Tuesday, 7 June 2011

Cinta Yang Ku Damba (Cerpen-episode 2)



ZALIA menghentikan langkahnya dan memandang orang ramai yang membanjiri malam reunion itu. Langkah Laily juga terhenti apabila tidak merasakan langkah Zalia mengekorinya. Dia berpaling.


“Kau kenapa?”

“Hilmi……” Zalia teringat kembali kedatangan Hilmi dan Zana.

“Kenapa dengan Hilmi?” berkerut dahi Laily.

“Aku tak nak jumpa dengan dia!” ujar Zalia.

Semakin berkerut dahi Laily dengan omongan Zalia.

“Apa maksud kau ni? Kau bergaduh dengan Hilmi ke?” Tanya Laily.

“Tak……bukan….” Zalia kelihatan gusar. Dadanya bergetar laju. Bagaimana seandainya jika dia melangkah ke sana dan terserempak lagi dengan Hilmi dan Zana. Apa yang akan berlaku lagi? Dia tak merasa kuat untuk menghadari situasi yang dia sendiri idak pernah terfikir akan berlaku dalam hidupnya.

“Aku jumpa Zana dan Hilmi!”

“Zana? Zana ratu sekolah tu? Dengan Hilmi?”

Zalia menganggukkan kepalanya.

“Aku jumpa Zana tadi. Dia datang dengan suami dia. Hilmi tu suami dia!” Ada airmata yang bergenang lagi.

“What??!!” Ternganga mulut Laily. “Kau biar betul??!!”

Sedari tadi dia berpusing-pusing dengan Zakuan, tak de pula dia ternampak Hilmi dan Zana.

“Betul!”

Laily mengetap bibirnya. Riak wajah Zalia tidak menunjukkan dia sedang bermain-main dengan kenyataannya sebentar tadi.

“I’m so sorry……” Dia memeluk Zalia sekejap. “So…..macam mana?”

“Entahlah. Kalau aku masuk ke sana, aku tak tahu sama ada aku boleh hadapi semua ni,” ujar Zalia.

Laily hanya terdiam. Dia sendiri tak tahu apa yang perlu dilakukan.

“But I need to face the fact!” ujar Zalia lalu menarik nafasnya panjang dan melepaskannya perlahan.

Laily menggenggam tangan Zalia erat. Dia menganggukkan kepala cuba memberi kekuatan pada Zalia.

“I’ll be right here with you! Just be strong!”

Mereka berdua melangkah semula ke dalam majlis. Zakuan sudah pun menunggu kedatangan mereka di dewan kecil bersama Azie.

Setelah membantu Azie dan Zakuan mengeluarkan barang-barang mentah untuk dibakar, Zalia dan Laily ke satu sudut yang sedikit terpencil.

Mata mereka berdua meliar memandang sekeliling, takut-takut terlihat kelibat Hilmi dan Zana.

“Kau rasa diorang berdua dah balik ke?” Tanya Laily.

“Entah……Biarlahlah kat diorang,” ujar Zalia cuba menutup kegusarannya.

“BIar? Mana boleh. Benda ni kena settle down.”

Zalia mengeluh. Dia menguis-ngui tanah dengan hujung sandalnya sehingga berlubang. Laily tahu Zalia masih berfikir. Selalu itulah yang berlaku bila dia sedang berfikir.

Pandangan Laily tiba-tiba terhenti pada sekumpulan pemuda yang sedang berbual sesama mereka. Lima orang kesemuanya. Empat darinya adalah senior mereka. dan salah seorang dari mereka adalah lelaki janggut yang ditemuinya bersama Zalia tadi. Tapi, dia tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ni.

“Eh Zalia…..” panggil Laily. “Tuh…..” Laily memuncungkan bibirnya mengunjuk pada lelaki janggut itu.

“Siapa dia?” Tanya Laily. Zalia memerhatikan tempat jatuhnya muncung Laily yang panjang.

