Aku terus memerhatikan wajah yang tidak jauh dari aku. Hanya jarak 100
meter yang memisahkan kami. Namun, dari kejauhan ini aku sudah bisa mengagak
siapakah gerangan yang sedang tersenyum padaku.
Huh! Patutlah dia ada kat sini dua hari lepas. Rupanya, dialah penyewa
baru yang akan menyewa di rumah yang betul-betul bertentangan dengan banglo
kami sekeluarga.
Dengan rasa berat hati aku menghampirinya. Kenapalah aku perlu berjumpa
dengannya lagi? Ini semua pasal pakcik Naza lah! Sejak aku ungkit tentang semua
harta yang menjadi hak aku termasuk rumah sewa dan tanahnya, terus dia lepas
tangan dalam urusan sewa rumah.
Bukan aku tak tahu, dia sengaaja nak ambil simpati mak. Kononnya semua
harta aku, biarlah aku yang uruskan. Tapi, urusan wang mahu pulak dia pegang.
semua wang sewa akan dimasukkan ke dalam akaun mak. Akaun mak pula, ada di
tangan Pakcik Naza.
Ikut hati, mahu sahaja aku mengungkit hal tu. Mana taknya, setiap bulan
aku hanya diberi gaji kerana bekerja di restoran. Dah tu, untung sewa rumah
sikit pun aku tak dapat. kalau bertul semuanya masuk ke dalam akuan mak, aku
tak kisah. tapi, kenapa pulak kad bank Pakcik Naza yang pegang?
Tapi, kalau aku ungkit hal tu pada mak, mak mesti tak suka. Mesti mak
akan kata aku berkira dengan keluarga sendiri. Tak boleh jadi ni, aku mesti
cari jalan minta mak buka buku laporan tentang wang masuk dan keluar sewa
rumah. Alasan yang tepat adalah untuk memantau keluar masuk wang dengan lebih
teratur. Aku pun nak tahu juga, di mana mengalir setiap hasil sewa rumah tu.
“Assalamualaikum cik puan rumah,” sapanya sambil tersengih-sengih. Ni
lagi satu, menyampah aku tengok pemuda ni lagi. Sah! Ni mesti kes rasa bersalah
sebab langgar tuan rumah sendiri.
“Waalaikumsalam!” sikit pun aku tak menunjukkan keramahan. Hello, kaki
aku masih sakit, okey!
“Kaki cik puan rumah masih belum baik?” Macam tahu-tahu aje dia ni!
Mungkin dia menyedari cara jalan aku yang masih capik sedikit.
“Nah! Ini perjanjian untuk sewa rumah.” Malas aku mahu menjawab
soalannya.
Dia mencapai kertas perjanjian itu. Dia membaca setiap butir, kemudian
barulah dia mengeluarkan pen dan tandatangan perjanjian itu. Lalu diserahkan
semula kepada aku.
“Terima kasih cik Hana. Hari tu, yang jumpa dengan saya tu, bapa cik
Hana ek?”
Tercengang aku sekejap. “Macam mana awak tahu nama saya?”
“Tu! Dalam perjanjian tu ada tulis.”
Oh, betul jugak! Termalu aku.
“Nama saya Shahureen. Cik Hana boleh pangguil saya Ayen. Semua
kawan-kawan panggil saya dengan nama tu.”
Dia tersenyum. Aku hanya menjeling. Macamlah aku tak tahu. Namanya juga
ada di dalam perjanjian itu.
“Itu adik cik Hana ek?” dia menunding ke belakang. Aku menoleh. Susuk
tubuh Nabila sedang berdiri di depan pintu pagar sedang tersengih-sengih
memandang pemuda itu. Tangannya pula, sedang menggulung-gulung rambutnya.
Hei! Geram aku dengan Bella! Gatal!
“Bella! Masuk dalam!” Terus aku bertempik.
Mungkin kerana terkejut dengan tempikan aku, Nabila terus melangkah ke
dalam. Sempat lagi dia melambai kepada penyewa baru itu. Eeii...mamang dasar
playgirl adik aku ni! apa nak jadi pun tak tahu!
Masalah betullah! Sudahlah yang menyewa itu pemuda bujang. Si Bella ni
pulak miang! Pantang nampak lelaki handsome sikit. Mulalah gatalnya nak ‘try’.
Mentang-mentanglah dia cantik, semua lelaki nak dipikatnya.
“Awak jangan cuba-cuba nak kacau adik saya!” Jari telunjuk aku sudah
naik ke mukanya.
“Mana ada!” pantas lelaki itu menahan diri. “Saya senyum je.”
