Friday 13 September 2013

Ratu Hati Si Putera Arab 23





Assalamualaikum....

Bab kali ini agak pendek berbanding bab sebelumnya....
Jemput baca walaupun agak pendek ya....

eNjOy ReAdInG..



----------@@------------


DI PERTENGAHAN jalan Audra mengangkat tubuh kecil Iman. Matahari semakin menaik, namun langkah kecil Iman begitu perlahan kerana itulah dia mengangkat Iman dan mendukungnya.

            “Angah,” panggil Iman dengan perlahan.

            “Ada apa sayang?” Satu ciuman singgah di pipi Iman.

            “Angah tak suka dengan ami?” soal Iman.

            Soalan Iman membuatkan kening Audra berkerut. Mengapa pula Iman bertanya begitu? jelaskah di wajahnya tentang perasaan yang dirasakan?

“Taklah! Mana ada,” dalih Audra. “Kenapa Iman tanya macam tu?” Audra cuba mengukirkan senyuman untuk menyembunyikan rahsia hati.

            “Tapi, Iman tengok angah macam tak suka aje dengan ami. Selalunya, angah baik dengan semua orang tapi angah selalu jeling-jeling bila ada ami.” Nadanya seakan merajuk.

            Audra menelan air liurnya. Kalau Iman dah kata begitu, memang layanan dinginnya kepada Zack sangat jelas. Jangan-jangan, keluarganya yang lain juga merasakan demikian. Sepatutnya dia lebih bijak menyembunyikan rahsia hati.

            “Ish, mana ada!” Audra menyangkal lagi. “Angah cuma berhati-hati. Sebagai seorang perempuan,  kita sentiasa perlu berhati-hati dengan sesiapa saja yang baru kita kenal.” Nasihat Audra kepada Iman. “Kita tak boleh terus percaya pada orang tanpa usul periksa.”

            “Tapi, kalau opah dan atuk suka dengan ami, maknanya ami tu orang baik,” balas Iman.

            Ya, kata-kata Iman itu ada benarnya. Mak dan abah lebih bijak menilai peribadi seseorang. Tentu Zack ada sesuatu yang istimewa dalam dirinya. Lagipun, bukankah lelaki itu yang membuatkan jantungnya berhenti berdegup? Audra mengeluh apabila mengingatkan perkara itu.

            Dalam tak sedar, mereka telah tiba di rumah. Iman terus melonjakkan badannya untuk turun. Terkejut Audra seketika dengan tindakan Iman. Mujurlah Iman tidak jatuh. Tergeleng-geleng kepalanya melihat Iman yang sudah berlari ke dalam sambil memekik memanggil ibunya.

            “Dah balik Ara?” Kelibat Mak Aji tersembul di muka pintu.

            Audra hanya mengangguk lalu menghulurkan bakul kosong kepada Mak Aji. Mak Aji menyelak bakul itu. Tersenyum dia apabila melihat isinya sudah kosong.

            “Mana Along?” tanya Audra sambil menjenguk kepalanya ke dalam.

            “Ada dekat depan tu hah!” balas Mak Aji. “Tengah berbual dengan Kak Miza kamu. Kak Miza baru saja balik pagi tadi,” beritahunya.

            “Kak Miza ada sini?” Terjongket kening Audra. Lama dia tak berjumpa dengan teman baik Along. Kak Miza kini menetap di Kuala Lumpur bersama suaminya. Sesekali dia akan pulang ke kampung untuk melawat keluarganya. “Untung Kak Miza ya, mak,” ujar Audra.

            Mak Aji terus mengalihkan pandangannya kepada Audra. Dia menggeleng lalu melangkah ke dalam. “Nasib setiap orang tak sama Ara,” ujar Mak Aji yang sudah menyambung tugasnya di dapur. Dia akui kata-kata Audra tu ada benarnya.







Dahulu, Miza hanyalah seorang gadis yang berasal dari keluarga yang susah. Kedua ibubapanya hanya mengambil upah membersihkan kebun. Siapa sangka, sejak berkahwin dengan seorang usahawan, hidupnya dan keluarganya terus berubah. Suami Miza juga seorang lelaki yang baik. Tahun lalu, mereka menghantar kedua orang tuanya ke Mekah bagi menunaikan haji.

            Audra menghembus nafas perlahan. Kata-kata mak ada benarnya. Nasib setiap orang memang tidak sama. Audra mencapai nanas di dalam raga. “Mak nak masak apa ni?” tanya Audra sekaligus menukar topik perbualan mereka.

            Mak Aji menoleh memandang Audra. “Mak nak masak gulai nangka,” balasnya.

