Assalamualaikum....Ada satu pengumuman penting di sini...
Ini adalah N3 terakhir bagi Ratu Hati Si Putera Arab...Saya akan hentikan kisah ini sementara menunggu manuskrip ini diluluskan...
Ini juga adalah N3 terakhir di blog PSB...Blog PSB akan bersawang mulai dari hari ini untuk menyiapkan manuskrip Senyumlah Sayang...In Sya Allah, target saya untuk membuka semula blog PSB adalah pada tahun hadapan setelah manuskrip SS siap sepenuhnya.
Terima kasih untuk semua kengkawan yang mengunjungi blog ini...Walaupun SS dan RHSPA sudah tidak ada di blog PSB, kengkawan semua masih boleh mengikuti semula kisah SS dan RHSPA dari mula di blog maiafrenzy.blogspot.com ya.....
Terima kasih semua....love uollss ketat2...
---------------@@------
ZACK menghampiri Audra yang sedang termenung di tepi sungai. Dia
memanjat batu besar di mana Audra berada dan kemudian melabuhkan punggungnya
tidak jauh dari gadis itu.
Audra yang menyedari kehadiran seseorang di situ, lantas menoleh.
Dia menjeling dan kembali membuang pandangannya kepada sungai yang sedang
mengalir tatkala dia melihat wajah Zack. Zack hanya tersenyum melihat reaksi
itu.
“Kuah rojak yang awak buat tu memang sedap,” puji Zack sebagai
permulaan bicara. “Pagi tadi, saya makan lagi kuah rojak tu. Kali ni, dengan
belimbing besi pulak. Memang sedap,” sambung Zack.
Audra hanya membisu. Sedikit pun pujian itu tidak menambat hatinya
untuk berbalas bicara dengan Zack.
“Hm terakhir untuk Ratu Hati Si Putera Arab mmm…kalau saya nak minta awak buatkan lagi boleh? Saya nak bawa
balik Penang nanti,” pinta Zack. Audra tetap membisu. Semakin rapat bibirnya
diketap.
“Saya kacau awak ke?” tanya Zack. Wajah Audra terus diperhatikan.
Namun, masih tiada reaksi positif yang diberikan. Audra tetap membisu tanpa
membalas persoalan itu. Zack mengetap bibirnya melihat kedinginan Audra.
“Rasanya, lepas lamaran malam tadi, banyak perkara yang awak nak
tanya pada saya, kan?” Zack masih tidak berputus asa dan terus mencuba
memancing Audra agar berbicara.
Audra menundukkan pandangannya. Memang banyak perkara yang perlu
diketahuinya. Tetapi, dia tahu jawapan yang sama akan diberikan Zack. Lebih
baik jika dia bertentang mata dengan Syed Zikri sendiri.
“Kenapa awak tak nak terima lamaran Tuan Syed?” soal Zack lagi.
Audra masih mendiamkan diri. Namun, kedengaran dengusan halus dari bibir mungil
itu.
“Tuan Syed tu, orangnya kaya-raya. Dah tu, segak pula. Ramai wanita
yang mahu jadi pendamping dia. Tapi dia dah pilih awak. Awak pulak, tolak dia mentah-mentah
sedangkan awak belum pernah melihat dia,” sambung Zack lagi. “Saya takut awak
menyesal nanti.” Dia melirik Audra yang sedang menongkat dagunya dengan tangan.
“Saya malaslah nak bercakap tentang Syed Zikri,” Audra sudah membuka
mulutnya sehingga membuatkan Zack mengukir senyuman. Usahanya sudah berhasil.
Audra sudah mula berbicara.
“Kenapa? sedangkan, malam tadi banyak perkara yang awak mahu tahu
dari saya,” ujar Zack. Matanya masih terus melirik Audra yang sedang
memerhatikan arus-arus sungai yang mengalir. Audra menarik nafas yang panjang
lalu menghembunya perlahan.
