ZAID melangkah keluar dari kafe. Dia
menuruni anak-anak tangga untuk ke kelas Zana. Walaupun dia digantung kolej
selama dua minggu, namun dia datang ke sini untuk mencari Zana. Belum pun
sampai ke anak tangga yang terakhir, matanya menangkap susuk tubuh Zana yang
sedang berbual dengan temannya. Lantas langkah kakinya terhenti. Zana juga
baharu sahaja selesai pengajiannya pada pagi itu.
Sepanjang malam dia
tidak tidur kerana memikirkan kata-kata Audra tentang perasaan Zana
terhadapnya. Dia tidak pasti apakah dia harus mengikut saranan Audra. Tapi,
bukankah dia sendiri yang menyatakan, jika tidak mencuba kita tidak akan tahu?
Akhirnya, dia
menghayunkan langkah kaki mendekati Zana dan temannya.
Zana yang kebetulan sedang berbual dengan Aisyah melihat Zaid sedang menghampiri mereka. Dari jauh, Zaid sudah melemparkan sebuah senyuman untuknya.
Zana yang kebetulan sedang berbual dengan Aisyah melihat Zaid sedang menghampiri mereka. Dari jauh, Zaid sudah melemparkan sebuah senyuman untuknya.
"Sha, aku nak
jumpa Zaid kejap. Nanti, kalau kau jumpa dengan Audra suruh dia balik asrama
dulu. Tak payah tunggu aku."
"Okey,"
Aisyah berlalu dari situ."Bye."
Zana berpaling
memandang Zaid yang sudah berada di sisinya. "Hai," sapanya.
"Hai," Zaid
membalas. Matanya meliar memandang sekeliling. "Mana Audra?" Tanya
Zaid yang agak hairan apabila tidak melihat kelibat Audra di sisi Zana.
"Awak cari Audra
ke? Audra dia jumpa dengan prof Bahar," beritahu Zana.
Kelmarin, sebaik sahaja Audra pulang dari berjumpa dengan Zaid, dia terlupa mahu bertanya tentang Zaid kepada Audra. Semuanya gara-gara Putera Arab yang ditemui Audra. Balik sahaja dari tasik, Audra tak henti-henti meluahkan kegusarannya tentang Putera Arab itu sehingga dia terlupa tentang Zaid.
Kelmarin, sebaik sahaja Audra pulang dari berjumpa dengan Zaid, dia terlupa mahu bertanya tentang Zaid kepada Audra. Semuanya gara-gara Putera Arab yang ditemui Audra. Balik sahaja dari tasik, Audra tak henti-henti meluahkan kegusarannya tentang Putera Arab itu sehingga dia terlupa tentang Zaid.
"Tak. Saya cari
awak," ujar Zaid.
"Cari saya?"
tanya Zana yang agak terkejut dengan jawapan Zaid. Tentu berkenaan Audra.
"Macam mana? Apa yang berlaku kelmarin?" tanya Zana lagi.
Zaid memandang wajah
Zana dengan bingung. "Audra tak cerita apa-apa pada awak?"
Zana menggeleng.
Zaid memandang terus
wajah Zana. Zana langsung tak menunjukkan apa-apa reaksi yang memungkinkan dia
bisa merasa tentang perasaan gadis itu. Dari lagak Zana, tidak kelihatan
langsung rasa cemburu atau suka padanya. Zaid melepaskan keluhan dan memandang
ke tempat lain.
"Saya dah jumpa
dengan Audra. Saya dah luahkan perasaan saya pada Audra. Dan," Zaid
melirik Zana dengan ekor matanya. "Audra menolak saya seperti yang
sepatutnya."
Zana menarik nafas
panjang dan menggelengkan kepalanya. Dia sudah menjangkakan perkara itulah yang
telah berlaku. "Tak apalah, Zaid. Awak jangan putus asa. Saya yakin, awak
adalah lelaki terbaik untuk Audra."
Zaid ketawa perlahan.
"Macam mana awak boleh begitu yakin yang saya ni lelaki terbaik untuk
Audra?"
"Saya kenal awak
dan saya kenal Audra." Walaupun mereka berdua berlainan jurusan, namun
kerana minat Zaid kepada Audra membuatkan hubungan mereka bertambah rapat.
"Masalahnya, Audra
tak mengenali saya dengan baik seperti mana awak mengenali saya." Zaid
sudah menyelitkan sedikit tujuannya datang berjumpa dengan Zana.
"Berilah peluang
kepada Audra. Bila dia kenal diri awak yang sebenar, pasti dia akan terima
awak," Zana masih terus memujuk.
