Thursday, 3 March 2011

Cameron Highland

Tahun lepas sahaja, dua kali saya bertandang ke Cameron Highland. Trip pertama bersama rakan-rakan sepejabat. trip kedua pulak bersama keluarga. Lepas pulang dari trip kedua, alih-alih arwah tok mertua saya minta saya dan suami menemani seorang teman ke Cameron Highland. Terkedu saya sekejap. Nasib baik lastly, teman tu cancel.....Fuhhh....


Antara kenangan manis bersama teman di sana.......





Ketika di restoran Bharat......
Makan kek coklat dan teh strawberry
Nyum.....nyummy....
Gambar ni ketika perjalanan turun dari Cameron Highland
Kebanyakkan tempat-tempat yang saya lawati bersama rakan sepejabat
sama dengan trip bersama keluarga

Trip ini hanya mengambil masa satu hari sahaja. bertolak dari jam
enam pagi dan mula turun dari Cameron dari jam enam petang.


Bersama teman sepejabat....
Berposing sakan......
Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Majlis Perbandaran Pulau Pinang















Ini pulak antara gambar kenangan bersama keluarga.......


 

Cantik sungguh bunga ni.......macam
payung tapi kembang ke bawah
  
Inilah dua orang anak perempuan saya
ketika tiba di puncak ladang. Seronok
bukan main....




Comeiii.....Comeiiii....Comeiii
Dari kiri : Nur Syafikah, Nuril Amni Qistina
Nur Fatihah, Muhamad Alhamd dan
Nurul Uzma Batrisyia
Di Ladang Teh Boh.....
Angin sangat kencang ketika berada di kilang teh




                                                                                                                                   


Anak sapa ni????

Saya dan anak-anak.....Amni dan kakak









Rombongan Keluargaku........


Berehat sebentar
Penat setelah berjalan-jalan melihat pokok-pokok kaktus






     





                                                                                                                      
Trip bersama keluarga selama tiga hari dua malam. Bila malam je, masing-masing menggigil kesejukan. walaupun taklah sesejuk mana, tp tetap tak tahan sebab cuaca yang sangat berbeza dengan Penang. Sejuk beb......tapi siang okey....





Cahaya Hati......

Entah kenapa tetiba saja saya terasa nak share serba sedikit tentang kehidupan saya. Saya harap tak menggangu konsentrasi anda terhadap karya-karya saya. Anggaplah saya mahu berkongsi saat-saat manis di satu-satunya blog ini.....

                                      Pertama sekali saya nak memperkenalkan anak gadis sulung saya........

Inilah dia......Nurul Uzma Batrisyia yang tak lama lagi akan menginjak umur ke lima tahun pada bulan ini. Anak saya yang ini lebih senang di panggil Kakak.
Gambar ni diambil ketika bertandang ke rumah saudara sewaktu Hari Raya tahun lepas



Ini pula anak gadis kedua saya ......Nuril Amni Qistina dan lebih senang di panggil Amni.

Waktu ni baru lepas pulang dari sukan sekolah tadika kakaknya. Saja kenakan tundung, nampak 'kiuuuuut' plak. heheheh....


Kedua-dua anak saya lahir pada bulan Mac. Kakak pada 7 hb dan Amni pada 24 hb........
Ketika melahirkan kakak, due saya lewat lapan hari. manakala ketika melahirkan Amni, tercepat tiga hari pulak......


Sebab berkongsi bulan kelahiran yang sama, jadi tak susahlah untuk saya sambut harijadi mereka. kebetulan jugak mak saya juga pada bulan yang sama iaitu pada 9 Mac.

Inilah birthday gurlz.....bersama nenek mereka...iaitu mak saya yang menyambut harijadi pada bulan yang sama. (Tapi anak2 saya jugak panggil mak pada mak saya).

Ini adalah majlis sambutan harijadi pada tahun lepas di Idrus Ikan Bakar.....nyum...nyum...

Bersama bezday kek......blueberry.....


Hanya Dia 51

BAB 51


TANGAN Maisara menepuk lembut bahu Aiman untuk menidurkannya. Sambil melagukan zikir-zikir munajat, matanya tidak lekang memandang Fariz yang sedang membaca di beranda.

Setelah mata Aiman terpejam rapat, Maisara mengambil bantal dan menyekat di sekeliling katil, agar Aiman tidak akan terjatuh ke bawah. Dengan perlahan dia turun dari katil dan menghampiri Fariz. Kerusi yang kosong bersebelahan Fariz diisinya.

Fariz mengerling Maisara yang baru melabuhkan punggung di tepinya.

“Awak masih nak berahsia dengan saya?” tanya Maisara.