“Kalau saya bertanya pada Encik Zack pun, setiap soalan saya takkan
terjawab. Lebih baik saya bertanya terus dengan Syed Zikri,” Audra sudah
meluahkan pendapatnya.
“Mana awak tahu saya tak boleh jawab? Cuba tanya dulu,” balas Zack.
Audra mengetap bibirnya rapat. Tiada balasan darinya.
“Okey, awak memang tak nak tahu apa-apa dari saya,” Zack membuat
kesimpulan sendiri. “Jadi, boleh saya tahu kenapa awak tak mahu terima Tuan
Syed?” tanya Zack yang tidak sabar menunggu.
“Sebab, saya tak pernah lihat dialah saya tak nak terima dia!” tegas
Audra. Dia menjeling Zack dengan tajam. “Macam mana saya nak terima orang yang
saya tak kenal?” tanya Audra kembali.
Senyuman di bibir Zack semakin mekar apabila melihat jelingan itu.
“Pentingkah untuk awak lihat dia? Awak-kan mahu seorang putera raja? Nah! Tuan
Syed-lah orang yang paling layak. Kalau awak terima dia, hidup awak akan
dilimpahi dengan kemewahan. Awak akan menjadi permaisuri di Rumah Warisan.
Kehidupan awak akan berubah sepenuhnya,” ujar Zack lagi.
Audra mendengus kasar. Dia menoleh, memandang Zack dengan tajam.
“Saya bukan meterealistik!” tegasnya. Dia memang tidak suka apabila ada orang
yang menganggapnya begitu.
“Tapi awak mahukan seorang putera raja, kan?” tanya Zack kembali.
“Itu tak bermakna saya hanya mahukan orang kaya! Putera raja yang
saya maksudkan adalah seorang lelaki yang akan melimpahkan kebahagiaan dalam
hidup saya sehingga saya tak pernah merasa miskin dengan kasih sayangnya,”
jelas Audra. Satu keluhan dilepaskan. Dia sudah penat membuatkan orang-orang
sekeliling memahami kehendaknya.
“Perkataan ‘putera raja’ yang awak gunakan boleh buat orang salah
sangka dengan awak. Pertama kali saya mendengar angan-angan awak tu, saya
sendiri menyangka yang awak seorang gadis yang meterealistik,” beritahu Zack
tanpa berselindung.
Audra mengetap bibirnya. “Ada saya kisah dengan pandangan orang
tentang saya?” tanya Audra dan kepalanya sudah tergeleng. “Orang berhak
bercakap apa saja tentang saya. Saya hanya mengikut kata hati saya,” sambungnya
lagi.
“Kalau putera raja yang awak maksudkan itu bukanlah seorang lelaki
kaya, jadi, apakah maksudnya putera raja itu bagi awak?” soal Zack.
“Tak penting untuk Encik Zack tahu,” balas Audra yang malas mahu
menjelaskan dengan lebih lanjut.
“Sangat penting. Sekurang-kurangnya saya akan membuat penilaian sama
ada Tuan Syed layak untuk awak atau tidak,” kata Zack sehingga Audra berpaling
memandangnya.
“Tuan Syed layak atau tidak untuk saya?” Mulut Audra ternganga
sedikit. Ada tawa halus dari bibir itu. “Tuan Syed itu sangat kaya orangnya.
Saya cuma seorang gadis kampung. Saya yang tak layak untuk Tuan Syed,” balas
Audra. “Walaupun angan-angan saya tinggi melangit, tapi saya tak hanyut dengan
khayalan,” sambungnya. Dia tidak mahu Zack salah sangka terhadapnya.
Zack mengangguk. “Saya tahu. Tapi, situasi di sini, awak yang
menolak lamaran Tuan Syed. Jadi, dia yang tak layak untuk awak.” Zack memandang
kepada Audra. “Apa makna putera raja itu bagi awak?” tanya Zack sekali lagi.