"Awak tahu tak
Zana, di kalangan pelajar perempuan, awak adalah kawan saya yang terbaik dan
kawan yang paling memahami diri saya."
Zana tersenyum. Dia
gembira dengan perhatian yang diberikan Zaid kepadanya. Seandainya dia tidak
bisa menjadi seorang gadis yang istimewa di hati Zaid, menjadi sahabat lelaki
itu sahaja sudah memadai.
"Audra
benar," Zaid menganggukkan kepalanya. "Bila saya berbual dengan
Audra, baru saya sedar yang kami berdua tidak serasi."
"Uh?"
Terbeliak biji mata Zana.
"Audra tak
memahami diri saya dan saya juga tak memahami dia. Macam mana kami nak faham
diri masing-masing jika kami tak pernah berkawan?" Zaid menyeluk kedua-dua
tangannya ke dalam kocek seluar. "Wanita yang paling layak untuk berada di
sisi saya adalah wanita yang memahami diri saya."
Zana memandang wajah
Zaid. Kenapa dadanya terasa bergetar tatkala ini? Pandangan Zaid bagai
menyimpan maksud yang tersirat.
"Zana, awak lah
orang itu."
Zana tercengang.
Benarkah apa yang sedang berlaku ini? Atau, dia hanya bermimpi di siang hari?
Zana menampar pipi kanannya. Sakit! Dia di alam nyata. Dia memandang Zaid.
Tatkala ini, otaknya sudah berhenti berfungsi.
Zaid tersenyum melihat
reaksi Zana. "Sudi tak awak menjadi teman istimewa saya?"
"Awak ni kenapa
Zaid? Awak," Zana masih sukar mempercayai kata-kata Zaid. Adakah Zaid
sedang bercanda dengannya?
"Saya tak
main-main Zana. Antara awak dan Audra, hanya awak yang memahami saya. Saya baru
sedar bila saya bertemu dengan Audra. Saya berterima kasih pada Audra. Kalau
bukan kerana Audra, saya takkan sedar tentang ini."
Zana membisu.
Zaid mula tak kerutan
melihat kebisuan Zana. "Macam mana, Zana? Saya tak paksa awak. Awak
fikirlah dulu."
Zana memandang Zaid.
"Beri masa untuk kita lebih mengenali diri masing-masing. Lagi pun, kita
masih belajar. Saya tak nak janji apa-apa. Saya pun tak nak ada hubungan jika
tak ada matlamat untuk hidup bersama."
"Tapi," Zaid
sudah tergamam. Zana juga menolaknya?
"Awak jangan salah
sangka. Saya tidak menolak awak. Cuma, saya nak awak lebih bersedia. Jika niat
awak hanya untuk bercinta, saya tak bersedia untuk itu."
Kini, Zaid mengerti
kehendak Zana. Gadis itu tidak mahu bercinta jika tidak punya matlamat.
"Takkanlah kita
nak terus berkahwin. Kita masih belajar."
"Sebab itu saya
kata, beri peluang kepada awak dan juga saya. Kalau ada jodoh, kita pasti
bersama." Zana mengetap bibir. “Saya mahu bercinta dengan lelaki yang
menjadi suami saya.”
Zaid tersenyum. Rasa
hormatnya untuk gadis seperti Zana semakin meninggi. "Tapi kita akan terus
berkawan baik, kan?"
"Tentu! Lebih baik
dan lebih rapat dari biasa." Zana mengukirkan senyuman indah di bibirnya.
“Saya hormat dengan
keputusan awak. In Sha Allah, jika ada jodoh kita, kita pasti bersatu.” Zaid
menarik nafas panjang. Dia puas dengan jawapan Zana. Mereka berbalas senyuman. "Saya
minta diri dulu," Zaid berpaling ke belakang dan bergerak pergi. "Yes!"
Zana sudah tertawa
kecil. Perkataan Zaid yang terakhir itu, sempat di dengarnya. Zana mengecap
bibir. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang baru berlaku. Hati dan perasaan
ni memang pelik. Kadang-kadang, boleh jadi kelakar juga!
Zana terus berjalan
menuruni anak-anak tangga dan keluar dari bangunan kolej. Sampai sahaja di
kawasan taman kecil di hadapan parkir kereta, dia terlihat kelibat Audra sedang
duduk di bangku panjang. Audra masih belum pulang? Zana sudah tersenyum
gembira. Dia sudah tidak sabar untuk bertemu dengan Audra. Dia terus berlari ke
situ.
“Audra!" Zana
berlari-lari sambil memanggil Audra.
