Thursday, 31 March 2011

Kamu Bukan Yang Terbaik

Tiga orang guru diminta masuk ke dalam nilik pengetua

“Ini adalah tugas yang sangat penting dan saya akan berikan tugas ini kepada guru yang terbaik di sekolah ini,” kata pengetua.

“Kamu bertiga adalah guru terbaik di sekolah ini,”tambahnya. “Kamu akan diberikan sekumpulan pelajar terbaik dari sekolah berhampiran daerah kita ini. Saya ingin kamu buktikan bahawa kamu sebagai wakil guru sekolah ini akan mampu melaksanakan misi ini dengan cemerlang.”

Pada masa yang sama di sekolah yang dimaksudkan tadi, 20 orang pelajar pula dipanggil ke dalam bilik pengetua mereka.

“Selamat datang. Kamu adalah 20 pelajar terbaik sekolah ini. Mulai esok kamu memikul misi dan tugas penting.”

“Apakah misi itu Tuan Pengetua?” Tanya mereka.

“Kamu akan diajar oleh guru yang terbaik dari sebuah sekolah terbaik mulai bulan depan. Kamu perlu buktikan bahawa pelajar sekolah ini mampu mencapai matlamat ini. Kamu yang terbaik. Saya yakin kamu boleh berjaya.”

Semuanya berjalan lancer. Setahun kemudian apabila keputusan peperiksaan diumumkan, 20 pelajar tersebut telah mencapai keputusan yang cemerlang. Selepas majlis penganugerahan kepada guru dan pelajar yang berjaya itu, mereka sekali lagi dibawa masuk ke dalam bilik pengetua.

“Hari ini saya akan membuka rahsia kejayaan ini. Sebenarnya kamu semua bukanlah guru dan pelajar terbaik seperti yang saya katakana dulu. Malah kamu adalah pelajar dan guru yang disifatkan sebagai paling bermasalah di sekolah. Tetapi saya yakin, sesiapa sahaja boleh melakukan yang terbaik sekiranya diberi penghargaan oleh diri mereka sendiri dan orang yang rapat. Itulah rahsia kejayaan kamu. Keyakinan diri yang kamu bina setelah dihargai!



Pengajaran:

Fitrah manusia yang inginkan penghargaan dan dihormati. Apabila harga diri meningkat, seseorang akan mampu berusaha secara optimum untuk memanfaatkan segala potensi, bakat dan kelebihan yang ada pada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment