Friday 12 February 2010

Hanya Dia 13

BAB 13
MAISARA melepas keluhan panjang. Berkali-kali dia cuba menghidupkan enjin kereta, namun masih juga begitu. Dia mencuba lagi. Enjin berbunyi sekejap lalu mati kembali.
Stereng kereta dihentak geram. Dia mencapai tas tangan lalu melangkah keluar dari perut Kancil biru itu. Rasa menyesal menerjah di hati. Kalaulah dia menurut kata abahnya untuk menjual kereta itu, pasti perkara sebegini tidak berlaku.
Dia melirik jam ditangan. Sudah mencecah angka tujuh. Waktu Maghrib sudah hampir tiba. Namun syukurlah kerana dia masih ‘bercuti’. Sekurang-kurangnya tidaklah dia kelam kabut untuk mengejar waktu solat.
“Maisara,” suara garau yang menegurnya membuatkan Maisara sedikit terkejut lalu berpaling ke arah empunya suara itu.
“Maaf. Saya buat awak terkejut,” Lelaki itu tersenyum manis.
It’s okey, Encik Zack!”
“Kenapa awak berdiri di sini?” tanyanya. “Are you waiting for someone to fetch you?” Mata Zack liar memerhati sekeliling.

“No......No......” Maisara memandang keretanya yang sedang di sandar. Zack turut berbuat begitu. Kini dia mengerti.
“Kereta awak?” tanya Zack. “Rosak?” Maisara mengangguk lagi. “Dah panggil orang untuk bawa kereta ke bengkel?”
Maisara mengangguk kepala sebagai membalas soalan itu.
Tidak lama kemudian sebuah motosikal EX5 berhenti disebelah mereka. Dua orang dari bengkel yang berdekatan menghampiri mereka. Setelah meneliti Kancil tersebut mereka memberitahu keretanya perlu di bawa ke bengkel.
Setelah kereta tunda dihubungi, Maisara menyerahkan kunci kereta kepada salah seorang dari mereka. Maisara yang sudah mengenali mereka kelihatan tidak gusar untuk menyerahkan kunci keretanya untuk dibawa ke bengkel.
Zack yang sedari tadi berada di situ menunggu sehingga kereta Maisara ditarik. Walaupun Maisara kelihatan sedikit tidak selesa dengan keadaan itu, namun dia masih lagi mampu tersenyum.
So, dah settle?” tanya Zack. Maisara mengangguk.
“Kalau macam tu, jom!” ajak Zack. Maisara mengerut keningnya tanda kurang mengerti dengan ajakan itu. “Saya hantar awak balik,” jawap Zack seolah-olah mengerti dengan kerutan di dahi Maisara itu.
“Eh, tak pelah Encik Zack.” Maisara menolak. “Saya naik teksi je.”
“Kenapa? Awak tak sudi?” Zack mengangkat keningnya.
“Tak......bukan macam tu.” Maisara mula tidak keruan. “Tapi........”
“Jom!!” Akhirnya Zack menarik tangan Maisara. Maisara yang terkejut dengan tindakan itu, terdiam dan hanya menuruti kemahuan Zack.
Sebaik sahaja Honda City kelabu milik Zack mula bergerak, Maisara seolah-olah baru tersedar di alam realiti. Dia menyumpah di dalam hati kerana tidak berkeras.
“Sebelum tu, kita pergi makan dulu ek?” Pandangan Zack beralih kepada Maisara seketika.
“Maaf Encik Zack. Tapi saya nak cepat. Ada hal!” Maisara menipu.
Zack memerhatikan Maisara sekilas. Maisara mengalihkan pandangannya ke luar. Zack tersenyum lalu tergelak kecil. Maisara yang dapat menangkap ketawa itu berpaling memandang Zack semula.
“Kenapa?” tanya Maisara yang masih lagi melihat bibir Zack mengukir senyuman.
“Kalau tak pandai menipu kenapa buat jugak?” Zack menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Kita pergi makan okey? Kejap je!” Zack sudah membuat keputusan apabila stereng dipusing ke kanan untuk masuk ke kawasan Retoran Cili Pedas.
Maisara sudah memicit-micit kepalanya yang tidak pening.
Kenapalah Encik Zack ni suka mendesak?

Setelah memesan nasi putih ayam masak kunyi dan telur dadar untuknya, manakala nasi putih daging merah dan sayur campur untuk Maisara, Zack kembali menatap wajah di depannya.
“So......Maisara tak pernah makan di sini?”
Maisara menggeleng.
“Kalau macam tu, saya rasa bertuah sangat dapat jadi orang pertama yang bawa Maisara makan di sisi,” Zack tersenyum. Maisara sudah tertunduk malu.
“Sebenarnya saya jarang makan di luar. Lebih senang di rumah saja,” ujar Maisara.
“Bagus! Calon isteri yang baik.”
Dada Maisara menjadi sesak mendengar kata-kata itu. dia hanya bermaksud untuk memberitahu Encik Zack yang dia tidak berminat untuk makan di luar agar Encik Zack tidak akan mempelawanya lagi selepas ini. Tetapi lain pula penerimaan lelaki itu.

Fariz yang kebetulan melalui Jalan Baru ketika itu memusing stereng kereta memasuki parkir di depan Restoran Cili Pedas. Sudah lama rasanya dia tidak menikmati ayam goreng rempah di restoran itu.
Kecur lidahnya membayangkan ayam goreng berempah yang memang menjadi kegemarannya sejak dahulu.
Setelah melangkah keluar dari kereta untuk masuk ke dalam restoran, tiba-tiba sahaja gerak langkahnya terhenti apabila terpandangkan sepasang manusia yang tidak jauh darinya turut berada di situ.
Tiba-tiba sahaja dadanya bergetar melihatkan Maisara berada disamping Zack. Mahu sahaja dia menghampiri mereka dan menghadiahkan satu penumbuk di muka Zack namun setelah beristighfar beberapakali di dalam hati dia mengambil keputusan untuk pergi dari situ.
Maisara.......

5 comments:

  1. hohohohoh....

    biar la zack ngan maisara

    ReplyDelete
  2. salam sambung lg ye...x nak le maisara ngan zack...hope sangat fariz ngan maisara....
    moga terlerai dendam..

    ReplyDelete
  3. huhu benci lak ngan watak fariz...
    sokong itu_aku: biar zack ngan mai...
    huhuhuu...
    cite nie best arrr...

    ReplyDelete
  4. alamak!!!! sy pun dah konfius cam ner nak sambg cite ni.....maisara ngan fariz ke....ngan Zack....????

    ReplyDelete
  5. nk maisara nge zack la...

    ReplyDelete