Audra berpaling melihat
Zana yang kini sudah tercungap-cungap di sebelahnya. Dahinya berkerut. “Kau ni
kenapa? Malulah lari-lari dalam kolej ni. Macam budak-budak!” sindir Audra. Sengaja
mahu menyakitkan hati Zana. Selalunya, Zana yang suka berleter padanya, kali
ini biar dia pula kenakan Zana.
Mencerlung mata Zana
memandang Audra. Pantas bahu Audra ditamparnya. “Macam budak-budak? Kau tu yang
macam budak-budak! Tak sedar diri!” Zana duduk di sebelah Audra yang sudah
tersengih-sengih memandangnya. “Berangan nak kahwin dengan putera raja yang
boleh buatkan jantung kau berhenti berdegup. Lepas tu, berdegup semula dengan
pantas, dup dap, dup dap. Yang tu, tak macam budak-budak?" Zana menjeling.
“Aku rasa budak-budak pun tak berangan macam kau!” Zana sudah menarik kakinya
naik ke atas bangku dan memeluk lututnya.
“Sebab budak-budak tu,
budak-budak! Hanya orang dewasa akan berangan macam aku!” Gurau Audra sambil
ketawa kecil. Senang hatinya dapat mengenakan Zana.
Zana sudah mengherotkan
mulutnya. “Dewasa sangatlah kau tu!” sindirnya bersama satu jelingan.
Sengihan di wajah Audra
semakin lebar. “Kenapa yang kau lari-lari ni?” tanya Audra. Zana tak pernah
bersikap seperti ini. Biasanya Zana lebih santai dan relaks.
Zana mula tersenyum
lebar mendengar pertanyaan Audra. Namun, soalan Audra tidak dijawapnya. Dia
terus hilang di dalam dunianya. Jari telunjukkan kanannya sudah
berpusing-pusing melukis bulatan di atas lututnya.
Dahi Audra berkerut. Sikap
Zana agak berlainan dari selalu.
“Ni mesti ada apa-apa ni,” Audra mencuit Zana dengan sikunya. Tentu ada sesuatu telah berlaku. Jika tidak, masakan Zana mengambil alih hobinya yang suka berangan itu.
“Ni mesti ada apa-apa ni,” Audra mencuit Zana dengan sikunya. Tentu ada sesuatu telah berlaku. Jika tidak, masakan Zana mengambil alih hobinya yang suka berangan itu.
“Mana ada! Tak de
apalah!” ujar Zana pantas, cuba menyembunyikan rahsia hati. Terus ditarik
mukanya menjadi kelat.
Walaupun Zana sudah
menarik mukanya, tetapi keserian di wajahnya masih terserlah sehingga
membuatkan Audra pantas meneka. “Ni mesti ada something. Jangan nak sembunyi dari akulah!” Audra terus memandang
wajah Zana tegang. “Something happen in
your heart? Dup dap! Dup dap?” usik Audra sambil meniru gaya Saiful Apek.
Zana ketawa kecil. Audra
ni tak habis dengan dup dap, dup dap. Wajah Audra yang kelihatan penasaran
dipandang dengan senyuman. “Taklah! Mana ada!” Zana masih bermain tarik tali.
“Tak de! Tak de!” Audra
menjeling. “Macamlah aku tak kenal kau! Ni mesti tentang Zaid ni,” Audra
menyerkap jarang. Sebentar tadi, ketika keluar dari pejabat Profesor Bahar, dia
terserempak dengan Aisyah. Aisyah memberitahu tentang pesanan Zana kepadanya.
Kata Aisyah lagi, Zaid datang ke kolej dan berjumpa dengan Zana. Kerana itu dia
mengambil keputusan untuk menunggu Zana di sini. Manalah tahu kalau Zaid menurut
saranannya untuk mendekati Zana. Dia mahu tahu tentang itu.
Terkedu Zana sekejap.
Wajah Audra dipandangnya. Macam mana Audra boleh tahu?
“Tak payahlah nak buat
muka terkejut sampai macam tu sekali!” usik Audra sambil ketawa kecil. Reaksi
Zana itu bagai membenarkan pertanyaannya.
Zana mengetapkan
bibirnya. Dia mula rasa bersalah dengan Audra.
“Kau ingat aku tak tahu
tentang kau dengan Zaid?” soal Audra. “Zaid datang jumpa kau, kan?”
“Macam mana kau tahu?”
tanya Zana perlahan. Wajahnya berubah. Perasaannya benar-benar kacau. Dia yang
beria-ia nak satukan Zaid dengan Audra, alih-alih lain pula jadinya.
