Thursday, 7 April 2011

Ada Juga Yang Tidak Boleh

Kalau mereka boleh aku pun boleh. Begitulah prinsip yang dipegang oleh seorang pemuda. Pantang di cabar dia akan menyahut semua cabaran yang dihadapkan kepadanya.

Satu hari dia hendak menyeberang sebatang sungai. Malangnya, tiada jambatan atau titi yang boleh digunakannya.

Dia berlegar-legar di tebing mencari ikhtiar untuk menyeberang. Tiba-tiba dilihatnya sebatang kayu kecil merintangi sungai itu dari tebing sebelah sini hingga ke seberang sana.

Bolehkah aku menyeberang sungai sana dengan kayu sekecil ini? Dia berfikir.

Tiba-tiba dia melihat sekumpulan semut sedang merayap di atas batang katu itu. Lantas dia mendapat idea. Jika berpuluh-puluh ekor semut itu boleh meniti di atas batang kayu itu, mengapa aku tidak boleh? Bukankah aku Cuma seorang? Kalau mereka boleh, aku pun boleh. Begitulah detik hatinya.

Tanpa berlengah lagi dia pun meniti di atas batang katu yang kecil itu. Debus! Dia jatuh ke dalam sungai.



Pengajaran:

Ukur baju di badan sendiri! Meneladani orang lain tidak salah, tetapi perlu diseimbangkan dengan mengenal diri sendiri terlebih dahulu. Ini akan mengelakkan diri kita dari bersikap sama ada terlalu yakin atau tidak percaya diri sendiri.

Ilmu Silat Yang Hebat

Seorang remaja bertemu dengan seorang guru silat yang warak. Dia berkata, “Tuan guru tolong ajarkan saya ilmu persilatan.”

“Boleh, syaratnya kamu mesti mentaati perintah ku.”

“Insya-Allah saya akan taat. Bila saya boleh mula belajar?”

“Sekarang juga. Kau pergi ke hadapan mihrab masjid tu. Di sana ada ribuan kitab-kitab lama.”

“Tetapi saya berhajat belajar silat bukannya belajar ilmu agama.”

“Bukankah telah aku katakan tadi, mesti taat baru boleh belajar silat!” tegas Tok Guru.

“Ya…Ya…”

Maka tinggallah remaja itu berbulan-bulan di situ. Kerjanya tidak lain selain menyemak lembaran kitab itu sehelai demi sehelai sehingga habis. Habis sebuah, dia beralih kepada kitab yang lain. Akhirnya, ribuan kitab telah disemaknya menggunkan ibu jari dan jari telunjuknya.

Selepas enam bulan dia merasa sungguh bosan. Dia masih belum diajar walau sedikit pun ilmu persilatan. Sedangkan kawan-kawannya yang belajar dengan guru-guru lain kini telah cekap menumbuk dan menendang. Dia masih terkial-kial menyemak helaian kitab-kitab saban hari.

“Tok Guru saya ingin berhenti. Tiada apa pun silat yang saya belajar di sini. Saya ingin pulang.”

“Tetapi tok sudah pun mengajar kamu ilmu silat!”

“Mengajar ilmu silat? Jangankan menumbuk dan menendang, melangkah saja pun saya belum diajar!”

“Pulanglah, kamu akan faham apa yang Tok maksudkan.”

Apabila pulang ke kampung dia merasa rendah diri dengan berbanding kawan-kawannya. Mereka semua sudah mahir bersilat.

Suatu petang, sedang dia melihat kawan-kawannya bersilat di padang, tiba-tiba seorang dari kawannya jatuh dan kakinya tergeliat.

“Aduh!! Kakiku!!”

Spontan dia memberanikan diri untuk mengurut kaki kawannya itu. Sebaik sahaja dia mula mengurut, tekanan ibu jarinya begitu kuat sehingga kaki kawannya melecet dengan teruk dan kaki yang tergeliat itu terus bengkok seakan-akan patah.

“Apa yang buat pada kakiku??!! Sakit!!!”

Dia terkejut. Kini barulah dia sedar ibu jarinya punya kuasa yang kuat. Kekuatan yang menyamai penyepit besi.

Itulah kekuatan daripada ilmu silat Tok Gurunya yang dipindahkan kepada ibu jarinya sewaktu dia disuruh menyemak helaian demi helaian kitab tempoh hari!



Pengajaran:

Ilmu yang tinggi diajar secara berhikmah, umpama akar pokok yang bergerak perlahan tetapi dapat menembusi batu dan tanah yang keras. Guru yang ikhlas mengajar dengan rendah diri dan ikhlas kerana Allah.

Wednesday, 6 April 2011

Kenapa Wanita Mudah Menangis....

Why Do Women Cry So Easily?


A Beautiful Story.


 
A little boy asked his mother, "Why are you crying?" "Because I need to" she said. "I don't understand," the boy said. His Mom just hugged him and said, "And you never will."Later the little boy asked his father, "Why does mother seem to cry for no reason?""All women cry for no reason," his dad answered carelessly.






The little boy, still wondering why women cry, finally asked the old wise Shaykh (his Islamic Teacher)."He surely knows the answer", he thought."Ya Shaykh! Why do women cry so easily?"The wise teacher replied,"When Allah made the woman she had to be made so special. He made her shoulders strong enough to carry the weight of the world, yet gentle enough to give comfort. He gave her an inner strength to endure childbirth and the rejection that comes from her children. He gave her a hardness that allows her to keep going whenever everyone else gives up, and take care of her family through sickness and fatigue without complaining. He gave her the sensitivity to love her children under any and all circumstances,even when her child hurts her very badly. He gave her strength to carry her husband through his faults and fashioned her from his rib to protect his heart. He gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife, but sometimes tests her strengths and her resolve to stand beside him unfalteringly.



 


And lastly, He gave her a tear. This is hers and only hers exclusively to use whenever she needs it. She needs no reason, no explanation,it ’s hers.You see my son, the beauty of a woman is not in the clothes she wears, the beauty of her face, or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes, because that is the doorway to her heart - the place where love resides."The little boy found the answer and never asked the same question again.