Audra mengetap bibirnya. Wajah Zack dikerling seketika sebelum dia
membuang kembali pandanganya kepada arus-arus sungai yang tidak pernah berhenti
mengalir. “Seorang lelaki adalah putera kepada kedua orang tuanya. Dilahirkan
sebagai lelaki perlu mempunyai sifat kepimpinan. Seorang putera raja, perlu
mempunyi sifat itu untuk mentadbir naungannya agar sentiasa berada dalam
keadaan yang baik. Sifat kepimpinan itu yang saya maksudkan tentang seorang
putera raja,” Audra menerangkan kembali perihal yang pernah diberitahu kepada
Zana dan Farah.
Zack tergamam seketika. Sifat kepimpinan itukah yang dimaksudkan
Audra sebagai seorang putera raja? Dia mula merasa kagum dengan cara Audra
menzahirkan keinginannya. Mereka diam seketika. Sengaja Zack membiarkan Audra
tenggelam dalam dunianya sendiri.
“Audra, ada tak sesiapa yang pernah buatkan jantung awak pernah
berhenti berdegup?” tanya Zack setelah agak lama suasana sepi di antara mereka.
Audra terkesima seketika dengan soalan itu. Dia memandang Zack. Lama.
“Tak ada,” jawab Audra.
Zack mendengus perlahan. “Siapa?” tanya Zack walaupun Audra menjawab
tak ada sesiapa yang berjaya membuatkan jantungnya berhenti bedegup.
“Tak adalah Encik Zack,” tegas Audra lagi.
“Saya belum pekak lagi Audra. Saya dengar sewaktu awak beritahu mak,
Along dan Miza tentang jantung awak yang telah berhenti berdegup itu. Awak
telah jumpa putera raja awak, kan?” soal Zack seakan mendesak.
“Kenapa nak tahu?” Kerling Audra dengan tajam.
Zack memusing tubuhnya agar menghadap ke arah Audra. “Sebab, saya
boleh beritahu Tuan Syed yang dah ada orang lain yang membuatkan jantung awak
berhenti berdegup. Jadi, Tuan Syed boleh melupakan hasratnya untuk
memperisterikan awak,” jelas Zack.
---------@@-----
-----------@@-------
Audra diam. Tatkala ini Zack sudah terasa bagai mahu menarik tangan
Audra dan memaksanya untuk berterus terang. Siapakah lelaki yang berjaya
membuatkan jantungnya berhenti berdegup? Tolonglah jangan diam, Audra!
“Kalau awak nak saya bantu awak, awak kena berterus terang dengan
saya,” kata Zack lagi.
Audra menggigit bibir bawahnya lalu menjeling Zack. Sejak bila pula
dia minta bantuan dari Zack? “Saya main-main ajelah waktu tu,” dalih Audra
untuk menamatkan topik itu.
Zack menghembuskan nafas kehampaan. Tak mengapalah. Suatu hari
nanti, aku pasti tahu kebenaran tentang itu. Zack memujuk dirinya sendiri.
“Awak serius tentang itu?” Zack berpaling semula memandang Audra.
“Uh?” Audra berbalas pandangan dengan Zack.
“Tentang mencari putera raja yang boleh membuatkan jantung awak
berhenti berdegup,” jelas Zack apabila Audra kelihatan tidak mengerti maksud
soalannya.
“Ya.” Audra mengangguk. “Sebab tu saya perlu lihat Syed Zikri,”
sambungnya.
“Awak nak pastikan sama ada jantung awak boleh berdegup bila lihat
dia?” soal Zack lagi.
“Hmm,” jawab Audra ringkas sambil mengangguk.
Kening Zack terjongket. “Tapi, kenapa saya rasa seolah-olah jantung
awak pernah berhenti berdegup ketika awak berjumpa dengan saya hari tu?” Zack
cuba mencungkil lagi rahsia hati Audra.
Gulp! Audra menelan air liurnya. “Jangan perasanlah!” Audra cuba
menyembunyikan wajahnya yang mula terasa panas. Dia memegang pipinya. Pasti
saat ini pipinya sudah kemerahan.
Zack ketawa kecil melihat Audra yang sudah termalu itu. “Awak memang
berani, kan?” Zack mengubah persoalan.
“Uh?” Kening Audra terjongket memandang Zack.
“Awak satu-satunya manusia yang panggil Tuan Syed dengan nama tanpa
panggilan ‘tuan’,” ujar Zack. “Awak tak takut ke kalau Tuan Syed marah?”
soalnya.
Audra mendengus halus. “Dia takkan marah,” ujar Audra dengan
selamba.
“Yakinnya awak!” Ada nada terkejut dari suara Zack.
“Tentulah!” kata Audra dengan tegas. “Sebab, saya sebut nama dia tanpa
pengetahuan dia. Kalau di depan dia nanti, saya panggillah ‘Tuan Syed’.” Audra
memandang Zack. “Itu pun kalau dia nak jumpa dengan saya-lah,” sambungnya.
Keningnya sudah terjongket-jongket seakan mempermainkan Zack. Dia mahu tahu apa
kata Zack apabila dia berkata begitu.
Zack sudah ketawa melihat tingkah Audra. “Awak ingat, kalau dia tak
jumpa awak dia takkan tahu apa yang awak buat?” soal Zack kemudiannya.
Audra hanya menjongketkan bahunya sambil tersenyum mengejek. Zack
hanya ketawa kecil. Dia memandang Audra semula. “Memang awak tak pernah jumpa
dia. Tapi, kalau dia tak pernah lihat awak takkanlah dia berani meminang awak,”
kata Zack lagi.
Audra terdiam. Wajah Zack terus menjadi perhatiannya. “Jadi, Syed
Zikri memang kenal dengan saya?” soalnya terkejut.
Zack mengangguk. “Kan saya dah beritahu awak,” balas Zack.
Audra kembali menongkat dagunya. “Patutlah Che Enon selalu kata Syed
Zikri tu macam James Bond,” ujar Audra sendirian tanpa bermaksud menyatakannya
kepada Zack.
Zack ketawa besar. “Che Enon kata macam tu?” Zack menyambung semula
tawanya.
Audra mengeluh. “Entahlah. Saya malaslah nak fikir tentang Syed
Zikri. Misteri sangat!” Audra bangun dari duduknya. Dia sudah berpusing mahu
pergi. Namun, dengan tidak di sangka kaki Audra tergelincir. “Mak!” Hampir
sahaja dia terhumban masuk ke dalam sungai.
Dengan pantas Zack terus berdiri dan menangkap pinggang Audra. Audra
terus memegang leher Zack dengan erat. Mata mereka bertentang. Terus sahaja
Audra merungkai lingkaran tangannya di leher Zack tatkala tubuhnya sudah
berdiri dengan stabil. Zack juga melepaskan pelukannya.
“Lain kali berhati-hati,” bisik Zack perlahan di telingan Audra
kerana jarak mereka bergitu dekat sekali. Zack berpusing dan terus meninggalkan
Audra dengan getaran di dada.
Audra memegang dadanya. Jantungnya berdegup dengan laju. “Ah Encik
Zack! Kenapa engkau yang selalu membuatkan jantung aku bergetar?!” Audra
terduduk semula di situ.
------------------@@------------
terima kasih semua.... harap tahun depan blog ini boleh beroperasi semula.... :)
------------------@@------------
terima kasih semua.... harap tahun depan blog ini boleh beroperasi semula.... :)
soal ati ade lh rahsia....namun rase yg ade tk bolih di nafi kn...debar yg ade pasti sudah ade pemilik nyer...
ReplyDeletehuh sedih tak bersambung lagi :(
ReplyDelete