Audra tersenyum melihat
wajah yang tiba-tiba berubah itu. “Kau ni kenapa ni?” Audra tahu apa yang
tersirat di hati Zana. “Kau janganlah risau. Aku tumpang gembira untuk kau dan
Zaid!” ujar Audra. Bersungguh dia menyakini sahabatnya itu. “Lagipun, aku rasa
dia lebih sesuai dengan kau dari aku. Aku dengan Zaid, tak ada chemistry.”
Pantas Zana berpaling
memandang Audra. “Betulkah Audra? Kau tak,”
“Taklah! Aku tak
kisahlah. Aku pun tumpang gembira! Aku dah bagitahu banyak kali dekat kau yang
aku tak sukakan Zaid! Jadi buat apalah aku nak marah,” ujar Audra. Sungguh,
Audra tahu yang Zana gusar jika dia marah.
Ada senyuman terukir di
bibir Zana. “Thanks Audra!” Zana
sudah kembali ceria.
“Apa pulak yang nak
berterima kasih ni? Aku tak buat apa-apa pun!” ujar Audra. Dia turut merasa
gembira melihat Zana. “So, apa yang
jadi sebenarnya? Zaid jumpa kau?” Audra sudah menongkat dagunya untuk mendengar
cerita Zana.
Zana sudah
tersengih-sengih macam kerang busuk. “A’ah, dia datang jumpa aku tadi!” Zana
menarik nafasnya. “Tapi, aku tak fahamlah. Kenapa tiba-tiba saja semua jadi
macam ni?” Wajah Audra dipandangnya. “Apa yang terjadi sebenarnya?”
Audra menjongketkan
bahunya. Sampai ke mati pun, dia takkan beritahu dia yang mengusulkan Zaid agar
berbuat begitu setelah membaca diari Zana. “Mungkin, lepas kami berbual petang
kelmarin dia mula sedar yang kami berdua tak sesuai bersama. Aku rasa, dia
lebih selesa berada disamping kau berbanding aku!” Audra cuba menyakinkan Zana.
“Apa dia cakap dengan kau?”
“Dia nak couple dengan aku.”
Kening Audra sudah
terangkat. Memang dia suka jika perkara itu terjadi namun dalam masa yang sama,
dia ragu-ragu dengan keikhlasan Zaid. “So,
best of luck. Cuma, aku minta kau jangan simpan harapan yang tinggi.
Tambahan pula, kita masih study. Apa
saja boleh jadi.”
Zana mengukirkan
senyuman. “Aku tahu dan faham sebab tu aku tolak.”
“Kau tolak?!”
Terkebil-kebil mata Audra memandang Zana. “Kenapa pulak? Jangan kata aku
puncanya!” Audra sudah memberi amaran.
Zana ketawa kecil
melihat sikap Audra yang seakan-akan takut jika dia mengatakan yang dia
melakukan semua itu untuk Audra. “Taklah! Bukan!”tegas Zana.
Audra menghembuskan
nafas kelegaan.
“Kau kenal aku dari
kecil lagi. Kita membesar bersama. Kau tentu tahu dengan prinsip aku selama ni.
Aku mahu bercinta selepas berkahwin. Kalau ada jodoh aku dengan Zaid, kami tak
perlu bercinta sekarang.”
Audra menganggukkan
kepalanya. Dia cukup tahu tentang prinsip Zana itu. Mungkin itulah puncanya
mengapa Zana merahsiakan perasaannya terhadap Zaid. “Jadi, apa kata Zaid?”
“Dia terima keputusan
aku.”
Audra mengangguk. Kini
dia perlu mengakui kata-kata Zana bahawa Zaid memang seorang lelaki yang baik.
“Tapi kau tak adil dengan aku!” Audra menarik
muncung panjang melihat Zana.
“Apa?!” Berkerut dahi
Zana.
“Kau nak bercinta
selepas kahwin, tapi boleh pulak kau paksa aku jumpa dengan Zaid!” Audra menjegilkan
matanya sambil mencekak pinggang. Sengaja dia berpura-pura marah.
Zana tersengih-sengih.
Tawa kecilnya kedengaran. “Tapi kalau aku tak paksa tak delah kau jumpa Putera
Arab yang nyaris-nyaris buat jantung kau berhenti berdegup tu!” usik Zana.
“Ish! Tak de maknanya!
Lagi bagus kalau aku tak jumpa dia, tahu!” Audra menjeling tajam. Tapi entah
kenapa, dalam hatinya merasakan pertemuan dengan lelaki itu bagaikan satu
kenangan yang indah untuk dikenang.