            “Habis, nanas ni?” tanya Audra sambil tubuhnya sudah berpusing memandang Mak Aji.

            “Itu mak nak buat rojak buah petang nanti. Ara tolong buat kuahnya ya,” pinta Mak Aji.

            “Dah terlanjur Kak Miza ada di sini, bolehlah Ara buat banyak sikit,” bicara Audra. Teringat dia dengan kesukaan Miza. Miza memang suka makan rojak buah. Lebih-lebih kagi jika dia yang membuat kuahnya. Kata Miza, kuah rojak yang dibuatnya hanya satu dalam dunia. Lain dari kuah rojak yang lain.

            “Ada rojak buah?!” Tiba-tiba kedengaran suara yang bertanya dengan gembira. Pantas Audra dan Mak Aji menoleh. Muncul Miza dan Along.

            “Kak Miza!” Pantas Audra bersalam dan berpelukan dengan Miza. “Kak Miza apa khabar?’ tanya Audra.

            “Alhamdulillah. Ara?” Miza mengembalikan soalan itu kepada Audra.

            “Alhamdulillah…sihat, kak!” Audra sudah tersenyum girang. Tangan mereka berdua tergenggam erat. “Eeii! Rindulah dengan Kak Miza!” Sekali lagi Audra mendakap tubuh Miza.

            Miza membalas dakapan Audra dengan erat. “Ara balik kampung seorang diri? Zana tak balik?” Ingatannya melayang kepada sahabat karib Audra.

            Mendengar nama Zana, Audra melepaskan keluhan. Dia juga berharap Zana ada di sini, disampingnya. “Zana tak dapat baliklah, kak. Lain kali, kalau Kak Miza nak balik kampung beritahulah pada Ara. Boleh kita orang plan balik sama-sama. Bila lagi kita nak kumpul macam dulu?” Kenangan lalu sudah bermain diingatannya.

            Ada benarnya kata Audra. Tapi, dia sendiri tak merancang untuk pulang. Dia pulang ke kampung pun apabila mendapat tahu dari orang tuanya yang Along pulang ke kampung bersama Iman. Sebagai sahabat baik Along, dia merasakan dia perlu berada di sisi Along saat ini. Along pasti perlukan teman untuk memberi kekuatan padanya.

            “Lama akak tak nampak Ara. Dah makin cantik sekarang!” pujinya pada Audra. “Lagi cantik dari Along!” usik Miza sambil melirik pada Along yang sudah mengerlingnya. Miza ketawa kecil melihat jelingan Along.

            “Along dan Ara ni sama aje. Suka sangat jelling-jeling orang!” usik Miza lagi.

            “Yelah, dia kan adik aku. Mestilah ikut perangai aku,” ujar Along dan sekali lagi menjeling Miza.

            “Itulah kau Along. Cuba ajar adik kau senyum lebar. Tentu lagi cantik!” tambah Miza. Miza juga memanggil Along dengan panggilan ‘Along’ tanpa menyebut nama Along yang sebenarnya. Kebanyakkan orang kampung juga memanggil Along dengan gelaran itu. Sehinggakan ramai orang kampung tidak tahu nama sebenar Along.

            Audra tersenyum. “Terima kasih, kak. Akak pun apa kurangnya. Akak pun makin cantik!” Memang benar, Kak Miza semakin ayu walaupun tubuhnya agak berisi sedikit berbanding dahulu.

            “Ara sekarang ni dah bekerja di Penang,” ujar Along lalu menarik kerusi di sebelahnya dan mengisyaratkan agar Miza duduk si di sampingnya.

            Miza duduk di situ. “Baguslah. Nanti boleh cari pak we kat sana,” uzik Miza.

            “Ish! Ke situ pulak akak ni!” Audra sudah tergeleng-geleng. “Ara tak terfikir pun tentang hal tu. Ara muda lagi tau! Lagipun, susah nak cari lelaki yang boleh setia.”

            “Kalau nak harapkan si Ara ni, entah bilalah dia nak cari calon suami. Kau macam tak tahu angan-angan dia dulu,” usik Along kembali untuk mengingatkan Miza dengan angan-angan Audra.

            “Angan-angan?” Miza mengggosok dagunya. Dia terlupa tentang itu.

            “Along!” Audra sudak mencekak pinggang sambil menjegil pada Along.

            Mak Aji pula sudah ketawa apabila mengingatkan tentang angan-angan itu. “Kalau nak tunggu lelaki yang boleh buat jantung berhenti berdegup, alamatnya tak jumpalah. Sebab kalau dah berhenti berdegup, makna dah habis nyawa.” Inilah satu sikap yang paling sukar nak di kikis dalam diri Audra. Mulanya, dia ingatkan angan-angan Audra ini hanyalah bersifat sementara tapi tak sangka pula angan-angan itu bertukar menjadi satu impian.

