Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah....akhirnya penantian saya untuk novel kedua ini akan berakhir. buat peminat HANYA DIA, HANYA DIA akan menemui anda di pasaran tak lama lagi. Insya Allah, pertengahan bulan ini, dengan tajuk barunya:- TAKKAN PERNAH HILANG.
Sejulung-julung ucapan terima kasih saya tujukan buat semua pembaca HANYA DIA yang terpaksa ternanti-nantikan sambungan perjalanan cinta antara MAISARA dan FARIZ. Semoga kehadiran novel ini akan menambat hati anda yang menggemari novel tanahair.
Terima kasih juga buat syarikat penerbitan Fajar Pakeer yang masih memberi peluang pada saya untuk menjadi seorang penulis.
Terima kasih semua...... love u oulls!!!
Tajuk: TAKKAN PERNAH HILANG
Penulis: EMMA RUSDI
Harga: RM21ss / RM24sm
Sinopsis:
FARIZ - Cinta yang terpendam buat Maisara tak pernah pudar walaupun dia telah memilih orang lain sebagai isterinya. Demi sebuah rahsia yang tersimpan, dia rela kehilangan sebuah cinta. Namun, takdir menetapkan dia harus bersama semula dengan Maisara. Tetapi, menambat hati Maisara tidak semudah seperti dahulu. Hati Maisara sudah terkunci rapat buatnya.
MAISARA - Dia tidak menyangka akan kehilangan cintanya pada saat dia mula mengimpi untuk hidup bersama Fariz. Hatinya sangat terluka saat Fariz menyatakan keinginan untuk menyunting kakaknya, Suhana, untuk menjadi isterinya. Luka di hati semakin bertambah apabila Suhana menghembuskan nafas yang terakhir. Kini, Fariz datang semula menagih cintanya. Namun, kehadiran Ilyana di sisi Fariz membuatkan kepercayaannya kepada lelaki itu semakin hilang. Tetapi kerana tanggungjawab dan kasih yang sudah tertumpah kepada Aiman, Maisara menerima Fariz semula tanpa menagih cinta daripada lelaki itu.
“Saya harap awak berterus terang dengan Ilyana. Beritahu dia, saya takkan halang hubungan dia dengan awak. Saya buat semua ni semata-mata kerana Aiman. Saya tak kisah pun kalau awak nak berkahwin dengan dia atau mana-mana perempuan sekalipun.”
“Awak jangan risau. Kalau awak yang jadi isteri saya dan mama Aiman, bermakna tiada isteri lain untuk saya dan tiada mama lain untuk Aiman.”
Lalu Maisara dan Fariz bersatu dalam ikatan ijab dan kabul. Bagi Maisara, segala pengorbanan yang dilakukannya hanya kerana Aiman. Cintanya kepada Fariz tak mungkin datang kembali. Cinta di hatinya telah hilang untuk Fariz. Namun, benarkah cinta itu pernah hilang daripada hati Maisara sedangkan tiada nama lain menghuni hatinya sesudah Fariz?
tq cik writer n fajar pakeer. ^-^
ReplyDelete~nor..
TERIMA KASIH NOR :)
Deletewahhhhhhhh,.......confirm akak beli!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteterima kasih ya kak....;)
Deletemacam mana ye nak jadi penulis novel...sy minat.tp bila cuba mnulis,mesti tk boleh nk hbiskan.tkde idea dh.huhu...
ReplyDeletetak mengapa...saya pun cuma tulis bila ada idea saja....lama-lama habislah....hehehe..yang penting, jangan putus asa dan banyak bersabar....
DeleteSlm. Sblm ni, hanya dia pernah dicetakkn? Atau,, ini novel hanya dia tp tajuk nya diubah? :)
ReplyDeletewsalam.....novel Hanya Dia ini adalah keluaran terbaru dan karya terbaru saya yang telah diubah tajuknya kepada Takkan Pernah Hilang. Mungkin ada novel yang tajuknya sama sebab itu pihak penerbit meminta saya mengubah tajuknya....:)
Delete