Tuesday, 21 June 2011

Lukisan Cinta 5



TANIA berjalan keluar dari pejabat Tuan Helmi sahaja memberitahu tentang kedatangan Zaiton ke rumah mereka. Tuan Helmi meminta di berikan sedikit masa sehingga dia selesai menyudahkan perkerjaannya.

Tania kembali semula ke kamarnya. Sebelum masuk dia mengetuk pintu dahulu bagi memberitahu Zaiton tentang kedatangannya.

Zaiton sedang membelek penampilannya di cermin yang mengenakan sepasang kurung hijau muda dan bersulam di hujung lengan dan kain. Inilah pertama kali dalam hidupnya selepas berpuluh tahun dia mengenakan pakaian sedemikian. Dia merasakan seperti dia seorang wanita dari keturunan yang baik-baik. Sopan dan kelihatan anggun.

Dia terganggu seketika dengan ketukan yang bertalu-talu di muka pintu. Seraya itu juga dia terdengar suara Tania yang memanggil namanya.

Dia menghampiri daun pintu lalu membukanya. Kelihatan Tania sedang tegak berdiri.

Tania memandang Zaiton yang mengenakan kurungan hijau muda itu. Dari hujung rambut pandangannya jatuh hingga ke hujung kaki lalu naik semula ke hujung rambut. Satu perasaan asing mula terdetik di hatinya.

Perlahan-lahan Tania melangkah ke dalam dan duduk di birai katil. Matanya masih belum lekang memandang Zaiton.

Kurungan hijau muda yang di kenakan Zaiton satu-satunya pakaian arwah mama yang masih disimpannya. Kurungan itu adalah pakaian kesukaan mama.

Selepas arwah mama meninggal, semua pakaian mama disedekahkan oleh papa. Papa tak sanggup melihat pakaian mama yang masih tergantung di dalam almari. Setiap kali memandang barang-barang dan pakaian-pakaian mama, papa pasti menangis.

Kerana itulah pakaian mama disedekahkan sahaja oleh papa dan barang-barang perhiasan mama pula disimpan di dalam bank. Hanya yang tinggal dalam simpanan Tania, adalah kurungan hijau muda itu dan foto mama bersamanya ketika dia berusia dua tahun.

Melihatkan Zaiton yang mengenakan kurungan itu membuatkan rindu Tania pada arwah Sufi semakin membuak-buak. Tanpa disangka-sangka, Tania menangis teresak-esak.

“Mama…….mama…..” Tangisannya semakin menjadi-jadi sambil dia memanggil mamanya.

Zaiton tergamam seketika. Dia yang ketika itu berdiri berdekatan dengan meja solek, terpandangkan foto seorang wanita yang memangku seorang anak kecil. Dan wanita itu mengenakan sepasang baju kurung yang sama dipakainya sekarang. Kini dia mengerti apa yang menyebabkan gadis itu begitu sedih sekali.

Zaiton menghampiri Tania dan duduk di sebelahnya. Tania memandangnya dengan pandangan yang sarat dengan kerinduan. Gadis itu rindukan mamanya. Tanpa disangka-sangka, Zaiton menarik Tania dalam pelukannya.

Rambut panjang Tania diusap lembut untuk menenangkan gadis itu. Untuk seketika, Tania merasakan seperti dia sedang memeluk mamanya sendiri. Memang begitulah mama sering membelainya. Mama akan mengusap-usap rambutnya.

“Mama……” Airmatanya semakin laju.

Zaiton menghentikan seketika tindakannya. Tania mencapai semula tangan Zaiton dan meletakkan dikepalanya. Dia mahu Zaiton membelainya lagi. Zaiton memejam matanya seketika. Dia menuruti kemahuan Tania.

Semuanya demi masa depan Amani. Dia sudah memikirkan sesuatu dibenaknya. Apa yang dilihatnya, masa depan Amani adalah di dalam rumah ini. Dia perlu melakukan sesuatu agar mereka berdua bisa masuk ke sini. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah Tania. Dia adalah senjata yang tepat untuk memulakan segalanya.

Dia membelai rambut Tania yang memeluknya erat. Dengan Amani sendiri dia tidak pernah membelai dan melayaninya seperti itu. Tetapi kini dia melakukannya untuk Tania. Semuanya demi masa depan Amani.



ZAITON memandang sekitar ruang pejabat Tuan Helmi. Ruangan itu cukup besar. Di sudut kanan terdapat set sofa dan meja bulat di tengahnya. Di sebelah kanan, sebuah meja besar dan set komputer. Di dinding tepi, penuh dengan rak buku. Tentu Tuan Helmi ini seorang yang suka membaca.

Zaiton berdiri dan menghampiri meja Tuan Helmi. Di atas meja itu penuh dengan fail-fail tentang Ilham Hati. Tetapi di atas meja itu tiada satu pun foto arwah isterinya.