            “Ya Allah!” Miza baru teringat semula dengan angan-angan Audra. Angan-angan inilah yang selalu menjadi bahan gurauan orang lain untuk kenakan Audra. “Ara masih simpan angan-angan tu?!” Dia betul-betul tak percaya Audra masih mengharap begitu.

            Audra sudah menghembuskan nafas geram apabila melihat Along dan Miza sedang mentertawakannya. Dia tahu, mereka menganggapnya sebagai satu angan-angan yang tak mugkin wujud. Tapi tak kisahlah, yang penting, dia dapat melihat Along ketawa lagi. Dah lama dia tak melihat Along ketawa begitu.

            “Entah bilalah adik akak ni nak matang.” Tergeleng-geleng kepala Miza. “Tapi akak yakin, Ara akan jumpa lelaki yang baik untuk Ara sebab adik akak ni baik orangnya!” ujar Miza lalu mengukirkan senyuman manisnya. Manalah tahu jika angan-angan Audra ini menjadi satu kenyataan.

            Along sudah tertunduk. Ya, seorang lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Tapi, kenapa hidupnya jadi begini? Mungkin dia wanita yang kurang baik kerana itulah kebahagiaannya tidak kekal.

            Audra menghampiri Along apabila melihat Along tertunduk sedih. Mungkin Along menangisi nasibnya dalam diam. Tubuh Along dipeluk dari belakang. “Along adalah seorang wanita yang baik, kakak yang baik dan ibu yang baik. Abang Nin yang tak tahu menilai mana kaca dan permata. Dia tak tahu dia telah kehilangan permata yang sangat berharga. Apa yang ditakdirkan Allah ini adalah yang terbaik untuk Along dan Iman. Mungkin, Allah mahu Along menemui seorang lelaki yang lebih layak untuk Along,” pujuk Audra.

            “Benar, sayang.” Mak Aji pulak mengambil tempat Audra apabila Audra memberi laluan padanya. “Along anak yang baik. Ini dugaan buat Along. Mak percaya, ada hikmah disebalik semua ni.” Mak Aji mengeratkan pelukannya.

            Along sudah tersedu sedan dalam pelukan Mak Aji. Audra dan Miza hanya memandang mereka.

            “Ara percaya, Along akan temui kebahagiaan Along semula. Yang penting, Along kena sentiasa percaya pada Allah. Macam Ara yang dah jumpa putera yang membuatkan jantung Ara berhenti berdegup!” Dek kerana terlalu teruja untuk mengembalikan babak sedih ini kepada babak yang ceria, Audra sudah terlepas kata.

            “Siapa?!” Masing-masing terus bertanya dengan suara yang terkejut. Bersama dengan itu, tangisan Along juga terhenti dan dia juga memandang Audra. Dalam masa yang sama, Audra sendiri sudah terkejut dan tergamam apabila melihat kelibat Zack yang sudah berdiri tegak di muka pintu sambil memandang terus kepadanya. Alamak!


------------------@@----------- 

Jika bab sebelum ni menceritakan Zack akan berterus terang tentang siapa dirinya, namun bab ini tidak menyambung dari kisah itu. Bab ini melompat dari situasi di mana Zack berterus terang dengan Pak Aji. Bab-bab yang akan datang, baru saya akan ceritakan sama ada Pak Aji memaafkan Zack atau tidak...Tapi, pembaca pasti dapat mengagaknya kan......

TeRiMa KaSiH kErAnA mEnGiKuTi KiSaH InI...

----------------@@---------------





8 comments:

  1. Alamak..mesti zack dh dengar...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi....rasanya dia dah dengar tuuu.....

      terima kasih atas komennya.... ^^

      Delete
  2. cepat2 smbg....xsabar nk th cite ni.......makin suspen.....

    ReplyDelete
  3. terbaeklah...pasti mamat sengal tu pun nak tahu juga..siapakah gerangan nya lelaki yg bertuah itu..cer along dan Miza mendesak ..pasti minah tu akan terkelu kerna..mamat tu didepan mata..adakah mamat sengal tu sudah melamar angah dari ayahnya..rasa terujanya nak tahu..mmg sudah lama akak menanti E3 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamat sengal.....hihihi.... terbaiklah kalau zack termasuk dlm kategori mamat sengal...hihihi

      terima kasih...
      ^^

      Delete
  4. cepat smbg yer dek...dh tk sabar akk nk bc kisah selanjut nyer...

    ReplyDelete