Fariz menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Buku di tangannya ditutup. Dia sendiri tidak pernah terfikir untuk mengungkit kisah silam. Baginya, apa yang terjadi hanyalah sejarah dan takdirNya. Maisara tidak perlu mengetahui apa-apa. Cukuplah sekadar kalau isterinya itu bisa memaafkan dan menerimanya semula.

“Kalau benar saya tak pernah hilang dari hati awak, saya nak tahu kenapa awak nikahi Kak Su?” tanya Maisara dengan penuh sebak di dada. Dia benar-benar berharap agar Fariz bisa berterus terang dengannya.

“Cukuplah kalau awak tahu itu dah jodoh saya dengan dia. Tak perlulah diungkit kisah lalu.....”

Jawapan Fariz memang menghampakan. Kenapa sukar benar untuk Fariz memberitahu sebabnya kenapa dia perlu menikahi Kak Su. Dia tahu dan dia pasti, setelah berjumpa dengan Encik Zack, dia amat yakin Fariz menikahi Suhana kerana untuk menjaga maruah Suhana. Tapi kenapa? Kalau Kak Su yang bersalah kenapa dia yang perlu merana seorang diri setelah Fariz memutuskan untuk bersama Kak Su?

“Awak tahu, setiap kali saya lihat dan tenung wajah Aiman......Saya rasa sesuatu,” ujar Maisara. “Saya tak nampak wajah Kak Su atau mana-mana saudara saya. Raut wajah dia ikut mana-mana famili awak ke?”

Terkedu Fariz seketika dengan soalan itu. Maisara melirik wajah yang sedikit terkejut itu. Selama ini memang dia tidak pernah mengesyaki apa-apa. Tetapi sejak Hanum menegurnya tempoh hari, barulah dia terperasankan hal ini.

“Kenapa awak tanya macam tu? Penting sangatkah raut wajah seorang anak untuk mengikut wajah ibu bapa?”

No.....bukan macam tu! I’m just curious!” Maisara menjeling lalu bangun dan meninggalkan Fariz.

Kenapa tiba-tiba Maisara membangkitkan isu itu? Kening Fariz berkerut. Dia mengetahui sesuatu ke? Fariz mengeluh. Dia bangun lalu berdiri di beranda.

Malam yang pekat dan kelam itu ditenungnya. Setitik air jatuh ke tangannya. Setitik lagi dan beberapa titik lagi. Kemudian, hujan renyai-renyai mula menitik terus ke bumi. Fariz mencapai bukunya lalu melangkah ke dalam kamar. Pintu gelonsor di tutupnya rapat.

Dia menghampiri Aiman yang sudah nyenyak mengulir mimpi. Hujan diluar semakin lebat. Fariz tertunduk memandang lantai. Di saat hujan lebat beginilah, segala-galanya bermula. Sejak itulah dia terperangkap di dalam situasi sekarang.



DALAM kepekatan malam dan hujan lebat yang turun mencurah-curah, Fariz tetap meredah dengan keretanya untuk pulang ke rumah setelah usai menghadiri mesyuarat sebentar tadi.

Sedang memberi tumpuan dalam pemanduannya, telefonnya berbunyi menandakan satu pesanan ringkas di terima. Dia pasti, pesanan ringkas itu pasti datangnya dari Maisara. Dengan mata yang masih memandang jalan, dia meraba-raba poket seluarnya lalu mencapai telefon.

Tangannya menekan punat-punat telefon untuk membaca pesanan ringkas itu. Sesekali matanya terarah antara jalan raya dan telefon di tangannya. Tersenyum dia membaca pesanan yang sememangnya datang dari Maisara.

Namun senyumannya berakhir di saat dia terlihat bayang-bayang melintas di depannya. Dengan terkejut dan kaget, dia menekan brek. Mujurlah ketika dia menyedari bayang itu, bayang itu masih jauh. Dalam keadaan hujan dan jalan yang licin keretanya sempat berhenti betul-betul di depan susuk tubuh yang terhenti di tengah jalan.

Lampu keretanya yang menyala dalam kepekatan malam itu, menunjukkan jelas wajah seorang gadis yang dikenali dalam keadaan yang tak terurus dan masih berpakaian seragam kerja yang serba putih itu. Gadis itu kebasahan dalam hujan yang lebat.

“Suhana.....” Walaupun kelam dan cahaya disinari cahaya lampu keretanya, dia masih bisa menangkap wajah yang kusut itu.

Melihat sahaja Suhana dalam keadaan begitu, dia meluru keluar dan mendapatkan Suhana dalam hujan lebat itu.

“Su.....kenapa Su??” tanyanya sambil kedua tangannya memegang bahu Suhana.

Dengan wajah yang sugul dan rambutnya yang basah menutupi hampir separuh wajahnya, dia melirik Fariz lalu menangis.

“Tolong aku Fariz!” dia merintih.