“Entah. Aku pun tak kenal.” Dia terus mengamati lelaki itu. “Tapi, kawan-kawan dia yang lain tu, kan senior kita.”

“Hmmm…..yang lain tu memang kita kenal. Tapi dia…….siapa?” Laily mengerutkan keningnya.

Mereka berdua terus mengamati lelaki itu dari jauh sehinggalah Zakuan tiba disebelah mereka pun tidak disedari.

“Hei…..korang berdua ni kenapa?!” Zakuan melambai-lambai tangannya di depan muka Laily dan zalia.

“Siapa yang korang pandang tu?” Zakuan berpaling memandang ke belakang.

“Siapa dia tu? Kau kenal tak?” Tanya Zalia dan mengunjuk pada lelaki itu lagi.

“Eh…..korang tak kenal ke? Itu kan…….” Dia memicit-micit kepalanya cuba mengingati nama lelaki tersebut. “Aku lupalah nama dia. Tapi dulu,kan dia player badminton sekolah kita. Lima tahun jadi wakil sekolah dan pernah jadi juara dulu.”

Laily dan Zalia senyap seketika cuba mengimbas kembali siapa yang pernah menjadi wakil sekolah dalam permainan badminton.

“Abang Mus…….Mustakim?” Tanya Zalia bila teringatkan lelaki itu.

“Yes…!!! Mustakim!!!” Zakuan mengangguk.

Really? Lain betullah!” Laily menggelengkan kepalanya. Zalia mengangguk menyetujuinya. Penampilan lelaki itu memang jauh berubah seratus peratus.

“kenapa?” Tanya Zakuan.

“Ni hah…..tadi boleh pulak si Zalia ni berdating dengan mamat janggut tu kat tepi pantai!” ujar Laily.

“Mamat janggut?” berdekeh-dekeh Zakuan ketawa. Begitu juga dengan Laily.

“Korang berdua ni,kan…..kalau ketawakan aku memang sukalah sangat!!” Zalia menjeling.

Zalia memeluk tubuh dan sorotan matanya jatuh kembali pada Mustakim. Ketika di bangku sekolah dulu mereka berdua memang tidak pernah bertegur sapa. Dia pun hanya mengenali Mustakim kerana lelaki itu pemain badminton sekolah. Selebihnya, dia tak kenal siapa Mustakim. Tapi mengapa tiba-tiba lelaki itu boleh menegurnya tadi. Siap berteman lagi di tepi pantai.

“Zal…….” Panggil satu suara dari belakang.

Zalia kenal suara itu. Tiada siapa yang memanggilnya degan panggilan itu melainkan Hilmi.

Laily dan Zakuan sudah berpaling ke belakang. Zalia masih di posisi tadi.

“Boleh saya bercakap sekejap dengan Zal?” Hilmi bertanya pada Laily dan Zakuan.

Laily memandang Zalia. Zalia menganggukkan kepalanya. Lalu Laily dan Zakuan beredar dari situ.

“Ikut saya,” ujar Zalia.

Mereka berdua berjalan di satu sudut yang agak jauh dari orang ramai.

“Mana Zana? Kang tak pasal-pasal jadi salah faham pulak,” ujar Zalia.

Please……..jangan tanya apa-apa pasal Zana. Sekarang ni kita cakap tentang kita,” ujar Hilmi.

Zalia menggelengkan kepalanya. Mudah sungguh Hilmi berkata begitu. Jika diikutkan hatinya mahu saja dia menengking dan memaki hamun Hilmi sekarang. Dia beristighfar di dalam hati dan memohon agar Allah mengurniakan segunung kesabaran padanya tatkala ini.

“Okey…..apa yang awak nak cakap tentang kita?” Tanya Zalia.

“Saya sayangkan awak…..Saya sayangkan awak. Saya minta maaf sebab rahsiakan tentang status saya. Saya tak mahu kehilangan awak!”

