Friday 8 January 2010

SALAM MAAL HIJRAH & SELAMAT TAHUN BARU!!!

Assalamualaikum......
Pertama kali saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa untuk melawat blog ini. Dan saya juga memohon maaf kerana agak lama tidak 'update' blog ini. Semuanya kerana kesibukan di pejabat dan di rumah yang adakalanya sukar untuk mencuri masa 24 jam yang ada setiap hari.
Syukur alhamsullillah........kerana Allah masih panjangkan usia kita di saat ini. Namun setiap tahun apabila usia bertambah bermakna semakin kurang hayat kita di dunia ini. Semoga kita semua masih lagi berpijak di bumi nyata dan masih kukuh keimanan di hati terhadap-Nya.
Semoga Allah menjadikan Subuh kita cahaya, Zohor kita gembira, Asar kita bahagia, Maghrib kita keampunan dan Isyak kita keberkatan. Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang penuh dengan kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah. Amin.....
Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun 2010...

No comments:

Post a Comment