MAISARA tidak pernah menjangka cintanya pada Fariz akhirnya telah dirampas
oleh kakak kesayangannya sendiri, Suhana. Kepedihan hati terus dipendam
sehinggalah arwah Suhana menghembuskan nafas yang terakhir ketika melahirkan
anak sulungnya. Namun, penderitaan Maisara tidak berakhir di situ apabila
Suhana meninggalkan amanah buatnya. Amanah itu benar-benar menghimpit dirinya.
“Tiada siapa yang boleh
menggantikan tempat Su melainkan Sara.”
FARIZ tahu dia telah melukakan perasaan Maisara. Namun, dia terpaksa
meninggalkan Maisara demi sebuah rahsia. Namun, cinta yang tak pernah hilang
itu membuatkan Fariz bertekad untuk mendapatkan Maisara semula walaupun dalam
hati Maisara sudah hilang cinta untuknya. Kerana kebencian Maisara, akhirnya
dia menggunakan Aiman untuk menagih semula cinta Maisara.
“Untuk menjadi satu-satunya
mama Aiman, awak perlu menjadi isteri saya.”
BAGI Maisara segala pengorbanan yang dilakukannya hanya kerana
Aiman. Cintanya pada Fariz tak mungkin datang kembali. Cinta di hatinya telah
hilang untuk Fariz.
--------------@@----------------
Permintaan Kak Su?
Maisara kebingungan. Kenapa Suhana tega melakukan semua ini?
Merampas kebahagiaannya tatkala dia sudah memasang angan-angan untuk membina
mahligai bahagia dan sekarang menambahkan kedukaannya dengan permintaan
sedemikian. Permainan apakah yang sebenarnya dirancang Suhana dan Fariz?! Satu
lagi agenda untuk menyakiti hatinya?!
“Sebelum
Suhana dibawa masuk ke wad bersalin, dia ada beritahu umi tentang hajatnya.”
Maimun sudah mengalirkan airmatanya. Walaupun sebulan telah berlalu, namun
segalanya masih kuat diminda Maimun. Kubur arwah Suhana juga masih merah. Aiman
yang masih kecil ditinggalkan. Bayi itu perlukan ibunya. Kasihan Aiman. Bukan
sahaja kasih sayang, malah sentuhan dari ibunya juga tidak sempat dirasai.
Masih terngiang-ngiang permintaan Suhana di telinganya.
“Ampunkan
kesalahan Su, umi….abah….” Airmata tak henti-henti mengalir dipipinya. Sesekali
dia mengerang kesakitan. “Beritahu Sara….Su minta ampun pada Sara. Seandainya
sesuatu yang buruk berlaku pada Su, jangan biarkan bayi Su merasa kehilangan.
Su berharap, Sara dapat gantikan tempat Su….Su banyak dosa dengan Sara. Tolong
umi…..beritahu Sara, Su minta maaf. Tiada siapa yang boleh menggantikan tempat
Su melainkan Sara.”
Tiba-tiba
sahaja Maimun memeluk Maisara lalu mengangis tersedu-sedu di bahu Maisara. Dia
menggogoi seperti anak kecil. Bagai terdengar-dengar dan terngiang-ngiang di
telinganya tangisan bayi itu. Seolah-olah memanggil-manggil ibunya dan meminta
ibunya memeluk dan menyusukannya.
“Kasihan
Aiman!” Maimun terus menangis. “Belum sehari pun dia hidup di dunia, ibunya
pergi tinggalkan dia! Kasihan cucu umi....”
Maimun
mengangkat kepalanya lalu menyapu airmata dengan hujung lengan baju kurung yang
dipakainya. Dia memandang Maisara. “Ini permintaan terakhir Suhana. Dia mahu
Sara menggantikan tempat dia! Umi merayu pada Sara, tunaikanlah permintaan
Suhana demi Aiman.”
Hati
Maisara tersentuh melihatan rayuan uminya. Besar sangatkah dia sehingga sanggup
membiarkan uminya sendiri merayu begitu padanya? Tetapi hatinya berat untuk
menerima permintaan umi. Luka semalam masih berdarah!
“Sara
minta maaf umi....Sara tak boleh....” Melihatkan airmata yang semakin membasahi
pipi Maimun, Maisara juga ikut-ikutan menangis. Sebak dadanya melihat tangisan
itu.
“Kasihanilah
Aiman. Dia perlukan Sara!” Maimun masih terus memujuk.
No comments:
Post a Comment