Monday 12 October 2015

Kayak Maraton - Pantai Merdeka

Hai korang. ER nk share sikit aktiviti yang ER sertai baru-baru ni iaitu kayak maraton. Inilah pertama kali ER menyertai kayak dan pertama kali ER pegang paddle. Memang teruja sangat!

Sabtu baru-baru ni, 10/10/2015, negara kita menyambut Hari Sukan Negara. Dan ER menyertai aktiviti ini. Mula-mula tu ingat nak sertai larian maraton saja. tapi dah mula rasa teringin nak cuba berkayak.

So, disebabkan ER masih beginner @ novice maka sehari sebelum pertandingan, ER mulakan latihan. Sebelum novice dibenarkan masuk ke dalam air, salah seorang dari ahli yang dah pro berikan sedikit nasihat dan tunjuk ajar. bagaimana cara untuk bersenam bagi sukan ini yang memerlukan kekuatan lengan dan bahagian pinggang yang memainkan peranan penting. Kami diajar cara yang betul untuk memegang paddle.


Masa awal-awal masuk dalam kayak dan terapung di atas laut, memang takut sangat! Tak tahu nak gambarkan. Apatah lagi ER tak pandai berenang. Sampaikan kayak team ER patah balik ke pantai kerana tak pandai nak kawal. Memang dah rasa macam nak terbalik masuk dalam laut.

Lepas tu team pro, suruh masuk balik dan beri sedikit tunjuk ajar. kali kedua masuk ke dalam kayak dan terus ke laut, rasa takut tu hilang bagai dicampak buang aje. Serius cakap, hilang rasa gayat, takut semua. Rasa seronok sangat bila kami dah mula mengira kanan..kiri...kanan...kiri. Sebab berkayak ni perlukan keseimbangan dari orang depan dan orang belakang. Gerakan paddle juga perlu sama untuk mengelakkan kayak hilang keseimbangan.




gambar sebelum sesi latihan




Ambil foto beramai-ramai setelah tamat sesi latihan





Keesokannya, pada hari pertandingan. Kategori Open yang disertai oleh team pro mula berlepas pada jam 9 pagi. Lepas tu, atas masalah tertentu team novice dibahagikan kepada dua. Team ER dapat batch ke-3. Pukul 12.30 tengah hari baru kami berlepas. Dari pagi duduk tengah panas, memang gelap la muka ER ni. Tambah2 pakai tudungkan, muka pun dah berbelang.



 Dari dok menunggu tu, berselfie la kejap. Kawan ER yang seorang ni, malu nak bergambar. Jadi, ambil seorang diri ajelah.




Bila team novice ke-2 dah sampai ke pantai semula. kami dah mula buat persediaan dan setting kayak masing-masing untuk berlepas.


semua peserta sedang bersedia untuk berlepas


04-itulah kayak yang dinaiki team ER



Kami di suruh berdiri di belakang kayak masing-masing. Bila hon dibunyikan, terus peserta berlari, tarik kayak masuk dalam laut dan masuk dalam kayak. Terus kayuh paddle. Teman ER asyik ingatkan ER, jangan kalut, kita bukan nak menang. Janji abis sudah. hahaha...sebab tu, kami lebih santai. Lagipun, ini pengalaman pertama.

Letih tak tau nak cakap la sebab pertama kali gunakan kekuatan lengan dan pinggang. Dari pinggang ke bawah langsung tak digunakan. memang satu pengalaman yang baru untuk ER. Belum sampai check point, lengan dah mula sakit. Tapi kami gagahkan diri untuk terus berkayuh.


encik abam bomba yang bertugas sebagai pasukan penyelamat utk menjaga keselamatan para peserta.....terbaiklah abam bomba!!!






Sampai aje check ponit, kami diminta untuk memberi no.kayak. lepas tu,baru kami berpusing balik. Kami berhati-hati sebab tak mahu kayak kami terbalik. sebab ada satu team ni, mula-mula dia dah pecut tapi bila dia sampai check point dan berpatah balik, kayaknya terbalik. Sayang sangat, sebab kalau pertandingan tak sampai garisan penamat, maka tak ada medal yang akan diberikan.


ini bukti saya habiskan kayak maraton.... hehehe



Alhamdulillah, akhirnya kayak kami sampai juga di tepi pantai. Dan kami diberikan medal sebagai penghargaan kerana menamatkan acara. Besttt sangat!!

pingat dari jarak dekat


Selasai semua pertandingan, kami bersihkan diri dan kemudian makan. Syukur sangat ada makanan disediakan. Nasi tomata, ayam masak merah. Perghhh...sedap! Dah penat dan lapar, semua pun sedap. Hehehe...



Dan sebelum pulang, singgah di sini. Inilah pengubat setelah penat berkayak.

Untuk korang yang dah pernah join kayak ni memang tahukan macam mana seronoknya sukan ni. Yang mana belum pernah, jomlah join! Best sangat!!



-----------@@-----------
TERIMA KASIH - ER
-----------@@-----------




No comments:

Post a Comment