“Mari!” Fariz membawa Suhana masuk ke tempat duduk sebelahnya. Kemudian dia berlari kembali masuk ke tempat pemandu.

Fariz mencapai kot di yang tergantung di tempat duduk belakang lalu menutupi tubuh Suhana yang kebasahan. Dia mematikan penghawa dingin kerana kesejukan. Bajunya yang basah membuatkan dirinya kedinginan.

“Kenapa Su? Apa yang dah berlaku?” tanya Fariz kembali. Pelik, tiba-tiba sahaja Suhana muncul entah dari mana dalam keadaan begitu.

Tanpa menjawap soalan dan menerangkan apa-apa, Suhana terus menangis dan menangis. Akhirnya, dia membawa wanita itu pulang ke rumah temannya.

Setelah meninggalkan Suhana di rumah temannya, dia cuba untuk menghubungi Maisara dan menerangkan apa yang baru berlaku sebentar tadi. Namun niatnya dimatikan setelah mengingatkan kembali pesanan Suhana agar merahsiakan pertemuan mereka di malam itu dari sesiapa jua.

Seminggu selepas itu, ketika dia terserempak dengan Suhana di sebuah kedai makan, dia menghampirinya. Kebetulan ketika itu Suhana bersendirian. Wajahnya benar-benar kelihatan lesu dan kelihatan seperti dia sedang menanggung beban yang berat.

“Sebenarnya, apa yang terjadi pada kau malam tu?” dia bertanya lagi tentang kejadian itu.

Seperti malam itu juga, bertanya sahaja soalan itu Suhana terus mengalirkan airmata. Tetapi kali ini dia seakan-akan cuba mengawal dirinya. Mungkin kerana mereka berada di tempat awam.

Tanpa menerangkan apa-apa, Suhana terus berlalu meninggalkannya terpinga-pinga di situ. Ingin sahaja dia bertanya pada Maisara sama ada gadis itu tahu tentang masalah Suhana. Tetapi setiap kali dia bertemu Maisara, gadis itu kelihatan ceria dan seperti tiada apa-apa yang berlaku padanya atau keluarga mereka. Kerana itu dia mendiamkan diri dan tidak pernah bertanya apa-apa tentang Suhana.

Dua hari selepas itu dia membawa Siti, setiausahanya ke klinik ibu mengandung. Wanita itu mengalami pendarahan ketika mereka sedang berbincang tentang hal kerja. Walaupun ada pekerja lain yang menawarkan diri untuk membawa Siti yang ketika itu mengandung lapan bulan, tetapi dia mahu membawa sendiri Siti ke klinik. Dia mahu memastikan Siti selamat dan sempat dia berpesan kepada pekerjanya agar mengubungi suami Siti dengan segera.

Setelah Siti di bawa masuk ke dalam wad dan suaminya telah tiba, Fariz berlalu untuk keluar dari situ. Ketika itulah dia melihat Suhana di situ.

Suhana pada mulanya tidak menyedari kehadiran Fariz. Setelah dia terlihat wajah Fariz, bergegas dia keluar. Kerana perasaan tidak enak sudah membelengunya sejak malam itu, Fariz mengekori langkah Suhana sehingga gadis itu mengalah dan berhenti dari melarikan diri.

Sekali lagi dia bertanya soalan yang sama dan bertanya tujuan Suhana ke klinik itu.

Dengan tangisan yang masih lagi kedengaran, akhirnya Suhana menerangkan juga keadaannya yang sebenar.

“Aku datang ke sini untuk mengugurkan kandungan aku!”

Tercengang Fariz tatkala Suhana berkata begitu. Setelah itu barulah Suhana mahu menceritakan satu persatu kejadian hitam yang menimpanya di malam itu.

Suhana diperkosa! Berkali-kali Fariz mendesak agar Suhana melaporkan perkara itu ke pihak polis. Tetapi Suhana keras menolak, bukan hanya kerana dia malu tetapi demi kerana maruah keluarganya juga. Dia mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan yang baru berusia dua minggu itu ketika itu.

Fariz melarang tetapi melihatkan kesungguhan Suhana akhirnya dia membuat keputusan untuk memperisterikan Suhana. Mulanya Suhana menolak kerana dia tidak sanggup meruntuhkan kebahagiaan adiknya sendiri. Tapi setelah dipujuk dan ditegaskan Fariz tentang keputusannya, Suhana bersetuju juga.

Bagi Fariz, dia tidak pernah menyesal dengan keputusan yang diambilnya. Malah dia cukup bahagia memiliki Aiman sebagai anaknya. Kerana Aiman juga dia bisa mendapatkan Maisara kembali. Biar beribu tahun, dia pasti cinta Maisara akan kembali padanya. Pasti!!