BAB 22
FARIZ memegang tiang besi dan menghadap cerunan bukit yang disinari dengan cahaya kawasan perumahan yang jauh kelihatan dari atas bukit. Kemudian dia beralih memandang Ilyana seketika yang sedang duduk di bangku dan memandangnya. Dia beralih semula ke posisi asal.
Dia menghela nafas. Perlukah dia berterus terang dengan Ilyana? Dia khuatir jika apa yang bermain di fikirannya dan keluarganya adalah satu kesilapan. Dalam situasi begini, dia merasa terhimpit. Di telan mati mak, di luah mati bapak. Bukankah dia juga yang bersalah? Dia yang menjebak Ilyana dalam perkara ini.
“Kenapa Fariz? You macam stress je.....” Ilyana sudah jemu menunggu. Sedari tadi Fariz hanya menyepikan diri.
Fariz beralih memandang Ilyana dan bersandar di palang besi yang menjadi penghadang tebing bukit itu.
“I harap you tak salah faham....” ujar Fariz dengan hati yang berat.
Tapi menurut firasatnya kata-kata mama dan papa ada benarnya. Dia sendiri berfikiran seperti mereka.
“MAMA tak suka dengan Ilyana!” ujar Rosnah serius.
“Mama......” Fariz menghela nafas. “Mama, kan tahu Ilyana tu cuma nak tolong kita. Lagi pun mama dan papa yang rancang semua ni!”
“Itu mama fahamlah. Memang mama dan papa yang rancang semua ni. Tapi Ilyana tu bukan macam nak tolong kita. Dia hanya memburukkan keadaan!”
Rosnah memeluk tubuh. Memang benar, apa yang dilihat dan diperhatikannya, Ilyana cuba melebihi had yang mereka rancang. Setiap hari gadis itu akan bertandang ke rumah dengan alasan rindukan Aiman.
Tetapi dari gayanya tidak menampakkan seperti itu. Gadis itu lebih banyak meluangkan masa dengan Fariz. Ke sana, Fariz! Ke sini, Fariz! bukan Aiman yang digendongnya, tapi Fariz yang diekorinya.
“Habis tu sekarang awak nak Fariz buat apa?” tanya Ismail yang sedari tadi mendiamkan diri.
Rosnah memandang Ismail lama sambil otaknya ligat berfikir tindakan yang selanjutnya.
“Fariz cari orang lain! Ilyana......” Rosnah beralih kepada Fariz. “....buang dia dari rancangan kita!”
“Cari orang lain?” Fariz menggarukan kepalanya. “Kalau macam tu, nampak sangat macam Fariz ni desperate!”
Rosnah tertawa kecil mendengar kata-kata Fariz.
“Mama ni!! Fariz serius ni!”
“Macam ni jelah......” Ismail memandang isteri dan anaknya. “Memandangkan rancangan ni tak menjadi seperti yang dirancang.......kita batalkan je!”
Fariz dan Rosnah diam seketika, cuba berfikir dengan mendalam cadangan Ismail.
“Mama setuju!” Rosnah bersuara akhirnya. “Kita batalkan rancangan ni dan kita fikir rancangan lain!”
Fariz sudah tertunduk memandang lantai dan kedua-dua tangannya memegang kepala. Rosnah menggeleng kepala melihat Fariz. Dia tahu Fariz tertekan.
“Fariz........mama faham situasi Fariz.” Dia memegang bahu Fariz lembut. “Tapi mama dan papa hanya mahu yang terbaik untuk Aiman. Fariz pun mahu macam tu, kan?”
Fariz mengangkat wajah lalu memandang mamanya. Rosnah tersenyum lalu menganggukkan kepala. Fariz turut mengukirkan senyuman.
Ya......memang benar kata mama. Semuanya untuk Aiman!
“FARIZ!!!” Ilyana menampar bahu lelaki itu yang tenggelam bersama angannya. Bahu Fariz terhenjut sedikit kerana terkejut. Ilyana di sisinya dipandang sambil mengurut dadanya.
“You ni......mengelamun je.......” Bibirnya memuncung ke depan. “Apa maksud you I salah faham?”
“Tak.....tak.....bukan macam tu......” Fariz menggaru belakang telinganya yang tidak gatal.
“I cuma......tak nak you salah faham hubungan kita....” ujar Fariz lambat-lambat.
Ilyana menjungkitkan keningnya. Kini dia faham. Mungkin sikapnya telah dapat di hidu Fariz.
“I fahamlah Fariz! I tahulah! I ni cuma nak tolong you dapatkan Maisara! Tu je.......” Kedengaran rajuk dari suaranya. Fariz mula merasa bersalah.
“I faham.....tapi lately, you macam....a little bit to far......”
“Ni mesti orang tua you ada kata apa-apa!” Ilyana menjeling Fariz sambil memeluk tubuhnya.
Kalau bukan pasal orang tua Fariz, tak mungkin Fariz akan berkata begitu! Ilyana masih memandang lelaki itu. Dadanya mula bergetar menahan marah.
“Bukan macam tu.....” ujar Fariz cuba mempertahankan tuduhan Ilyana. “Diorang tak de kaitan dalam hal ni. Cuma, mungkin I rasa lakonan you......terlebih sikit! Lagi pun I cuma minta you berlakon kalau Maisara ada. Bukan setiap hari.....”
Ilyana menghembus nafas lalu berjalan menjauhi Fariz. Dia diam seketika seperti melayani perasaannya sendiri.
“I tak sangka niat baik I disalah ertikan.......” Ilyana tertunduk. Sedih. Airmatanya bergelinang. Dia memandang Fariz.
“Sampai hati you Fariz!!” Kini dia sudah teresak-esak.
Fariz mula tidak keruan. Dia memandang sekelilinga. Kelihatan beberapa mata sudah mula memandang mereka. Dia menghampiri Ilyana dan memegang bahu wanita itu.
“Janganlah macam ni.........” Fariz tak tentu arah. Esakan Ilyana semakin sayu ditelinganya. “Okey.....I’m sorry......I’m sorry......”
Ilyana menyapu airmatanya lalu mendongak kepala memandang Fariz di depannya.
“Maafkan I, okey?”
“I tak pernah berniat jahat dengan you! I cuma nak tolong you! Tapi I tak sangka.......” Ilyana menggelengkan kepalanya.
“Setiap kali di depan Maisara, I cuba sedaya upaya untuk membuatkan dia cemburu. Apa yang I lakukan semuanya dengan niat untuk bantu you.” Sisa-sisa esakan masih berselang-seli dengan suaranya.
“I tak de simpan apa-apa niat pun. Setiap hari I ke rumah you sebab I rindukan Aiman. Sejak I kenal Aiman, I mula sayang dengan dia. Takkan itu pun salah?!”
“Tak pelah Fariz.......” Ilyana menyapu airmata yang masih bersisa di pipinya. “Kalau you tak suka, mulai dari saat ini, I takkan ke rumah you lagi. Bila-bila you perlukan I, call I. Baru I datang cari you!”
“Ilyana......Ilyana......” Fariz mengurut dahinya. Persaan bersalah benar-benar menguasai fikirannya sekarang.
“I tak bermaksud nak lukakan hati you.......Maafkan I, okey.....” Dia merenung mata yang sayu itu.
“Tak pelah, Fariz.....” Ilyana mengukirkan senyuman. Lega Fariz melihat senyuman itu.
“Maafkan I, okey.......” Fariz mengulangi kata-kata maaf.
Ilyana menganggukkan kepalanya.
“I tak nak berburuk sangka dengan you lagi. So......I dah bincang dengan family I....” Fariz berpaling membelakangkan Ilyana. “......rancangan ni dihentikan dan you tak perlu lagi berpura-pura di depan Maisara.”
“Kenapa?” terkejut Ilyana. Di dalam hatinya mula menyumpah-nyumpah keluarga Fariz.
Tak guna!!
“Biarlah.......I tak nak menyusahkan you lagi. Soal Maisara, biarlah I sendiri cari jalan lain.”
Tak guna!!! Tak guna!!
Ilyana menggenggam penumbuk menahan geram. Kenapa rancangan ini perlu dibatalkan?! Sedangkan rancangan inilah jambatan untuk dia tiba ke destinasi yang diidamkannya.
“Maksud you??” Seraut wajah sedih mengundang pilu di hati Fariz. “I dah tak boleh nak jumpa Aiman?”
Fariz tersenyum mendengar soalan itu. Dia memegang bahu Ilyana.
“Bila-bila masa saja Ilyana.......” Fariz tersenyum. “Kedatangan you di alu-alukan.”
Mata Ilyana terpancar kegembiraan. Tanpa segan silu, Ilyana terus mendakap tubuh Fariz.
Fariz terkejut di awalnya tetapi kemudian memikirkan kemungkinan Ilyana terlalu gembira setelah dia memberi keizinan untuk bertemu dengan Aiman, lalu dia membiarkan sahaja.
“Terima kasih Fariz......” Tubuh itu dipeluk erat. Senyuman menguntum dari bibirnya.

Hem..nyampah tulla aku dgn minah ni..
ReplyDeletemengada2..
kak puteri cepatla sambung lagi...
tulah fariz....takde beban, cari beban.....kan!!!!!nak maisara dgn fariz!!!!!tau!!!tau!!!!!
ReplyDelete