Seorang pemanjat kelapa sedang berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, rebut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang berjuntai.
Keadaannya seperti telur dihujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, “Ya Allah, selamatkanah aku daripada jatuh. Jika selamat aku akan sedekahkan seekor lembu untuk orang miskin.”
Sejurus kemudian, tangannya dapat beraut kembali pada badan pokok.
Namun rebut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik dari sebelumnya, tetapi dia masih lagi belum selamat. Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, “ Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin.”
Setelah bersusah payah dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih bertiup kencang. Kali ini dia berseru, “Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, aku akan bersedekah tiga ekor ayam.”
Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah dan doanya berubah lagi, “Ya Allah, sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam.”
Ribut telah berhenti dan dia berada di kedudukan selamat. Dia pun melepaskan tangannya dari batang pokok lalu berpura-pura jatuh. “Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga. Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun!”
Pengajaran:
Dalam keadaan susah manusia selalu ingatkan Allah tetapi apabila senang manusia mudah melupakan-Nya. Ironinya, apakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya?
No comments:
Post a Comment