Correction……itu bukan ‘rahsiakan’ tapi berbohong.”

“Tak….saya tak pernah berbohong pada awak! Apatah lagi dalam soal hati dan perasaan saya!”

Zalia ketawa sinis. Tegas sungguh Hilmi mengatakan begitu dan kerana ketegasannya membicarakan soal hati dan perasaanlah yang membuatkan Zalia mempercayainya.

“Dalam hubungan begini, merahsiakan atau menyembunyikan sesuatu sama saja dengan berbohong. Itu maknanya awak tak jujur dalam hubungan kita!”

“I’m sorry…….just give me another chance.”

“Situasi kita dah tak sama. Awak dah ada keluarga awak sendiri. Isteri awak pula teman sekolah saya. The best thing is kita putuskan saja hubungan kita!”

No! please don’t! kita saling menyintai antara satu sama lain. Kita bahagia bersama!” Hilmi terus mendesak.

“memang kita bahagia bersama…..tapi sebelum ni. Tapi bila saya tahu awak dah beristeri, segalanya tak mungkin sama lagi!” Zalia memandang tepat ke dalam anak mata Hilmi. “Saya tak kisah apa perasaan awak! Yang pasti, saya takkan sesekali menyakiti hati wanita lain hanya kerana seorang lelaki! It’s over! There’s nothing between us!”

Zalia mahu pergi tetapi tangannya di tarik.

“Zal…..I love you!”

“Abang!!”

Terkejut Zalia dan Hilmi dengan segahan itu. Berpaling keduanya memandang Zana yang sudah terbeliak biji matanya melihat tangan Hilmi memegang kedua-dua bahu Zalia.

Hilmi yang menyedari tindakannya lantas mengangkat tanggannya dari terus memegang Zalia.

“Apa semua ni?!” nafas Zana sudah kelihatan sesak. Dia sendiri sukar untuk percaya apa yang sedang berlaku di depan matanya.

Dia menghampiri Zalia. Mencerlung matanya memandang wajah itu. Zalia merasa serba salah. Dia bisa merasai keperitan yang ditanggung Zana sekarang.

Maafkan akak Zana. Akak tak pernah tahu dia suami Zana.

Mahu saja Zalia berterus terang sahaja. Tetapi jelas di saat jiwa lagi tertekan tak mungkin Zana mahu mendengar semua penjelasannya.

Zana sudah mengangkat tangan untuk menampar pipi Zalia. Bagaikan sudah mengetahui tindakan Zana, Zalia hanya memejamkan mata menunggu tangan itu menyentuh pipinya. Namun dengan pantas tangan Hilmi menghalang.

Terpempam Zana dengan tindakan Hilmi. Hilmi menggelengkan kepalanya seolah-olah menyuruh Zana menghentikan tindakannya.

Dengan pantas Hilmi menarik Zana sebelum sempat isterinya itu berkata apa-apa. Bayang mereka berdua hilang terus dari pandangan Zalia.

Setitis airmata Zalia mengalir di pipi.

“Ya Allah…kenapa semua ini perlu berlaku?!”

Memang dia sedih. Tetapi dia jauh lebih sedih apabila memikirkan Zana. Hancur luluh perasaan seorang isteri apabila suami menduakan cintanya. Mungkin kesedihan itu lebih bersama Zana berbanding dirinya. Semoga Allah memberi kesabaran yang tinggi pada zana dan semoga rumahtangga mereka akan diberi kebahagiaan.

Zalia menyandarkan tubuhnya pada sebatang pohon. Dia memejamkan matanya sebentar. Berhadapan dengan Hilmi saat itu terasa meletihkan.

“Nak minum?” sapa satu suara.

Pantas Zalia membuka matanya semula. Tercegat Mustakim di depannya bersama segelas air dan secawan air ditangannya.

“Ada dua gelas. Satu air panas dan satu air sejuk. Awak nak yang mana?” Tanya Mustakim.

