Zalia memandang gaun labuh bewarna kuning oren yang tergantung di pintu almariku. Dia membelek-belek kainnya. Gaun itu kemudiannya diambil dan dilayangkan ke tubuhnya sambil melihat cermin. Ke kiri ke kanan dia berposing untuk memastikan gaun malam itu benar-benar sesuai untuknya.
Eeiiii…..tak sabar rasanya untuk menghadiri majlis makan malam untuk bekas-bekas pelajar Sekolah Bukit Tinggi Raya. Majlis makan malam yang dianjurkan ini lebih kurang macam reunion juga tapi terbuka untuk semua batch tak kira tahun apa pun.
Wah…..mesti happening punyalah. Bukan rakan-rakan sebatch saja yang akan datang malah senior dan junior pun ada. Bila lagi kalau tak masa nilah nak bermesra semula dengan teman-teman lama. Lebih-lebih lagi rindu di hati untuk memanjat kembali anak-anak tangga sekolah atas bukit itu. Memang terujalah sangat.
Memandangkan Zalia dan Laily antara kawan-kawan sebatch yang masih belum mendirikan rumahtangga maka mereka berdua diminta untuk menjadi wakil bagi batch tahun 2005. Dengan senang hati meneka menerima pelawaan itu. Untuk batch mereka, lebih kurang lima belas orang yang akan hadir. Kawan-kawan lain pula tak dapat hadir. Maklumlah masing-masing sudah punya komitment sendiri. Ada yang masih melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ada pula yang sudah bermaustatin di luar negara dan terikat dengan keluarga.
Walaupun cuma lima belas orang sahaja termasuk Zalia dan Laily , tetapi bilangan batch lain masih ramai yang akan hadir. Bayangkanlah bagaimana ramainya yang akan hadir bila semua batch digabungkan?
Zalia bersiap-siap mengenakan jeans dan T-shirt setelah mendapat panggilan dari Laily yang dia akan tiba dalam masa beberapa minit lagi ke rumah. Petang ini mereka akan menghadiri mesyuarat bagi setiap wakil batch.
Lebih kurang setengah jam lepas tu, Laily tiba dan mereka bersama-sama menuju ke astaka Taman Setia yang berdekatan dengan Sekolah Bukit Tinggi Raya.
USAI mesyuarat selesai mereka berdua berjalan-jalan di tepi pantai. Sudah lama mereka tidak membuang masa begitu. Dulu ketika zaman persekolah, jika ada kelapangan dan tiada aktiviti kelab, mereka berdua suka sekali berjalan-jalan di tepi pantai begini sambil membawa snek dan minuman.
“Seronokkan mereka yang dah ada keluarga. Boleh bawa satu family masing-masing tapi bayarannya tetap sama dengan kita-kita yang solo ni,” ujar Laily.
“Itulah namanya rezeki. Tulah tak nak kahwin cepat-cepat. Kalau kau kahwin dah boleh bawa family sendiri. Time tu aku pulak nanti kata…..’Untungnya Laily dah kahwin, boleh bawa family tapi bayaran dia sama jugak…..’”
Laily terus menepuk kuat bahu Zalia. Zalia ketawa bila Laily mengherotkan muncungnya. Muncung yang herot itulah trademark Laily sedari zaman persekolahan. Siapa sangka, muncung yang herot tu jugalah bisa menawan hati Zakuan, lelaki idaman ramai pelajar perempuan satu ketika dulu. Alhamdulillah……hubungan mereka berdua masih rapat sehingga di saat ini.
“Apasallah kita yang solo ni tak dibenarkan bawa boyfriend?” Laily bertanya lagi. Zalia memandang Laily lalu mencubitnya geram. Laily menjerit, pura-pura sakit.
“Kau dengan Zakuan,kan boleh datang sekali. Aku ni hah yang tak boleh bawa Hilmy!” ujar Zalia. Memang benar. Zakuan juga bekas pelajar Sekolah Bukit Tinggi Raya. Jadi sudah tentulah dia juga akan hadir bersama Laily. Berlainan pula dengan Hilmy, teman Zalia. Hilmy bukan pelajar sekolah yang sama.
“Ops…..aku lupalah…..” Tersengih-sengih Laily memandang Zalia. Zalia menjeling. Memang dia teringin sangat nak hadir bersama Hilmy. Tapi apa boleh buat, wakil-wakil lain tidak bersetuju. Mungkin suatu hari nanti……..Zalia tersenyum sendiri.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
ZALIA berpusing-pusing melihat cermin. Jeans biru di kenakannya bersama blouse pink dan tudung Syria yang juga berwarna pink lembut.
Asalnya rancangan mereka hanyalah untuk menyediakan jamuan makan malam di dewan berdekatan namun kerana sebab-sebab tertentu, akhirnya jamuan makan malam itu ditukar dengan malam barbecue di Pantai Batu Feringghi.
Jadi, gaun kuning yang dah dibeli Zalia hanya tergantung di almari. Walaupun ada rasa kesal tak dapat mengenakan gaun itu tetapi dia masih gembira. Hatinya sudah tak sabar untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama dan juga kawan-kawan yang belum pernah dikenali sebelum ini.
Bergegas dia menuruni anak tangga. Laily dan Zakuan sudah sedia menantinya di depan rumah. Usai bersalam dengan orang tuanya pantas dia meloloskan di di belakang kereta. Seperti biasa, Laily akan duduk di depan bersama Zakuan.
“Wah…….!!! Bukan main ek korang…….sejolilah konon!!” sindir Zalia apabila melihat pakaian mereka yang sedondon bewarna hijau lumut.
“Oh…..mesti!!!” balas Laily dengan sengihannya. Zakuan hanya tersenyum. “Kau mesti jeleskan sebab tak boleh bawa Hilmy….” Guran Laily sekadar mengusik.
“Tak de maknanya!!!” Zalia menjeling.
“Tak pe esok kitorang dah kahwin bolehlah kitorang pergi function sama-sama,” ujar Zalia perlahan sekadar bercakap dengan dirinya sendiri.
“Apa?” Tanya Laily apabila mendengar suara berbisik Zalia.
“Tak de apa!! Sibuk jelah kau ni!!”
Zakuan tersengih-sengih dengan tingkah mereka. Mereka berdua kalau bergurau memang kasar. Macam orang nak cari gaduh je. Dari zaman persekolahan sampai sekarang, macam tulah mereka bergurau. Zakuan menggelengkan kepalanya.
Sampai di sana mereka melihat wakil-wakil dari batch masing-masing sudah pun tiba. Mereka bertiga turut membantu menyiapkan segala kelengkapan. Usai selesai semuanya Zalia dan Laily singgah ke tandas.
Dia mengelap wajahnya yang sudah dibasahi peluh dan berminyak. Kalau dia tahu begini, sudah pasti dia hanya akan mengenakan T-shirt dulu sebelum malam barbecue bermula.
“Kalau aku tahu nak berpeluh macam ni, aku pakai T-shirt biasa dulu!” rungut Zalia.
“A’ah yelah……apasal kita tak fikir awal-awal ek.” Laily bersetuju. “Tapi tak pe, sembur je perfume banyak-banyak!” ujarnya seraya mengeluarkan perfume dari beg tangan dan menyembuh seluruh badannya.
“Eei……!! Jangan banyak-banyak aku tak suka!” Zalia mengibas-ngibas tubuhnya apabila Laily menyembur badannya dengan perfume yang dibawa.
SAMBUTAN agak memberangsangkan. Hampir tujuh puluh orang yang menghadiri. Memang pada asalnya mereka mensasarkan lebih ramai bekas pelajar yang akan hadir memandangkan ini adalah open reunion. Walaupun cuma tujuh puluh orang, suasananya tetap meriah. Tambah-tambah pula ada sesetengahnya ada yang hadir bersama anak-anak kecil. Bertambahlah kemeriahannya.
“Okey….minta perhatian!” Abang Zahidi, salah seorang penganjur dan dilantik menjadi emcee pada malam itu berdiri di depan mikrofon.
“Sekarang tiba saat kita memanggil setiap wakil dari setiap batch. Wakil-wakil yang terpilih adalah mereka yang telah berjaya dalam hidup mereka. Ada sesetangahnya menjadi lawyer, pensyarah, businessman dan ramai lagi. Malam ni, kita ada lebih kurang dua belas wakil dari setiap batch dan dari pelbagai bidang. Wakil pertama yang akan kita panggil adalah dari batch tahun 1995 iaitu Encik Ariff yang kini bergelar usahawan dan mempunyai perniagaannya sendiri. Dipersilakan Encik Ariff untuk menceritakan pengalaman dan bagaimana beliau boleh berada di tahap begini.”
Bergemalah tepukan dari seluruh yang hadir.
Laily hanya tersenyum. Wakil dari batch pertama tidak dikenali. Maklumlah ketika itu dia sendiri belum melangkah ke sekolah menengah. Dia melirik sekilas di langit. Alhamdulillah ada bulan dan bintang-bintang. Maknanya malam ini tidak akan hujan. Syukurlah……Kalau tidak di mana agaknya mereka nak menyorokkan diri bila hujan melimpah ke bumi?
“Eh….kau ingat lagi tak Zana?” Tanya Laily.
“Zana? Ratu sekolah dulu tu ke?” Tanya Zalia cuba mengimbas kembali Syazana yang menang tiga kali berturut-turut dalam pertandingan ratu sekolah dahulu.
“A’ah…..ratu sekolah. Junior kita dulu. Dengar kata dia sekarang ni dah kahwin,” ujar Laily. “Muda lagi dah kahwin….”
“Dah jodoh nak buat macam mana. Kalau dah sampai seru biarlah dia nak kahwin.”
“Aku dengar dia pun datang reunion ni. Tapi tak nampak bayang pun,” ujar Zakuan sambil matanya meliar ke hulu hilir.
“Amboi…..amboi…..cari nampak? Ada yang nak kena ni!” Laily mula mencekak pinggang.
“Aik, takkan tu pun nak jeles. Dia dah kahwin kan?” Zakuan menggelengkan kepala.
Zalia sudah tertawa kecil melihat keduanya. Adakalanya dia terasa segan juga berada di antara Zakuan dan Laily. Bukannya apa, dia terasa seperti dia mengganggu mereka.
“Korang boraklah dulu. Aku nak pergi tengok-tengok kejap. Mana tahu ada makanan yang dah habis…..” Zalia meninggalkan mereka berdua.
Dia melangkah ke meja makanan tambahan dan melihat-lihat jika ada kuih-kuih yang perlu untuk ditambah. Nampaknya hidangan tambahan masih penuh dan kurang mendapat sambutan. Mungkin kerana masing-masing lebih berminat dengan sajian utama. Walaupun terpaksa menunggu dan beratur untuk mengambil sate, ayam, bakar, udang bakar, daging bakar tetapi hidangan itu tetap menjadi pilihan.
“Kak Zalia!!” satu suara menerpanya dari belakang. Pantas Zalia menoleh.
“Zana!!” Akhirnya, Zana bekas ratu sekolah muncul juga.
Dia berpelukan dengan Zana sebentar.
“Zana datang dengan siapa ni? Tak ajak suami?” Tanya Zalia sambil memerhatikan Zana yang agak berisi sedikit dari dulu.
“Ni Zana datang dengan suamilah ni. Nasiblah jumpa kak Zalia. Ramai yang Zana tak kenal! Kawan-kawan pun tak nampak batang hidung.”
“Datang berdua saja ke? Mana suami Zana?” Meliar mata Zalia mencari kelibat suami Zana.
“Datang berdua je, kak. Anak tak de lagi. Dah dua tahun kahwin tapi tak de anak. Suami Zana pergi cari parking. Parking penuh. Sebab tu dia tinggal Zana turun sorang-sorang dulu. Kejap lagi dia datanglah.”
“Tak pe. Belum ada rezeki. Insyaalah….ada…” ujar Zalia klise. Mana-mana orang pun akan berkata demikian.
“Hah…..tu pun suami Zana…” Zana melihat suaminya yang sedang meliar mencarinya. “Tak pelah, kak. Zana pergi dulu ye….”
Zalia mengangguk tetapi matanya terus memerhatikan langkah Zana. Teringin juga dia nak melihat wajah lelaki yang telah berjaya merebut hati ratu sekolah ni.
Sampai sahaja di depan seorang lelaki yang sedang terlindung wajahnya dengan orang ramai, Zana menghentikan langkahnya. Zalia terus memerhati.
Kelihatannya Zana sedang bercakap sesuatu dengan suaminya lalu menunjuk ke arahnya. Pantas wajah suami Zana yang terlindung berpusing memandang Zalia.
Beberapa saat mata mereka bertaut. Tergamam kedua-duanya dengan pertemuan yang tidak disangka. Lantas Zalia terasa matanya mula panas.
“Hilmi…..” dadanya terasa sesak.
Zana menarik tangan Hilmi dan membawanya ke depan Zalia.
“Kak, inilah suami Zana, Hilmi….” Dada Zalia semakin sesak. Sedaya upaya dia mengukirkan senyuman dan menundukkan sedikit wajahnya pada Hilmi dan berpura-pura tidak mengenalinya. Hilmi juga berkelakuan seolah-olah tidak mengenalinya, sampainya hati….
“Abang, ini kakak senior Zana, Zalia….” Dia memperkenalkan Zalia pada Hilmi pula.
“Zana bawalah suami Zana pergi makan dulu,,,,” ujar Zalia. Dia tak mahu berada lebih lama di situ.
Dia berjalan pergi sambil menahan airmatanya yang hampir gugur. Meliar matanya mencari Laily dan Zakuan.
“Sekarang saya persilakan wakil dari batch tahun 1999 iaitu cik Mazlina!!” Kedengaran suara emcee memecah kemeriahan dan disusuli dengan tepukan.
Zalia merasakan airmata yang ditahan semakin sukar untuk di kawal, lantas dia meninggalkan majlis dan terus ke persisiran pantai. Dia berpaling semula ke belakang untuk memerhatikan tempat yang dia berdiri sekarang agak tersorok dari pandangan orang.
Setelah yakin orang tidak akan melihatnya lantas airmata yang ditahan Zalia terus berderu mengalir dipipi. Esakannya cuba ditahan agar tidak kedengaran. Dia terduduk di atas batu.
Hilmi….sampainya hati kau mempermainkan perasaan ini. Aku tidak menyangka sama sekali hati ini akan terluka keranamu….Aku tidak menyangka selama ini aku bermain api dengan suami orang….Aku tidak menyangka…..Kerana kau kelihatannya begitu jujur….Kau kelihatan sempurna….Kau sentiasa menunjukkan yang aku adalah segalanya buatmu….tapi semuanya hanyalah satu kepura-puraan…..sampai hati kau Hilmi!!!
Bisikan hatinya terus-menerus mencurahkan segala kekecewaan.
“Assalamualaikum……” Satu suara garau menyapa kesunyian zalia.
Cepat-cepat zalia menyapu airmatanya sebelum berpaling kebelakang.
“Waalaikumsalam….” Zalia menjawap. Lelaki yang berjeans biru dan berT-shirt putih di depannya dipandang. Lelaki itu agak-agak botak ala-ala Mawi dan sedikit berjambang dari dagunya terus ke side bearn.
Siapa lelaki di depannya? Dia langsung tak mengenali lelaki itu. Tiba-tiba ketakutan mula hadir dalam diri Zalia. Dia mahu melangkah pergi dari situ.
“Hati yang gusar tak sepatutnya dibawa dalam khayalak sehingga benar-benar bersedia!” Lelaki itu bersuara sehingga membuatkan langkah Zalia terhenti.
Zalia berpaling seketika. Dia memang tidak suka jika ada orang asing yang tidak dikenali tiba-tiba mencampuri urusan peribadinya. Dia ingin membalas kata-kata lelaki itu tetapi tiada gunanya. Ada baiknya dia pergi dari situ.
“menangis adalah pengubat hati yang luka!” lelaki itu bersuara lagi.
Zalia berpaling semula. Lama dia menatap lelaki itu dalam kelam. Dia cuba pastikan lagi, adakah benar dia tidak mengenali lelaki ini?
“Maaflah kalau saya mengganggu. Saya nampak awak tadi berjalan keluar dari majlis seorang diri. Kenapa tak minta kawan awak temankan? Awak datang bertiga,kan?”
Siapa dia? Kalau dia tahu tentang itu semua sudah tentu dia juga salah seorang yang hadir untuk reunion.
“JIka menangis adalah pengubat hati yang duka mengapa awak menggangu saya?” Tanya Zalia.
Lelaki itu tersenyum.
“Entah….mungkin sekadar mahu berkongsi duka,” ujarnya selamba dan tenang. “Atau mungkin juga saya tak nak awak seorang diri di sini.”
“Saya mahu bersendiri saat ni. Kalau awak pun ada di sini, ditengah-tengah kita ada ‘orang’ lain yang sedang berbisik,” ujar zalia.
Lelaki itu tersenyum dan terus tersenyum. Dia tahu benar apa maksud Zalia.
“Awak jangan risau. Di sini memang kita berdua. Tapi tengok tu….” Dia menunjukkan di belakang tidak jauh dari tempat mereka berada.
Kelihatan beberapa buah keluarga dari majlis juga turun ke pantai.
Zalia menghambuskan nafasnya. Jika benar lelaki itu adalah salah seorang yang hadir untuk reunion, apa salahnya dia berbaik dengannya. Zalia duduk di batu itu kembali.
Lelaki itu menyandarkan tubuhnya di batu besar yang berdekatan dengan Zalia.
“Saya tak tahu apa yang membuatkan awak sedih. Tapi kenapa di tengah-tengah kemeriahan ni?” Tanya lelaki itu lagi.
Zalia memicit-mict kepalanya. Takkanlah dia nak beritahu yang dia baru saja tahu buah hatinya adalah suami orang dan kini berada di depannya bersama isterinya?
“Terima kasih atas kesudian awak temankan saya,” ujar Zalia sekadar menyedapkan bahasa. “Tapi…..”
“Tentu berita tu awak baru dapat,kan?” lelaki itu menyampuk sebelum Zalia menghabiskan bicaranya.
“Awak…….” Zalia bersuara lagi.
“maaf, saya bukan nak kecoh urusan awak. Tapi nak dengar satu cerita tak?” Tanya lelaki itu.
Zalia diam seketika. Ya…lebih baik dia mendengar cerita lelaki itu daripada dia yang perlu bercerita.
“Yeah….boleh juga.” Zalia mengangguk.
“Ada seorang wanita yang menyintai seorang lelaki dalam diam. Kebetulan, lelaki itu ada ramai peminat wanita. Jadi wanita itu merasa malu untuk meluahkan perasaannya kerana dia merasakan dia tak layak untuk lelaki itu. Tapi wanita ini terus memendam perasaan sehingga akhirnya dia jatuh sakit.”
“sampai macam tu sekali?” Tanya Zalia.
“Hmmm…..Inilah jadinya kalau perasaan tidak di kawal.”
“Lepas tu?” Zalia semakin asyik dengan cerita yang dibawa.
“Wanita itu mempunyai seorang sahabat. Kerana tak tahan melihat penderitaannya, jadi sahabatnya berjumpa dengan lelaki itu dan memberitahu tentang perasaan wanita itu. Tapi sayangnya, lelaki itu tak mahu menerima cinta wanita tu. Sahabat wanita tu tetap cuba memujuknya sedaya upaya agar menerima cinta wanita itu tetapi tetap ditolak.”
