Monday, 24 August 2015

Anugerah Penghargaan PFP

Page "Klik Klik ER" diwujudkan untuk ER share citer2 Er yang tak seberapa dengan geng yang ada di sini.

Ramaikan yang tahu pada 22 Ogos baru-baru ni Syarikat Penerbitan Fajar Pakeer telah mengadakan Malam Anugeran Penghargaan PFP.

Walaupun ER memang dah tahu dari awal nama ER takkan tercalon dalam top 5,  hikhikhik...Tapi ER tetap nak datang juga pada malam tu. Memang xcited dan teruja yang amat.

Macam biasa, ke mana2 ER akan pergi dengan kakak, mak & 2 orang puteri kesayangan ER. Tapi kali ni, mak ER tak dapat nak temankan kerana kurang sihat. Tapi ER bawa seorang lagi anak sedara ER bersama.



Jam 7:30 kami dah mula bergerak ke KL dengan Jebat. Haaaa...kalau ada yang add ER di FB tentu perasan update ER tentang Jebat. Jebat tu nama kereta ER. Kalau kerete sebelum ni ER namakan Oggy dan kereta yang ini ER namakan Jebat. Biasanya, ER akan bagi beberapa nama dan puteri2 ER yang akan pilih nama apa untuk diberikan kepada kereta kami.

Oppsss...tapi jangan tanya ER, ER naik kereta apa ya....Kereta buatan tempatan yang sekadar lepas nak bayar bulan-bulan aje yek...hihihi..Apa2 pun Syukur Alhamdulillah. Ada juga transport, kannn...




Nama kereta pertama ER diambil dari kartun ini



Nama kereta ER sekarang pula diambil dari nama kucing yang dipegang oleh Puteri Nipis-JEBAT




On the way tu, dengarlah Si puteri sulung dok bising2 kononnya awan cantik sangat. Disebabkan ER tengah drive, ER mintalah dia snapkan pic awan yang cantik tu....Subhanallah...memang cantikkan...





Okey, sambung balik kisah tadi. Kami sampai di Vivatel Hotel sekitar jam 12:30 tengah hari. (itu pun selepas sesat beberapa kali..hahahaha.

Memandangkan Check-in adalah pada jam 2, kami ke mall dan singgah di Giant. Belilah apa-apa yang patut untuk kunyahan malam tu.


Baru sampai aje terus snap lagi-maaf ya untuk gambar yang tak clear



1;30 kami ke lobi untuk check-in. Naik ke blik dan rehat kejap sebelum turun semula. Konon nak pergi swimming pool. Last2, swimming pool lak ditutup. Kesian puteri2 ER.

Malam tu, seperti yang dijanjikan ER bawa puteri yang ke-2 dulu. Kemudian, ER akan hantar puteri ke-2 naik jam 9 dan gantikan pula dengan puteri sulung. Siap ER berpesan pada puteri sulung, Jam 9.00 kakak dah kena siap tau!

Inilah foto2 sekitar malam tu. Enjoy sangat! 

Opsss....ER nak pesan, harap geng semua tak terganggu dengan muka pucat ER yang tak bermekap tu...hahaha...ER memang tak suka sangat bermekap. Jadi, tema glamor malam tu memang lari sangatlah ye...













Terima kasih kepada PFP untuk pengalaman hebat ini.

Assalamualaikum...

--------------@@-----------






No comments:

Post a Comment