Monday 16 May 2011

KRS AKAN DITERBITKAN!!!

Assalamualaikum buat semua pembaca....
Alhamdulillah dan syukur kepadaNYA. Akhirnya karya saya Ku Relakan Segalanya telah diterima untuk diterbitkan dalam edisi cetak. Insyallah, jika tiada aral melintang akan diterbitkan pada bulan Oktober tahun ini oleh Fajar Pakeer Sdn Bhd. Jadi dengan ini saya menghentikan N3 untuk Ku Relakan Segalanya.

Dan ada beberapa perkara saya ini memberitahu dan meminta sedikit pertolongan dan idea dari pembaca. Atas permintaan pihak penerbit, watak Maya akan ditukarkan dengan nama keduanya iaitu Qismyna. Manakala Farahymma akan digunakan nama 'Farah' sebagai pengganti diri Emma. Dan satu lagi, tajuk karya ini perlu diubah.

Saya meminta jasa baik kalian, jika boleh sudi-sudilah kiranya kalian mencadangkan tajuk baru bagi menggantikan KRS. Tolong ye.....
Memandangkan Hanya Dia dan Ku Relakan Segalanya telah dihentikan N3nya, saya akan mengurangkan sedikit N3 baru untuk Lukisan Cinta. Mungkin 2 minggu sekali untuk mengelakkan blog ini sunyi dan sepi. dan Insyaallah, jika ada idea menulis cerpen saya akan postkan. atau mungkin selingan cerita atau kisah-kisah yang mahu saya kongsi akan saya postkan.

Yang penting sekarang ni, saya mohon jasa baik kalian membantu saya untuk memberi beberapa tajuk menggantikan Ku Relakan Segalanya....

8 comments:

  1. kenapa xguna ja tajuk asal??? senang kami nk cari bila dah publish. he...

    ReplyDelete
  2. whoaaaa,tahniah..confirm sy beli KRS..hanya die bile plk ditrbitkan??nti kite pk nama2 yg beshhh

    ReplyDelete
  3. best la..akan di tunggu di pasaran...

    nape x guna tajuk yg sama je???

    ReplyDelete
  4. tahniah sudah dinilai dan diterima pihak publisher..
    Tajuk memang patut ditukar mengikut keadaan pasaran sekarang...
    Tajuk yg jiwang2 cam dah terlalu lama digunakan.

    ReplyDelete
  5. tajuknya ditukar atas permintaan penerbit sendiri.mungkin juga betul kata pembaca d atas yg tajuknya agak jiwang. so, minta idea sikit ek....

    ReplyDelete
  6. kalau letak tajuk "episod cintaku" ke??xpn letak "cintai aku" ke??ok x?

    ReplyDelete
  7. sarah.....thx.....ok jugak tuh....
    yang lain ada idea lagi????

    ReplyDelete
  8. cathrina zuhayra20 May 2011 at 12:43

    1.hikayat sebuah cinta
    2.kisah kita
    3.cerita cinta kita

    ReplyDelete