang terlibat dengan malam tu, jadi perlulah datang untuk memeriahkannya.


Sesi raptai dijadualkan pada jam 3 ptg. Ketika ER sampai sana, diorang masih set-up tempat tu. So, sementara menunggu raptai penuh bermula, kami berjalan-jalan di sekitar. Sempatlah jugak snap dengan Autobot yang masih tersadai dah lama di Penang ni.

Bilalah Autobot ni nak kembali ke tempat asalnya utk selamatkan manusia di tempat tu. Ahakss...








Si kakak ni dah ada stail anak dara ni. Posing bukan main.






Budak sebelah kanan ni, kan...tak abis2 nak buat perangai. Hurmmm....Nampak tak kening dia berkerut? Tak puas hati dengan ER sebab tak bawa p taman permainan.




Dua gambar atas ni ada nampak macam orang dok berkawat tak? Punyalah budah baju pink tu buat perangai sampai kena paksa ambil gambar dengan BumbleBee. Kalau tak paksa snap gambar, kang balik rumah dah rasa nyesal pulak.



Bila dah cukup time, kami pun masuk lah ke dalam tempat ni. Inilah pintu depan Fort Conwallis. Untuk sambutan Hari Malaysia, masuk ke sini adalah percuma.




Bergambar dengan tugu Francis Light





                   Kawasan tempat duduk berhadapan pentas utama.




      Gambar di bawah adalah kumpulan-kumpulan penari yang sedang berlarih untuk malam nanti.








Lepas grup ER selesai dengan persembahan, terus kami bergerak balik. Sampai rumah aje dah jam 6 ptg. Mandi, bersiap, makan dah jam 7 ptg. Lepas aje Maghrib, terus kami bergerak semula ke Fort Conwallis.

Suasana malam dengan hujan lebat yang baru berhenti memang nampak sangat cantik.



Kebudayaan Melayu

Kebudayaan Cina

Kebudayaan India

Selebriti Artis - Soo Win Si

Persembahan daripada USM, Sabah

INi salah satu persembahan yang terbaik dan mendapat tepukan gemuruh. Sangat hebat!! Dalam tarian ada cerita.










Well....kesimpulannya kami semua enjoy! Nampak tak kusyuknya mereka.....ahaks!!





Selamat Hari Malaysia!!

---------@@-----------
TERIMA KASIH-ER
---------@@-----------









No comments:

Post a Comment