“Iyalah, iyalah. Sorrylah, aku silap!” Zana memeluk bahu
Audra. “Tapi sebagai sahabat, kita akan saling tegur menegur jika ada di antara
kita yang tersalah jalan, kan?”
Audra mengukirkan
senyuman, lalu menganggukkan kepalanya. Tentu sahaja mereka berdua akan saling
tegur menegur untuk kebaikan bersama! “Okey, part tu dah settle! Sekarang ni kita settle masalah aku pulak!”
“Masalah kau?!” Zana
termangu.
Wajah Audra yang sudah
berubah melihatkan reaksi Zana. “Hah! Lupalah tu!” Audra menjeling. “Kan petang
ni kau nak temankan aku ke tasik. Nak cari Putera Arab tu!” Sebenarnya, Audra
sudah tidak sabar untuk ke sana. Dia sudah merindui diarinya. Harap-harap,
diarinya masih ada di bangku panjang itu.
“Oh!” Zana menepuk
dahinya. Memang dia telah terlupa tentang itu. “Okey! Jom!” Lantas mereka
berdua mengatur langkah menuju ke tasik.
Sampai sahaja di tepi
tasik, mereka berpusing sekitar kawasan pokok di mana Audra menemui Zaid dan berjumpa
dengan lelaki itu. Mereka cuba mencari dairi Audra. Mana tahu kalau diari Audra
yang ditinggalkan di atas bangku panjang masih ada di situ. Tapi diarinya
tiada. Kini yakinlah Audra yang diarinya pasti telah diambil Putera Arab itu.
Audra duduk di bangku
panjang dengan perasaan hampa. Dia menongkat dagu. “Macam mana ni Zana?” Satu
hembusan nafas dilepaskan. “Aku rasa, Putera Arab tu dah ambil diari aku.”
Zana ikut duduk di
sebelahnya. “Kita tunggu sekejap lagi. Mana tahu dia datang.”
Audra mengangguk.
Mereka berdua menunggu dan menanti lelaki itu. Mana tahu jika lelaki itu datang
seperti petang kelmarin. Sambil membuat ulangkaji mereka berbual. Sesekali
Audra melirik jam ditangan dan memandang sekeliling, menanti susuk tubuh lelaki
itu. Tapi sayangnya sehingga senja, bayang lelaki itu tetap tidak muncul
seperti yang diharapkan.
“Aku rasa dia tak
datanglah,” ujar Zana sambil memandang wajah kehampaan Audra.
Audra memandang Zana
dengan sayu. “Diari aku!” dia sudah menangkup mukanya.
“Laaa, nak buat macam
mana? Kalau ada jodoh, kau akan jumpa lagi dengan Putera Arab tu!” Zana cuba
menyedapkan hati Audra.
Audra memandang Zana.
“Kau ingat aku nak sangat jumpa dengan Putera Arab tu?! Yang aku risaukan
sekarang ni, yang aku mahukan sekarang ni ialah diari aku!”
“Aku tahulah. Tapi aku confident sangat yang Putera Arab tu
yang dah ambil diari kau. Kalau kau nak jugak diari kau, kau kena jumpa dengan
dia dulu.”
“Kali ni kalau aku
jumpa dia, siap! Bukan saja hidung, telinga dia pun nanti aku pulas-pulas!”
Zana menjeling Audra.
“Iyalah tu! Kang bukan telinga dan hidung dia yang kau bedal. Tapi hati dia
pulak,” Zana sudah tertawa kecil.
Audra mengerutkan dahi
sambil memandang Zana. “Apa maksud kau?”
“Tak, .tak de apa-apa.
Dahlah! Jom! Nak dekat Maghrib ni!” Zana terus menarik tangan Audra untuk pergi
dari situ.
Walaupun kaki Audra
melangkah mengikut Zana, namun sesekali dia masih menoleh ke belakang
mengharapkan lelaki itu akan muncul sekali lagi.
ZACK mengenakan cermin hitam.
Sekilas dia melirik cermin pandang belakang untuk memastikan penampilannya.
Lalu, dia membuka pintu Mazda 6 yang berwarna putih itu dan melangkah keluar.
Dia
memandang sekeliling kolej. Suasana kolej itu kelihatan sunyi. Hanya terdapat
beberapa kelibat yang berjalan di kawasan itu. Dia berdoa moga-moga dia tidak
akan bertembung dengan Audra. Audra tidak boleh melihatnya di sini. Jika tidak,
musnahlah segala rancangannya.