“Akhirnya, sahabatnya putus asa. Tak ada gunanya terus mendesak jika hati tak punya cinta. Lalu dia kembali pada wanita itu. Memang dia tak sampai hati nak beritahu tentang penolakan lelaki itu lalu dia berkata sesuatu yang akhirnya menyedarkan wanita itu dari kelalaiannya. Alhamdulillah….sekarang ni wanita itu dah kembali sihat dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.”
“Apa yang dikatakan oleh sahabatnya?” Zalia tertanya-tanya sehingga membuatkan lelaki itu tersenyum lagi.
“Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan TUHAN. Ramai yang tahu tentang hakikat itu dan ramai yang sering mengungkapkan kata-kata itu. Ramai yang menjadikan kata-kata itu sebagai nasihat untuk yang lain tapi yang peliknya mengapa kata-kata itu tidak dijadikan nasihat untuk diri sendiri?”
Zalia terpana seketika. Kata-kata itu bagaikan terkena batang hidungnya sendiri.
“Itu kata-kata klise yang sering diulang-ulang,kan?” Tanya lelaki itu.
Zalia mengangguk menyetujuinya.
“Tapi mungkin kerana terlalu cinta kita selalu lupa….” Ujar Zalia perlahan.
“Cinta? Apa perlunya cinta? Misalnya, awak bercinta dengan seseorang. Adakah awak pasti dengan orang itu yang awak akan habiskan hayat awak dan akan menemaninya di syurga kelak?”
Zalia terpana seketika.
“Mana tahu lelaki itu akan menghancurkan hati awak,” lelaki itu berkata lagi. “Awak tentu pernah dengar pepatah ada mengatakan, garam di laut asam di darat dalam periuk bertemu juga.”
Zalia mengangguk.
“Jadi apa perlunya cinta?”
“Tapi kalau kita tak bercinta macam mana kita nak tahu jodoh kita?” Zalia bertanya tetapi seketika dia terdiam. Kenapalah dia bertanya soalan begini?
Lelaki itu ketawa kecil.
“Jodoh kita? Hahaha…..tak pelah, esok saya pinangkan awak adalah jodoh kita…” gurau lelaki itu.
Zalia mencebik. Main-main pulak lelaki di depannya.
“jangan marah saya bergurau je,” ujar lelaki itu. “Itulah…..awak sendiri mengaku yang awak selalu dengar tentang jodoh pertemuan, ajal maut di tangan TUHAN. Nah…..sekarang awak bertanya pula bagaimana nak tahu jodoh kalau tak bercinta.”
“Cik adik……Kalau bercinta pun belum tentu dengan orang tu yang awak akan bertemu jodoh. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah memohon padaNYA agar memberikan jodoh yang terbaik untuk kita.”
Siapa lelaki ini? Hanya dengan berbicara santai dengannya, hatinya yang terluka terasa kurang pedihnya.
“Jadi awak tak pernah bercinta?” Tanya Zalia.
Lelaki itu tersenyum. Lelaki di depannya ini memang suka tersenyum. Taklah nampak terlalu serius walaupun berjanggut dan botak.
“Pernah….dulu….”
“Sekarang?” Tanya Zalia.
Lelaki itu diam. Agak lama juga dia membisu. Mungkin memikirkan kata-kata yang sesuai.
“Kalau perempuan, mungkin tak bercinta tak mengapa. Kerana perempuan akan dipinang. Tapi kalau lelaki tak bercinta, bagaimana pula nak tahu wanita mana yang harus dipinang?” Zalia memberi soalan cepu emas.
Lelaki itu tersenyum lagi. Kali ini lebih manis senyumannya. Mungkin kerana soalan Zalia itu agaknya.
“Hanya Allah yang tahu. Insyaallah….dia akan memberikan yang terbaik.”
Zalia berfikir sekejap.
“Tapi….macam mana…..”
“Kan saya dah cakap hanya Allah saja yang tahu.” Lelaki itu memotong lagi percakapan zalia seolah-olah dia tahu apa yang akan dikatakan Zalia.
Zalia hanya tersenyum. Lelaki di depannya ini memang misteri. Lebih misteri dari misteri nusantara. Tapi dia kelihatan santai dan tenang.
“Awak dah tersenyum…..” ujar lelaki itu.
Zalia terpanah. Dia tersenyum? Sebenarnya dia sendiri tak perasan yang dia sedang tersenyum.
“Tentu hati awak dah tenang, kan?” Tanya lelaki itu.
“Ya…dah kurang sikit. Terima kasih.”
“sama-sama. Kalau awak dah okey, jom kita kembali ke majlis,” ajak lelaki itu.
“Zalia!!!” kedengaran suara Laily menjerit namanya.
“Wei!!! Aku di sini!!” Zalia melambai pada Laily. Laily berlari mendapatkan Zalia. Seketika sorotan matanya jatuh pada lelaki di sebelah Zalia.
“Siapa tu?” Laily berbisik.
“Entah!” jawab Zalia.
“Entah?” Laily mengerutkan keningnya. Berdua-duaan dengan lelaki itu tetapi Zalia tidak tahu siapa?
Lelaki itu hanya tersenyum.
“Tak mengapalah. Kawan awak pun dah sampai. Biar saya pergi dulu. Assalamualaikum…..” Lelaki itu berlalu pergi.
“Waalaikumsalam…..” jawab mereka berdua serentak. Laily berpaling semula pada Zalia.
“Wei…..takkan tak kenal kot?”
“Betullah….memang aku tak kenal!” tegas Zalia.
“Eh, sudahlah. Jom, Kak Azie cari kau tu! Kau senang-senang je lepak kat sini dengan mamat janggut tu!”
“Ish….apa kau ni!!” Zalia menepuk bahu Laily. Laily ketawa kecil.
“Dah…..jom!!!”
ZALIA menghentikan langkahnya dan memandang orang ramai yang membanjiri malam reunion itu. Langkah Laily juga terhenti apabila tidak merasakan langkah Zalia mengekorinya. Dia berpaling.
“Kau kenapa?”
“Hilmi……” Zalia teringat kembali kedatangan Hilmi dan Zana.
“Kenapa dengan Hilmi?” berkerut dahi Laily.
“Aku tak nak jumpa dengan dia!” ujar Zalia.
Semakin berkerut dahi Laily dengan omongan Zalia.
“Apa maksud kau ni? Kau bergaduh dengan Hilmi ke?” Tanya Laily.
“Tak……bukan….” Zalia kelihatan gusar. Dadanya bergetar laju. Bagaimana seandainya jika dia melangkah ke sana dan terserempak lagi dengan Hilmi dan Zana. Apa yang akan berlaku lagi? Dia tak merasa kuat untuk menghadari situasi yang dia sendiri idak pernah terfikir akan berlaku dalam hidupnya.
“Aku jumpa Zana dan Hilmi!”
“Zana? Zana ratu sekolah tu? Dengan Hilmi?”
Zalia menganggukkan kepalanya.
“Aku jumpa Zana tadi. Dia datang dengan suami dia. Hilmi tu suami dia!” Ada airmata yang bergenang lagi.
“What??!!” Ternganga mulut Laily. “Kau biar betul??!!”
Sedari tadi dia berpusing-pusing dengan Zakuan, tak de pula dia ternampak Hilmi dan Zana.
“Betul!”
Laily mengetap bibirnya. Riak wajah Zalia tidak menunjukkan dia sedang bermain-main dengan kenyataannya sebentar tadi.
“I’m so sorry……” Dia memeluk Zalia sekejap. “So…..macam mana?”
“Entahlah. Kalau aku masuk ke sana, aku tak tahu sama ada aku boleh hadapi semua ni,” ujar Zalia.
Laily hanya terdiam. Dia sendiri tak tahu apa yang perlu dilakukan.
“But I need to face the fact!” ujar Zalia lalu menarik nafasnya panjang dan melepaskannya perlahan.
Laily menggenggam tangan Zalia erat. Dia menganggukkan kepala cuba memberi kekuatan pada Zalia.
“I’ll be right here with you! Just be strong!”
Mereka berdua melangkah semula ke dalam majlis. Zakuan sudah pun menunggu kedatangan mereka di dewan kecil bersama Azie.
Setelah membantu Azie dan Zakuan mengeluarkan barang-barang mentah untuk dibakar, Zalia dan Laily ke satu sudut yang sedikit terpencil.
Mata mereka berdua meliar memandang sekeliling, takut-takut terlihat kelibat Hilmi dan Zana.
“Kau rasa diorang berdua dah balik ke?” Tanya Laily.
“Entah……Biarlahlah kat diorang,” ujar Zalia cuba menutup kegusarannya.
“BIar? Mana boleh. Benda ni kena settle down.”
Zalia mengeluh. Dia menguis-ngui tanah dengan hujung sandalnya sehingga berlubang. Laily tahu Zalia masih berfikir. Selalu itulah yang berlaku bila dia sedang berfikir.
Pandangan Laily tiba-tiba terhenti pada sekumpulan pemuda yang sedang berbual sesama mereka. Lima orang kesemuanya. Empat darinya adalah senior mereka. dan salah seorang dari mereka adalah lelaki janggut yang ditemuinya bersama Zalia tadi. Tapi, dia tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ni.
“Eh Zalia…..” panggil Laily. “Tuh…..” Laily memuncungkan bibirnya mengunjuk pada lelaki janggut itu.
“Siapa dia?” Tanya Laily. Zalia memerhatikan tempat jatuhnya muncung Laily yang panjang.
“Entah. Aku pun tak kenal.” Dia terus mengamati lelaki itu. “Tapi, kawan-kawan dia yang lain tu, kan senior kita.”
“Hmmm…..yang lain tu memang kita kenal. Tapi dia…….siapa?” Laily mengerutkan keningnya.
Mereka berdua terus mengamati lelaki itu dari jauh sehinggalah Zakuan tiba disebelah mereka pun tidak disedari.
