BAB 20
SETELAH memberi salam, Maisara menyapu mukanya dengan telapak tangan. Kemudian dia menadah tangan memohon kepadaNya untuk segala kebaikan kepada orang-orang yang disayangi dan insan-insan yang pernah membantunya serta mereka yang sentiasa berada disekelilingnya. Tak lupa juga dia menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Suhana.
Lama dia berzikir, bermunajat memuji keagunganNya. Setelah itu dia melipat telekung dan sejadah lalu menyangkutnya. Dia berpaling memandang Aiman yang sedang tidur meniarap. Dia menghampiri anak comel itu lalu dengan perlahan menghadiahkan sebuah ciuman di dahinya.
Hari ini Fariz akan membawa Aiman pulang semula. Belum pun Fariz tiba untuk mengambil Aiman, dia mula merasa rindu walaupun anak kecil itu masih berada di depan matanya.
Aiman..........
Apa yang perlu di lakukannya agar dapat bersama Aiman untuk selamanya? Menerima Fariz? Hmmm.......tapi itu diluar kerelaan hatinya. Sekiranya dia menerima Fariz, tentu tanggungjawab seorang isteri tak dapat ditunaikan dengan sempurna. Pasti hidup mereka tidak akan menemui kebahagiaan. Mereka hanya akan memusnahkan masa depan Aiman.
Sekiranya dia bersetuju menerima Fariz dan meletakkan syarat kepada lelaki itu dan Fariz bersetuju perkahwinan mereka hanya semata-mata kerana Aiman tanpa melibatkan apa-apa hubungan lain, pasti dia bersetuju.
Tapi, mampukah dia menahan perasaan kasih yang masih bersisa ini? Mampukah dia menahan perasaan marah dan benci yang masih ada dan tidak pernah hilang? Mampukah dia melupakan semuanya sedangkan jika mereka bersama, wajah itu yang akan dilihatnya saban hari?
Ilyana?? Bagaimana pulak dengan Ilyana??
Dia mengeluh hampa.......
Ya Allah......berilah aku petunjuk Mu.
SAMBIL mendukung Aiman, Maisara melangkah ke halaman apabila terdengar deruan enjin yang berhenti di depan pagar rumahnya. Pasti itu Fariz. Seperti selalu, Fariz sentiasa tiba tepat pada waktu yang dijanjikan.
“Pa...pa......” Aiman bersorak girang melihat kelibat Fariz yang muncul dari perut kereta. Ahh.....bijak sungguh anak itu.
Maisara tersenyum melihat gelagat Aiman yang kini sedang bertatih melangkah menghampiri Fariz yang sedang menyua tangan kepadanya.
Namun senyuman itu tiba-tiba mati apabila terlihatkan kelibat Ilyana yang muncul menghampiri mereka.
Fariz datang dengan Ilyana??
Terpempam Maisara seketika namun pastas dia mengingatkan dirinya untuk bertindak seperti biasa. Perasaan ini.....kenapa perasaan kurang senang melihat Ilyana bersama Fariz perlu wujud??
“Sayang anak papa!!!” Fariz pantas menyambar tubuh Aiman yang hampir terjatuh. Terkejut Maisara seketika lalu mengurut dadanya lega apabila Fariz pantas bertindak.
“Hai Maisara!” Ilyana melambai kepada Maisara lalu mendekati Aiman yang masih dalam pelukan Fariz. Dia mencium Aiman di pipi sambil tubuhnya bersentuhan dengan Fariz. Maisara berpaling melihat kemesraan yang kelihatan tidak semulajadi. Meluat!!
Fariz terkesima seketika dengan tindakan Ilyana yang tiba-tiba datang mencium pipi Aiman dan sebelah tangannya memeluk pinggang Fariz. Keterlaluan!
Dia melirik Maisara yang telah pun melangkah setelah menjemput mereka semua untuk masuk ke dalam.
“Duduklah. Saya ambilkan air.....” Maisara memaniskan wajahnya.
Fariz memerhatikan sekitar rumah yang kelihatan sunyi. Mungkin abah dan umi tiada di rumah. Dia melirik Ilyana yang mengelilingi ruang tamu sambil matanya memerhatikan segenap hiasan dan foto-foto yang tergantung di dinding.
Sebaik sahaja tiba di depan foto dua orang wanita yang sedang berpelukan, dia menghentikan langkahnya. Salah seorang dari wanita itu adalah Maisara. Tapi, siapa seorang lagi? Dia seakan pernah melihat wajah itu sebelum ini. Tapi di mana?
“Siapa dia Fariz?” tanya Ilyana sambil tangannya mengunjuk foto itu.
“Maisara dan kakaknya, Suhana!”
“So, you mean, she’s your late wife?” Ilyana sedikit terlopong. Dia tidak menyangka wanita seperti itu menjadi pilihan Fariz. Tak ubah seperti Maisara yang kelihatan terlalu simple dari segi berpakaian dan kehidupan. Tetapi wajah mereka tidak seiras. Maisara lebih menarik berbanding Suhana. Ilyana tersenyum sinis.
Tapi penampilan dan kecantikannya tidak dapat menandingi aku!!
“Ya.....” Fariz mendekati Ilyana dan berdiri di sebelahnya. “Dia ibu kandung Aiman.” Ada nada sedih dari suara itu.
Ilyana tahu hati Fariz diruntun pilu. Tiada gunanya mengingatkan kenangan lalu. Ilyana menjeling. Memang dia tidak pernah melihat Suhana sebagai isteri Fariz. Namun, wajah itu memang pernah dilihatnya. Tapi di mana? Matanya masih melekat di foto Suhana.
Fariz melirik Ilyana yang asyik merenung foto itu.
“Kenapa? You kenal Suhana?”
“Suhana?” Ilyana menggelengkan kepalanya. “She’s look familiar to me. Macam pernah jumpa. But she’s not one of my friends.”
Faris menjungkitkan keningnya. Kalau Suhana bukan kawan Ilyana, memang dia percaya. Ilyana tidak akan bercampur dengan orang-orang seperti Suhana dan Maisara. Baginya, mereka tidak layak bercampur dengannya. Hanya mereka yang dari kelas atasan dan bertaraf elit sahaja layak menjadi kawannya.
“Well.........I nak minta diri sekejap. I nak ke dapur tolong Maisara,” Ilyana pantas hilang dari pandangan.
Terjungkit kening Fariz mendengar Ilyana hendak ke dapur menolong Maisara. Seingatnya, gadis itu tidak suka mengotorkan diri untuk ke dapur. Fariz mengangkat bahu.
ILYANA memerhatikan Maisara yang sedang asyik menyediakan santapan untuk mereka.
Entah apalah cantiknya Maisara dibandingkan dirinya sehingga Fariz tergila-gilakan Maisara. Mungkin Fariz terlalu menginginkan Maisara kerana Aiman. Pasti kerana Aiman! Tak mungkin Fariz mempunyai taste yang rendah sebegitu. Manusia seperti Fariz yang mempunyai rupa, kedudukan dan harta hanya layak bergandingan dengan wanita sepertinya yang anggun dan elegan.
Maisara yang sedang asyik membancuh air untuk tetamunya, pantas berpaling apabila dia merasakan seolah-olah dirinya diperhatikan.
“Oh....Ilyana.....” Maisara menghembus nafas kelegaan. Sangkanya Fariz yang ada di berdiri di belakang dan memerhatikannya.
“Kenapa? Terkejut?” tanya Ilyana lalu menghampiri Maisara. “I bukan perompaklah!” guraunya.
Maisara hanya tersenyum lalu mengambil dulang dan mengisi cawan dan piring kosong di atasnya.
“I peliklah dengan family you,” ujar Ilyana sehingga membuatkan Maisara berpaling seketika memandangnya. “Yelah.......Rumah you besar. Ada kereta mewah. And your father pun boleh dikatakan ‘somebody’. Walaupun family you mungkin tak terlalu hebat, tapi boleh dianggap mewah juga,” ujar Ilyana. “Tapi kenapa tak cari orang gaji? Kan lebih senang!”
Maisara mengukirkan senyuman mendengar kata-kata itu. Walaupun dia merasa kurang selesa dengan sikap Ilyana yang seakan-akan cuba merendahkan mereka sekeluarga, namun dia masih cuba bertenang.
“Family I lebih prefer untuk hidup secara sederhana. Seperti sunnah nabi yang menyuruh umatnya untuk bersederhana dalam kehidupan.”
Ilyana menjungkit kening lalu mengangkat bahunya. Jawapan yang Maisara berikan membuatkan dia malas membalas kata-kata gadis itu.
“I dengar since kakak you kahwin dengan Fariz, you tak pernah balik ke sini. Betul ke?” tanya Ilyana tiba-tiba. Maisara mengerling Ilyana sekilas tanda kurang selesa dengan pertanyaan itu.
“Fariz cerita dengan you?” Maisara bertanya kembali.
“Hmm........katanya, lepas Suhana meninggal, you datang semula ke sini dan menjadi ibu untuk Aiman. Kesian kat you kan? Terpaksa berkorban untuk Aiman......” Ilyana menunjukkan riak simpati di wajahnya.
Maisara tersenyum pahit mendengar kata-kata itu. Walau jelas dari raut wajah Ilyana menunjukkan tanda simpati, kenapa dia tidak dapat merasa keikhlasan wanita itu?
“Kiranya, you dengan Fariz kenal since you pulang semula kat sini, kan?” tanya Ilyana. “That’s mean, baru setahun you all kenal.”
“So....you kenal Fariz dah berapa lama?” tanya Maisara kembali.