“Sebagai orang baru di sini, saya nak ingatkan awak. Jangan sesekali
awak ambil kesempatan untuk mendekati adik saya. Dan ingat! Jangan pernah ambil
tahu urusan keluarga saya!” Aku memang patut memberi arahan itu. Rumah
yang disewa Ayen itu sangat dekat dengan rumah aku.
Keluarga aku pula selalu huru-hara. Tentu saja Ayen akan tahu apa yang
terjadi di dalam rumah itu. Jadi, biarlah aku memberi arahan terlebih dahulu.
Penyewa sebelum ini juga aku lakukan perkara yang sama.
“Okey!” Ayen mengangkat keningnya.
“By the way, jangan panggil saya Hana. Panggil saya Lucky.”
"Lucky? Kenapa Lucky?"
Ish! banyak tanya pula si Ayen ni. "Jangan sibuk boleh tak?"
Ayen mengangkat bahunya.
"Cik Lucky ni garang, tak macam bapa Cik Lucky ya."
"Amboi sedapnya cakap!" Berterus terang sungguhlah si Ayen ni.
Aku garang pun bersebab. Sebab dia, pada hari pertama kami bertemu, dia dah
bersalah pada aku.
"Betul apa!"
"Dia bukan bapa saya!"
"Habis tu?"
"Bapa tiri!"
"Oh, patutlah sikap Cik Lucky dengan adik Cik Lucky lain ya.
Mungkin, dia anak bapa tiri Cik Lucky kot."
Berkerut dahi aku memandang Ayen.
"Ye lah, dia macam merpati yang senang di dekati dan CIk Lucky,
macam harimau. Nak dekat pun takut!"
mungkin dia membuat telahan berdasarkan perhatian yang diberikan Nabila
tadi.
"Tapi, ini harimau bukan sebarang harimau. Harimau ni akan jaga
seluruh keluarga dia. Bapa merpati yang ada dalam rumah tu pulak tak boleh
harap! Jadi, jangan sesekali rapat dengan adik saya dan ambil kesempatan atas
dia! Ingat!"
Dalam aku memberi arahan agar jangan ikut campur urusan keluarga aku,
secara tak langsung aku dah 'ter'bagi klu kepada Ayen yang keluarga aku
sememangnya bermasalah.
Hmmm....
-------------@@---------
“Nah!” dengan pantas aku menyerahkan design terbaru aku
kepada Lin. Dengan itu juga mata aku meliar memandang sekeliling. Takut jika
ada orang yang mengenali tahu aku di sini.
Manalah tahu kalau Pakcik Naza menghantar pengintip untuk ekori aku.
Bukan aku nak menuduh, sekadar berhati-hati. Mak mungkin percaya bila aku kata
yang aku sudah tidak meneruskan minatku kepada fesyen. Namun, Pakcik Naza belum
tentu percaya. Hanya musuh yang akan mengenali musuh dengan baik.
Walaupun selama ini aku berjaya menjaga rahsia aku. Tapi aku tetap perlu
memastikannya selamat sehingga aku punya memujuk mak untuk membenarkan aku
meneruskan minat ku ini.
“Aku dah dapat tukang jahit.”
“Betul?” Bagai nak tersembul biji mata aku. Ni yang buat aku sayang
sangat dengan Lin. Cekap sekali dia membuat kerja.
“Tapi bukan profesionallah. Diorang ni pun belajar menjahit dengan
tukang jahit biasa. Ada masa kalau, kau kena datang sini. Beri tunjuk ajar sikit.
Kang lingkup design kau nanti!”
Aku sudah menggaru kepala.
“Tengoklah macam mana. Aku try curi-curi datang sini
lah.” Aku perlu mencari jalan dan mencuri waktu ke kedai. Jika tidak, bagaimana
butik online ‘Lucky Hana’ akan beroperasi? Nama butik Lucky Hana ini baru saja
aku tukar. Sebelum ini, bisnes online ku menggunakan nama sebenar aku iaitu
Hana Zarra.
“Bila kau nak berterus terang dengan mak kau?” Lin sudah meletakkan
lembaran design terbaru aku di tepi. Perhatiannya sudah tertumpu kepada ku.
Sejak dari awal Lin memang tahu masalah aku.
Aku hanya menjongketkan bahu aku.
“Suatu hari nanti mak kau tentu dapat tahu juga. Lebih baik kau berterus
terang dari sekarang.”
“Belum masanya lagi Lin. Masa tak sesuai.”
“Cik Lucky!”
Alamak, suara itu macam aku kenal je. Dengan lambat-lambat dan penuh
debaran di dada aku berpaling memandang je belakang. Sah! Terjegil muka Ayen di
situ. Mati aku!
Lidah aku terus kelu. Tercengang aku memandang dia.
“Awak buat apa kat sini? Kedai ni tak terbuka untuk orang luar. Awak tak
boleh masuk sini.” Lin sudah mendekati Ayen.
“Eh, tak! Saya bukan nak beli baju.” Mata Ayen meliar memandang seluruh
kedai itu. “Saya nampak Cik Lucky kat luar tadi. Sebab tu saya datang sini.”
Patutlah aku terasa macam diri diekori. Tapi aku tak nampak bayang Ayen
pun. Aku terus mendekati Ayen.
“Kenapa awak ikut saya?”
“Eh, tak!” Pantas dia menggawang-gawang tangannya ke kanan dan ke kiri.
“Saya ke restoran tadi. Kecoh orang kat sana cari Cik Lucky. Masa saya kat
pintu masuk tadi, saya nampak cik Lucky. Sebab tu saya ada kat sini. Saya cuma
nak beritahu yang dia orang semua cari Cik Lucky.”
Dengan pantas aku menyelongkar porch bag aku. Terus aku menarik keluar
handphone. Tak de bateri! Patutlah tak berbunyi. Mungkin mereka dah banyak kali
menghubungi aku.
“Lin aku kena balik dulu!” Tanpa menunggu kata-kata Lin yang mulutnya
sudah terbuka aku terus berlari keluar ke parkir motorsikal.
Aku meraba-raba kunci motorsikal di poket. Porch bag? Tak de! Alamak,
jatuh kat mana pulak? Aku mencari di lantai.
“Ni!” Tiba-tiba segugusan kunci muncul di depan mataku. Aku terus
mengangkat wajah dan melangutkan pandangan mataku.
Ayen sudah tersenyum kepada ku. Aku terus merampas gugusan kunci dari
tangannya. Tentu aku dah tertinggal di kedai tadi. Agaknya itulah yang mahu
dikatakan Lin, iaitu kunci motorsikal aku tertinggal.
“Cik Lucky tertinggal..”
“Saya tahu!” Aku terus memotong kata-katanya.
Ada keluhan di bibirnya dengan sikap dingin aku.
“Cik Lucky ni jauh beza dengan Bella. Bella dahlah cantik. Di tambahkan
lagi dengan keramahannya yang murah dengan senyuman, semakin cantiklah dia.”
Pang! Bagai satu tamparan hinggap di pipi aku bila dia menyebut nama
Nabila.
“Berapa kali saya perlu beritahu awak? Jangan dekati Bella! Dia adik
saya. Dia masih belajar, saya tak nak awak mainkan perasaan adik saya. Dia
masih muda.”
Bengang betul aku dengan Ayen. Terus aku memulas handle dan berlalu pergi.
Bella pun satu! Budak ni memang nak kena! Tahulah aku nak mengajar dia.
--------------------@@--------------
Lepas aku hantar peti-peti ikan ke restoran, aku pulang ke rumah kejap.
Rasa malas pula nak makan di luar. Kadang-kadang mak masak juga di rumah. Kalau
langkah kanan aku hari ni, adalah lauk untuk dimakan.
“Alah mak, Bella nak beli buku lah,” Belum pun aku melangkah ke dapur
aku dah dengar suara rengekan Nabila. Ni mesti nak minta duit dari mak lagilah
tu!
“Minggu lepas kan kau dah minta duit dekat mak nak beli buku?” Terus aku
menyergah.
Terkejut beruk Bella bila dia lihat muka aku di situ.
“Itu buku lain lah kak. Ni buku lain.” Nampak sangat dia tak suka dengan
kemunculan aku.
“Kau boleh tipu mak tapi bukan akak. Akak dulu pun pernah belajar jugak
tau!”
“Akak lain. Akak tak habis belajar. Bella dah tahun tiga sekarang!”
Menyirap darah aku bila Nabila mengungkit hal itu.
“Aku tak dapat belajar pun sebab bapa kau lah!” Tatkala itu aku memang
terlupa dengan kehadiran mak.
“Hana!!” Terus nama sebenar aku diseru mak. Macam biasalah, mana boleh
disentuh nama suami kesayangannya itu. “Kalau kau marah dengan adik kau, tak
payahlah babitkan pakcik kau sekali!”
Aku hanya mencebik. Aku pandang Bella semula.
“Kau tunjuk dulu dekat akak buku apa kau beli minggu lepas.”
Bella dah melirik mak. Nak tagih simpati dari mak lah tu.
“Dia minta duit mak, yang kau marah-marah sangat ni kenapa?” tanya mak.
“Bella adik Lucky. Lucky berhak perhatikan dia! Mak nakkan masa depan
anak manja mak ni terjamin, kan?”
Mak diam. Sungguh, aku bertegas dengan Bella kerana Bella telah rosak
kerana kemahuannya sentiasa dituruti. Setiap kata-kata aku untuk kebaikan
Bella, mak tak pernah nak dengar. Tapi, sejak aku dapat tahu yang rumah dan
tanah-tanah ini adalah kepunyaan aku, mak banyak beralah bila aku memarahi
Bella. Cuma, dia sangat pantang bila aku babitkan pakcik Naza.
Melihat mak diam, aku terus menarik tangan Bella dan membawanya masuk ke
dalam bilik tidur Bella.
“Sakitlah akak ni!” Nabila mengurut pergelangan tangannya sebaik sahaja
aku melepaskan genggaman.
“Mana buku yang kau beli?”
Lambat-lambat dia mengeluarkan buku dari beg galasnya. Tiga buah buku di
susun di depan aku. Matanya tak sudah-sudah menjeling geram.
“Buku ni?!”
Nabila mengangguk.
“Kau jangan nak tipu akak. Dengan mak kau boleh tipu. Buku-buku ni akak
dah nampak sejak bulan lepas!”
“Bella tak tipu!”
“Mana resit?”
“Mana ada! Bella dah buang!”
Nak menipu lagi. Sebenarnya, aku memang dah pernah lihat buku tu dalam
billik Nabila. kalau tak silap, sejak tiga minggu lepas dah ada.
“Tak apa, kali ni Bella lepas. Bella nak duit beli buku?” Aku cuba
mengalah sebab aku sendiri tak punya bukti.
Nabila mengangguk.
“Bagi senarai buku yang Bella nak beli, biar akak yang pergi beli.”
Wajah Nabila semakin mencuka.
“Akak mana ada duit. Tengok!” Dia menunjuk pada aku. “Baju pun tak
bertukar. Ada hati nak beli buku kat Bella!”
Budak ni memang melampau. Kalau ikut hati, memang dah kena penampar dah!
“Aku tak de duit pun sebab bapa kau yang bolot semua harta benda aku.
Tapi kau kena ingat, semua harta ni termasuk rumah banglo yang kau duduk ni,
semuanya harta aku. Kalau aku tak fikirkan mak, dah lama aku halau bapa kau tu
dari rumah ni”
Bella menarik muka lebih masam. Bukan niat aku nak bermengah atau nak
riak. Jauh sekali mengungkit. Namun, kadang-kadang untuk mengajar Bella erti
‘penghargaan’, ‘penghormatan’, aku perlu guna kata-kata kasar begini.
“Dahlah tu, aku kena pula tolong dia dekat restoran. Gaji pun serupa
kuli punya gaji.” Aku mendengus.
Bella hanya diam.
Tiba-tiba aku teringatkan Ayen.
“Bella, akak dah pesan dengan kau jangan rapat dengan Ayen, kan?”
Bella mengalih pandangannya. Cuba melarikan anak matanya dari aku.
“Dia tu, masih baru kat sini. Baik buruk dia, kita tak tahu. Kalau dia
ambil kesempatan macam mana?”
Bella sudah menggaru-garu telinganya. Bengang agaknya mendengar omelan
aku.
“Tak baiklah buruk sangka dengan orang. Ayen tu baiklah. Lagipun dia
handsome tau!”
“Eeiii.....gatalnya kau! Ayen lah, Shah lah, Azmi lah. Apa nak jadi
dengan kau ni? Belajar pun tak habis, asyik berkepit dengan jantan je!”
Terbeliak biji mata Bella pandang aku. Barangkali dia terkejut bila aku
menyebut koleksi teman lelakinya.
“Dia orang tu semua kawan Bella je lah. Ayen tu pun, kawan je.”
“Kawan tu kawan lah. Aku pun kawan jugak dengan lelaki. Tapi tak de lah
macam kau. Ke sana berkepit, ke sini berkepit. Itu kau kata kawan. Agaknya
kalau teman lelaki betul, lebih dari tu kau buat apa!”
“Akak ni!” Bella bangun dan bertentang mata dengan ku. Terasa sekali api
sedang marak di dalam pandangan matanya.
“Apa?”
“Bella tak keluar dengan Ayen lah. Bella terserempak je dengan dia pagi
tadi. Tu pun dekat depan rumah je.”
“Akak bukan apa. Akak Cuma nak ingatkan je. Jangan bebas sangat. Kang
tergadai maruah kau pula!”
“Hei!” Tiba-tiba je pekikan suara Pakcik Naza bergema. Toleh-toleh je,
dia dah ada belakang aku. “Kau ingat anak aku ni apa? Bohsia?!”