Pantas Zack
melangkah mencari pejabat pengurusan setelah bertanya pada sekuriti ketika di
pintu masuk tadi. Sedang dia berjalan menuju ke pejabat pengurusan, tiba- tiba
sahaja bahunya ditepuk dari belakang. Zack menoleh, memandang kepada susuk
tubuh seorang lelaki yang agak gempal dan lebih rendah darinya.
“Assalamualaikum,"
lelaki tersebut menegurnya sedaya menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Waalaikumussalam,"
Zack menyambut huluran tangan itu dan menggenggamnya erat.
"Saya
Hisyam, pensyarah di sini. Boleh saya bantu, tuan?" tanya Hisyam sambil
melepaskan genggaman tangan mereka.
Zack terus
memerhatikan wajah di depannya itu. Dia seakan pernah melihat wajah itu. Apakah
lelaki di hadapannya ini adalah teman sekolahnya dahulu? “Awak ni,” Zack
membuka cermin mata hitamnya. "Hisyam, kan?” Lelaki di hadapannya ini
memang kelihatan seperti teman lamanya.
Lelaki itu
terlopong seketika melihat wajah Zack apabila cermin mata hitamnya di buka.
“Zack?!” Wajah lelaki itu bertukar ceria. Wajah Zack yang mengenakan kaca mata
hitam tadi kurang dikenalinya. “Kau apa khabar? Lama sungguh tak jumpa kau. Padahal,
Penang ni kecil je!” Dia terus memeluk tubuh Zack sambil ketawa gembira.
“Alhamdulillah,"
Zack membalas pelukan itu sambil menepuk-nepuk belakang Hisyam. "Memang
betul. Sekecil-kecil Penang ni pun, kita jarang berjumpa. Kau sihat?"
"Alhamdulillah."
Masih kedengaran sisa tawa dari Hisyam. "Ada apa kau datang sini?” tanya
Hisyam setelah meleraikan pelukan.
“Kau kerja
di sini?” soalan Hisyam dibalas dengan soalan oleh Zack.
“Aku
pensyarah di sini!” ujar Hisyam sekali lagi dengan penuh rasa bangga.
Terjongket
kening Zack. Dia tersenyum penuh makna. Hari ini adalah hari yang bertuah
untuknya. Bukan sahaja dia ditemukan dengan teman lamanya, namun Allah telah
membuka jalan kepadanya untuk mendekati Audra dengan lebih mudah.
“Wah!
Tahniah! Akhirnya tercapai juga cita-cita kau nak jadi pensyarah.” Zack tumpang
gembira dengan kejayaan Hisyam.
Terdekeh-dekeh
tawa Hisyam dengan pujian itu.
“Dah
kebetulan kau pensyarah di sini, ada perkara yang aku nak minta tolong dari
kau.”
“Minta
tolong?” Kening Hisyam terjongket.
Zack
mengangguk.
Raut wajah
Zack kelihatan serius. “Marilah! Kita bincang di pejabat," ajak Hisyam.
Hisyam
membawa Zack ke pejabatnya. “Duduklah Zack,” pelawa Hisyam setelah mereka
berada di dalam pejabat Hisyam. “Maaf, pejabat ni kecil je. Tentu tak sama
dengan pejabat kau di Warisan Syed, kan?” ujar Hisyam merendah diri.
Zack yang
tersenyum, duduk sambil menggelengkan kepalanya. Hisyam masih seperti dulu.
Penuh dengan sifat merendah diri dalam dirinya. “Apa ke situ pulak. Aku kagum
dengan kau berbanding dengan diri aku sendiri,” ujarnya ikhlas dari hati.
Hisyam
menjongketkan keningnya. “Pelik betul ayat kau tu. Apalah sangat nak
dibandingkan aku dengan kau. Jauhnya macam langit dengan bumi!” Bukan dia tak
tahu kawannya itu kini sudah menjadi Pengarah Warisan Syed dan memiliki warisan
pusaka Syed Hakim. Malah cerita-cerita tentang Zack dan keluarga Warisan Syed
itu sangat terkenal dan sering menjadi topik hangat dalam majalah-majalah
korporat. Apatah lagi Zack juga kini tersenarai sebagai ahli perniagaan yang
menjadi kegilaan para wanita.
“Kau salah
tu. Memang jauh langit dengan bumi! Tapi aku adalah bumi dan engkau adalah
langit. Apa yang aku kecapi sekarang, semuanya warisan dari keluarga. Tapi
engkau," Zack menunjukkan diri Hisyam. “Apa yang kau kecapi sekarang
semuanya atas usaha kau sendiri!”
