Thursday, 8 April 2010

Hanya Dia 21


BAB 21


MATA Zack meliar mencari kelibat Maisara yang hilang bersama sekumpulan pekerja di bangunan itu. Nasibnya agak baik apabila dia terlihat kelibat Maisara yang beriringan dengan Hanum. Pantas dia berlari anak menghampiri mereka.
“Maisara!” lengan Maisara dicapai.
Maisara yang agak terkejut kerana tiba-tiba lengannya ditarik pantas beralih. Hanum di sebelahnya turut melakukan begitu.
I hantar you balik!” ujarnya.
Maisara mula kelihatan tak keruan. Dia melirik Hanum di sebelah. Terjungkit-jungkit kening Hanum seolah-olah mengusiknya.
“Tak payahlah Encik Zack. Saya balik dengan Hanum je.”
Memang sejak keretanya meragam dahulu, abah terus memaksanya untuk menjual kereta itu. Dan sekarang dia akan menumpang kereta Hanum ketika pulang dari kerja. Di waktu paginya pula, dia akan keluar bersama abah. Pak Kassim akan menghantarnya dahulu sebelum terus ke pejabat abah.
Zack beralih memandang Hanum.
“Do you mind.......?” dia bertanya.
“Oh....arg....oh tak....tak.....” Hanum menggelengkan kepalanya. Dia memandang Maisara.
“Tak pelah Sara. Kau balik dengan Encik Zack jelah....” tanpa menunggu jawapan Maisara, Hanum berlalu pergi.
“Hanum!!” Panggil Maisara sambil langkahnya diatur untuk mengekori jejak Hanum.
“Sara!” pantas Zack menggenggam pergelangan tangan Maisara. Langkah Maisara terhenti. Dia memandang pergelangan tangannya yang digenggam kemas.
“Sorry....” Zack menarik semula tangannya. Maisara memandang sekeliling, cuba mencari kelibat Sofea. Dia khuatir jika Sofea melihat dia bersama Encik Zack. Pasti akan berlaku pertengkaran antara mereka lagi.
Dia menghembus nafas kelegaan apabila bayang Sofea tidak ada di situ.
“Ada apa Encik Zack?” tanya Maisara. Sejak akhir-akhir ni sikap Encik Zack berlainan sekali padanya. Layanan yang diberikan Encik Zack adakalanya melebihi layanan seorang majikan kepada pekerjanya hingga membuatkan Maisara merasa seram.
Hatinya memberitahu Encik Zack mempunyai perasaan padanya. Namun, akalnya selalu membangkang. Mungkin Encik Zack berbaik dengannya setelah mengetahui dia mempunyai hubungan persaudaraan dengan Fariz. Tentu saja Encik Zack mahu menjaga hubungan baiknya dengan Pengarah Infera Emas itu.
“Jom kita keluar!” ajak Zack tanpa berselindung. Terkedu Maisara seketika.
“Hmm.....” Otak Maisara cuba memikirkan alasan.
“Please, Sara. I need to talk to you!” rayu Zack.
Maisara mengeluh. Dia memandang Zack.
“Kita bincang esok kat office jelah, Encik Zack....” ujar Maisara cuba mengelakkan diri.
“No, Sara. Office is not for personal thing!”
“Personal thing?” tercengang wajah Maisara. Zack tersenyum melihat wajah itu.
“Nanti I explain, okey?”
Maisara mengeluh lagi........

ILYANA membelek-belek perlbagai tas tangan yang tergantung di butik Carlo Rino. Setelah memilih satu yang sesuai dengan citarasanya, dia mengambil dan membayar di kaunter.
Setelah itu dia berjalan keluar dari butik sambil matanya tidak lepas memandang kanan dan kiri. Melihat baju-baju dan aksesori-aksesori yang mungkin menarik minatnya.
Sambil meliar memandang di sekitar, tiba-tiba matanya menangkap sepasang manusia yang sangat dikenalinya. Dia membuka cermin mata hitam yang menutupi matanya dan memandang lagi sepasang manusia itu. Tercengang dia seketika.
Namun tiba-tiba hatinya berbunga riang. Ah.....segala-galanya memudahkan dia untuk mencapai cita-citanya.
Cermin mata hitamnya dipakai kembali lalu dia menghampiri pasangan itu.
“Hai Zack!!” Dia menegur.
Zack yang sedang beriringan dengan Maisara terkedu seketika melihat kelibat di depannya. Begitu juga dengan Maisara.
“Hai Sara!!” Ilyana berpaling pula kepada Maisara.
“Kenal ke?” tanya Zack terkejut sambil pandangannya silih berganti antara Maisara dan Ilyana.
Of courselah......” Ilyana memeluk bahu Maisara. “Ni buah hati you ke?”
Zack memandang Maisara lalu tersenyum.
No......teman sepejabat,” ujar Zack akhirnya. Kalaulah dia bisa mengenalkan Maisara sebagai kekasihnya........alangkah bahagianya dirasa.
Jawapan yang diberikan Zack itu membuatkan wajah Ilyana berubah. Tetapi kemudian dia tersenyum kembali.
Selama dia kenal Zack, dia cukup arif dengan sikap lelaki itu yang sukar untuk keluar dengan wanita melainkan wanita itu istimewa di hatinya.
“Don’t tell me she is just a friend!” Ilyana memandang Zack dengan jelingan.
“For now on...yeah.....but one day I hope I can introduce her as my special friend!”ujar Zack sambil memberi petunjuk kepada Maisara tentang perasaannya.
Wajah Maisara merona merah mendengar ujaran Zack. Dia menjeling Zack sekilas sebelum berpaling memandang Ilyana.
Actually, Encik Zack ni bos I,” beritahu Maisara. Dia tidak mahu Ilyana salah ertikan hubungannya dengan Encik Zack.
“Oh....I see....” Ilyana tersenyum lagi. “But one thing for sure.......Zack, dia takkan keluar dengan mana-mana perempuan melainkan perempuan tu special untuk dia,” ujar Ilyana pada Maisara sambil menjeling Zack yang sudah tersenyum sumbing.
Maisara menelan air liurnya.
“Okeylah......I tak nak ganggu both of you. So, I think I better take a move now,” Ilyana meminta diri. “Bye.....Have a nice date!!”
Ilyana bergerak sambil tangannya melambai mereka berdua. Zack memandang Maisara yang masih lagi terarah kepada Ilyana.
“Maisara.....” panggil Zack. Maisara berpaling. “Shall We?”
Mereka berdua berjalan menuju ke Restoran Anggerik yang terletak di tingkat bawah Queensbay Mall.
“Terima kasih,” ucap Zack kepada pelayan setelah menu pesanan diambil. Gadis yang tersenyum manis itu menundukkan sedikit kepalanya lalu berlalu pergi.
“Encik Zack dah lama kenal Ilyana?” tanya Maisara.
“Lama.” Terangguk-angguk kepala Zack. “Sebenarnya, dia tu sepupu saya,”
“Sepupu?” Maisara agak terkejut sedikit.
Aduh!!! Masalah betullah........
“Kenapa Maisara?” tanya Zack. “Awak macam tak selesa dengan dia.”
“Eh....tak delah.....Mana ada Encik Zack,” pantas Maisara mengelak.
Memang dia kurang senang dengan Ilyana. Tapi mana mungkin dia beritahu tentang itu pada Encik Zack. Apatah lagi bila mengetahui mereka berdua adalah sepupu.
Zack tersenyum memandang Maisara. Walaupun gadis itu menafikannya, dia dapat merasakan perasaan itu.
“Saya faham kalau awak kurang senang dengan Ilyana,” ujar Zack. “Saya harap awak tak ambil hati. Memang begitu sikap dia. Biasalah, anak tunggal dan sering dimanjakan!”
“Encik Zack tentu tahu hubungan Ilyana dengan Encik Fariz, kan?”
“Hubungan?” Zack mengusap dagunya sambil berfikir. “Maksud awak?”
“Takkanlah Encik Zack tak tahu......” Maisara cuba mencungkil rahsia. “Kan Ilyana tu sepupu Encik Zack......”
“Maksud awak.......diorang tu ada.......special relationship ke?” soal Zack yang masih tidak mengerti. Di dalam hatinya sudah berdebar. Ilyana ada hubungan dengan suami orang?
Maisara menganggukkan kepalanya mengiakan soalan itu.
“What?!” Zack kelihatan terkejut sedikit.
“Kakak awak tahu ke tentang hal ni?” Zack menunjukkan rasa kurang senang dengan berita yang di dengarnya.
“Kakak?” Maisara agak terkejut dengan soalan itu tetapi kemudian dia mengerti. Mungkin Encik Zack masih belum mengetahui perkara sebenarnya.
“Kakak saya dah meninggal, Encik Zack....” sayu hatinya ketika berkata begitu. Zack terkedu seketika.
“Maaf.....”
“Tak pe.....” Maisara kembali tersenyum.
“Jadi, Maisara tak suka hubungan Ilyana dengan Encik Fariz?”
“Bukan itu masalah Encik Zack....” Maisara memandang Zack lama. Perlukah dia meluahkan kegusarannya tentang Ilyana? Bolehkah Encik Zack terima seandainya dia memberitahu dia tidak yakin Ilyana mampu menjaga Aiman dengan sebaik-baiknya?
“Jadi, apa masalahnya?” Zack memandang tepat ke anak mata Maisara. Dia benar-benar mahu tahu masalah yang membelengu gadis itu.
“Aiman.....” Maisara bersuara setelah merasa yakin untuk bercerita dengan Zack.
“Aiman? Siapa Aiman?”
“Anak Encik Fariz dan arwah kakak saya.......” Maisara diam seketika.
Zack memandang wajah sugul di depannya. Kini dia mengerti apa yang membuatkan Maisara kurang senang dengan Ilyana. Tapi kegusaran Maisara memang kena pada tempatnya. Seandainya Fariz tidak mempunyai anak dengan arwah isterinya dahulu, tentu saja tiada masalah. Tetapi.......
“Ilyana.......Saya tak yakin Ilyana mampu menjaga Aiman dengan baik.”
Pantas kepala Maisara terangkat memandang Zack. Itulah yang ditakutinya! Memang dia dapat merasakan perkara yang sama. Tetapi dia tidak menyangka, Zack juga berfikir seperti itu.
“Walaupun dia sepupu saya, tak semestinya saya akan berpihak pada dia,” Zack merenung Maisara. “Ilyana dibesarkan dengan kemewahan dan kemanjaan yang lebih dari keluarganya. Segala kemahuan dia, pasti diturutkan. Mungkin kerana itu dia sedikit sombong.”
“Cara kehidupannya juga agak kebaratan. Dia sedikit liar dan suka menghabiskan masa di kelab malam,” Zack tertunduk seketika. “Dia mungkin boleh menjadi isteri Encik Fariz, tetapi dia bukan seorang ibu yang baik untuk Aiman.”
Terdengar keluhan dari bibir Maisara.
“Maisara jangan risau. Kalau benar Ilyana pilihan Encik Fariz, tentu ada sebab yang pasti dia yakin dengan pilihannya. Tak mungkin Encik Fariz langsung tak ambil kisah tentang anaknya sendiri, kan?” Zack tersenyum cuba menghilangkan kegusaran Maisara.
Melihatkan senyuman dari bibir Zack, Maisara turut mengukirkan senyuman walaupun senyuman itu nampak tidak lahir dari hatinya.
Aiman.............

1 comment:

  1. mesti lepas ni, bila ilyana cerita kat fariz,....fariz panas!!!!!!!

    ReplyDelete