Monday, 26 April 2010

Hanya Dia 23



BAB 23




MASIH terbayang lagi di ruang mata Maisara bagaimana mesranya Ilyana dan Fariz sewaktu dia dan Hanum terlihat mereka ketika keluar malam minggu yang lalu.
Menyesal dia menurut kemahuan Hanum yang meminta dia menemani ke rumah ibu saudaranya. Kebetulan, rumah ibu saudara Hanum berdekatan dengan gerai mee rebus yang cukup terkenal di situ. Lantas mereka membuat keputusan untuk ke sana.
Ketika mereka berdua sedang enak menjamu selera, dia terpandangkan sepasang manusia di bawah rimbunan pohon-pohon besar yang tidak jauh dari situ. Walaupun keadaan di situ agak kelam, namun kereta yang diparkirkan tidak jauh dari pasangan itu cukup meyakinkan dia siapa pasangan itu.
Lebih menyakitkan hati apabila terlihat pasangan itu berpelukan di tempat awam seperti itu. Memang melampau! Baik Fariz mahupun Ilyana, kedua-duanya tidak beradap!
Sehingga saat ini, walaupun berkali-kali dia memberitahu dia tidak kisah tentang kejadian itu, namun masih terbayang di ruang matanya saat Ilyana memeluk Fariz erat.
Ah.....Ilyana......Layakkah wanita seperti ini yang tidak tahu menjaga maruah diri menjadi ibu Aiman. Pelajaran apakah yang bakal dididik Ilyana kepada anak itu?
Maisara menjadi buntu apabila mengingatkan Aiman.
Dia teringat semula kata-kata Zack.
“Dia mungkin boleh menjadi isteri Encik Fariz, tetapi dia bukan seorang ibu yang baik untuk Aiman.”
Maisara bangun lalu mundar mandir di dalam kamar tidurnya. Dia berfikir dan terus berfikir.
Aku perlu lakukan sesuatu demi masa depan Aiman! Semuanya hanya untuk Aiman!

Di beranda biliknya, Fariz mengelamun sendirian. Sesekali matanya memerhatikan Aiman yang sudah lena di katil bayinya.
Di saat ini, matanya masih belum mahu lelap. Setiap kali dia ingin menutup mata, pasti kata-kata Ilyana berdesing di telinganya.
“Kenapa you pilih Maisara? Sedangkan Maisara sudah ada Zack!”
Zack!!! Zack!! Zack!!
Hanya nama lelaki itu yang terngiang-ngiang di telinganya. Kenapa Zack masih mendekatkan dirinya dengan Maisara? Bukankah dia telah memberi amaran kepada lelaki itu?
“Bukan Maisara seorang saja yang layak menjaga Aiman?! Kalau you beri peluang, tentu masih ramai lagi yang mampu memberi kasih sayang mereka pada Aiman!” Ilyana mempersoalkan keputusannya.
“Kenapa hanya Maisara? You nak hancurkan hubungan Maisara dengan Zack?” Ilyana terus mengasaknya dengan pelbagai persoalan. Fariz masih terus membisu.
“Takkanlah kerana permintaan arwah isteri you, you terpaksa terima. Come onlah Fariz, Maisara tak mahukan you. Lagi pun, you sendiri tak de perasaan pada dia, kan? Kalau you dengan Maisara berkahwin tentu perkahwinan you takkan bahagia!”
“Sebelum ni rancangan you untuk membuat Maisara cemburu memang tak berhasil. Kenapa? Sebab Maisara tak cintakan you!”
“Ini bukan soal cinta Ilyana......Ini soal Aiman! Hanya Maisara saja yang berhak menjadi mama Aiman!”
Fariz menarik nafas panjang lalu dilepasnya perlahan. Biar apa pun sahaja alasannya, hanya Maisara sahaja yang layak berada di sampingnya dan menjadi mama Aiman.
Maisara.......Hanya Maisara yang layak untuk menjaga Aiman. Hanya dia!!
Fariz bertekad. Walau apa pun jalannya, dia perlu mendapatkan Maisara. Demi Aiman! Demi Suhana! Dan demi cintanya!

1 comment: