Miza termangu di situ. Jauh dia mengelamun mengenangkan nasib diri. Sudah tiga tahun berlalu, namun dia masih belum punya kata putus. Jika ikutkan emosinya, mahu sahaja dia menamatkan semua ini dengan cepat. Namun, hatinya menolak tatkala dia memandang wajah Alia.
“Apa lagi yang kau menungkan Miza?” Aina meletakkan fail di
atas mejanya lalu duduk di tempatnya yang bertentangan dengan Miza. Wajah Miza
menjadi perhatiannya. “Kau belum buat keputusan lagi?” Bagaikan mengerti apa
yang difikirkan Miza, terus sahaja Aina bertanya begitu.
Miza menarik nafas panjang lalu bersandar di kerusinya. Dia
membalas pandangan Aina. “Aku berbelah bahagilah.”
“Berbelah bahagi?” Tergeleng kepala Aina. Sudah sering mereka
berbicara tentang itu. “Tiga tahun! Tiga tahun dia tinggalkan kau tanpa nafkah
zahir batin. Apa lagi yang kau tunggu?” Bukan niatnya untuk menjadi batu api
dalam hubungan Miza dan suaminya. Namun, dia tak mahu hidup Miza terus terseksa
begitu. Nak dikatakan bersuami, di mana suaminya? Nak kata janda, bila mereka
bercerai?
“Aku tak nak Alia rasa yang dia tak ada ayah,” balas Miza.
“Nak tak nak, Alia memang dah hidup seperti seorang anak yang
tak ada ayah,” tegas Aina. “Kenapa? Kau malu dengan orang bila mereka tahu
tentang kau?” soal Aina.
“Bukan soal malu, tapi sekurang-kurangnya Alia masih anggap dia ada ayah walaupun dia
tak pernah kenal siapa ayah dia,” kata Miza dengan perlahan. Pen di tangannya
dipusing-pusing tanpa tujuan.
“Alia dah tiga tahun, Miza. Dari kecil dia dah ditinggalkan.
Lainlah kalau dia memang kenal siapa ayah dia,” ujar Aina lagi.
Miza membisu. Aina benar, berpisah atau tidak, hidup mereka
tetap sama. Alia tak kenal langsung siapa ayahnya. Patutkah dia meneruskan
rancangannya atau terus membiarkan masa berlalu begitu?
---------------@@--------------
“Alia!” Dany mengangkat tubuh kecil Alia dan melambungnya
tinggi. Berdekeh-dekeh Alia tertawa gembira. Suka sekali dia jika dilambung
begitu. Namun, baru sekali lambungan Dany sudah meletakkan Alia semula.
“Ala.....” Alia merengek
minta diangkat lagi.
“Tak boleh sayang. Tak elok lambung-lambung ni. Alia kecil
lagi. Pakcik lambung sekali saja. Esok-esok pakcik lambung lagi.” Dany mengusap
kepala Alia.
“Minum dulu, Dany.” Zaleha meletakkan segelas jus oren di
atas meja.
“Terima kasih, mak.” Dany melabuhkan punggungnya di situ dan
terus membasahkan tekaknya. Alia sudah berlari masuk ke dalam bilik dan
menaburkan semua barang mainannya. Pintu bilik itu memang sengaja di buka
Zaleha untuk memerhatikan Alia.
“Macam mana dengan kerja?” tanya Zaleha.
Dany menyandarkan tubuhnya di sofa. “Alhamdulillah, mak.
Semua okey. Minggu depan, pembinaan akan mula dijalankan. Dalam jangka masa
setahun, cawangan di Langkawi dah boleh beroperasi.” Dany memejamkan matanya
seketika untuk melepaskan keletihan.
“Baguslah macam tu.” Sesekali mata Zaleha akan memerhatikan
tingkah Alia sambil dia berbual dengan Dany yang baru pulang dari Langkawi.
Seminggu Dany ke Langkawi atas urusan kerja. “Kamu nak makan?” soalnya.
Dany membuka matanya semula. Wajah Zaleha dipandang. “Tak naklah,
mak. Nak rehat dulu. Penat ni,” balas Dany meletakkan semula kepalanya di
belakang sofa.
“Pergilah naik ke bilik, berehat,” arah Zaleha.
Dengan langkah yang berat Dany bangun sambil menjinjit beg
pakaiannya untuk naik ke atas.
“Pakcik nak ke mana?” Alia berlari keluar dari bilik apabila
melihat Dany sudah bangun dari situ.
Dany tersenyum melihat Alia. Dari kecil Zaleha menjaga Alia
apabila ibu Alia bekerja. Namun, belum pernah dia bermain-main dengan Alia
kerana kesibukan kerjanya. Dia hanya sempat melihat dengan Alia ketika dia mahu
keluar ke pejabat pada pagi hari.
“Pakcik nak naik atas. Pakcik letihlah, sayang.” Satu cubitan
hinggap di pipi Alia.
“Ala.... Tapi, Alia nak tengok pakcik. Alia tak pernah tengok
pakcik lama-lama.” Alia yang sudah petah bercakap terus mengatakan perkara
sebenar.
Dany mengerutkan keningnya. Memang benar, dia tak banyak
berbicara dengan Alia. Bukan tak mahu, tetapi tak sempat. Namun, Alia kelihatan
sangat merinduinya. “Alia rindu dengan pakcik?” soalnya.
“Rinduuuu....sangat!” Dia terus memeluk leher Dany yang
sedang duduk mencangkung di depannya. “Selalu pagi-pagi, Alia datang sini Alia
nampak pakcik. Pakcik selalu ‘bye-bye’ bila pakcik nak pergi kerja. Lama sangat
Alia tak nampak pakcik.” Alia merungkaikan pelukannya.
Dany ketawa kelucuan. Alia memang manis. Mungkin beginilah
sikap kanak-kanak. Mudah sekali menyanyangi walaupun kepada orang yang jarang
meluangkan masa bersamanya. Baru seminggu dia tak ada dan tak melambai Alia,
terus Alia merinduinya.
“Alia dah ada nenek,” Alia menunjukkan kepada Zaleha. Zaleha
hanya tersenyum. “Alia ada atuk, Alia ada ibu. Ibu kata, Alia ada ayah. Pakcik
ayah Alia, kan?” tanya Alia.
Senyuman di bibir Dany mati. Dia menoleh memandang Zaleha.
Zaleha hanya mengetatkan bibirnya. Dany kembali memandang Alia. Dia memang
sangat letih untuk bertanya tentang Alia saat ini walaupun dia tak pernah tahu
apa-apa tentang Alia.
“Macam ni-lah. Biar pakcik tidur di bilik Alia, boleh?” tanya
Dany yang tak sanggup melihat wajah yang kerinduan itu.
“Boleh!” pantas sahaja Alia menjawab.
Dany terus menarik tangan Alia dan menuju ke kamar Alia. Dia
berbaring di atas katil bujang yang disediakan Zaleha untuk Alia. Alia pula,
sedang bermain di sisi Dany. Zaleha yang memerhatikan Alia, hanya menarik nafas
panjang.
--------------@@-----------
“Assalamualaikum,” Miza memberi salam sambil tangannya laju
membuka pintu pagar itu dan terus masuk ke dalam. Miza menjenguk ke dalam rumah
yang sedang terbuka itu. Matanya meliar mencari kelibat Zaleha. Biasanya,
apabila pulang dari kerja, Alia dan Zaleha sudah menunggunya di halaman rumah.
Miza membuka kasut dan melangkah ke dalam. “Assalamualaikum,”
sekali lagi Miza memberi salam. Kali ini suaranya agak perlahan. Dia terus
menuju ke kamar Alia dengan langkah yang perlahan.
Terkejut dia tatkala dia berada di hadapan kamar itu,
kelihatan seorang lelaki sedang berbaring di katil Alia. Dia terus menyorok di
balik tembok. Dadanya bergetar kencang. Siapa lelaki itu? Dengan perlahan, Miza
mengintip lelaki itu lagi. Kemudian, dia terlihat tubuh kecil Alia sedang tidur
di atas kerpet yang terbentang di lantai.
“Miza,” suara Zaleha menyapa. Lantas Miza menoleh. Kelihatan
Zaleha sedang memapah Deris masuk ke dalam rumah.
“Kenapa ni pakcik?” Miza terus menghampiri mereka berdua. Dia
membantu Zaleha memapah Deris hingga ke sofa.
“Pakcik ni, hah! Jatuh motosikal masa balik dari surau tadi.
Nasib baik jatuh di selekoh hujung tu saja. Tu yang makcik pergi ambil,” kata
Zaleha.
“Motosikal pakcik macam mana?” Miza memandang ke halaman
rumah. Namun, motosikal Deris tidak kelihatan.
“Makcik biarkan saja di situ. Tak apalah. Kejap lagi Dany
bangun tidur, makcik minta dia ambilkan motosikal tu.” Zaleha melabuhkan
punggungnya di sisi Deris.
“Dany?” berkerut kening Miza. Siapa Dany? Dia tak pernah tahu
ada orang bernama Dany tinggal di situ.
“Dany dah balik?” Deris memandang Zaleha.
“A’ah, baru aje sampai tadi,” balas Zaleha. “Dany tu anak
makcik,” beritahu Zaleha kepada Miza.
“Tak pernah nampak pun. Tinggal di tempat lain agaknya,” teka
Miza.
“Taklah. Tinggal di sini juga. Tapi kamu tak pernah jumpa,”
beritahu Deris. “Pagi kamu datang hantar Alia di sini, dia sambung tidur lepas
solat Subuh. Pukul lapan setengah baru dia bangun sebab dia masuk kerja pukul sembilan.
Nasib baiklah ofis dia dekat sini saja. Tiap-tiap hari balik lewat. Paling awal
pun pukul sepuluh malam. Biasanya, selagi tak pukul satu, tak baliklah budak
tu.” Tergeleng-geleng kepala Deris.
“Dia tu, gila kerja! Ada seorang anak pun, seorang ni asyik
sibuk memanjang. Umur pun dah lanjut. Kalau dah kahwin, agaknya dah ada cucu
kita, bang.” Zaleha menepuk paha Deris. Deris hanya mengangguk.
“Nasib baiklah ada Alia tu. Kalau kamu tak minta tolong
makcik kamu ni jaga Alia, alamatnya memang sunyilah rumah ni,” ujar Deris yang
sudah bersara itu.
“Apa yang bising-bising ni, mak” Dany yang terdengar
suara-suara menyebut namanya terus terbangun dari tidur. Dia
menggosok-ngosokkan matanya sambil melangkah mendekati mereka tanpa menyedari
kehadiran Miza di situ.
Dany terus duduk di hadapan Zaleha. “Kenapa ni mak, abah?”
Dia masih dalam keadaan separuh mamai terus bertanya.
“Hmmm, baguslah. Kusut-kusut macam ni keluar jumpa tetamu,”
tegur Zaleha.
“Uh? Tetamu apa?” tanya Dany lagi sambil dikelip-kelipkan
matanya agar tidak tertutup.
Deris menggelengkan kepalanya. Dia memuncungkan bibir,
menunjuk kepada Miza yang berada di kerusi bersebelahan Dany. Miza sudah
tersengih-sengih melihat tingkah Deris.
“Apa abah? Abah nak cium siapa?” Dany ketawa melihat Deris
yang termuncung-muncung bibirnya itu.
Deris mendengus apabila Dany langsung tidak memahami
isyaratnya. “Tu hah! Sebelah kamu tu!” Tekan Deris.
Kening Dany terjongket sebelah. Dia membuang pandangan ke
sebelahnya. “Eh!” Terkejut dia saat terpandangkan seraut wajah ayu yang sedang
tertunduk sambil tersenyum simpul. Terus dia membetul-betulkan rambutnya yang
kusut. “Maaf....maaf..” Lidahnya terasa kelu untuk berbicara.
“Tak apa, saya datang cuma nak ambil Alia,” ujar Miza tanpa
menoleh memandang Dany. “Pakcik, makcik, saya bawa Alia balik ya.” Miza bangun
dan masuk ke dalam kamar Alia.
“Pergilah tolong Miza tu,” suruh Deris. Dany bangun sambil
membetul-betulkan bajunya.
“Puan Miza, biarlah saya angkat Alia,” Dany bersuara.
“Oh, boleh juga.” Miza memberi laluan agar Dany bisa masuk
dan menangkat Alia. Dia pula sudah berjalan ke keretanya dan membuka pintu.
Dany yang tiba di situ, terus meletakkan Alia di kerusi bersebelahan pemandu.
“Terima kasih, Encik Dany,” kata Miza.
“Eh, tak payalah berencik-encik. Dany saja dah cukup,” balas
Dany.
“Hati-hati Miza,” pesan Zaleha yang seringkali diberikannya
setiap kali Miza mengambil Alia.
“Baiklah, makcik. Saya balik dulu.” Miza terus masuk ke dalam
kereta dan memandu pergi.
------------@@-----------
“Alia tak ada ayah?” Berkerut kening Dany. Patutlah pagi tadi
Alia kata dia ayah Alia. “Miza tu jandalah ye?” Keluh Dany. “Muda-muda lagi dah
jadi janda.”
“Taklah. Miza bukan janda,” Zaleha membetulkan. “Suami dia
menghilangkan diri sejak tiga tahun lepas. Sejak Alia ada dalam perut.”
Dany mengunyah pisang goreng sehingga lumat dan kemudian
ditelannya. “Kenapa? Dia ke mana?” Dia mula berfikir tentang Miza.
“Entahlah. Tapi, ramai jiran di sini yang ingat Miza tu dah
janda. Semua cakap macam tu. Bila mak tanya pada Miza, dia kata dia masih
isteri orang.” Tergeleng-geleng kepala Zaleha.
“Miza tinggal di kawasan ni jugak?” tanya Dany lagi.
“A’ah... di taman sebelah,” balas Zaleha. Tangannya ligat
menggoreng pisang. Dany pula, lepas satu gorengan diletakkan Zaleha di dalam
pinggan, dia terus mencapainya. “Kamu ni, macam mana pinggan ni nak penuh kalau
asyik letak saja kamu ambil!” rungut Zaleha. “Biarlah mak habis goreng dulu.
Karang, kamu makanlah dengan abah!”
“Laparlah mak....” Dany membuat muka simpati.
Tergeleng-geleng kepala Zaleha melihat anak tunggalnya itu.
“Miza tak ada keluarga lain?” tanya Dany lagi.
“Arwah ayahnya meninggal waktu Miza kecil lagi. Arwah mak dia
yang menjaga dia. Lepas kahwin, Miza ikut suaminya ke sini. Tiga tahun lepas
berkahwin, suami si Miza menghilangkan diri. Arwah mak Miza tertekan bila Miza
pulang semula ke kampung tanpa suami. Waktu tu, Miza dah hampir melahirkan
Alia. Alia lahir tanpa ayah. Macam-macam orang kampung kata pada mereka.
Mungkin kerana tertekan, tiga bulan selepas Alia lahir, arwah mak Miza
meninggal,” Zaleha mengeluh. “Nasib baiklah Miza tu berkerja. Kalau tidak,
siapa yang nak tanggung mereka?”
Dany ikut simpati dengan nasib Alia. Namun kemudian dia
tersenyum. Dia menoleh memandang Zaleha yang sedang sibuk menggoreng pisang.
Mudah betul nak dapatkan cerita dari maknya. Satu soalan sahaja yang ditanya,
semua jawapan diberikan. Tergeleng-geleng kepala Dany.
----------------@@-----------
“Miza! Kau kena tengok ni!” Masuk sahaja ke dalam pejabat,
Aina terus meluru mendapatkan Miza. Terus dia mengeluarkan suratkhabar yang
baru dibelinya pagi tadi.
“Ada apa ni?” soal
Miza.
“Tengok!” Aina menunjal kepingan suratkhabar yang
dibentangkan di atas meja Miza.
“Datuk Hazrini dan suami melancarkan perasmian bangunan
Pertubuhan Wanita.” Miza membaca tajuk di muka surat itu. Kemudian, dia melihat
gambar yang tertera di situ. Miza tergamam. Kedua-dua tangannya sudah menutup
mulut. Matanya terus terpaku kepada gambar pasangan itu. Ada airmata yang mula bertakung
di kolam matanya.
“Sepatutnya kau dah minta cerai dari dia!” geram hati Aina
melihat gambar itu. Dengan kasar dia menghenyak punggungnya di atas kerusi.
“Kau kena tolong aku Aina,” Miza menyapu airmatanya yang
sudah mengalir.
“Apa saja aku akan tolong! Kau nak failkan penceraian?” tanya
Aina lagi.
Miza menggeleng. “Aku perlu berjumpa dengan dia.”
“Kau nak jumpa lagi dengan dia? Untuk apa? Dah sah-sah dia
tinggalkan kau sebab perempuan lain! Dah tu, kahwin dengan datuk pulak. Dasar
mata duitan!” dengus Aina.
“Walau apa pun, aku tetap perlu berjumpa dengan dia. Hanya
kau yang boleh tolong aku,” rayu Miza.
Aina mengeluh. “Apa yang boleh aku tolong?” Aina mengalah.
“Suami kau wartawan. Tolong minta dia carikan di mana aku
boleh berjumpa dengan Jeffry,” jelas Miza.
“Kau masih lagi nak jumpa dia?” Aina tidak berpuas hati
dengan keputusan Miza.
“Walau apa pun, aku tetap perlu berjumpa dengan dia. Aku nak
tahu, kenapa dia buat macam ni!” Airmata yang bertakung mula mengalir di pipi
Miza.
Aina menarik nafas panjang. “Baiklah,” dia menganggukkan
kepala.
---------------@@--------------
“Abang!” panggil Miza saat dia terlihat tubuh Jeffry keluar
dari sebuah kereta Toyota. Jeffry terus menoleh ke arahnya. Lelaki itu terpaku
seketika. Dia memandang sekeliling.
“Abang!” Miza bergerak mendekati Jeffry.
Belum sempat Miza mendekatinya, datang dua orang lelaki
menghampiri Jeffry dan kemudian menarik tangan lelaki itu pergi. Sempat Jeffry
menoleh sekilas kepada Miza sebelum dia melangkah bergerak meninggalkan tempat
itu bersama dua orang lelaki tadi.
Miza terpaku di situ. Kenapa? Tidakkah Jeffry mengenalinya
lagi? Dia lupakah tentang isterinya ini?
--------------------@@----------------
MIza
memandu Kelisa-nya masuk ke dalam kawasan rumah. Alia meluru keluar saat enjin
kereta dimatikan. Ketika Miza memasukkan anak kunci ke dalam lubangnya, hatinya
terus berdebar. Pintu itu tidak berkunci! Apakah dia tidak mengunci pintu
ketika keluar pagi tadi? Tidak! Dia yakin dia telah mengunci pintu.
"Nanti,
Alia!" Dengan pantas Miza menarik tangan Alia dan mendorong Alai berdiri
di belakangnya. Bagaimana jika rumahnya dimasuki pencuri? Jantung Miza berdegup
hebat. Dengan separuh keyakinan, Miza memulas tombol pintu dan terus menolak
pintu itu sehingga terbuka dengan luas tanpa masuk ke dalam rumah.
Alangkah
terkejutnya dia melihat kelibat yang berada di hadapannya kini.
"Abang?"
Terkedu Miza melihat Jeffry disitu. Dia membawa Alia masuk ke dalam rumah.
Mata Jeffry
menyorot kepada Alia. "Siapa budak ni?" Tanya Jeffry. Alia sudah
bersembunyi di belakang Miza.
"Macam
mana abang masuk?" Soal Miza kembali.
"Ini
rumah saya. Saya masih ada kuncinya," ujar Jeffry.
Saya? Miza
mengetap bibir. Jeffry
membahasakan dirinya 'saya', bukan 'abang' seperti dulu.
"Ke
mana abang menghilang selama ni?" Tanya Miza. "Dua tahun abang
menghilang tanpa berita."
"Saya
tak pernah ceraikan awak. Jadi, ini anak siapa?" Keras sekali nada suara
Jeffry. Bagaikan seorang isteri yang telah curang, Jeffry melemparkan pandangan
geram kepada Miza.
"Kalau
abang tak pernah ceraikan saya, takkan abang tak tahu ini anak siapa?"
Mencerlung Miza membalas pandangan mata Jeffry.
Ada takungan air di kolam matanya. Geram bercampur sedih. Aimata hanya menunggu
untuk mengalir di pipi.
"Anak
saya?" Terkedu Jeffry di situ.
"Belum
sempat saya beritahu abang yang saya mengandung, abang terus menghilang dan
tinggalkan kami," sedih sekali nada Miza menuturkan kata.
Terduduk
Jeffry di situ. "Saya bukan sengaja tinggalkan awak. Saya dah bosan dengan
hidup kita yang serba kekurangan." Dia memandang Miza. "Saya
tinggalkan awak untuk masa depan kita. Saya nak cari harta yang banyak untuk
kita!" Tegasnya.
Miza ketawa
sinis. "Abang cari harta hanya untuk abang. Saya tahu, sekarang ni abang
hidup mewah. Hidup mewah tanpa kami berdua. Jadi, jangan pernah kata yang abang
buat semua ni untuk kita!" Benci Miza mendengar alasan Jeffry. Selama ini,
dia berharap Jeffry punya alasan yang kukuh meninggalkan mereka. Tapi, Jeffry
masih tidak berubah.
"Tiga
tahun saya tinggalkan awak. Baru tiga tahun! Saya perlu masa yang lebih lama
lagi untuk kumpulkan semua kesenangan. Lepas tu, saya akan kembali pada
awak, dan bawa awak pergi dari sini," ujar Jeffry.
"Baru
tiga tahun?" Tergamam Miza mendengarnya. Begitu mudah Jeffry menuturkan
kata. "Abang tak pernah bayangkan bagaimana kami teruskan hidup kami
selama ni?" Miza menyapu airmatanya yang sudah tumpah. "Kasihan Alia,
membesar tanpa kasih sayang seorang ayah."
Jeffry
mendengus. "Awak kena faham, apa yang saya buat ni untuk masa depan
kita!"
Kepala Miza
tergeleng. "Saya tahu abang dah kahwin lain. Abang dah kahwin dengan Datuk
Hazrini. Abang dah hidup mewah dan lupakan kami. Bukan kata sedikit masa lagi
abang akan pulang, tapi abang takkan pulang selama-lamanya."
"Awak
ingat, kalau saya tak kahwin dengan Hazrini saya akan berjaya macam ni? Semua
yang saya ada sekarang ni, atas bantuan dia-lah!" Ujar Jeffry. Dia menghampiri Miza dan memegang bahu Miza
dengan erat. "Awak jangan risau, lepas saya dapatkan semua harta dia, saya
akan tinggalkan dia dan kembali kepada awak."
"Saya
perlukan suami saya! Suami yang akan berada di sisi saya dalam sudah dan senang!
Saya tak perlukan semua harta dunia! Saya cuma mahukan ayah kepada Alia!"
Tersedu-sedu Miza di situ.
"Awak
ni tak faham-fahamlah! Saya dah bosan dengan hidup kita dulu!" Jeffry
mendengus kasar lalu berjalan ke muka pintu. "Kalau awak nak sangat hidup susah,
awak hiduplah seorang diri. Selama saya tinggalkan awak, boleh pulak awak
besarkan budak tu sendiri. Tak ada masalah pun! Dah lah! Saya pergi dulu.
Saya tak boleh lama-lama datang sini." Jeffry mengenakan cermin mata
hitamnya dan terus menghilangkan diri.
Miza terduduk
di lantai. Teresak-esak dia menangis di situ.
"Mama,
janganlah nangis," pujuk Alia. Alia memeluk Miza.
"Mama
memang bodoh! Mama memang bodoh sebab tunggu dia!"
------------@@-------------
-----------------------@@----------------
ENAM BULAM KEMUDIAN....
"Allah s.w.t tidak menciptakan wanita dari kepala lelaki untuk dijunjung. Tidak juga Allah s.w.t menciptakan wanita dari kaki lelaki untuk diinjak-injak. Tetapi Allah s.w.t menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya untuk dicintai..."
-----------------------@@----------------
ENAM BULAM KEMUDIAN....
Miza
tergamam tatkala melihat semua beg pakaiannya dan Alia bertaburan di depan
pintu pagar. Dia melangkah keluar dari kancilnya. Tertera papan tanda yang
menyatakan rumah itu telah dijual.
“Puan
Miza,” tegur satu suara.
Miza
berpaling memandang kelibat yang menegurnya. Kelihatan seorang wanita yang
anggun bersama sut hitam sedang membawa fail di tangan. Di sisinya berdiri
sepasang suami isteri yang sedang berpegangan tangan.
“Ya, saya,”
kata Miza.
“Saya
Maria, peguam Tuan Jeffry,” wanita itu menghulurkan salam perkenalan dan
disambut Miza.
“Pertama
sekali saya nak minta maaf kepada puan. Rumah ini telah dijual oleh Tuan
Jeffry. Puan tidak dibenarkan lagi tinggal di sini,” ujar Maria.
“Memang
rumah ini atas nama Jeffrey. Tapi, ini rumah saya. Saya yang membayar semua
pembelian rumah ni!” tegas Miza. Setelah Jeffry meninggalkan mereka, dia yang
menyambung pembayaran rumah ini.
“Saya minta
maaf, puan. Walaupun puan yang membayar pinjaman rumah, tapi nama di surat
perjanjian adalah atas nama Tuan Jeffry
seorang. Dia berhak menjual rumah ini dan puan tidak ada hak ke atasnya,” kata
Maria.
Miza
menggigit bibir bawahnya. Sampai hati Jeffry
buat begini kepada mereka. Dia tahu, Jeffry
tentu mahu membalas dendam kepadanya kerana telah memfailkan penceraian. Setelah
perbicaraan mahkamah, perkahwinan mereka telah dibubarkan.
“Rumah ini
dah ada pembelinya. Hari ini juga mereka berdua akan tinggal di sini,” beritahu
Maria.
“Tapi,
kenapa Jeffry
langsung tak beritahu saya?” soal Miza.
“Maaf puan,
saya cuma jalankan kerja saya. Saya tak boleh masuk campur hal peribadi puan
dan Tuan Jeffry.”
Setelah berkata begitu, Maria terus membuka kunci rumah dan menyerahkan kepada
pembeli baru yang datang bersamanya.
Dengan
perasaan yang sangat kecewa, Miza mengangkat
beg-beg pakaiannya dan masukkan ke dalam kereta.
“Kita nak
ke mana?” soal Miza sendirian setelah dia duduk di tempat pemandu. Dia menoleh
memandang wajah Alia. Alia mengenjakkan tubuhnya sedikit dan memegang pipi
Miza.
“Mama
jangan nangis.” Bagaikan mengetahui airmata Miza akan tumpah bila-bila masa
sahaja, Alia terus memujuk ibunya.
Miza
mencapai tangan kecil Alia dan menggenggamnya erat. “Selagi Alia bersama mama,
mama akan kuat demi Alia.” Dia mencium pipi Alia.
Tapi, ke
mana harus di bawa Alia? Mahu menghubungi Aina, dia tak mahu menyusahkan Aina.
Apatah lagi mahu menumpang di rumah Aina. Tentu sahaja akan mengganggu Aina dan
suaminya.
----------------@@------------
KETIKA Dany
memandu melalui Restoran Masakan Melayu Asli, dia melihat kelibat Miza dan Alia
sedang tertidur di atas ribaan Miza. Hatinya mula tertanya apa yang dilakukan
Miza dan Alia di restoran itu pada jam sebelas malam.
“Tentu ada
sesuatu yang tidak kena!” Dany terus memusing stereng kereta dan memakirkan
kereta di bahu jalan. Dia melintasi jalan yang sesak itu dan terus menghampiri
Miza dan Alia.
“Assalamualaikum
Miza,” Dany terus menarik kerusi dan duduk di kerusi bertentangan.
“Waalaikummussalam,”
jawab Miza yang agak terkejut dengan kehadiran Dany di situ.
“Miza bawa
Alia keluar makan?” tanya Dany membuka kata.
“Ya,”
tergagap-gagap Miza menjawab sambil menganggukkan sedikit kepalanya.
Sekilas
mata Dany memandang meja makan itu. Ada segelas air di atas meja Miza. Namun,
tiada pinggan di situ. “Dah sudah makan?” tanya Dany.
Miza hanya
mengangguk berat sambil kepalanya tertunduk. Tak tahu kenapa tatkala Dany
bertanya begitu, dia terasa mahu menangis. Namun dia tetap cuba menahannya.
Melihat
wajah Miza, Dany tahu ada yang tidak kena. “Kasihan Alia. Biar saya dukung dia.”
Tanpa menunggu keizinan dari Miza, Dany terus mengangkat tubuh Alia dari ribaan
Miza. Dany menegakkan tubuh Alia dan mendukungnya di bahu. Miza hanya
membiarkan sahaja Dany mengambil Alia.
“Kenapa tak
balik lagi?” tanya Dany. Miza membisu.
“Kereta rosak?”
tanya Dany lagi. Miza menggeleng perlahan.
“Nak saya
hantarkan?” soal Dany lagi. Miza memandang wajah Dany.
“Awak boleh
tolong saya?” Akhirnya Miza bersuara. “Saya nak minta tolong makcik Leha,
pakcik Deris dan awak jagakan Alia.”
Berkerut
kening Dany mendengar permintaan Miza. “Kenapa Miza? Beritahu saya,” kata Dany
seakan mendesak.
“Saya tak
boleh jaga Alia buat masa sekarang. Saya akan ambil Alia nanti. Tolong jaga
Alia,” rayu Miza. Dia terus bangun untuk pergi.
Namun,
dengan pantas tangan kanan Dany mencengkam kemas pergelangan tangan Miza. “Awak
tak boleh pergi macam tu saja, Miza,” kata Dany. “Saya tahu awak ada masalah.
Tapi, awak tak boleh tinggalkan Alia macam tu saja.”
“Tolonglah
saya Dany. Saya perlukan bantuan awak sekeluarga untuk jagakan Alia. Saya akan
datang ambil Alia semula.” Miza cuba menarik tangannya dari genggaman Dany.
“Berapa
lama? Sehari? Dua hari?” tanya Dany.
“Saya tak
pasti! Tapi, saya akan ambil Alia bila saya dah dapat rumah sewa.” Dalam tak
sedar, Miza sudah terlepas kata.
“Kenapa
dengan rumah awak?” tanya Dany tanpa melepaskan tangan Miza walaupun Miza masih
cuba sedaya upaya untuk menarik tanganya. “Saya tak boleh biarkan awak pergi.
Awak dan Alia kena ikut saya balik!” tegas Dany.
“Saya boleh
jaga diri saya sendiri. Cuma, tolong jagakan Alia untuk saya,” rayu Miza. Kali
ini dia sudah berhenti dari cuba menarik tangannya.
Dany
memandang jauh ke dalam mata Miza. Kemudian, dia menggeleng. “Saya tak boleh
biarkan awak pergi sendirian.”
“Percayalah,
saya boleh jaga diri saya sendiri.” Miza masih bertegas tidak mahu mengikut
Dany.
“Saya tak
tahu sama ada awak boleh jaga diri awak sendiri atau tidak. Tapi, saat ini,
saya tak boleh biarkan awak pergi. Awak ikut saya dengan rela atau dengan
paksa? Awak pilihlah sebab saya takkan lepaskan awak!” tegas sekali Dany
memberi keputusannya.
“Ada
masalah apa di sini, ya?” tiba-tiba muncul pemilik restoran di situ bersama
seorang pekerjanya.
Dany dan
Miza terus menoleh memandang mereka berdua. Dany semakin erat menggenggam tangan
Miza kerana khuatir Miza akan mengambil kesempatan itu untuk pergi.
“Tak ada
apa-apa,” balas Dany.
“Ini
siapa?” tanya pemilik restoran itu kepada Miza sambil menunding kepada Dany.
“Saya suami
dia.” Dengan pantas Dany memberi jawapan selamat. Miza pula seakan terkejut
dengan jawapan Dany.
“Betul?”
tanya pemilik restoran itu lagi kepada Miza.
Miza
mengangguk dengan perlahan. Dany menarik nafas lega apabila Miza mengiakan
pembohongannya.
“Encik
jangan risau. Saya bukan orang jahat. Biasalah, suami isteri kadang-kadang bertengkar
juga. Saya cuma nak pujuk isteri dan anak saya balik rumah,” kata Dany.
“Oh,”
Terangguk-angguk kepala pemilik restoran itu. “Baliklah puan, kasihan anak tu.”
“Berapa
semua?” tanya Dany apabila teringat kemungkinan yang Miza masih belum membayar
minuman yang dipesannya.
“Tak
mengapa. Saya beri percuma. Puan, ikutlah suami puan balik,” balas pemilik
restoran itu.
“Terima
kasih, ya. Kami minta diri dulu.” Dany membawa Miza dan Alia pergi dari situ.
Tangan kirinya masih mendukung tubuh Alia yang terlentok di bahunya. Tangan
kanannya pula terus kemas memegang tangan Miza sehingga sampai di kereta.
-----------------@@--------------
MIZA
melipat kemas telekungnya. Dia bangun dari sejadah dan duduk di birai katil.
Wajah Alia yang sedang nyenyak dipandang lama. Satu kucupan singgah di dahi
comel itu. Pintu kamar itu dibuka dari luar. Muncul kelibat Zaleha di situ.
Zaleha memberi isyarat kepada Miza agar mengikutnya.
Miza menurut
langkah Zaleha. Sampai di ruang tamu, Zaleha menarik tangan Miza agar duduk di
sebelahnya.
“Hari ni,
Miza tak payah ke pejabatlah. Berehatlah dulu,” kata Zaleha. Dia tahu,
sepanjang malam Miza tidak dapat melelapkan matanya.
Miza
menundukkan kepala, memandang tangannya yang tergenggam kemas. “Saya tak sangka
Abang Jeffry
sanggup buat macam ni. Tiga tahun dia tinggalkan kami macam tu aje,” Miza
mengangkat kepala memandang Zaleha. “Salahkah saya minta dilepaskan?”
Zaleha
menggelang. “Tak!” Zaleha menarik bahu Miza agar rapat dengannya. “Jeffry tu
yang dah tak betul. Sudahlah tinggalkan kamu dan Alia. Rumah tu pun dia
ambil. Padahal bukan dia yang membayar rumah tu.” Zaleha turut merasa pedih
dengan tindakan Jeffry.
“Selagi kamu tak ada rumah, kamu tinggal dengan makcik.”
“Saya dah
hantar pesanan kepada Aina dan beritahu dia yang saya tak masuk pejabat. Hari
ni, saya akan cari rumah sewa.” Satu senyuman dilemparkan kepada Zaleha.
“Tak
perlulah tergesa-gesa Miza. Kasihan Alia tu. Kalau ada rumah dekat-dekat sini,
barulah Miza pergi. Kalau tidak susah Miza nak hantar Alia ke sini nanti,” kata
Zaleha.
“Seganlah
saya dengan makcik dan pakcik. Makcik dan pakcik dah banyak tolong saya. Dany
pun sama. Lagipun, apa kata jiran-jiran kita nanti? Tentu diorang akan fikir
yang bukan-bukan tentang saya dengan Dany,” beritahu Miza.
“Miza
perempuan, Dany tu lelaki. Biarlah dia yang cari tempat lain buat sementara ni.
Lagipun, lepas bawa Miza dan Alia ke sini, Dany dah pun pergi. Dia sewa di
hotel murah di jalan besar tu,” kata Zaleha.
“Ya Allah,”
Miza menangkup mulutnya. “Miza ni menyusahkan Dany saja.”
“Tak Miza,
Miza dan Alia langsung tak menyusahkan. Lagipun, Dany sendiri dah pesan dengan
makcik. Katanya, dia mahu Miza dan Alia tinggal di sini. Dia yang akan cari
rumah sewa. Sementara tu, dia akan tinggal di hotel.” Zaleha mengusap belakang.
“Jangan sesekali fikir yang Miza dan Alia menyusahkan kami. Ingat!”
------------------------------@@-----------------
KRINGGG....Kringg....
Loceng yang
berbunyi itu menarik perhatian Alia yang sedang bermain buaian. “Wah! Aiskrim!”
Alia menahan buaiannya dengan tapak kaki dari berhayun.
Dany
menoleh memandang ke belakang. Kelihatan seorang apek aiskrim berhenti di bahu
jalan yang tidak jauh dari mereka. Ramai kanak-kanak yang berada di taman
permainan itu mula mengerumuninya.
“Alia nak
aiskrim?” tanya Dany. Alia mengangguk. “Jom!”
“Alaa...Pakcik
belikanlah untuk Alia,” rayu Alia.
“Iyalah,
pakcik nak belikan untuk Alia-lah ni,” balas Dany.
“Tak.....bukan....”
Alia menggeleng apabila Dany tak mengerti maksudnya. “Pakcik belikan aiskrim,
Alia tunggu sini.”
“Jomlah
kita pergi sekali. Alia pilih aiskrim yang Alia nak,” ajak Dany lalu
menghulurkan tangan.
“Tak nak!
Alia tunggu sinilah. Kalau Alia bangun, orang lain nanti ambil buaian Alia,”
ujar Alia.
Dany
menoleh pula kepada apek aiskrim yang hanya sepuluh langkah di hadapannya.
“Okey, Alia tunggu sini, pakcik belikan aiskrim mangkuk untuk Alia. Jangan
pergi mana-mana tahu!” pesannya.
“Alia
tunggu sini!” Alia sudah tersenyum lebar.
Dany
meninggalkan Alia untuk membelikan aiskrim. Setelah membelikan semangkuk
aiskrim buat Alia dan aiskrim Magnum untuk dirinya sendiri, dia kembali semula
ke tempat Alia bermain buaian.
“Alia,
aiskrim dah sampai,” dia memandang Alia.
Namun,
kelibat Alia tidak ada di buaian itu. Hanya yang ada buaian kosong yang sedang
terhayun sendiri. Dany berlari si sekeliling padang dan memerhatikan semua
kanak-kanak yang berada di situ. Namun, kelibat Alia tetap tidak kelihatan.
“Alia!!!”
------------------@@--------------
MIZA
menekan brek dengan kuat apabila tiba di hadapan rumah Zaleha sehingga bahunya
terenjak ke depan. Terus dia meluru keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah
Zaleha.
“Astaghfirullah...”
Aina di sebelahnya sudah mengucap panjang.
“Mana
Alia?” soal Miza sebaik sahaja kakinya menjejakkan kaki ke dalam rumah.
Zaleha,
Deris dan Dany terus menoleh kepadanya. Dany membalas menelan air liur dan
matanya terus bertentangan dengan Miza. Melihat ke dalam mata Miza, dia dapat
merasakan perasaan takut wanita itu.
Miza
mendekati Dany. “Mana Alia?!” Suaranya di tahan namun dengan nada yang keras.
“Miza, saya
minta maaf. Saya....” Dany tak tahu untuk berkata apa. Betapa menyesalnya dia
dengan kelalaiannya. Kalaulah dia bertegas membawa Alia bersamanya untuk
membeli aiskrim, tentu semua ini takkan terjadi.
“Ya
Allah...” Akhirnya, tangisan yang sedari tadi di tahan Miza berguguran.
Tersekat-sekat nafasnya bersama tangis esaknya.
“Maafkan
saya Miza, maafkan saya...” Hanya itu yang mampu dikatakan Dany. Pedih hatinya
melihat kesengsaraan Miza kerana kecuaiannya.
Zaleha
terus meluru memeluk Miza. Dia juga khuatir dengan keselamatan Alia.
“Kita buat
laporan polis,” usul Aina.
“Tak boleh
selagi tak cukup dua puluh empat jam,” ujar Deris pula. “Jangan buang masa di
sini. Lebih baik kita keluar dan cari Alia.”
“Betul!”
Aina juga bersetuju. “Kau ada gambar Alia?” tanya Aina kepada Miza. Miza
mengangguk. “Kau send gambar Alia, biar aku upload di FB dan twitter.
Untung-untung ada orang nampak dia.”
Dengan
pantas Miza menghantar gambar Alia kepada Aina melalui emailnya sambil
tangannya menekan punat-punat telefonnya.
“Awak perlu
beritahu Jeffry.
Mungkin dia boleh bantu kita untuk cari Alia,” cadang Dany.
“Saya tak
perlukan bantuan dia!” tegas Miza.
“Ini soal
Alia. Mungkin Jeffry
boleh bantu,” pujuk Dany lagi. “Demi Alia....Miza, beritahu Jeffry.”
---------------------@@------------------
“ADA apa
kau cari aku?” Jeffry
menyeluk kocek seluarnya tanpa memandang Miza.
“Alia
hilang,” sayu Miza menuturkan kata.
“Habis tu?”
Sedikit pun Jeffry
tidak menunjukkan riak kerisauan seperti yang di harapkan Miza.
“Kita
memang dah tak ada apa-apa hubungan. Tapi Alia anak awak!” Ujar Miza separuh
menjerit. Dia sudah tidak membahasakan Jeffry
sebagai ‘abang’.
Jeffry
mengerling Dany yang sedang bersandar di sebuah kereta tidak jauh dari tempat
dia dan Miza berada. “Sebab awak dah ada orang lain awak minta cerai dari
saya?” soal Jeffry.
“Ini bukan
masa yang sesuai untuk bercakap tentang kita,” balas Miza.
Jeffry
mendengus dengan jawapan Miza. “Kalau dah ada orang baru, tak perlu cari saya!”
“Kan saya
dah cakap, ini bukan soal kita! Soal Alia! Alia tu anak awak!” Nada suara Miza
sudah meninggi.
“Mentang-mentanglah
aku bukan suami kau lagi, kau dah pandai nak jerit-jerit?!” Jeffry kelihatan bengang dengan sikap Miza. “Sudah!
Kau dah tak ada apa-apa hubungan dengan aku. Aku pun tak pernah anggap Alia
anak aku!” tegas Jeffry.
Jeffry menendang
tayar keretanya sendiri untuk menunjukkan perasaan marahnya. Dia terus membuka
pintu dan memandu pergi.
Tatkala
kereta Jeffry
berlalu di hadapan Miza, mata Miza menangkap sesuatu di belakang kereta Jeffry. Sebuah anak patung beruang. Dan di sebelah
kiri telinga anak patung itu, terikat sebuah reben warna biru yang dijahit khas
oleh Miza sendiri.
Melihat Jeffry yang telah pergi, Dany terus mendekati Miza.
“Macam mana
Miza?” tanya Dany.
“Saya tahu
siapa yang ambil Alia,” ujar Miza dengan getaran di dada. Dany terdiam. Miza
mengambil telefon dan mencari nama Jeffry
dalam senarai dan terus menghubungi lelaki itu.
“Saya tahu
Alia ada dengan awak,” kata Alia. Kedengaran tawa sindir dari Jeffry. “Apa yang awak mahu dari saya?”
---------------@@----------------
---------------@@-----------------
TERLIHAT kereta hitam milik Jeffry berpusing kembali mendekati Miza dan Dany.
---------------@@-----------------
TERLIHAT kereta hitam milik Jeffry berpusing kembali mendekati Miza dan Dany.
“Awak yakin
dengan apa yang awak buat?” tanya Dany. Berat hatinya untuk melepaskan Miza
pergi bersama Jeffry.
Jeffry
berhenti betul-betul di hadapan Miza dan Dany. Dia hanya menunggu di dalam
kereta sambil mengerling Dany dengan tajam.
“Awak
jangan risau, Dany. Kalau sesuatu terjadi pada saya, saya minta awak dan
keluarga awak, halalkan makan minum saya dengan Alia.” Ada airmata yang mula
bertakung di kelopak matanya.
“Awak
jangan cakap macam tu!” Dany mengetap bibir. “Saya akan buat laporan polis.”