“Saya cuma nasihatkan dia je.” Aku pandang Pakcik Naza.
“Sudah! Sudah! Tak payah nak nasihat anak aku. Pandai-pandailah aku jaga
dia. Dia anak aku!”
“Saya peduli apa dia anak Pakcik. Saya cuma nasihat adik saya. Bella ni
adik saya!”
Kalau dah bertembung aku dengan Pakcik Naza, memang suara padu kami
berdua boleh di dengar satu kawasan perumahan. Sebab tulah dari awal, aku akan
beri nasihat atau lebih tepat lagi beri amaran kepada penyewa terdekat agar
jangan ikut campur dalam urusan keluarga kami.
“Baik kau berambus dari sini sebelum tangan aku naik kat muka kau!”
tempelak Pakcik Naza.
Huh! Dia ingat aku takut. Memang aku dah buka mulut nak balas kata-kata
Pakcik Naza, namun tiba-tiba sahaja wajah mak terjengul kat muka pintu kamar
Bella. Terus mulut aku terkunci rapat.
Melihat wajah mak, aku tak nak panjangkan cerita. Terus aku keluar dari
bilik Bella dan ke halaman rumah.
Perut aku berbunyi. Memang dari tadi aku lapar. Niat balik rumah nak isi
perut dengan air tangan mak. Akhirnya, perut aku terisi dengan perkara begini.
Aku terus keluar dari pintu pagar.
Tiba-tiba sahaja Ayen muncul di situ.
“Kenapa Cik Lucky?” Ni mesti dia dengar paduan suara aku dengan Pakcik
Naza.
“Jangan menyibuk boleh tak?”
“Saya bukan nak menyibuk. Tapi, sebagai orang yang paling dekat dengan
keluarga cik Lucky, saya berhak tahu apa yang terjadi.”
“Awak bukan ‘orang yang paling dekat dengan keluarga saya’!” aku
betulkan kembali kenyataannya. “Cuma, rumah sewa awak je yang paling dekat
dengan rumah kami sekeluarga.”
“Itulah maksud saya.”
Aku menjeling dan berjalan pergi. Aku ingat nak singgah di gerai dekat
jalan keluar.
“Cik Lucky marahkan Bella pasal saya kah?”
Terus langkah aku terhenti dan menoleh ke belakang. Ayen mengekori aku?
Aku mencekak pinggang.
“Sejak hari pertama awak kat sini, saya dah nasihatkan awak jangan masuk
campur urusan keluarga saya.”
“Cik Lucky ni garang sangat.”
“Apa?” Beraninya dia!
“Kalau nak nasihatkan orang, janganlah marah-marah. Bella tu dah besar.
Dia bukan nak dengar cakap Cik Lucky.”
Aku mengeluh. “Memang susah nak nasihatkan Bella. Cakap dengan dia,
macam cakap dengan tembok. Tambah-tambah bila ada Pakcik Naza.”
“Bella tu masih remaja. Memang susah nak nasihatkan remaja. Dia orang
takkan dengar cakap kita. Kalau budak kecik, senang lah. Dengan remaja ni Cik
Lucky, kita kena buat dia orang faham, bukan buat dia orang dengar cakap.”
Aku pandang Ayen. “Maksud awak?”
“Yelah...remaja ni, dia orang akan fikir yang dia orang dah besar. Tak
perlukan nasihat orang lain. Dia orang fikir, dia orang tahu apa yang dia orang
buat. Sebab tulah dia orang tak nak dengar cakap kita. Kita perlu nasihatkan
mereka dengan cara lain. Dengan cara yang boleh buat dia orang faham dengan
nasihat kita bukan minta dengar cakap dari kita.”
Makin aku keliru dengan nasihat dia.
“Maksud saya, kita kena buat mereka faham dengan nasihat kita bukan
minta dia orang dengar dan ikut cakap kita secara paksa.”
Hmmm....Ada betulnya juga kata Ayen. Lama juga aku pandang wajah dia.
Dan kemudian....Eh, apasal aku kena bincang semua hal ini dengan dia? Gila kah
apa aku ni!
“Eh dah lah. Saya nak gi makan. Awak jangan ikut saya!”
“Cik Lucky! Kita belum habis bincang.”
“Hal keluarga saya tak ada kena mengena dengan awak. Saya tak perlukan
nasihat awak!”
“Tapi...”
“jangan masuk campur urusan saya!”
Aku terus melangkah dan langsung tak ambil peduli dengan panggilannya.
bersambung............
----------------------@@--------------
No comments:
Post a Comment