“Quite some time........” ujar Ilyana sambil dahinya berkerut cuba mengingati kenangan lalu. “If I’m not mistaken, we’ve known each other before we both further study in London. And masa kat London dulu, memang we all pernah fall in love. Tapi nak buat macam mana, kan? Balik sini je, kitorang putus. Almost three years kitorang tak jumpa. Bila jumpa je, I dapat tahu dia dah pegang title duda anak satu.”
“Mula-mula tu I terkejut jugak. Tapi bila dah tahu cerita barulah I faham situasi yang sebenar.”
Situasi sebenar? Jantung Maisara sudah berdegup pantas.
Dia tahu ke situasi antara aku, Fariz dan Kak Su?
“Memandangkan antara I dengan dia masih wujud perasaan sayang, so we’ve decided to continue our relationship. But before our relationship become more serious, I kena pastikan kasih sayang Aiman jatuh pada I.”
Wajah Maisara berubah. Kata-kata sebegitu paling benci untuk didengarnya. Kenapa dia dan Aiman perlu menjadi mangsa dalam hubungan Fariz dan Ilyana? Salahkah untuk dia menyayangi Aiman?
“Kenapa Ilyana?” hati Maisara mula sebak. “Kalau sekali pun you akan berkahwin dengan Fariz, kenapa perlu dipisahkan I dengan Aiman?”
“Oh....Maisara....Don’t get me wrong....” Ilyana bangun lalu memeluk bahu Maisara. “I dengan Fariz tak de niat nak pisahkan you dengan Aiman. Tapi, keadaan yang memaksa. Cuba you bayangkan. Bila I dan Fariz berkahwin, Fariz dah terikat dengan family I. Hujung minggu atau waktu lapang, we all akan balik sama ada rumah family Fariz atau family I. As a buzy person, kadang-kadang family sendiri pun tak de masa nak melawat. Apatah lagi nak bawa Aiman datang ke rumah you dan bawa dia melawat ‘bekas’ mertua Fariz.”
“You janganlah bersedih. I janji, bila ada masa lapang I akan bawa Aiman jumpa dengan you. Tapi untuk pengetahuan you, I tak suka tetamu yang tak diundang datang rumah I. So.....you kena bersabar sikitlah kalau nak jumpa dengan Aiman.”
Bergetar bibir Maisara menahan perasaan yang bercampur-baur. Dia beristighfar berkali-kali untuk meredakan perasaan yang tidak keruan. Ilyana memang melampau!
“You dah tahu situasi yang sebenar. Maksud you, situasi apa?” tanya Maisara.
“Oh.......maksud I, lepas balik semula ke sini, Fariz fall in love dengan kakak you dan berkahwin dengan dia. Tapi jodoh tak panjang. Kakak you meninggal lepas melahirkan Aiman. Dan you pulang ke sini untuk memberi kasih sayang seorang ibu kepada Aiman.”
“Oh ya Sara, I dengar cerita family you and family Fariz pernah merancang nak satukan you dengan Fariz. itu pun sebab Aiman. Tapi you tolak, kan?”
“Nope! I tak tolak. Cuma, I belum buat keputusan......” ujar Maisara pantas. Dia mula merasa kurang selesa berbual dengan Ilyana. Biar Ilyana tahu rancangan Ilyana untuk bersama Fariz masih belum dapat ditentukan. Maisara pasti, Ilyana hanya mahukan Fariz. Aiman? Apalah nasib Aiman.....
Ilyana terkesima sebentar. Ah.....nampaknya dia masih punya persaingan di sini. Walau apa pun caranya, dia pasti akan gunakan peluang yang diberikan Fariz sebaik-baiknya untuk pastikan Fariz benar-benar akan menjadi miliknya.
Maafkan I Fariz I terpaksa gunakan kepercayaan yang you berikan pada I. Demi untuk kita bersama!
“You know, I kagum sangat dengan you yang sanggup berkorban demi Aiman. Tapi you tak perlu risau. Lepas ni biarlah segala pengorbanan, I yang lakukan. Mulai dari saat ini, you boleh rancang masa depan you semula, okey?” Ilyana mencubit dagu Maisara sambil tersenyum. Dia merasa gembira melihat wajah Maisara yang diam berduka.
Padan muka kau Maisara!!
Ilyana melihat hidangan yang disediakan Maisara. Nasi goreng dan kopi panas. Bau harum hidangan disedut panjang. Seleranya terbuka.
“Pandai you masak, ek!” Ilyana menarik nafas panjang lagi. Maisara tersenyum tawar. Dia hampir terlupa dengan hidangan yang disediakan untuk mereka.
“Duduklah! I panggilkan Fariz dan Aiman....” Maisara berlalu ke ruang tamu. Ilyana mengekori langkah Maisara dengan ekor matanya.
Kesian kau Maisara.....Tapi nak buat macam mana........Aku tak nak kehilangan Fariz....Jadi terpaksalah kau korbankan kasih sayang kau pada Aiman demi untuk aku dapatkan Fariz!!!!

x sukela dgn illyana tu..melampau..
ReplyDeletewriter, pls sambung..x puas baca ni..
nak fariz dgn maisara gak!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete