Entah kenapa tetiba saja saya terasa nak share serba sedikit tentang kehidupan saya. Saya harap tak menggangu konsentrasi anda terhadap karya-karya saya. Anggaplah saya mahu berkongsi saat-saat manis di satu-satunya blog ini.....
Inilah dia......Nurul Uzma Batrisyia yang tak lama lagi akan menginjak umur ke lima tahun pada bulan ini. Anak saya yang ini lebih senang di panggil Kakak.
Gambar ni diambil ketika bertandang ke rumah saudara sewaktu Hari Raya tahun lepas
Ini pula anak gadis kedua saya ......Nuril Amni Qistina dan lebih senang di panggil Amni.
Waktu ni baru lepas pulang dari sukan sekolah tadika kakaknya. Saja kenakan tundung, nampak 'kiuuuuut' plak. heheheh....
Kedua-dua anak saya lahir pada bulan Mac. Kakak pada 7 hb dan Amni pada 24 hb........
Ketika melahirkan kakak, due saya lewat lapan hari. manakala ketika melahirkan Amni, tercepat tiga hari pulak......
Sebab berkongsi bulan kelahiran yang sama, jadi tak susahlah untuk saya sambut harijadi mereka. kebetulan jugak mak saya juga pada bulan yang sama iaitu pada 9 Mac.
No comments:
Post a Comment