Hisyam
hanya tersenyum. Tak dinafikan kata-kata Zack ada benarnya. Kejayaan dan
kekayaan yang dikecapi Zack adalah dari warisan. “Itu semua kehendak Allah.
Setiap dari kita ada takdir sendiri. Tapi, kedudukan kau sekarang lebih sukar
berbanding Tuan Syed yang sebelum ini.”
“Sebab?”
“Membina
kejayaan memang sukar, tetapi lebih sukar lagi untuk mengekalkannya. Dan
cabaran untuk mengekalkan kejayaan di Warisan Syed terletak dibahu kau
sekarang.” Jelas kelihatan kewibawaan Hisyam sebagai seorang pensyarah melalui
kata-katanya. Hisyam yakin, Zack mampu memimpin dan memajukan lagi Warisan
Syed. Sikap kepimpinan Zack sudah terserlah sejak mereka belajar di sekolah
menengah lagi.
Kepala Zack
sudah terangguk-angguk. Kata-kata Hisyam ada benarnya.
“Back to the point! Kau nak minta tolong
apa?” Hisyam kelihatan tidak sabar lagi untuk mengetahui maksud tujuan Zack
datang ke sini.
“Well,” Zack
menggosok dagunya. “It’s about business.”
“Okey,”
Hisyam sudah meletakkan kedua tangannya di atas meja, memberi tumpuan
sepenuhnya kepada Zack. Sahabat lamanya itu kelihatan membawa hajat yang besar.
“Begini,
Warisan Syed mempunyai kekosongan jawatan sebagai pembantu akauntan. Aku
bercadang, nak cari graduan yang fresh!”
ujar Zack. “Sebab itulah aku datang ke mari.”
Hisyam
bersandar di kerusi bersama satu senyuman yang ceria. “You come to right place!” Ternyata, Hisyam gembira dengan tujuan
itu. “Cadangan yang baik! Jawatan tetap atau sementara? Berapa kekosongan yang
kau perlukan?” Hisyam mula menunjukkan keterujaannya.
Zack
berfikir sambil mengetap bibirnya. “Aku mahu pekerja sementara. Dua kekosongan.
Tapi posisinya adalah jawatan tetap. Kalau pelajar tu menunjukkan potensi dan
kualiti kerja yang baik, aku tak ragu-ragu mengambilnya sebagai pekerja tetap
di Warisan Syed.”
Terjongket-jongket
kening Hisyam mendengar rancangan Zack. Satu peluang besar bagi
pelajar-pelajarnya. Warisan Syed bukan calang-calang syarikat. Satu
penghormatan besar untuk kolej ini apabila diberi peluang sebegini. “Aku ada
seorang pelajar yang selalu mendapat pointer
yang tinggi. Dia adalah antara calon pelajar terbaik tahun akhir! Always in the top five and be the
first!"
“Aku tak
kisah siapa pun. Aku cuma nak kau suggest
beberapa pelajar untuk datang interview.
Dan kemudian aku akan pilih dua darinya. Lepas diorang habis exam, diorang boleh terus datang ke
Warisan Syed. Tapi dengan syarat, keputusan peperiksaan akhir haruslah
cemerlang!”
“Aku
setuju. Tapi, aku perlu usulkan perkara ini kepada pengarah kolej dulu. Tapi
aku yakin, rancangan ni pasti diterima dengan baik!" Terangguk-angguk
kepala Hisyam kerana yakin.
“Tapi aku
ada satu permintaan," ujar Zack lambat-lambat. Mungkin inilah masa yang
sesuai untuk menyatakan keinginannya yang sebenar. “Aku nak tahu tentang
seorang pelajar yang bernama Audra Laily binti Hj. Ashaari.” Memang dia agak
khuatir untuk bertanyakan soalan itu. Mana tahu Hisyam akan salah sangka
kepadanya. Tapi keinginannya untuk mengenali Audra Laily lebih mengatasi
perasaan khuatirnya.
Hisyam diam
seketika. Dahinya berkerut. Wajah Zack ditenungnya. “Dari mana kau kenal dengan
pelajar ni? Kenapa dengan dia?” tanya Hisyam yang mula khuatir jika Audra
terlibat dalam apa-apa masalah dengan Zack. Atau mungkinkah kebijaksanaan Audra
sudah sampai ke telinga Zack?
“Dia
pelajar tahun akhir?” tanya Zack lagi.
Hisyam
mengangguk.
Anggukan
Hisyam itu membuatkan Zack tersenyum dan menarik nafas lega. “Kalau boleh aku
nak kau senaraikan sekali nama dia untuk datang interview.”