“Hei…..korang berdua ni kenapa?!” Zakuan melambai-lambai tangannya di depan muka Laily dan zalia.
“Siapa yang korang pandang tu?” Zakuan berpaling memandang ke belakang.
“Siapa dia tu? Kau kenal tak?” Tanya Zalia dan mengunjuk pada lelaki itu lagi.
“Eh…..korang tak kenal ke? Itu kan…….” Dia memicit-micit kepalanya cuba mengingati nama lelaki tersebut. “Aku lupalah nama dia. Tapi dulu,kan dia player badminton sekolah kita. Lima tahun jadi wakil sekolah dan pernah jadi juara dulu.”
Laily dan Zalia senyap seketika cuba mengimbas kembali siapa yang pernah menjadi wakil sekolah dalam permainan badminton.
“Abang Mus…….Mustakim?” Tanya Zalia bila teringatkan lelaki itu.
“Yes…!!! Mustakim!!!” Zakuan mengangguk.
“Really? Lain betullah!” Laily menggelengkan kepalanya. Zalia mengangguk menyetujuinya. Penampilan lelaki itu memang jauh berubah seratus peratus. Lelaki itu kelihatan lebih tampan. Dengan sedikit jambang ala-ala Maher Zain, dia memang jauh lebih segak berbanding dulu.
“kenapa?” Tanya Zakuan.
“Ni hah…..tadi boleh pulak si Zalia ni berdating dengan mamat janggut tu kat tepi pantai!” ujar Laily.
“Mamat janggut?” berdekeh-dekeh Zakuan ketawa. Begitu juga dengan Laily.
“Korang berdua ni,kan…..kalau ketawakan aku memang sukalah sangat!!” Zalia menjeling.
Zalia memeluk tubuh dan sorotan matanya jatuh kembali pada Mustakim. Ketika di bangku sekolah dulu mereka berdua memang tidak pernah bertegur sapa. Dia pun hanya mengenali Mustakim kerana lelaki itu pemain badminton sekolah. Selebihnya, dia tak kenal siapa Mustakim. Tapi mengapa tiba-tiba lelaki itu boleh menegurnya tadi. Siap berteman lagi di tepi pantai.
“Zal…….” Panggil satu suara dari belakang.
Zalia kenal suara itu. Tiada siapa yang memanggilnya degan panggilan itu melainkan Hilmi.
Laily dan Zakuan sudah berpaling ke belakang. Zalia masih di posisi tadi.
“Boleh saya bercakap sekejap dengan Zal?” Hilmi bertanya pada Laily dan Zakuan.
Laily memandang Zalia. Zalia menganggukkan kepalanya. Lalu Laily dan Zakuan beredar dari situ.
“Ikut saya,” ujar Zalia.
Mereka berdua berjalan di satu sudut yang agak jauh dari orang ramai.
“Mana Zana? Kang tak pasal-pasal jadi salah faham pulak,” ujar Zalia.
“Please……..jangan tanya apa-apa pasal Zana. Sekarang ni kita cakap tentang kita,” ujar Hilmi.
Zalia menggelengkan kepalanya. Mudah sungguh Hilmi berkata begitu. Jika diikutkan hatinya mahu saja dia menengking dan memaki hamun Hilmi sekarang. Dia beristighfar di dalam hati dan memohon agar Allah mengurniakan segunung kesabaran padanya tatkala ini.
“Okey…..apa yang awak nak cakap tentang kita?” Tanya Zalia.
“Saya sayangkan awak…..Saya sayangkan awak. Saya minta maaf sebab rahsiakan tentang status saya. Saya tak mahu kehilangan awak!” rayu Hilmi.
“Correction……itu bukan ‘rahsiakan’ tapi berbohong.”
“Tak….saya tak pernah berbohong pada awak! Apatah lagi dalam soal hati dan perasaan saya!”
Zalia ketawa sinis. Tegas sungguh Hilmi mengatakan begitu dan kerana ketegasannya membicarakan soal hati dan perasaanlah yang membuatkan Zalia mempercayainya.
“Dalam hubungan begini, merahsiakan atau menyembunyikan sesuatu sama saja dengan berbohong. Itu maknanya awak tak jujur dalam hubungan kita!”
“I’m sorry…….just give me another chance.”
“Situasi kita dah tak sama. Awak dah ada keluarga awak sendiri. Isteri awak pula teman sekolah saya. The best thing is kita putuskan saja hubungan kita!”
“No! please don’t! kita saling menyintai antara satu sama lain. Kita bahagia bersama!” Hilmi terus mendesak.
“memang kita bahagia bersama…..tapi sebelum ni. Tapi bila saya tahu awak dah beristeri, segalanya tak mungkin sama lagi!” Zalia memandang tepat ke dalam anak mata Hilmi. “Saya tak kisah apa perasaan awak! Yang pasti, saya takkan sesekali menyakiti hati wanita lain hanya kerana seorang lelaki! It’s over! There’s nothing between us!”
Zalia mahu pergi tetapi tangannya di tarik.
“Zal…..I love you!”
“Abang!!”
Terkejut Zalia dan Hilmi dengan segahan itu. Berpaling keduanya memandang Zana yang sudah terbeliak biji matanya melihat tangan Hilmi memegang kedua-dua bahu Zalia.
Hilmi yang menyedari tindakannya lantas mengangkat tanggannya dari terus memegang Zalia.
“Apa semua ni?!” nafas Zana sudah kelihatan sesak. Dia sendiri sukar untuk percaya apa yang sedang berlaku di depan matanya.
Dia menghampiri Zalia. Mencerlung matanya memandang wajah itu. Zalia merasa serba salah. Dia bisa merasai keperitan yang ditanggung Zana sekarang.
Maafkan akak Zana. Akak tak pernah tahu dia suami Zana.
Mahu saja Zalia berterus terang sahaja. Tetapi jelas di saat jiwa lagi tertekan tak mungkin Zana mahu mendengar semua penjelasannya.
Zana sudah mengangkat tangan untuk menampar pipi Zalia. Bagaikan sudah mengetahui tindakan Zana, Zalia hanya memejamkan mata menunggu tangan itu menyentuh pipinya. Namun dengan pantas tangan Hilmi menghalang.
Terpempam Zana dengan tindakan Hilmi. Hilmi menggelengkan kepalanya seolah-olah menyuruh Zana menghentikan tindakannya.
Dengan pantas Hilmi menarik Zana sebelum sempat isterinya itu berkata apa-apa. Bayang mereka berdua hilang terus dari pandangan Zalia.
Setitis airmata Zalia mengalir di pipi.
“Ya Allah…kenapa semua ini perlu berlaku?!”
Memang dia sedih. Tetapi dia jauh lebih sedih apabila memikirkan Zana. Hancur luluh perasaan seorang isteri apabila suami menduakan cintanya. Mungkin kesedihan itu lebih bersama Zana berbanding dirinya. Semoga Allah memberi kesabaran yang tinggi pada zana dan semoga rumahtangga mereka akan diberi kebahagiaan.
Zalia menyandarkan tubuhnya pada sebatang pohon. Dia memejamkan matanya sebentar. Berhadapan dengan Hilmi saat itu terasa meletihkan.
“Nak minum?” sapa satu suara.
Pantas Zalia membuka matanya semula. Tercegat Mustakim di depannya bersama segelas air dan secawan air ditangannya.
“Ada dua. Satu air panas dan satu air sejuk. Awak nak yang mana?” Tanya Mustakim.
Zalia memandang kedua-duanya yang berada ditangan Mustakim. Belum sempat dia bersuara Mustakim terlebih dahulu menyerahkan cawan yang panas untuk Zalia.
“Untuk hati yang lagi suram dan muram lebih baik minum air yang panas untuk membuatkannya terasa hidup kembali.”
Zalia mencapainya. Memang dia juga mahu minuman yang panas.
“Terima kasih,” Zalia duduk di dahan pokok yang rendah. Mustakim berdiri tidak jauh dari situ.
“Awak okey?” tanyanya.
Zalia memandang Mustakim sekilas. Kenapa lelaki ini sentiasa ada tatkala ini? Sedangkan dia mahu bersendirian.
“Sorry sebab selalu kacau awak. Bukan saya nak mengganggu. Tapi kalau fikiran kita bercelaru tak baik jika bersendiri.”
Zalia menjungkitkan keningnya. Kenapalah lelaki ini selalu berkata-kata bagaikan dia tahu apa saja yang terlintas di fikirannya?
“kenapa?” Tanya Zalia.
“Bila fikiran bercelaru kita takkan dapat berfikir dengan waras dan rasional. Mana tahu tiba-tiba awak pergi ke pantai dan bunuh diri……..nauzubillah…..saya bagi contoh je. Jangan marah!”
Zalia ketawa sinis sambil menggelengkan kepalanya.
“Saya seorang muslim. Takkan saya nak bunuh diri semata-mata kerana seorang lelaki!” ujar Zalia.
“Jadi, masalah awak berkenaan dengan seorang lelaki?” Tanya Mustakim.
Zalia tersedak. Dia menyumpah dengan kebodohannya melepas kata.
“lelaki yang tadi tu ke?” Tanya Mustakim.
Zalia hanya mendiamkan diri. Menggeleng pun tidak mengangguk pun tidak. Mungkinkah lelaki itu telah menyaksikan segala yang terjadi?
“Awak nak dengar satu cerita?” Tanya Mustakim apabila melihat kebisuan Zalia.
“Boleh juga!” ujar Zalia. Mustakim tersenyum.
“Ada seorang lelaki yang kesunyian. Dia ingin sekali untuk bercinta dengan gadis idaman. Tapi malangnya, dia tak punya sesiapa untuk dicintai. Dia selalu berdoa akan dipertemukan dengan seseorang untuk disayangi dan dicintai. Setiap hari dia akan berdoa pada Tuhan agar mempertemukan dia dengan gadis itu. Akhirnya, Allah memperkenankan doanya. Bukan hanya seorang, tapi Allah mempertemukan dia dengan lima orang gadis yang cantik dan masing-masing punya keistimewaan sendiri dan berasal dari keluarga yang berada.”