“Jangan!”
tegah Miza. Dia masih teringat akan amaran Jeffry yang tidak mahu mereka
melibatkan polis. “Awak doakan yang baik-baik untuk saya dan Alia.” Miza
memandang jauh ke dalam anak mata Dany untuk memberitahu lelaki itu betapa dia
memerlukan pertolongan Dany.
Bagaikan
mengerti maksud pandangan mata Miza. Dany menganggukkan kepalanya. Dia pasti
bantu Miza walau apa cara sekali pun.
Tanpa
menunggu lebih lama, Miza membuka pintu kereta dan terus meloloskan diri di
dalam, di sisi Jeffry.
Jeffry
melempar senyuman sinis kepada Dany seolah-olah menyatakan dia telah berjaya
mendapatkan Miza dari Dany. Kemudian, dia terus memandu kereta itu pergi.
Melihat
sahaja kereta yang telah bergerak pergi itu, Dany terus mengeluarkan telefon
bimbitnya.
“Hello....”
-----------------------@@---------------------
“SELAMAT
datang sayang ku...” ujar Jeffry
sambil membuka pintu sebuah pondok usang di tengah hutan itu. Terlihat kelibat
dua orang lelaki sedang bermain daun terup di situ.
Jeffry
memberi isyarat agar mereka keluar dari pondok itu. Dua orang lelaki itu dengan
pantas mengikut arahan Jeffry.
Sempat lagi mereka memandang Miza dari atas ke bawah dan ke wajah Miza semula.
Miza hanya tertunduk menerima panahan mata yang menakutkan itu.
Hilang
sahaja mereka berdua dari pondok buruk itu, Jeffry
terus menutup pintu. Kini, tinggallah dia dan Miza berdua.
“Mana
Alia?” tanya Miza.
“Ada....
ada...” Jeffry
mendekati sebuah pintu di situ lalu membuka pintu itu. Kelihatan kelibat Alia
sedang nyenyak tidur di lantai yang hanya dilapikkan dengan surat khabar.
“Alia!”
Miza terus berlari untuk mendapatkan Alia. Sayangnya, ketika tiba di pintu
bilik itu, Jeffry
terus menutup pintu itu semula.
“Kau
panggil dia pun tak guna. Dia sedang nyenyak tidur,” satu pandangan sinis
dilemparkan untuk Miza.
“Apa yang
kau dah buat dengan Alia?” Wajah Miza bertukar kerisauan. Bibirnya sudah
diketap rapat.
“Aku tak
buat apa. Tu semua kerja budak-budak aku. Dia dah bagi Alia minum ubat tidur.
Jadi, buat masa sekarang, Alia takkan kacau kita.” Jeffry ketawa berdekah-dekah apabila berkata begitu.
“Kau bagi
Alia minum ubat tidur?” Terkejut Miza dengan pengakuan itu.
“Bukan...bukan
aku. Budak-budak aku!” Jeffry
ketawa lagi. Seronok dia melihat wajah Miza begitu.
“Kau dah
gila! Alia baru tiga tahun! Dia anak kau, Jeffry!”
tempik Miza.
“Ya..Ya...”
ujar Jeffry dengan
nada yang sinis sekali. Seakan-akan dia langsung tidak peduli siapa Alia
padanya.
“Apa yang
kau nak dari aku Jeffry?”
tanya Miza.
“OOoo....satu
soalan yang bagus!” Jeffry
berpusing-pusing di sekeliling Miza. “Banyak benda yang aku mahu dari kau!”
Kemudian, dia berhenti di depan Miza. Dia merapatkan diri dengan Miza. Lantas,
dengan kasar dia memegang dagu Miza.
“Sakitlah!”
Miza cuba menolak tangan Jeffry.
“Sakit? Kau
tahu sakit?” Mencerlung matanya menikam anak mata Miza. “Apa yang berlaku
sekarang, semuanya berpunca dari kau! Kau patut menyesal dengan apa yang telah
kau lakukan pada aku!” Jeffry
terus menolak tubuh Miza sehingga wanita itu tergerak ke belakang dan menyentuh
dinding pondok itu.
Miza
memegang dahunya yang sakit. “Apa yang aku dah buat dengan kau Jeffry?” tanya
Miza. “Aku tak buat apa-apa dengan kau,” sayu sekali nadanya menuturkan kata.
“Tak buat
apa-apa?” sindir Jeffry. “Banyak yang kau dah buat pada aku! Hidup aku hancur
sebab kau!” Jeffry menolak lagi tubuh Miza hingga ke dinding dengan kasar.
Kedengaran
suara Miza yang mengerang kesakitan.
“Sebab kau failkan
kes ke mahkamah, Hazrini tahu aku ada isteri lain selain dia. Kau tahu apa
akibatnya bila dia tahu aku menduakan dia?!” Jeffry menarik sanggul Miza yang
tersembunyi di sebalik selendangnya.
Miza
mengerang kesakitan lagi.
“Dia tarik
balik jawatan aku sebagai pengurus syarikat dia di syarikat induk tu!” jerit
Jeffry di cuping telinga Miza.
Dia menolak
lagi tubuh Miza ke meja yang ada di ruang tengah pondok buruk itu. Dahi Miza
terhantuk di muka meja. Dia terasa pening seketika. Jeffry pula, hanya
memerhatikan Miza yang lemah itu cuba menegakkan semula tubuhnya. Dia berpusing
mengelilingi Miza lagi.
“Sekarang
ni, dia dah jual kondominium yang dia hadiah kan pada aku. Sebab tu-lah aku
jualkan rumah yang kau tinggal tu. Biar kau rasa apa yang aku rasa!” Jeffry
mengetap bibirnya.
“Habis tu,
apa lagi yang kau nak dari aku?” tanya Miza dengan suara yang lemah. Matanya
terus memerhatikan kelibat Jeffry yang sedang berjalan mengelilinginya.
“Apa yang
aku buat dengan kau tak cukup.... Tak cukup...” Jeffry ketawa sinis. “Aku nak
kau lebih menderita. Aku dah bersusah payah mendapatkan Hazrini dan semua
kemewahan yang selama ini aku impikan, tiba-tiba saja musnah sebab kau! Kau
perlu lebih menderita Miza!” tempik Jeffry.
Miza
tertunduk lemah. “Aku tak sangka kau akan berubah terlalu jauh begini Jeffry.
Aku dah tak kenal siapa kau. Kau dah terlalu obsess dengan kemewahan.”
“heh!”
Getus Jeffry. “Dunia sekarang, dunia duit! Harta! Kalau kau mewah, orang akan
sanjung kau!” katanya lagi. “Tapi!” Jeffry mendekati Miza lagi. Dia menarik
lagi sanggul Miza dengan kuat sehingga Miza mengerang kesakitan. “Sebab kau,
hidup aku musnah!”
“Aku tak
buat apa Jeffry. Aku Cuma minta dilepaskan! Sikit pun aku tak tuntut apa-apa
dari kau apatah lagi nak ambil harta kau,” suara Miza seakan merayu. “Lepaskan
Alia.”
“Aku akan
lepaskan Alia,” Jeffry menolak kepala Miza lagi dan sekali lagi, kepala Miza
terhantuk ke muka meja. Miza memegang dahinya apabila merasakan ada cecair yang
mengalir.
“Ya
Allah...” Miza mengucap panjang apabila melihat darah di tapak tangannya.
“Aku akan
lepaskan kau dan Alia, itu pun setelah dendam aku terbalas!” keras Jeffry
menuturkan kata.
“Kau kau
nak balas dendam pada aku, lepaskanlah Alia. Alia tak ada kaitan dalam semua
ni,” rayu Miza.
“Tentu saja
Alia ada kaitan. Kau tahu kenapa? Sebab Alia adalah segala-galanya buat kau.
Kalau aku sakitkan Alia, kau akan menderita....kan....” Jeffry ketawa.
“Apa yang
kau nak buat pada Alia?!” jerit Miza. Kali ini nafasnya sudah tercungap-cungap menahan marah. “Kau boleh buat apa saja pada
aku, tapi bukan Alia!”
“Ha! Ha!
Ha!” Jeffry ketawa berdekah-dekah melihat Miza yang sudah kepanasan apabila dia
menyebut tentang Alia.
Tiba-tiba
saja kedengaran riuh rendah di luar. Dengan pantas, Jeffry menngintip di balik
celahan kayu yang jarang.
“Tak
guna!!” Kelihatan kelibat Dany dan beberapa orang temannya sedang bertumbuk
dengan orang-orangnya. Dengan pantas, Jeffry menolak meja dan kerusi yang ada
dan menahan pintu agar Dany dan teman-temannya tidak dapat masuk ke dalam
pondok itu.
“Oh....
Hero dah datang nak selamatkan heroin,” sindir Jeffry.
Miza
tergamam. Dia mendekati dinding kayu yang jarang itu. Terlihat kelibat Dany di
situ. Miza pantas berpaling memandang Dany.