Sepatutnya, dia, Tania dan Tuan Helmi akan makan tengahari bersama. Namun kerana atas urusan tertentu, Tuan Helmi perlu segera ke Ilham Hati. Dia dan Tania hanya makan berdua. Gadis itu kelihatan begitu ceria disampingnya.

Selepas makan tengahari, Tania membawanya ke pejabat Tuan Helmi. Menurut Tania, papanya itu mahu berjumpa dengannya sebelum dia berangkat pulang. Tania pula sudah menghilangkan diri untuk mencari beg pakaian yang diambilnya. Katanya, dia sudah terlupa di mana dia menyimpan beg pakaian itu.

Sedang dia meliar memandang sekeliling dia terdengar pintu dibuka dari luar. Dia pasti, itu pasti Tuan Helmi.

Tuan Helmi yang baru melangkah masuk terus terpaku memandang Zaiton. Pandangan yang sama diterima Zaiton sewaktu pertama kali Tania melihatnya tadi. Semuanya pasti tentang kurungan hijau muda ini.

Dengan langkah yang lemah lembut, Zaiton menghampiri Tuan Helmi. Tuan Helmi yang diusia hujung lima puluhan masih kelihatan sihat dan segak. Tubuh sasanya dan otot tangannya yang kelihatan sedikit berketul memberitahu bahawa lelaki ini adalah seorang yang kuat bekerja.

Tuan Helmi kelihatan gugup melihat Zaiton yang menghampirinya. Terbayang wajah ayu Sufi yang lembut menghampirinya. Pakaian yang dikenakan Zaiton adalah pakaian dari Ilham Hati sendiri. Coraknya adalah ilham pertama Tuan Helmi buat isterinya, Sufi.

“Tuan Helmi…..” panggil Zaiton.

Begitu lembut suaranya menyapa telinga Tuan Helmi. Selembut suara Sufi yang dirinduinya. Terpaku Tuan Helmi dengan kelembutan itu.

“Saya mohon maaf kerana menyusahkan keluarga Tuan Helmi.”

“Eh…..tak mengapa…” dengan degupan jantung yang bergerak laju Tuan Helmi bersuara. “Mana ada menyusahkan. Beg awak, Tania dah pulangkan?”

Zaiton menggelengkan kepala. Di dalam hatinya berdoa agar beg itu terus hilang. Tuan Helmi menjemput Zaiton duduk di sofa.

“Puan Zaiton tinggal di mana?” Tuan Helmi bertanya.

“Jauh dari sini…..” Zaiton sekadar memanjangkan topik perbualan., menimbulkan pertanyaan untuk Tuan Helmi.

Teranguk-angguk Tuan Helmi dengan jawapan itu. Mungkin wanita di depannya mahu merahsiakan tempat tinggalnya. Begitulah telahannya.

“Hari dah petang. Tania masih belum jumpa lagi beg awak?” Tuan Helmi memandang ke luar. Senja semakin menunjukkan wajahnya.

“Kalau sampai ke malam beg saya masih belum jumpa, saya mohon jasa baik Tuan Helmi untuk membenarkan saya bermalam di sini. Rumah saya jauh dari sini. Lagi pun, kenderaan awan tak masuk sehingga ke kampung,” Zaiton menundukkan wajahnya.

Wajah yang terukir dengan rasa bersalah itu membuatkan Tuan Helmi tersenyum. Memang sedari awal begitulah juga niatnya. Dia difahamkan wanita di depannya berjalan kaki dari sekolah hingga ke sini bersama Tanis. Jadi, sudah pastilah wanita itu tak punya kenderaan sendiri.

“Puan Zaiton suri rumah tangga?” tanya Tuan Helmi.

“Sebenarnya, saya menumpang di rumah saudara bersama seorang anak perempuan. Saya tak berpelajaran dan tak bekerja. Hanya mengharap ehsan dari saudara untuk sesuap nasi.” Raut wajah sedih terukir lagi di wajah wanita itu. Simpati Tuan Helmi mendengarnya.

Panjang lebar mereka bercerita sehingga lupa detik berlalu begitu pantas. Mendengar kisah hidup Zaiton yang tak punya sesiapa dan hanya mengharapkan ehsan dari saudaranya cukup menyuntik rasa simpati di hati Tuan Helmi.

Apatah lagi mendengar anak perempuannya yang berusia lapan belas tahun terpaksa berhenti sekolah selepas mengambil Peperiksaan Menengah Rendah. Dan Kini gadis itu pula terpaksa membantunya melakukan kerja-kerja membasuh di rumah-rumah untuk menyara hidup mereka.

“Tuan Helmi…..” panggil Zaiton dengan suara yang begitu lembut dan lunak sekali. Suaranya yang menyapa telinga Tuan Helmi bisa menggegarkan jantungnya.

“Saya lihat Tuan Helmi seorang yang maju dan punya ramai pekerja.” Zaiton melirik Tuan Helmi sekejap. Dia berpura-pura malu untuk berkata tentang tujuannya. “Kalau boleh, saya mohon jasa baik Tuan Helmi untuk memberi saya pekerjaan di sini. Tak kisahlah apa pun, walaupun tukang cuci saya bersedia!”

Tuan Helmi menatap wajah yang kelihatannya begitu terdesak untuk mencari pekerjaan.

“Dah terlalu lama rasanya saya mengharapkan bantuan dari saudara. Mungkin dengan pertolongan Tuan, saya bisa berdikari untuk mencari rezeki tanpa menyusahkan sesiapa lagi.”Zaiton menundukkanm wajahnya.

Tuan Helmi menaraik nafas yang panjang lalu dihembusnya perlahan. Disetiap hembusan nafasnya dia sedang berfikir. Jika diikutkan di Ilham Hati sudah tidak punya ruang untuk pekerja baru. Tetapi melihatkan Tania yang seolah-olah menyukai wanita di depannnya, membuatkan hatinya berbelah bahagi. Bahkan, dia juga terasa begitu bahagia ketika berbual bersama wanita ini.

Dia tahu, manusia tidak bisa mengenali seorang manusia yang lain dengan hanya beberpa jam berbual bersama. Tetapi hatinya terasa sesuatu. Sesuatu yang sukar untuk diluahkan saat pertama kali melihat wanita ini.

Tetapi rasanya tidak enak untuk menolak mentah-mentah permintaan Zaiton. Apatah lagi membantu orang yang didalam kesusahan adalah satu pekerjaan yang mulia. Mungkin ada baiknya dia mencuba dahulu.

“Beginilah Puan Zaiton,” Tuan Helmi menoleh pada wanita itu. “Apakata Puan Zaiton tinggal di sini beberapa hari dan kita lihat bagaimana prestasi Puan. Insyaallah, kalau ada rezeki Puan, saya akan benarkan Puan dan anak Puan terus tinggal di sini. Sebab semua pekerja Ilham Hati dah saya sediakan tempat tinggal yang khas.

Zaiton tersenyum. Dia memang sudah menjangkakan di sini semua pekerja diberikan tempat tinggal yang khas. Benarlah firasatnya, apabila dia terlihat ada beberapa rumah kecil di hujung bersebelahan dengan tempat jemuran. Malah dia terlihat beberapa pekerja sedang beristirehat di situ setelah menyudahkan kerja mereka pada hari ini.

“Memang semua pekerja diberi tempat tinggal?” sengaja Zaiton bertanya untuk kepastian yang lebih. Tertawa kecil Tuan helmi dengan pertanyaan itu.

“Tidak, bukan semuanya. Hanya mereka yang tidak mampu dan benar-benar tidak ada tempat tinggal sahaja yang saya benarkan tinggal di sini. Tetapi bukan percuma. Ada bayaran yang akan ditolak dari gaji mereka. Itupun mengikut kemampuan masing-masing!”

Memang Tuan Helmi menolak sedikit bayaran dari gaji perkerjanya. Itu pun tidak banyak sekadar untuk syarat kerana rata-rata pekerjanya mahu gaji mereka dipotong. Memang sebelum ini niatnya dan arwah Sufi melakukan begini untuk menolong mereka yang susah tetapi masih punya semangat untuk mencari rezeki dengan titik peluh sendiri. Dan mereka langsung tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk tempat tinggal.

Namun, kesemua pekerjanya tidak mahu terus terasa terhutang budi, maka mereka sepakat agar wang gaji mereka dipotong. Demi menghormati keputusan mereka Tuan Helmi dan arwah Puan Sufi mengalah dan menerima cadangan itu.



TANIA yang mencuri-curi dengar perbualan papanya dan Zaiton tersenyum. Nampaknya cadangannya berhasil. Beg pakaian yang dicari Zaiton sebenarnya tidak hilang. Dia yang menyembunyikannya.

Sejak melihat Zaiton memakai baju kurung mamanya, entah mengapa hatinya mahukan wanita itu yang menjadi mamanya. Dia merasakan mamanya ada dalam diri Zaiton. Dia tak mahukan kehilangan Zaiton.

Tangan kanannya yang digenggam dibuka. Menurut Zaiton, dalam beg itu ada sebentuk cincin kepunyaan saudaranya. Dan dia mahu memulangkan cincin itu. Bermakna, hanya cincin ini yang dimahukan Zaiton.

Dia tersenyum. Dia tahu apa yang perlu dilakukannya.

2 comments:

  1. sorry to say. ceta ni mcm ceta korea. cinderella sister xsalah saya. nnti pn.zaiton akan jd mak tiri dia n amani akan jd kakak tiri. betul tak???

    ReplyDelete
  2. IVORY GINGER....pandai....pandai...betul2x....citer memang adaptasi dari citer tu...tapi saya mahu jadikan citer ni sebuah citer berbentuk islamik....harap sudi membacanya jugak k.....

    ReplyDelete