“Macam mana dia boleh bertemu dengan gadis-gadis tu?” Tanya Zalia.
Mustakim menggosok-gosok dagunya yang berjanggut seolah-olah berfikir.
“Cerita ni saya baca di internet. Tapi dalam cerita tu, tak pula dia beritahu macam mana Allah mempertemukan mereka semua dengan lelaki tu,” ujar Mustakim. “Kalau awak nak tahu jugak macam mana mereka dipertemukan, nantilah saya cuba cari penulisnya dan bertanya. Itupun kalau saya tahu siapa penulisnyalah…..” gurau Mustakim.
Zalia ketawa kecil. Mustakim tersenyum.
“Lepas tu?” Tanya Zalia.
“Disebabkan kesemuanya punya keistimewaan, lelaki itu tak tahu harus memilih yang mana. Dan akhirnya, lelaki itu bertanya pada setiap gadis. Apa yang boleh mereka lakukan untuk membuktikan cinta mereka padanya.”
“Gadis pertama mengatakan, dia sanggup berkorban apa saja yang disuruh lelaki itu tanpa sungutan dan rungutan. Gadis kedua pula berkata yang dia sanggup memberi seluruh harta kekayaannya untuk lelaki itu asalkan dia dapat memiliki cinta lelaki itu. Gadis ketiga pula berkata, dia akan memberikan kasih sayang seluruh dunia pada lelaki itu biarpun jika disuruh membuang cintanya pada ibubapanya. Gadis seterusnya pula berkata, dia akan memberi seberapa banyak pun zuriat yang lelaki itu mahukan. Dan gadis yang terakhir berkata, dia tak tahu apa yang perlu diberikan pada lelaki itu selain rasa hormatnya,” ujar Mustakim.
“Kalau awaklah…..antara kelima-lima ni, awak rasa siapa yang patut lelaki itu pilih?” Tanya Mustakim.
Zalia diam seketika cuba memikirkan soalan Mustakim.
“Saya rasa lelaki tu patut pilih gadis yang kelima.”
“Sebab?”
“kalau perlu dipilih antara perasaan sayang, kasih dan cinta dengan rasa hormat, lebih baik jika seorang lelaki memilih seorang gadis yang menghormatinya dari menyayangi dan menyintainya. Dengan rasa hormat dalam diri gadis itu untuk si lelaki, secara tak langsung akan timbul rasa sayang, cinta, setia dan insyaallah……gadis itu akan menjadi isteri yang baik kerana hormatnya dia pada suami.”
Mustakim tersenyum.
“Jadi? Siapa yang lelaki itu pilih?” Tanya Zalia.
“Awak mahu lelaki itu pilih gadis yang menghormatinya lebih dari gadis pertama yang sanggup berkorban apa saja, lebih dari gadis kedua yang sanggup memberi seluruh kekayaannya, lebih dari gadis ketiga yang akan memberi semua kasih sayangnya. Lebih dari gadis keempat yang akan memberinya zuriat?” Mustakim masih mahu menguji Zalia.
“Yup…!! Sebab kalau lelaki tu pilih gadis yang kelima dia akan dapat kesemuanya. Dia akan dapat pengorbanan, kekayaan, kasih sayang dan zuriat. Dan yang penting, dia juga akan mendapat kesetiaan. Zaman sekarang ni banyak perkara yang boleh didapati melainkan kesetiaan dan kejujuran.”
Mustakim tersenyum lagi dengan jawapan Zalia.
“Eh…..” tiba-tiba Mustakim melihat jam ditangannya.
“kenapa? Awak nak balik dah?” Tanya Zalia.
“Tak bukan. I have to make a phone call.” Mustakim menyeluk kocek seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbit. “Just a minute.”
Mustakim menjauhinya seketika. Namun tak sampai beberapa minit lelaki itu kembali pada Zalia.
“Jom! Saya rasa laparlah pulak. Temankan saya makan,” ajak Mustakim.
“Eh…tak pelah. Awak kan datang dengan kawan-kawan. Entah-entah diorang tengah cari awak!” Zalia menolak. Terasa seganlah pula untuk bersama Mustakim. Nanti apa pulak kata teman-teman Mustakim?
“Tak pe. Esok lusa memang kitorang dah janji nak keluar.”
“Tapi…….”
“Awak jangan salah faham pulak. Bukannya kita nak makan berdua,” ujar Mustakim. “Tu tengok Zakuan dan Laily. Kita join diorang jom!!”
Mustakim sudah meninggalkan Zalia. Zalia tidak mengikutnya tetapi dia terus mendapatkan Zakuan dan Laily.
“Korang makan tak tunggu aku pun!” Zalia mencekak pinggangnya.
Laily dan Zakuan tersenyum sumbing.
“KItorang memang nak ajak kau tadi. Tapi rasa tak bestlah pula nak mengganggu bila tengok kau berdating baik punya dengan mamat janggut tu!”
Zakuan di sebelah laily sudah ketawa dengan usikan Laily.
“Banyaklah kau punya dating!”
“Baru padan dengan muka Hilmi! Berani betul dia buat macam tu pada kau. Kau tinggalkan je Si Hilmi tu pas tu couple ngan mamat janggut tu!” Lantang betul suara Laily berkata.
“Mamat janggut…..mamat janggut!!! Nama dia Mustakimlah!!” Zalia seakan tidak senang dengan panggilan yang digunakan Laily pada Mustakim.
“Saya ke mamat janggut tu??” Satu suara menyampuk perbualan mereka.
Tersedak Laily apabila melihat Mustakim sudah berdiri di depannya. Dengan pantas dia mencapat segelas air dan meneguknya. Zakuan menepuk-nepuk belakang Laily yang terbatuk-batuk. Mustakim dan Zalia hanya tersenyum.
Padan muka!! Zalia ketawa di dalam hati.
“Saya bawakan makan untuk awak,” ujar Mustakim. Pandangan Zalia menyorot pada dua pinggan yang dipegang Mustakim.
“Boleh saya join?” Tanya Mustakim pada Zakuan.
“Yeah sure! Why not!”
Mustakim terus melabuhkan punggungnya di sisi Zalia dan menghulurkan sepinggan daging panggang dan beberapa cucuk sate.
“Terima kasih!” ujar Zalia lalu mencapai pinggan yang dihulurkan Mustakim.
“Baguslah awak join kitorang. Kalau kami bertiga saja mesti orang nanti ingat saya ni beristeri dua!” gurau Zakuan.
Mencerlung mata Zalia memandang Zakuan. Laily pula sudah mencubitnya. Seperti biasa, Mustakim hanya tersenyum.
“Bertiga saja ke? Kawan-kawan lain tak datang?” Tanya Mustakim.
“Ada, batch kitorang lima belas orang yang mendaftar nak hadir. Tapi entahlah…..Tak jumpa siapa pun. Mungkin ramai orang sangat sampai tak jumpa sesiapa,” ujar Zakuan. “Tapi okeylah boleh jumpa senior dan junior yang lain!”
Mustakim tersenyum lagi.
“Awak tak datang dengan kawan-kawan lain?” soal Zakuan pula.
“Saya memang datang dengan kawan-kawan. Tapi saja je nak join korang. Kawan-kawan lain tu tak kisah sangat sebab kami dah janji nak keluar sama-sama sebelum saya balik semula ke Jepun minggu depan!”
“Awak buat apa kat Jepun? Study?” Tanya Zalia.
Mustakim mengangguk.
“Dalam bidang apa?” Tanya Zalia lagi. Zalia cuba meneka apa agaknya bidang yang diceburi lelaki misteri di depannya ni.
“awak tekalah!” Suruh Mustakim seolah-olah mengerti Zalia sedang berfikir tentang itu.
Lelaki di depannya sedari tadi seakan bisa membaca apa saja yang terlintas di fikirannya. Entah-entah lelaki ini belajar dalam bidang psikologi. Mungkin!
“saya cuba teka, okey….” Zalia mumbuka mulut.
“Tapi bukan dalam bidang psikologi!” pantas Mustakim menjawab sebelum Zalia meneruskan kata-katanya.
Tercengang Zalia dengan kata-kata yang baru Mustakim sebutkan. Macam mana lelaki itu tahu apa yang bermain difikirannya?
“Okey…..” Zalia menghembuskan nafasnya. “Itu jawapan saya. Kalau bukan, apa bidang awak sebenarnya?”
“Perubatan.”
Zalia menggelengkan kepalanya. Jauh betul sasarannya. Rasanya Mustakim lebih layak menjadi pakar psikologi atau pakar motivasi.
Mustakim tersenyum memandang Zalia yang sedang mencubit isi sate ayam dan menggigitnya dengan wajah yang membungkam. Mungkin gadis itu marah sebab dia selalu menyampuk kata-katanya.
“AKHIR sekali, sebagai wakil penganjur dan wakil-wakil untuk setiap batch, saya ucapkan terima kasih untuk kawan-kawan semua yang menjayakan malam barbecue ini. Insyaallah…..Kalau ada kesempatan kita berjumpa lagi! Terima kasih! Assalamualaikum.” Abang Zahidi mengakhiri majlis mereka.
Kelihatan berpusu-pusu orang ramai mula meninggalkan pantai Batu Feringghi bersama teman-teman dan keluarga.
Zalia, Laily dan Zakuan menolong wakil-wakil batch yang lain mengemas dan mengutip pinggan-pinggan kertas dan cawan-cawan kertas yang bertaburan. Kemudian mereka membantu wakil-wakil batch yang lain menyimpan bekas makanan dan sisa-sisa makanan mentah yang masih belum dimasak.
“Zalia! Putera janggut kau tu dah balik ke?” Laily mencuit Zalia.
“Entah! Tadi lepas lepak dengan kita dia hilang macam tu je. Tak nampak pun. Dah balik agaknya!” Ada rasa kesal dari nada suara Zalia.
Kenapa Mustakim pulang tanpa pamit padanya? Dia agak kesal dengan sikap Mustakim. Apatah lagi bila mengingatkan cerita Mustakim tentang seorang pemuda dan lima gadis itu semakin kesal dirasakan. Bila diingatkan kembali, rupanya Mustakim masih belum beritahu padanya siapa yang dipilih oleh pemuda itu.
Usai semua dikemas mereka berkumpul seketika. Para senior mengucapakan terima atas kerjasama dan bantuan mereka. Setelah itu mereka bertiga berjalan menuju ke tempat letak kereta.
Zalia berjalan perlahan di belakang Laily dan Zakuan. Rasa berat pula nak meninggalkan tempat. Terasa hatinya sudah tertinggal di sini.
“Zalia!! LIa!!!” Satu suara menjerit memanggilnya. Dia berpaling. Terlihat satu kelibat sedang berlari ke arahnya.
“mustakim?” Sangakanya lelaki itu sudah pulang lebih awal bersama temannya.
Mustakim berhenti di depan Zalia.
“Awak?......” Zalia tersenyum. “Saya ingatkan……”
“Saya belum balik lagi. Saya pergi cari sesuatu,” ujar Mustakim seperti biasa seakan tahu apa yang akan dikatakan Zalia.
Zalia tersenyum. Tiba-tiba saja dia sudah merasa terbiasa dengan sikap Mustakim yang suka memotong percakapannya.
“Untuk awak!” Mustakim menyerahkan sebuah beg kertas pada Zalia.
“Apa ni?” Zalia mahu membuka dan melihat apa yang ada dalam beg kertas itu.
“Buku. Untuk awak.”
Zalia tersenyum. Besusah payah lelaki itu keluar mencari buku sebagai hadiah untuknya. Terima kasih Mustakim.
“Sama-sama,” Mustakim bersuara tiba-tiba hingga membuatkan Zalia tersenyum.
“Macam mana awak selalu tahu apa yang saya fikir?”
Mustakim hanya tersenyum.
“Selamat tinggal! Jumpa lagi lain kali.” Mustakim sudah berpusing untuk pergi.
“Nanti!!” panggil Zalia bila teringatkan sesuatu.
Zalia membuka beg galasnya dan emngambil seutas tasbih yang sentiasa dibawanya bersama. Tasbih coklat itu dihulurkan pada Mustakim.
“Untuk awak sebagai tanda terima kasih,” ujar Zalia. Mustakim tersenyum lalu menerima pemberian Zalia.
“Assalamualaikum…..”
“waalaikumsalam….” Zalia dan Mustakim masing-masing berpaling ke arah yang berlainan dan meneruskan langkah. Namun tiba-tiba Zalia menghentikan semula langkahnya dan berpaling ke belakang.
“Nanti!!!!!”
Mustakim yang sudah agak jauh berpaling semula memandang Zalia.
“Siapa antara mereka berlima yang dipilih pemuda tu?!!” Tanya Zalia apabila teringatkan cerita itu semula.
Kedengaran tawa Mustakim dari jauh.
“Pemuda tu akan pilih seperti mana yang awak mahu!!!” ujar Mustakim lalu berpaling dan melangkah pergi.
Zalia masih terpaku di situ memerhatikan Mustakim yang semakin hilang dalam kegelapan malam.
“Pemuda tu akan pilih seperti mana yang aku mahu?” Zalia menggeleng-gelengkan kepalanya, kurang mengerti dengan jawapan Mustakim.
Langkah Mustakim yang semakin jauh meninggalkannya di tatap lama. Dia tersenyum.
Bilalah agaknya dia akan berjumpa semula dengan Mustakim?
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
SEMINGGU telah berlalu segala-galanya kembali normal. Rutin harian berjalan semula. Setiap pagi Zalia keluar bekerja dan pulang lewat petang. Setiap malam masanya diisi dengan membaca dan adakalanya dia menonton televisyen.
Tiada apa yang menarik untuk dilakukan. Apatah lagi masanya yang dulu sering dihabiskan dengan Hilmi tidak lagi menjadi salah satu rutinnya. Walaupun Hilmi sering menghubunginya namun dia tidak pernah menjawap panggilan lelaki itu. Adakalanya Hilmi menghantar pesanan ringkas menyatakan rindu dan sayang. Tapi apalah gunanya bersama dengan orang yang tidak jujur seperti Hilmi?
Tetapi kadangkala dia masih juga terasa rindu pada Hilmi. Selama menjalinkan hubungan dengan Hilmi, belum pernah lelaki itu menyakitinya. Tetapi dia tetap dengan pendiriannya. Dia takkan merampas kebahagiaan wanita lain demi kebahagiaannya. Tidak sama sekali!!
Pulang saja dari pejabat Zalia membersihkan diri dan bersolat. Usai mengerjakan solat Isyak, zalia kembali ke kamar. Niat di hati mahu bersendiri.
Petang tadi, Hilmi mencarinya di pejabat. Dia perlu kuatkan hatinya, jika tidak pasti dia akan kembali semula pada lelaki itu.
Zalia membaringkan dirinya di atas tilam. Sekilas dia terpandangkan sebuah beg kertas yang tergantung di bucu katil. Lantas dia mencapai beg kertas itu dan mengeluarkan isinya.
Buku berwarna merah jambu itu dicapai. Dia tersenyum. Wajah Mustakim yang sentiasa tersenyum terimbas di kotak ingatan. Apa khabar agaknya lelaki itu? Pasti sekarang Mustakim sudah pun berada di Jepun.
Zalia menyelak helaian buku itu, ‘Jangan Bersedih-Jadilah Wanita Paling Bahagia’, hasil karya Dr. ‘Aidh bin’ Abdullah Al-Qarni.
Sejak dari malam Mustakim menghadiahkan buku itu dia sudah mula membaca sehinggalah habis. Memang buku itu mengusik perasaan wanitanya. Tenang dan mendamaikan. Setiap bait-bait kata yang digunakan penulis sungguh menyentuh perasaan sehingga membasahi relung hati dan fikiran.
Zalia menutup buku itu lalu mencapai laptopnya. Sudah lama rasanya dia tidak update statusnya di Facebook. Entah apalah yang berlaku di alam maya itu sekarang?
Dia mendaftar masuk lalu membuka dinding facebooknya. Sepuluh friends request dan lima pesanan. Zalia mengklik pada ‘friend request’. Sepuluh senarai rakan tertera di skrin. Dia membaca nama seorang demi seorang untuk mengetahui sama ada dia mengenali mereka atau tidak. Dia hanya akan confirm, teman-teman yang dikenali sahaja.
Matanya terpaku pada sebaris nama.
“Mustakim Mustapha……” Satu debaran tiba-tiba saja terasa. Adakah itu Mustakim?
Zalia memasuki profile Mustakim. Sayangnya profilenya hanya dikongsi dengan rakan-rakan sahaja. Tetapi di infonya ada menyatakan dia kini berada di Jepun.
Mungkin itu adalah Mustakim yang dicarinya. Lantas dia mengklik punat confirm dan menyenaraikan Mustakim sebagai kawannya. Terteralah dinding Mustakim.
Memang benar, itu adalah Mustakim. Zalia tersenyum. Memang dia ingin sekali berhubung semula dengan Mustakim. Tak disangka Mustakim mencarinya di alam maya. Entah kenapa dia terasa begitu gembira apabila dapat berhubungan dengan lelaki itu semula.
Dia terasa seperti mahu menghantar pesanan atau menulis di dinding Mustakim tentang kegembiraannya tetapi dia terasa segan pula. Lantas dia menulis di dindingnya,
‘Hari yang memberi kegembiraan buatku. Bertemu kembali dengan teman yang ingin sangat dicari. Walaupun bukan secara berdepan, cukuplah hanya sekadar di alam maya…..’
Zalia membiarkan Wall itu sendirian lantas mencapai semula buku pink itu. Dia menyelak beberapa helaian dan mambacanya lagi. Kemudian dia kembali mencapai laptopnya.
Beberapa teman memberi komen tentang statusnya. Dan salah satunya adalah komen dari Mustakim,
‘Walau hanya sekadar di alam maya, teman yang dicari pasti mengukirkan senyuman yang turut gembira dengan pertemuan ini….’
Zalia tersenyum.
“Mustakim ni macam tahu-tahu je…..”
MALAM ITU, usai mengerjakan solat Isyak Zalia duduk sekejap atas sejadahnya. Dia menghembuskan nafas kekeluhan.
Petang tadi dia secara tidak sengaja dia bertembung dengan Zana.
“Sampai hati akak buat Zana macam ni! Abang Hilmi tu suami Zana! Kami bahagia bersama. Kenapa akak perlu ganggu rumahtangga kami?”
“Maafkan akak Zana…..Akak memang tak tahu Hilmi tu suami Zana. Akak tak tahu langsung yang Hilmi dah berumahtangga!”
“Dulu Abang Hilmi tak macam ni! Tak pernah sekalipun dia meninggikan suara setiap kali Zana buat silap. Tapi sekarang ni, hari-hari kami akan bertengkar! Semuanya sebab akak!!” Zana menangis dan terus menangis. Melihatkan airmatanya, Zalia turut menangis. Benar, dia sungguh bersimpati pada nasib Zana.
Memang silapnya kerana terlalu percayakan Hilmi.
Zalia bangun lalu melipat sejadah dan telekungnya. Dia mencapai laptopnya. Dia mahu melupakan apa yang berlaku petang tadi. Terasa seolah-olah perasaan bersalah terus menerus memburunya. Sekali lagi Zalia masuk ke dinding facebooknya. Tertera status Mustakim yang di update enam jam yang lalu.
