Thursday 8 October 2015

Dup Dap! Jantungku Berhenti (excerpt)

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..

Maaf ye awaks, ER dah banyak hari menyepi. Kesihatan agak terganggu dengan jerebu yang melanda negara kita. Walaupun IPU dah semakin rendah, tapi tetap terasa tak sihat bila keluar rumah.

ER harap awaks sihat dan jaga kesihatan ya.

Di sini ER belanja sikit petikan dari novel DDJB. Jika awaks berminat nak baca kisah ni dari awal sehingga bab 15, awak boleh klik link ini

Jika awaks berminat nak beli novel ni dan buat koleksi rak buku awaks yang penuh tu, awaks boleh klik di sini. Pilih media sosial yang memudahkan anda untuk hubungi ER.


Jom baca sikit....

------------@@----------









“Audra, kau dengar tak apa kata Encik Zack tadi?” Zana berbisik di telinga Audra. Audra memandang Zana. “Dia kata, apa yang dia suka, Tuan Syed pasti suka. Matanya adalah mata Tuan Syed.” Zana mengulang kembali kata-kata Zack.

Audra mengangguk. Memang Zack ada berkata begitu.

“Kau tak rasakah yang Encik Zack dan Tuan Syed tu, ’gitu-gitu’?” Zana sudah menggoyangkan badannya, kegelian.

Audra tengarnga apabila dapat menangkap maksud Zana. “Diorang berdua tu ada gitu-gitu?” Gitu-gitu yang dimaksudkan Audra adalah hubungan yang istimewa.

Zana sudah terangguk-angguk. Mata Audra pula sudah terbeliak dan mulutnya ternganga luas. Takkanlah Encik Zack itu gay!

“Ehemm!” Zack berdehem dengan kuat. Walaupun mereka berdua berbisik, sangat jelas di telinganya perbualan mereka. Adakah patut mereka membuat andaian begitu? Tercabar jiwa maskulinnya!

Audra dan Zana serentak memandang Zack yang sudah terpaku di depan mereka. Macam mana Zack boleh ada di sini? Tadi, lelaki itu sedang berbual dengan Che Enon.

“Saya adalah orang ke-per-ca-ya-an Tuan Syed.” Perkataan ‘kepercayaan’ diucap dengan ketegasan dan lambat-lambat. “Jangan suka simpan prasangka buruk!” Seraya itu Zack berlalu di tengah-tengah antara mereka. Sehingga bahunya melanggar bahu Audra.

Audra sudah membuat muka. Menyampah! Dia menyapu-nyapu bahunya yang bersentuhan dengan Zack. Terasa berdosa walaupun mereka tidak bersentuhan kulit kerana berlapik dengan pakaian.

Che Enon sudah tertawa pada Audra dan Zana apabila Zack sudah keluar dari kamar utama. Audra dan Zana sudah menjeling Che Enon.

“Apalah kamu berdua ni! boleh pulak syak yang bukan-bukan!” Che Enon menyambung  tawanya lagi.

“Sudah-sudahlah ketawakan kami Che Enon!” wajah Zana sudah berkerut.


Che Enon menghentikan tawanya walaupun dia masih terasa mahu berbuat begitu. “Tuan Syed tu, lelaki sejati tahu! Apatah lagi Encik Zack.” Che Enon berlalu pergi.





-----------@@-----------
TERIMA KASIH-ER
-----------@@----------

No comments:

Post a Comment