Zalia memandang kedua-duanya yang berada ditangan Mustakim. Belum sempat dia bersuara Mustakim terlebih dahulu menyerahkan cawan yang panas untuk Zalia.

“Untuk hati yang lagi suram dan muram lebih baik minum air yang panas untuk membuatkannya terasa hidup kembali.”

Zalia mencapainya. Memang dia juga mahu minuman yang panas.

“Terima kasih,” Zalia duduk di dahan pokok yang rendah. Mustakim berdiri tidak jauh dari situ.

“Awak okey?” tanyanya.

Zalia memandang Mustakim sekilas. Kenapa lelaki ini sentiasa ada tatkala ini? Sedangkan dia mahu bersendirian.

Sorry sebab selalu kacau awak. Bukan saya nak mengganggu. Tapi kalau fikiran kita bercelaru tak baik jika bersendiri.”

Zalia menjungkitkan keningnya. Kenapalah lelaki ini selalu berkata-kata bagaikan dia tahu apa saja yang terlintas di fikirannya?

“kenapa?” Tanya Zalia.

“Bila fikiran bercelaru kita takkan dapat berfikir dengan waras dan rasional. Mana tahu tiba-tiba awak pergi ke pantai dan bunuh diri……..nauzubillah…..saya bagi contoh je. Jangan marah!”

Zalia ketawa sinis sambil menggelengkan kepalanya.

“Saya seorang muslim. Takkan saya nak bunuh diri semata-mata kerana seorang lelaki!” ujar Zalia.

“Jadi, masalah awak berkenaan dengan seorang lelaki?” Tanya Mustakim.

Zalia tersedak. Dia menyumpah dengan kebodohannya melepas kata.

“lelaki yang tadi tu ke?” Tanya Mustakim.

Zalia hanya mendiamkan diri. Menggeleng pun tidak mengangguk pun tidak. Mungkinkah lelaki itu telah menyaksikan segala yang terjadi?

“Awak nak dengar satu cerita?” Tanya Mustakim apabila melihat kebisuan Zalia.

“Boleh juga!” ujar Zalia. Mustakim tersenyum.

“Ada seorang lelaki yang kesunyian. Dia ingin sekali untuk bercinta dengan gadis idaman. Tapi malangnya, dia tak punya sesiapa untuk dicintai. Dia selalu berdoa akan dipertemukan dengan seseorang untuk disayangi dan dicintai. Setiap hari dia akan berdoa pada Tuhan agar mempertemukan dia dengan gadis itu. Akhirnya, Allah memperkenankan doanya. Bukan hanya seorang, tapi Allah mempertemukan dia dengan lima orang gadis yang cantik dan masing-masing punya keistimewaan sendiri dan berasal dari keluarga yang berada.”

“Macam mana dia boleh bertemu dengan gadis-gadis tu?” Tanya Zalia.

Mustakim menggosok-gosok dagunya yang berjanggut seolah-olah berfikir.

“Cerita ni saya baca di internet. Tapi dalam cerita tu, tak pula dia beritahu macam mana Allah mempertemukan mereka semua dengan lelaki tu,” ujar Mustakim. “Kalau awak nak tahu jugak macam mana mereka dipertemukan, nantilah saya cuba cari penulisnya dan bertanya. Itupun kalau saya tahu siapa penulisnyalah…..” gurau Mustakim.

Zalia ketawa kecil. Mustakim tersenyum.

“Lepas tu?” Tanya Zalia.

“Disebabkan kesemuanya punya keistimewaan, lelaki itu tak tahu harus memilih yang mana. Dan akhirnya, lelaki itu bertanya pada setiap gadis. Apa yang boleh mereka lakukan untuk membuktikan cinta mereka padanya.”

“Gadis pertama mengatakan, dia sanggup berkorban apa saja yang disuruh lelaki itu tanpa sungutan dan rungutan. Gadis kedua pula berkata yang dia sanggup memberi seluruh harta kekayaannya untuk lelaki itu asalkan dia dapat memiliki cinta lelaki itu. Gadis ketiga pula berkata, dia akan memberikan kasih sayang seluruh dunia pada lelaki itu biarpun jika disuruh membuang cintanya pada ibubapanya. Gadis seterusnya pula berkata, dia akan memberi seberapa banyak pun zuriat yang lelaki itu mahukan. Dan gadis yang terakhir berkata, dia tak tahu apa yang perlu diberikan pada lelaki itu selain rasa hormatnya,” ujar Mustakim.

“Kalau awaklah…..antara kelima-lima ni, awak rasa siapa yang patut lelaki itu pilih?” Tanya Mustakim.

Zalia diam seketika cuba memikirkan soalan Mustakim.

“Saya rasa lelaki tu patut pilih gadis yang kelima.”

“Sebab?”

“kalau perlu dipilih antara perasaan sayang, kasih dan cinta dengan rasa hormat, lebih baik jika seorang lelaki memilih seorang gadis yang menghormatinya dari menyayangi dan menyintainya. Dengan rasa hormat dalam diri gadis itu untuk si lelaki, secara tak langsung akan timbul rasa sayang, cinta, setia dan insyaallah……gadis itu akan menjadi isteri yang baik kerana hormatnya dia pada suami.”

Mustakim tersenyum.

“Jadi? Siapa yang lelaki itu pilih?” Tanya Zalia.

“Awak mahu lelaki itu pilih gadis yang menghormatinya lebih dari gadis pertama yang sanggup berkorban apa saja, lebih dari gadis kedua yang sanggup memberi seluruh kekayaannya, lebih dari gadis ketiga yang akan memberi semua kasih sayangnya. Lebih dari gadis keempat yang akan memberinya zuriat?” Mustakim masih mahu menguji Zalia.

“Yup…!! Sebab kalau lelaki tu pilih gadis yang kelima dia akan dapat kesemuanya. Dia akan dapat pengorbanan, kekayaan, kasih sayang dan zuriat. Dan yang penting, dia juga akan mendapat kesetiaan. Zaman sekarang ni banyak perkara yang boleh didapati melainkan kesetiaan dan kejujuran.”

Mustakim tersenyum lagi dengan jawapan Zalia.

“Eh…..” tiba-tiba Mustakim melihat jam ditangannya.

“kenapa? Awak nak balik dah?” Tanya Zalia.

“Tak bukan. I have to make a phone call.” Mustakim menyeluk kocek seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbit. “Just a minute.”

Mustakim menjauhinya seketika. Namun tak sampai beberapa minit lelaki itu kembali pada Zalia.

“Jom! Saya rasa laparlah pulak. Temankan saya makan,” ajak Mustakim.

“Eh…tak pelah. Awak, kan datang dengan kawan-kawan. Entah-entah diorang tengah cari awak!” Zalia menolak. Terasa seganlah pula untuk bersama Mustakim. Nanti apa pulak kata teman-teman Mustakim?

“Tak pe. Esok lusa memang kitorang dah janji nak keluar.”

“Tapi…….”

“Awak jangan salah faham pulak. Bukannya kita nak makan berdua,” ujar Mustakim. “Tu tengok Zakuan dan Laily. Kita join diorang jom!!”

Mustakim sudah meninggalkan Zalia. Zalia tidak mengikutnya tetapi dia terus mendapatkan Zakuan dan Laily.

“Korang makan tak tunggu aku pun!” Zalia mencekak pinggangnya.

Laily dan Zakuan tersenyum sumbing.

“KItorang memang nak ajak kau tadi. Tapi rasa tak bestlah pula nak mengganggu bila tengok kau berdating baik punya dengan mamat janggut tu!”

Zakuan di sebelah laily sudah ketawa dengan usikan Laily.

“Banyaklah kau punya dating!”