“Hero dah
datang. Kau takut?” Sindir Miza sambil menyapu darah yang mengalir di dahinya.
Semakin lama, semakin banyak darah yang mengalir. Memang sedari tadi, dia cuba
mendiamkan diri kerana memikirkan keselamatan Alia. Namun, dengan kehadiran
Dany sekarang ni, semangat dan keberaniannya semakin meningkat. Inilah saat
yang sesuai untuk dia mempertahankan dirinya.
Dek kerana
geram dengan sindiran Miza, Jeffry mengutip semua batang-batang kayu yang ada
dan menyendal di muka pintu. Miza hanya memerhatikan sahaja tingkah Jeffry.
“Kau rasa,
hero kau tu boleh masuk ke dalam ni?” sindir Jeffry bersama ketawa sinisnya.
Miza
membalas tawa sinis Jeffry dengan tawa sinisnya juga. “Mungkin dia tak dapat
masuk dalam tapi sekurang-kurangnya aku tahu dia ada untuk selamatkan aku dan
Alia.”
Jeffry
mengetap bibir mendengar kata-kata berani Miza. Dia mencapai sebatang kayu yang
disendalnya di muka pintu. “Kau ingat, kau dapat lari dari aku?!” Jeffry terus
mendekati Miza dan mengangkat kayu itu dengan tinggi. Dia menghayun kayu itu
tepat ke tubuh Miza.
Dengan
pantas, Miza mengelak. Dia mencapai tangan Jeffry yang memegang kayu itu. Dia
memusing tubuhnya dan menyiku perut Jeffry.
Jeffry yang
tidak dapat menjangkakan tindakan terduduk menahan sakit. Untuk seketika dia
merasa sukar untuk bernafas. Miza menyiku betul-betul di tengah perutnya.
“Kau mesti
terkejutkan dengan tindakan aku,” kata Miza. “Tiga tahun kau tinggalkan kami
terkapa-kapa Jeffry. Aku dan Alia tak ada tempat untuk berlindung. Jadi, aku
perlu belajar untuk melindungi diri aku dan Alia. Tapi, aku tak sangka
akhirnya, aku perlu melindungi diri aku dan Alia dari kau, orang yang aku
harapkan untuk melindungi kami!”
Tanpa
disangka-sangka, Jeffry dengan pantas bangun saat Miza berdiri di belakangnya.
Terus kayu di tangannya itu dihayun. Miza cuba mengelak. Namun, dia agak
terlambat kerana kayu itu telah terkena pada pinggangnya. Miza terpelanting ke
lantai.
Dengan
pantas Miza bangun walaupun tubuhnya semakin lemah. Dia tidak mahu Jeffry
mengambil kesempatan itu untuk memukulnya lagi.
Dengan rasa
geram, Miza mendekati kayu-kayu yang disendal di muka pintu. Sebatang darinya,
dicapai Miza. Saat Miza mahu mendekati Jeffry, waktu itu, pintu telah
dipecahkan dari luar.
Perhatian
Jeffry beralih memandang Dany yang muncul di situ. Jeffry tergamam apabila Dany
dan teman-temannya berdiri tegak di situ.
“Mana
Alia?” tanya Dany. Miza menunjukkan di mana Alia berada dengan jarinya. Matanya
masih belum beralih memandang Jeffry.
Dany terus
meluru mendapatkan Alia. Dia keluar bersama Alia yang masih tidak sedarkan
diri.
“Kenapa
dengan Alia?!” tempik Dany.
Miza terus mendapatkan Alia yang terkulai layu
di pangkuan Dany. “Alia! Alia!” Pipi Alia cuba ditampar beberapa kali. Namun,
sedikit pun Alia tidak memberikan respon.
Dengan
penuh rasa kemarahan dan kebencian, Miza memandang Jeffry. Bersama kayu yang
masih ditangannya dia menghampiri Jeffry. Jeffry pula terus terpaku di situ.
Bagaikan orang yang ketakutan dia hanya memandang Miza yang sedang
menghampirinya.
Dekat
sahaja dengan Jeffry, Miza terus mengangkat kaki dan menendang Jeffry, tepat di
perutnya sehingga lelaki itu terpelanting ke dinding. Miza terus menghampiri
Jeffry dan menghulurkan batang katu itu di leher Jeffry. Kemudian, dia menekan
leher Jeffry dengan lengan kirinya.
Dia
mendekatkan bibirnya ke telinga Jeffry. “Kalau sesuatu yang buruk jadi pada
Alia, kau akan jadi manusia yang paling menyesal dalam dunia ni sebab pernah
berkahwin dengan aku!” Terus dia menumbuk pipi Jeffry.
Jeffry
terkulai ke lantai. Miza mahu menendang lagi perut Jeffry, namun dengan pantas,
Dany menyerahkan Alia kepada salah seorang temannya dan meluru kepada Miza.
Miza meronta minta dilepaskan apabila Dany menarik tangannya. Dia masih belum
puas meluahkan kemarahannya kepada Jeffry.
“Sabar
Miza...Sabar!” Kerana kedegilan Miza, Dany terus memeluk pinggang Miza dengan
erat dan menarik Miza keluar dari pondok itu. “Miza!” Dany cuba menenangkan
Miza yang masih mahu melampiaskan marahnya kepada Dany. “Biarkan Jeffry! Kita
kena bawa Alia ke hospital!”
Miza
terpempam saat Dany menyebut nama Alia. Dia memandang Dany. Dany merenung ke
wajah Miza lalu pandangannya jatuh kepada dahi Miza yang berdarah.
“Awak
cedera!” Sedari tadi dia tidak perasan akan dahi Miza. Miza memegang dahinya.
Tangannya dilumuri darah. Tiba-tiba sahaja pandangannya kelam dan tubuhnya
menjadi ringan.
“Ya Allah,
Miza!” Dany menyambut tubuh Miza.
---------@@--------
Perlahan-lahan
Miza membuka matanya. Pandangannya yang masih kabur akhirnya menjadi lebih
jelas apabila dia kedipkan matanya beberapa kali.
Miza
memandang susuk tubuh manusia yang berada di sisi kiri dan kanannya. “Makcik,
pakcik.” Dengan tenaga yang masih lemah, Miza menegur kedua-dua orang tua itu.
Deris dan Zaleha
terus memandang Miza apabila mendengar suara Miza memanggil mereka.
“Alhamdulillah...syukur!”
Zaleha menadah tangan melihat Miza yang sudah sedar. Deris terus meluru keluar
untuk mendapatkan jururawat yang bertugas.
----------@@--------------
“Mana
Alia?” Itulah soalan pertama yang ditanyakan Miza setelah dia sedar sepenuhnya.
Deris dan
Zaleha berpandangan. Masing-masing membisu.
“Kenapa ni
makcik, pakcik? Mana Alia?” Miza memandang kedua-dua wajah itu silih berganti.
Jantungnya sudah bergerak laju kerana kegelisahan. “Mana Dany?” Sejak dia
sedar, dia langsung tidak melihat lelaki itu.
Deris
menarik nafas panjang lalu melepaskannya agak kuat. Dia menyeluk kocek seluar
dan menarik keluar telefon bimbitnya. Dia menaip pesanan ringkas. Miza hanya memerhatikan
tingak Deris.
Zaleha
bangun lalu membetulkan kedudukan bantal. Dia menegakkan bantal di kepala katil
dan membantu Miza duduk dan menyelesakan diri.
“Kenapa
makcik dan pakcik diam? Mana Alia?” kini suara Miza sudah perlahan. Zaleha
merenung wajah Miza. Dia mengetap bibir lalu kembali duduk di kerusinya.
Tatkala
itu, kedengaran satu ketukan di muka pintu. Mereka bertiga beralih memandang
daun pintu yang tertutup. Tombol pintu dipulas dari luar. Daun pintu terbuka
sedikit dan kemudian, seseorang menolak daun pintu itu dari luar. Muncul
kelibat Dany sambil mendukung Alia.
“Mama!”
jerit Alia.
“Alia!”
Miza mendepakan tangan untuk mendapatkan Alia. Dany menyerahkan Alia kepada
Miza.
“Mama
rindukan Alia!” bertalu-talu kucupan hinggap di wajah Alia. Miza memeluknya
erat seakan tidak mahu melepaskannya. Deris, Zaleha dan Dany hanya tersenyum
bahagia melihat Miza dan Alia.
“Terima
kasih, Dany,” ucap Miza dengan rasa terharu.
“Sama-sama,”
Dany menganggukkan kepalanya.
“Dany
temankan Miza dan Alia. Mak dan abah nak ke kantin,” ujar Zaleha lalu bangun
dari duduknya. Begitu juga dengan Deris. Ketika mereka melangkah keluar, sempat
lagi Deris mengenyitkan matanya kepada Dany. Dany hanya ketawa sinis sambil
menggelengkan kepala.
“Macam mana
keadaan Alia?” tanya Miza.
“Alhamdulillah,
Alia tak ada apa-apa. Ubat tidur yang Jeffry berikan kepada Alia tak
mendatangkan kesan sampingan. Tapi, lama juga Alia tertidur,” beritahu Dany.
Miza menarik nafas lega.
“Mama, mama
tahu tak nenek hari-hari temankan mama. Jadi, tak ada siapa nak gorengkan
pisang untuk Alia. Nasib baik papa ada. Papa yang gorengkan pisang untuk Alia.
Hari tu, sampai kuali terbakar sebab papa lupa nak matikan api!” cerita Alia.
“Papa?”
berkerut dahi Miza.
“Papa!”
Alia menunding kepada Dany.
Dany hanya
ketawa kecil melihat kepetahan Alia berbicara. “Alia ni tak macam anak berumur
tiga tahun. Bijak sangat!” Satu cubitan sayang hinggap di pipi Alia.
“Amawakmak, famahammam kamalaumau samayama camakapmap mamacammam nimi?” (Awak
faham tak kalau saya cakap macam ni?) tanya Dany.
Miza
mengangguk.
“Hamarimi-hamarimi,
Amaliamia kamatama samayama nimi amayahmah dimiama. Jamadimi, samayama
minmintama Amaliamia pangmanggilmil samayama pamapama. Amawakmak takmak
mamarahmahkanman?” (Hari-hari Alia kata saya ni ayah dia. Jadi, saya minta dia
panggil saya papa. Awak tak marahkan?) kata Dany.
Miza ketawa
kecil. Kemudian, dia menggeleng. “Takmak!” (tak!)
Alia yang
memandang Miza dan Dany silih berganti. Matanya terkebil-kebil memandang mereka
berdua kerana tidak mengerti dengan bahasa mereka.
“Papa dan
mama cakap apa ni?!” tanya Alia sambil mencekak pinggang.
Miza
ketawa. “Bahasa rahsia,” ujar Miza.
“Alia ingat
tak pesan papa?” tanya Dany pula. Alia mengangguk laju. “Papa, keluar dulu,
ya,”
“Okey!”
Kata Alia. Alia membuka beg galas tepi tang disandangnya setelah Dany keluar
dari situ. Dia mengeluarkan sekeping kad berwarna merah jambu. “Papa beritahu
Alia.... Papa minta Alia beritahu mama....” ujar Alia lambat-lambat. “Papa
kata.... A la lu...”
“A la lu?”
tanya Miza.
“Eh,
bukan... bukan...” Alia menggeleng. Dia memegang dagunya dan cuba berfikir
perkataan yang betul. “Papa kata.... A beliu....bukan...bukan.... Papa kata, La
bayu....”
“Okey....okey....
Mama rasa, mama tahu... I Love You?” soal Miza.
“Haaa...
Betul...” jerit Alia. “Papa suruh Alia beritahu mama yang itulah!”
“Papa kata
I Love You dekat mama?” tanya Miza lagi. Alia mengangguk laju lantas
menyerahkan kad merah jambu itu kepada Miza. Miza membuka kad itu.
‘Miza, sudikah
awak terima saya untuk jadi papa Alia yang sah?’ Itulah perkataan yang tertulis
di kad itu.
Miza
tergamam dengan penuh rasa terharu. Dia memandang Alia. “Alia sayang pada
papa?” tanya Miza.
“Sayang
sangat!” ujar Alia.
Miza
menarik nafas panjang. Memang mudah untuk mencari pengganti seorang suami, tapi
sangat sukar untuk mencari pengganti seorang ayah. Dia telah bertekad ketika
dia berpisah dengan Jeffy, seandainya ada lelaki yang menyayangi Alia dan Alia
juga menyayanginya, hanya lelaki itu yang layak untuk hadir di antara mereka.
“Macam
mana, mama?” tanya Alia.
“Apa?”
tanya Miza kembali.
“Mama kata
ya atau tidak?” tanya Alia. Miza tidak dapat menahan tawanya dengan pertanyaan
Alia.
“Papa suruh
Alia tanya?” tanya Miza. Alia mengangguk laju.
Miza
tersenyum memandang Alia. “Alia nak mama jawab apa?” Sengaja Miza bermain tarik
tali. “Alia tahukah apa yang papa nak dari mama?”
“Tahu! Papa
dah beritahu semua dengan Alia. Papa kata, kalau Alia nak papa ada setiap hari
dengan Alia dan mama, mama kena kata, ya. Tapi, kalau mama kata ‘tak’, papa tak
boleh tinggal dengan Alia. Papa boleh tengok Alia sekejap-sekejap aje.”
“Habis tu,
Alia nak mama jawab ya atau tidak?”
“Jawab ‘ya’
lah mama,” rayu Alia.
Miza ketawa
kecil memandang Alia. “Demi anak mama, mama akan jawab ‘ya’!”
Miza mencium pipi Alia bertalu-talu.
Miza mencium pipi Alia bertalu-talu.
“Ye! Ye!”
Alia menuruni katil lalu berlari ke muka pintu. Dia menjungkitkan kakinya dan
untuk memulas tombol pintu yang lebih tinggi darinya. Namun, tombol pintu itu
terbuka dari luar. Berdiri Dany di situ.
“Papa! Mama
jawab ya!” Terus dia memeluk kaki Dany. Dany mengangkat tubuh Alia dan
mendukungnya. Kemudian, dia memandang Miza.
“Terima
kasih, Miza,” kata Dany. Sedari tadi, memang dia hanya berdiri di depan pintu
dan mencuri dengar perbualan Miza dan Alia.
Miza yang malu-malu
hanya memandang katil. “terima kasih atas semua pertolongan awak selama ni,” ujarnya
tanpa mengangkat kepala.
Dany mendekati
Miza dan duduk di sisi katil dan meletakkan tubuh Alia di ribaannya. “Mungkin, Alia
tidak lahir dari saya. Takdir Allah, tiada siapa yang tahu. Alia datang dari orang
lain dan orang lain yang akan menyayanginya sehingga ke akhir hayat.”
Miza memandang
Alia yang memeluk leher Dany dengan erat. Dia tersenyum bahagia.
---------@@----------
Jahatnya suami miza tu kan........harta tu TUHANnya barangkali.
ReplyDeleteitulah...manusia boleh berubah jika harta dan dunia yang menjadi taruhannya.....
Deleteterima kasih kerana membaca dan komen.... ^^
best. suka watak dany yg x terlalu perfect 10. dan alia yg manja. :-P
Deleteterima kasih kerana sudi membaca dan juga komen.... ^^
ReplyDeleteTerima kasih mimi...:)
ReplyDeleteKesaksian singkat ini dapat membantu Anda atau seseorang yang dekat dengan Anda. HARAP BACA
ReplyDeleteNama saya Louisa, saya ingin memberi tahu dunia bagaimana Dr Kavi menyelamatkan pernikahan. marrigae saya hampir roboh. Saya menikah selama sebelas tahun tanpa seorang anak dan Anda tahu apa artinya menikah selama dua tahun tanpa seorang anak, tetapi saya berusia sebelas tahun, sehingga Anda dapat membayangkan tekanan yang dapat datang dari seorang ibu mertua pada saat itu. Ibu mertuaku membuat perkawinanku menjadi kacau untukku, meskipun suamiku sangat pengertian karena dokter keluarga kami telah memberi tahu kami bahwa tidak ada yang salah dengan kami berdua. Tetapi berapa lama seseorang dapat siap untuk memahami dan menunggu waktu Tuhan? Saya sangat khawatir sampai seorang teman saya memberi tahu saya tentang seorang pria yang ditemuinya yang membantunya mengakhiri ketidaksopanannya,
Tetapi saya tidak pernah percaya pada spiritualis ini. Tetapi setelah banyak tekanan dari teman saya, saya memutuskan untuk menghubungi DR Kavi dan memberi tahu dia tentang ketidakberadaan anak saya. Yang dilakukan pria hebat ini adalah mengajukan beberapa pertanyaan penting dan memberi tahu saya beberapa hal penting yang diperlukan untuk membuat saya memiliki anak-anak dalam kehidupan. Saya melakukan semua yang diminta untuk melakukan dan menyimpan semua instruksi ..
setelah 2 minggu saya dikonfirmasi hamil. Semua berkat Dr Kavi
Saya tahu apa artinya menjadi tanpa anak, jadi saya menggunakan media ini untuk membagikan kesaksian saya kepada Anda sehingga Anda juga dapat menghubungi Dr Kavi hari ini di salah satu masalah berikut ini
* Anda ingin mantan Anda kembali.
* Dipromosikan di kantornya
* Ingin kaya.
* Anda ingin menjaga suami / istri Anda menjadi miliknya sendiri selamanya.
* Apakah Anda akan mengendalikan pernikahan itu
* Apakah Anda ingin tertarik pada orang
* End Childlessness
* obat untuk penyakit apa saja.
Hubungi DR Kavi hari ini dan terima kasih nanti. Email: godkavi01@gmail.com