Friday, 21 October 2011
Putera Arabku (3)
Sedikit sedutan Putera Arab Ku 3
Entah apalah yang difikirkan Audra. Suka sangat berangan yang bukan-bukan. Geram aku dengan sikap dia. Tapi yang pasti, aku selalu marahkan dia sebab aku sayangkan Audra! Sungguh, aku dah anggap Audra tu macam adik aku sendiri. Walaupun kami sebaya tapi sikap dia yang macam budak-budak tu selalu buat aku anggap dia macam adik aku!
Aku tak kisah kalau hati aku dilukai atau sakit yang penting, aku cuma mahu Audra sedar dari angan-angannya yang gila mahukan lelaki yang boleh buat jantungnya berhenti berdegup macam Putera William.
Kadang-kadang tu dia mahu jadi seperti watak-watak fairy tales yang endingnya, putera raja akan bawa dia pergi dan mereka hidup bahagia untuk selama-lamanya. Mana ada benda macam tu dalam hidup sebenar! Audra….Audra…
Mungkin Zaid boleh bantu Audra sedar dari angannya! Barbanding semua lelaki, Zaid yang paling baik dan aku yakin Zaid boleh mengubah Audra. Biarlah walaupun aku terpaksa melupakan cinta aku pada Zaid, asalkan Audra bahagia dan sedar dari angan kosongnya. Aku rela lepaskan Zaid demi kebahagiaan Audra! Lagipun Zaid juga sukakan Audra.
Semoga Zaid berjaya menangi hati Audra!
Untuk membaca cerita sepenuhnya, sila layari -
http://www.penulisan2u.my/2011/10/novel-putera-arab-ku-3/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment