Wednesday, 30 March 2011

Belajar Berenang

Telah tamat sepuluh buku mengenai renang dibacanya. Dia sudah mengetahui pelbagai cara berenang. Daripada kuak dada, kuak lentang, kuak kupu-kupu sehinggalah berenang dengan gaya bebas.

Namun satu perkara masih menjadi kemusykilannya, dia masih tidak pandai berenang!

“kau perlu ada guru. Jangan hanya membaca daripada buku,” nasihat seorang temannya.

“baiklah, mulai esok aku akan berguru.”

“Mula-mula kita belajar mengapungkan diri,” kata guru yang mengajarnya.

“Baik. Kemudian?”

“Hulurkan tangan ke kanan ke depan dan tarik ke belang dan sebelum tangan itu sampai ke belakang hulurkan pula tangan kiri dan lakukan balik gerakan seperti tangan kanan tadi. Lakukan berulang-ulang.”

“Kedudukan kaki bagaimana?”

“kaki hendaklah menguak air serentak dengan kuakan tangan,” kata guru itu.

“Perut, dada dan kepala bagaimana?”

Agak berbuih mulut gurunya member penerangan tetapi anak murid it uterus juga bertanya dan bertanya.

“Susah betul mengajar anak murid yang satu ni,” keluhnya.

Akhirnya guru itu mengalah. Murid yang banyak bertanya seperti itu payah diajar.

“Engkau belajar sajalah dengan guru saya,” katanya.

“Wah! Tentu hebat! Belajar dengan guru kepada guru. Tentu guru itu mampu menyelesaikan segala kekusutan ini,” bisiknya.

Setibanya di sekolah renang yang baru, dia terus dibawa ke tepi kolam renang.

Sebaik sahaja meletakkan barang-barangnya, guru it uterus menolak murid itu ke dalam kolam.

“Tolong! Tolong! Saya tidak pandai berenang!”

Guru itu Cuma melihat dengan selamba.

Murid itu tenggelam timbul dalam kolam. Dia mula panic dan begitu takut. Tetapi dalam keadaan terdesak, dia ingat semula ilmu renang yang telah dipelajarinya. Tangan, kaki, perut dan dadanya digerakkan mengikut apa yang telah dipelajari.

Akhirnya, tanpa dia sendiri menduga….badannya terapung dan dia sudah mula berenang!



Pengajaran:

Cara belajar yang paling berkesan adalah dengan mempraktikkan apa yang kita pelajari. Untuk mendapat pengalaman, ilmu perlu diamalkan. Setelah diamalkan barulah apa yang dipelajari dapat dialami.Pengalaman itulah guru terbaik.

No comments:

Post a Comment