Hisyam
ketawa kecil. Dia menarik nafas kelegaan. Garis kerisauan mula hilang dari
wajahnya. “Macam mana kau boleh kenal dia? Dia ni tersenarai dalam calon
pelajar terbaik. Pointer dia selalu
tinggi! Kalau kau choose dia," Tergeleng-geleng
kepala Hisyam. “Terbaik! Always in the
top!" Hisyam mengangkat ibu jarinya menunjukkan tanda 'terbaik'.
“Biar betul
kau?!” Kening Zack sudah terjongket. Gadis yang suka berangan entah apa-apa itu
tersenarai dalam calon pelajar terbaik? First
place pulak tu! Macam tak masuk akal je! “Tak salah kau ni?”
“Audra, she’s the best student in account! For real!” ujar Hisyam dengan yakin sekali. “By the way, kalau kau tak tahu tentang ni kenapa kau mahu aku
calonkan dia?” Pelik juga, jika Zack tidak tahu tentang Audra yang selalu
menjadi pelajar akaun terbaik, bagaimana dia boleh mencadangkan nama Audra?
Zack diam
seketika, berfikir sejenak. Satu pengajaran yang dibelajarnya hari ini tentang
Audra Laily. Audra, dia bukan gadis sembarangan. Jika benar kata Hisyam, tentu
ada sesuatu yang istimewa tentang Audra. Jika tidak, tak mungkin dia menjadi
terbaik biarpun dia suka berangan. Kesimpulannya, dia seorang gadis yang suka
berangan tetapi anganannya tidak pernah menenggelamkan dunia nyata!
"Macam
mana kau boleh kenal Audra?" tanya Hisyam.
Zack
terkedu seketika. "Hmm, biarlah rahsia." Zack sudah tersenyum simpul.
"Tapi percayalah, aku tak berniat jahat pada Audra."
Hisyam
mengangguk sambil ketawa kecil. Dia percaya pada Zack. Dia kenal sikap Zack.
Zack tak mungkin melakukan perkara yang akan menjatuhkan maruah atau memburukkan
orang lain. "Atau kau dah mula tertarik dengan Audra?" usik Hisyam.
Tidak dinafikan, Audra mempunyai raut wajah yang cantik dan menarik. Zack pula,
masih belum berkahwin walaupun usianya sudah di hujung 30-an.
Zack ketawa
besar dengan usikan Hisyam. “Okeylah. Kau tolong uruskan, ya. Bila dan di mana interview akan dijalankan, aku akan update. Deal?” Soalan Hisyam dibiarkan
menyepi.
“Deal! Aku akan uruskan semuanya.”
Terangguk-angguk kepala Hisyam.
“Tapi aku
ada satu syarat," ujar Zack sambil memandang Hisyam dengan serius. “Semua
pelajar-pelajar tak boleh tahu siapa aku. Tak ada siapa yang akan kenal dengan
Tuan Syed Zikri Syed Zarkasyi. Mereka hanya perlu mengenali aku sebagai Zack,
orang kanan Tuan Syed!”
Tercengang
Hisyam dengan syarat yang dikenakan. “How
come? You’re the famous Tuan Syed!" Terpinga-pinga Hisyam di situ.
“Dalam akhbar, majalah, semuanya ada muka kau!”
“Tak pe,
dalam majalah dengan luar tak sama! Pandai-pandailah aku ubah apa-apa yang
patut. I’ll change my style!" tegas
Zack. “Pelajar-pelajar tu tak mungkin akan kenal aku! And for time being, aku akan batalkan semua fotoshoot dengan majalah dan akhbar!” ujar Zack. “Yang penting, aku
mahu mencari pekerja terbaik dan boleh dipercayai!"
Kini
mengertilah Hisyam dengan tujuan Zack. Mungkin dengan menyamar sebagai orang
kanan Tuan Syed Zikri, dia boleh menyiasat dan mencari pekerja-pekerja yang
berpotensi dengan lebih teliti dan bukan pekerja yang hanya suka mencuri
tulang.
Tetapi
berlainan pula dengan Zack. Dia mahu mengenali siapa Audra Laily yang berjaya
membuatkan hari-hari suramnya menjadi ceria. Adakah Audra Laily seorang gadis
yang lain dari perempuan yang dikenalinya? Atau adakah dia juga seperti mereka
yang hanya mahukannya kerana mahukan kemewahan dunia? Atau mungkin seperti
mereka yang tertarik hanya kerana ketampanannya?
Makin besh yooooo!!
ReplyDelete