“Baru padan dengan muka Hilmi! Berani betul dia buat macam tu pada kau. Kau tinggalkan je Si Hilmi tu pas tu couple ngan mamat janggut tu!” Lantang betul suara Laily berkata.

“Mamat janggut…..mamat janggut!!! Nama dia Mustakimlah!!” Zalia seakan tidak senang dengan panggilan yang digunakan Laily pada Mustakim.

“Saya ke mamat janggut tu??” Satu suara menyampuk perbualan mereka.

Tersedak Laily apabila melihat Mustakim sudah berdiri di depannya. Dengan pantas dia mencapat segelas air dan meneguknya. Zakuan menepuk-nepuk belakang Laily yang terbatuk-batuk. Mustakim dan Zalia hanya tersenyum.

“Saya bawakan makan untuk awak,” ujar Mustakim. Pandangan Zalia menyorot pada dua pinggan yang dipegang Mustakim.

“Boleh saya join?” Tanya Mustakim pada Zakuan.

“Yeah sure! Why not!”

“Terima kasih!” ujar Zalia lalu mencapai pinggan yang dihulurkan Mustakim.

“Baguslah awak join kitorang. Kalau kami bertiga saja mesti orang nanti ingat saya ni beristeri dua!” gurau Zakuan.

Mencerlung mata Zalia memandang Zakuan. Laily pula sudah mencubitnya. Seperti biasa, Mustakim hanya tersenyum.

“Bertiga saja ke? Kawan-kawan lain tak datang?” Tanya Mustakim.

“Ada, batch kitorang lima belas orang yang mendaftar nak hadir. Tapi entahlah…..Tak jumpa sapa pun. Mungkin ramai orang sangat sampai tak jumpa sesiapa,” ujar Zakuan. “Tapi okeylah boleh jumpa senior dan junior yang lain!”

Mustakim tersenyum lagi.

“Awak tak datang dengan kawan-kawan lain?” soal Zakuan pula.

“Saya memang datang dengan kawan-kawan. Tapi saja je nak join korang. Kawan-kawan lain tu tak kisah sangat sebab kami dah janji nak keluar sama-sama sebelum saya balik semula ke Jepun minggu depan!”

“Awak buat apa kat Jepun? Study?” Tanya Zalia.

Mustakim mengangguk.

“Dalam bidang apa?” Tanya Zalia lagi. Zalia cuba meneka apa agaknya bidang yang diceburi lelaki misteri di depannya ni.

“awak tekalah!” Suruh Mustakim seolah-olah mengerti Zalia sedang berfikir tentang itu.

Lelaki di depannya sedari tadi seakan bisa membaca apa saja yang terlintas di fikirannya. Entah-entah lelaki ini belajar dalam bidang psikologi. Mungkin!

“saya cuba teka, okey….” Zalia mumbuka mulut.

“Tapi bukan dalam bidang psikologi!” pantas Mustakim menjawab sebelum Zalia meneruskan kata-katanya.

Tercengang Zalia dengan kata-kata yang baru Mustakim sebutkan. Macam mana lelaki itu tahu apa yang bermain difikirannya?

“Okey…..” Zalia menghembuskan nafasnya. “Itu jawapan saya. Kalau bukan, apa bidang awak sebenarnya?”

“Perubatan.”

Zalia menggelengkan kepalanya. Jauh betul sasarannya. Rasanya Mustakim lebih layak menjadi pakar psikologi atau pakar motivasi.

Mustakim tersenyum memandang Zalia yang sedang mencubit isi ayam dan menggigitnya dengan wajah yang membungkam. Mungkin gadis itu marah sebab dia selalu menyampuk kata-katanya.



“AKHIR sekali, sebagai wakil penganjur dan wakil-wakil untuk setiap batch, saya ucapkan terima kasih untuk kawan-kawan semua yang menjayakan malam barbecue ini. Insyaallah…..Kalau ada kesempatan kita berjumpa lagi! Terima kasih! Assalamualaikum.” Abang Zahidi mengakhiri majlis mereka.

Kelihatan berpusu-pusu orang ramai mula meninggalkan pantai Batu Feringghi bersama teman-teman dan keluarga.

Zalia, Laily dan Zakuan menolong wakil-wakil batch yang lain mengemas dan mengutip pinggan-pinggan kertas dan cawan-cawan kertas yang bertaburan. Kemudian mereka membantu wakil-wakil batch yang lain menyimpan bekas makanan dan sisa-sisa makanan mentah yang masih belum dimasak.

“Zalia! Putera janggut kau tu dah balik ke?” Laily mencuit Zalia.

“Entah! Tadi lepas lepak dengan kita dia hilang macam tu je. Tak nampak pun. Dah balik agaknya!” Ada rasa kesal dari nada suara Zalia.

Kenapa Mustakim pulang tanpa pamit padanya? Dia agak kesal dengan sikap Mustakim. Apatah lagi bila mengingatkan cerita Mustakim tentang seorang pemuda dan lima gadis itu semakin kesal dirasakan. Bila diingatkan kembali, rupanya Mustakim masih belum beritahu padanya siapa yang dipilih oleh pemuda itu.

Usai semua dikemas mereka berkumpul seketika. Para senior mengucapakan terima atas kerjasama dan bantuan mereka. Setelah itu mereka bertiga berjalan menuju ke tempat letak kereta.

Zalia berjalan perlahan di belakang Laily dan Zakuan. Rasa berat pula nak meninggalkan tempat. Terasa hatinya sudah tertinggal di sini.

“Zalia!!!! Lia!!!” Satu suara menjerit memanggilnya. Dia berpaling. Terlihat satu kelibat sedang berlari ke arahnya.

“mustakim?” Sangakanya lelaki itu sudah pulang lebih awal bersama temannya.

Mustakim berhenti di depan Zalia.

“Awak?......” Zalia tersenyum. “Saya ingatkan……”

“Saya belum balik lagi. Saya pergi cari sesuatu,” ujar Mustakim seperti biasa seakan tahu apa yang akan dikatakan Zalia.

Zalia tersenyum. Tiba-tiba saja dia sudah merasa terbiasa dengan sikap Mustakim yang suka memotong percakapannya.

“Untuk awak!” Mustakim menyerahkan sebuah beg kertas pada Zalia.

“Apa ni?” Zalia mahu membuka dan melihat apa yang ada dalam beg kertas itu.

“Buku. Untuk awak.”

Zalia tersenyum. Besusah payah lelaki itu keluar mencari buku sebagai hadiah untuknya. Terima kasih Mustakim.

“Sama-sama,” Mustakim bersuara tiba-tiba hingga membuatkan Zalia tersenyum.

“Macam mana awak selalu tahu apa yang saya fikir?”

Mustakim hanya tersenyum.

“Selamat tinggal! Jumpa lagi lain kali.” Mustakim sudah berpusing untuk pergi.

“Nanti!!” panggil Zalia bila teringatkan sesuatu.

Mustakim yang sudah agak jauh berpaling semula memandang Zalia.

“Siapa antara mereka berlima yang dipilih pemuda tu?!!” Tanya Zalia apabila teringatkan cerita itu semula.

Kedengaran tawa Mustakim dari jauh.

“Pemuda tu akan pilih seperti mana yang awak mahu!!!” ujar Mustakim lalu berpaling dan melangkah pergi.

Zalia masih terpaku di situ memerhatikan Mustakim yang semakin hilang dalam kegelapan malam.

“Pemuda tu akan pilih seperti mana yang aku mahukan?” Zalia menggeleng-gelengkan kepalanya, kurang mengerti dengan jawapan Mustakim.

Bilalah agaknya dia akan berjumpa semula dengan Mustakim?



XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Bersambung………akan datang episode terakhir…….

No comments:

Post a Comment