‘Bebahagialah anda dengan apa yang anda miliki dengan rasa Qana’ah dan puas atas apa yang diberikan oleh Allah kepada anda. Tinggalkanlah angan-angan kosong yang tidak sesuai dengan jerih-payah atau kemampuan anda’
‘Jika anda melakukan berbagai kekeliruan pada masa lalu jadikanlah hal itu sebagai pelajaran kemudian jangan anda ulangi lagi sesudah mengambil pelajaran darinya.’
‘-Jangan bersedih-Dr.’Aidh bin Abdullah Al-Darni‘
Zalia tersenyum. Memang mutiara kata itu ada dibacanya dalam buku yang diberikan Mustakim. Dan sekarang kata-kata itu bagaikan disampaikan terus padanya seolah-olah lelaki itu sedang menasihatinya pula.
Zalia menekan punat ‘like’ di status Mustakim.
SEBAIK sahaja Zalia menyelesaikan tugas-tugas penting di pejabat, dia membuka internet dan masuk ke laman facebook. Sejak dia bertemu semula dengan Mustakim dia merasakan setiap detik dia mahu membuka dinding facebooknya yang selama ini jarang sekali dimasukinya.
Walaupun dia dan Mustakim tidak pernah berchatting atau berbalas komen namun yang pasti, dia senang membaca apa saja yang ditulis Mustakim di statusnya. Terasa tenang dan seolah-olah Mustakim sedang menasihatinya. Adakalanya setiap bait yang ditulis Mustakim bagaikan seperti lelaki itu tahu benar apa yang sedang bermain dibenaknya.
Mungkin dia salah jika dia berfikir begitu. Mana mungkin setiap masa Mustakim sentiasa tahu apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang difikirkannya. Mungkin semuanya hanya kebetulan. Kebetulan yang sangat menyenangkan buat Zalia.
Kali ini Mustakin menulis tentang sebuah cerita cinta.
‘Seorang wanita dan seorang lelaki saling menyintai antara satu sama lain tetapi dalam masa yang sama mereka berdua sangat menyintai Allah s.w.t dan takut dengan kemurkaannya. Mereka masih muda dan masih menuntut ilmu dan mereka telah berjanji untuk berkahwin setelah tamat pengajian dan melupakan cinta mereka. Akhirnya, mereka berdua telah sepakat untuk berpisah dan hanya mengharapkan jodoh TUHAN agar menemukan mereka semula. Mereka percaya, jika takdir ALLAH menetapkan mereka akan menjadi suami isteri sejauh mana pun mereka terpisah, jodoh itu akan datang menemui mereka.
Maka terpisahlah mereka untuk beberapa tahun lamanya. Si teruna berada di barat dan si dara berada di timur. Akhirnya, mereka berdua berjaya menamatkan pelajaran masing-masing. Maka dengan itu, mereka berdua cuba mencari sesama sendiri yang sudah terpisah lamanya. Setahun, dua tahun, mereka masih belum diberi kesempatan oleh Allah untuk berhubungan. Akhirnya, masing-masing berasa hampa dan terus melupakan antara satu sama lain.
Satu hari, keluarga si lelaki telah mencadangkan kepada anaknya untuk menikahi gadis yang dipilih oleh keluarga. Si lelaki bersetuju setelah dia berputus asa untuk mencari kekasihnya semula. Maka keluarga si lelaki bersiap-siap melakukan majlis pernikahan untuk anak dan menantunya. Usai segalanya selesai, maka si lelaki itu pun sahlah menjadi suami kepada gadis yang dipilih keluarganya.
Alangkah terkejutnya si lelaki apabila pertama kali menatap wajah si isteri. Rupa-rupanya wanita yang dinikahinya adalah kekasihnya dulu! Sungguh, kuasa ALLAH amat besar. Hanya DIA YANG MAHA MENGETAHUI apa yang telah dirancangkan untuk kita. Beruntunglah orang-orang yang sentiasa mengharapkan cinta DARINYA.’
Mustakim memang percaya dengan jodoh yang datang sendiri. Itulah yang dirasakannya. Tapi itu bukan bermakna dia menangkis kepercayaan Mustakim. Tetapi adakalanya cerita-cerita Mustakim tentang jodoh sukar untuk mencapai akal realistiknya.
Kalau zaman dulu di mana jodoh ditentukan oleh keluarga memang itu semua boleh diterima akal. Tetapi di tidak di zaman sekarang. Mungkin juga Mustakim mahukan jodoh yang ditentukan keluarganya, barangkali.
Walaupun ada sedikit perbezaan pendapat tetapi Zalia masih juga menekan punat ‘like’ pada status Mustakim. Zalia masuk semula ke profilenya lalu menulis,
‘realistiknya sesuatu pada orang tidak bermakna realistik pada diri sendiri. Walau cuba memahami masih terasa keraguan. Tetapi rasa hormat dalam diri tidak pernah lentur walau sedikit. Kerana keistimewaan itu adalah keindahan yang layak untuk diberi.’
ZALIA melangkah ke tempat letak kereta. Jam sudah mengunjukkan angka enam petang.
“Zal!!!” Satu suara menegur seraya lengan tangannya ditarik.
“Hilmi!! Lepaslah!!” Zalia menarik semula tangannya.
“Zal…..please Zal. Jangan buat saya macam ni….”rayunya.
Zalia memicit-micit dahinya. Sungguh, dia tak tahu bagaimana caranya lagi untuk mengelak dari Hilmi. Sekilas matanya terancap pada buku ‘Jangan Bersedih-Jadilah wanita Paling Bahagia’ hadiah dari Mustakim yang di letakkan di tempat duduk sebelah di dalam keretanya. Teringat semula dia pada malam reunion dahulu. Buku itu memang sering di bawanya bersama walau di mana kaki melangkah.
Zalia menarik nafasnya lalu menghembusnya perlahan. Tiba-tiba datang satu idea dalam benaknya.
“Awak percaya pada Tuhan?” Tanya Zalia.
Hilmi tercengang sekejap sebelum menganggukkan wajahnya.
“Kalau awak percaya pada Tuhan, tentu awak percaya jodoh pertemuan, ajal dan maut di tanyanNYA, kan?” Tanya Zalia lagi dan sekali lagi Hilmi mengangguk tapi dengan wajah yang penuh kerutan.
“Kalau macam tu….awak dengar apa baik-baik apa yang saya nak kata!” tegasnya. “Ini bukan tentang Zana atau tentang status awak yang dah berkahwin. Begini, saya akan terima awak kalau memang itu jodoh. Saya tak kisah tentang status awak atau saya terpaksa bermadu. Saya akan terima awak dengan ikhlas kalau benar itu adalah jodoh yang ditetapkan oleh ALLAH.”
“Jadi, awak terima saya?” Wajah Hilmi bercahaya.
“Tak! Bukan itu maksud saya. Awak pernah dengarkan pepatah melayu ada menyatakan ‘garam di laut asam di darat, dalam kuali bertemu jua?” Entah bagaimana kata-kata Mustakim itu pula digunakannya di saat ini.
Hilmi mengangguk.
“Jadi begini. Untuk tempoh setahun, saya mahu awak teruskan kehidupan awak sebagai seorang suami yang baik pada Zana. Untuk tempoh setahun kita tak perlu berjumpa atau berhubung. Awak dan saya percaya pada Allah,kan? Jadi, seandainya cukup tempoh setahun dan awak masih merasakan cinta pada saya awak datang jumpa saya dan kita akan bincangkan tentang masa depan kita. Insyaallah…..”
“tapi….”
“Buat masa ni saya tak nak fikirkan soal cinta. Dan saya dah bertekad saya tak mahu bercinta sebelum berkahwin…” ujar Zalia perlahan. Dia sendiri tak pasti mengapa prinsip Mustakim terbawa-bawa padanya kini walaupun dia sendiri merasakan prinsip Mustakim itu bagaikan tak masuk akal.
“kalau ada jodoh kita, biarlah kita bercinta selepas kita sah menjadi suami isteri,” ujar Zalia lagi.
“baiklah….”Akhirnya Hilmi bersetuju. “Setahun…..” Hilmi mengangguk-anggukkan kepala. “Kita jumpa setahun lagi.”
Lantas Hilmi berlalu meninggalkannya. Hilang sahaja kelibat Hilmi dari pandangannya dia menampar pipinya sendiri.
“Zalia….apa yang kau dah buat ni!!!” Dia memarahi dirinya sendiri. Bagaimana jika setahun berlalu dan Hilmi mencarinya semula? Argh…..tak mungkin dia mahu bermadu dan menghancurkan perasaan Zana.
Ya Allah…bukalah jalan untukku…
MALAM itu Zalia masuk ke laman facebook lagi. Dia membaca komen-komen tentang status yang ditulis tengahari tadi. Dia hanya tersenyum apabila ada teman-teman yang kurang memahami maksudnya. Rasanya dia tak perlu menerangkan semua itu pada mereka. Biarlah hanya dia yang mengetahui maksudnya sendiri.
Zalia masuk ke profile Mustakim.
‘Sesungguhnya….hanya ALLAH yang mengetahui setiap yang dirancangnya. Tiada seorang manusia pun yang mengetahui masa depannya. Maka, berserahlah segalanya pada Allah. Begitulah juga soalnya tentang jodoh. Terima kasih buat teman yang penuh keraguan tetapi masih menghormati tentang pendapat temannya yang lain. Insyaallah…..setiap persoalan akan terjawab.’
Ya Allah…..Mustakim memang misteri. Entah kenapa kali ini dia merasa sungguh yakin dengan firasatnya tentang Mustakim. Dia yakin kata-kata itu memang ditujukan Mustakim untuknya. Tiada seorang pun yang mengetahui maksud yang ditulis pada statusnya, tetapi Mustakim…….?
Satu lagi status yang ditulis Mustakim dibacanya,
‘sesungguhnya sesuatu keputusan dan perkara yang dilakukan dengan niat yang baik, Insyaallah akan mendapat bantuan darinya. Bertawakkal dan berdoalah agar keputusan dan setiap perkara yang dilakukan sentiasa dipermudahkan jalannya dan mendapat segala kebaikan untuk semua pihak.’
Memang Mustakim tidak menulis komen di statusnya begitu juga dengan dia. Tetapi setiap apa yang tertulis di dindingnya dan Mustakim bagaikan satu persoalan dan jawapan, bagaikan satu perbualan, bagaikan satu perdebatan. Bukan sekali perkara ini terjadi, sudah sering kali status yang di tulis mereka di dinding kelihatannya bersangkut paut.
Tapi yang lebih membuatkan insan yang bernama Mustakim ini menjadi misteri pada Zalia apabila setiap perkara yang ditulis Mustakim bagaikan lelaki itu mengetahui segala yang difikirkannya.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
SETAHUN kemudian…..
LAILY mencedok ais-krim cawan lalu menyuapkan di mulutnya. Dia melirik Zalia di sebelah yang lagi asyik menikmati cornetto coklat vanilla.
“Aku rasa kau ni dah terlupa sesuatulah,” kata-kata Laily membuatkan Zalia beralih memandangnya dengan kerutan diwajah.
“Lupa apa?”
“Kau dah lupakah yang tempoh setahun yang kau beri pada Hilmi akan tamat hari ni! Kalau esok dia cari kau balik, macam mana?” Tanya Laily.
Zalia diam seketika. Dia berfikir sebentar.
“Aku harap dia tak cari aku lagi!”
“macam mana kalau dia…….” Ayat Laily terhenti di situ. Membulat matanya memandang kelibat di depannya.
“Hilmi…..” Suara Laily bagaikan tersekat tetapi masih boleh didengari Zalia. Pantas Zalia berpaling memandang Hilmi di didepannya. Bagaikan magnet, Zalia terus berdiri tegak dan terpaku memandnag Hilmi. Ais-krim ditangannya jatuh ke lantai.
“Maaf kerana datang jumpa awak terlalu awal. Tempoh setahun masih ada baki satu hari,” ujar Hilmi. Zalia sudah beberapakali menelan air liurnya. Adakah Hilmi datang untuk menagih janjinya?
“Seperti yang awak mahu,kan. Saya datang semula kerana saya masih belum melupakan awak.”
Sekali lagi Zalia menelan air liurnya. Laily sudah tergamam di situ.
“terima kasih untuk keputusan awak untuk memberikan tempoh setahun agar saya menjadi suami yang baik pada Zana. Tempoh setahun sudah cukup untuk menyedarkan saya tentang tanggungjawab saya sebagai seorang suami dan yang paling penting……bila ketiadaan awak dunia saya menjadi begitu berlainan. Dalam dunia setahun ini, hanya yang ada saya dan Zana. Sehinggakan membuatkan setiap hari cinta saya pada Zana semakin bertambah dan akhirnya saya melupakan cinta saya pada awak. Tapi saya tak pernah melupakan awak Zalia!”
Hilmi semakin menghampiri.
“Kerana masih belum melupakan awak sebab itu saya datang sini untuk memberitahu tentang cinta saya. Zalia, cinta saya yang satu telah saya berikan untuk isteri saya. Walaupun saya tak pernah melupakan awak tapi saya dah terlupa tentang cinta awak. Saya harap, kita masih boleh berkawan baik…..”
Zalia tersenyum lalu memandang Laily yang turut tersenyum dengan kata-kata Hilmi.
“Kata orang, berkawan biar beribu bercinta biar satu!”
Hilmi tersenyum lalu berpaling dan memohon diri.
“Terima kasih Zal!” katanya lalu pergi meninggalkan mereka berdua.
“Alhamdulillah…….terima kasih Ya Allah…..” Zalia memanjatkan kesyukurannya.
PULANG saja ke rumah perkara pertama yang mahu dilakukan adalah ke laman facebook. Dia mahu berkongsi kegembiraannya dengan teman-teman facebook yang lain. Dia mahu beritahu tentang kebimbangannya sudah redah!
Tapi sebelum dia menulis tentang kegembiraannya dia terlebih dahulu membuka dinding Mustakim.
Tiada status baru yang diupdate oleh Mustakim. Tetapi dia tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan oleh seorang teman facebook Mustakim yang bertanya tentang khabar sekalian dengan jodoh Mustakim.
‘Assalamualaikum kawan….lama sungguh tak dengar berita. Apa khabar? Bila agaknya aku dapat mankan nasi minyak kau ni? Lama sungguh nak tunggu jodoh kau datang!’
Mustakim membalas di kolum komennya,
‘W’salam……Alhamdulillah……baik dalam semuanya. Jodohku akan datang tak lama lagi. Insyaallah….Allah akan mengurniakan seorang isteri yang baik untukku.’
Berkerut dahi Zalia dengan jawapan Mustakim. Apa maksud Mustakim? Apakah itu beerti Mustakim akan berkahwin? Tetapi jodohnya masih belum diketahui? Atau Mustakim menerima jodoh dari pilihan keluarganya?
Entah kenapa satu perasaan hampa dirasakan.
Zalia masuk ke dindingnya lalu menulis,
‘Kegembiraan datang bersama satu kehampaan. Tapi kegembiraan itu adalah untuk ketenanganku dan kehampaan itu…….menggusarkanku untuk sesuatu yang tidak ku pasti! Walau apa pun jika bahagia itu adalah untuk seseorang yang banyak mengajar ku dan untuk seseorang yang aku sangat hormati, aku akan melupakan kehampaan itu dan turut berbahagia untuknya.’
Setengah jam kemudian dia menerima satu pesanan di inboxnya. Dia membuka pesanan itu. Membulat matanya apabila pesanan itu datangnya dari Mustakim.
Jika saya mahu melamar kamu untuk menjadi teman dunia dan akhirat ku, adakah kamu sudi menikahiku?
Terkebil-kebil mata Zalia membaca pesanan Mustakim. Betulkah ini yang dihantar Mustakim? Mungkinkah dia tersilap menghantarnya?
Bercelaru seketika fikiran Zalia. Jika benar lamaran itu, tentu dia akan menjadi orang yang paling bahagia. Tapi bagaimana jika sebenarnya lelaki itu tersilap menghantar pesanan ke dalam inboxnya?
Kemudian Zalia terfikir sendiri. Bukankah menurut Mustakim jodoh itu datangnya dari Allah. Dan lelaki itu sangat mempercayai jodoh datang tanpa perlu bercinta. Jika benar jodohnya dengan Mustakim, tak perlu dia menjawab lamaran Mustakim. Tentu Allah akan membuka jalan pada mereka untuk bersama jika benar mereka ditakdirkan untuk bersama. Dan kerana itu Zalia membuat keputusan tidak akan membalas pesanan Mustakim.
TIGA minggu kemudian keluarga Zalia dikejutkan dengan kedatangan keluarga Mustakim yang membawa hajat untuk melamar Zalia. Dalam terkejut dan rasa tidak percaya Zalia menerima lamaran itu.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
ZALIA menyisir rambutnya yang panjang dan lurus. Sesekali matanya melirik pintu menunggu kehadiran lelaki yang baru saja melafazkan akad dan menerima dirinya sebagai isteri. Penantian itu berakhir apabila pintu kamarnya diketuk. Kelibat Mustakim muncul.
“Assalamualaikum….”sapanya.
Zalia yang sudah merah wajahnya membalas salam tanpa mengangkat wajahnya memandang Mustakim. Sejak malam barbecue dulu, inilah hari pertama mereka bertemu semula.
Mustakim duduk di birai katil dan terus memerhatikan Zalia yang duduk di depan cermin dan membelakanginya. Wajah zalia di dalam cermin di renungnya.
“Ada apa-apa yang isteri abang nak tanya?”
Wajah Zalia yang merah semakin merah apabila Mustakim membahasakan dirinya ‘abang’.
Memang, sesungguhnya Zalia punya banyak persoalan yang perlukan jawapannya. Bagaimana Mustakim boleh menghantar rombongan meminang walaupun Zalia tak pernah menyatakn persetujuannya. Tak takutkah lelaki itu jika pinangannya ditolak. Dan bagaimana Mustakim tiba-tiba saja melamarnya begitu saja.
“Nak dengar satu cerita?” Tanya Mustakim.
Zalia tersenyum sinis. Sesungguhnya dia memang menunggu cerita-cerita dari Mustakim.
“Nak!” Perkataan pertama Zalia.
“Ada seorang lelaki yang sebenarnya dah lama jatuh cinta dengan seorang gadis sejak dari zaman persekolahan lagi. Tapi dia berpegang pada prinsip yang dia takkan bercinta sebelum kahwin. Kerana itu dia melupakan cintanya pada gadis tu. Kemudian dia berkelana melanjutkan pelajarannya. Satu hari, teman-teman sekolah mengadakan reunion dan dia bertemu semula dengan gadis itu. Waktu tu gadis tu sudah ada teman tapi sayangnya temannya tu melukakan hatinya lalu lelaki itu bercerita tentang kepercayaannya dan prinsipnya. Tak disangka walaupun punya perbezaan pendapat dengan lelaki itu tetapi gadis itu masih juga melakukan seperti mana prinsip lelaki itu. Selepas kecundang dengan cintanya gadis itu tidak bercinta lagi. Dan dia hanya mengharapkan cinta itu datang selepas sah menjadi isteri.”
“macam tahu je cerita ni!” ujar Zalia. Pastinya Mustakim bercerita tentang mereka berdua. Mustakim tersenyum.
Zalia bangun lalu duduk di sebelah Mustakim.
“kalau tahu, tak payahlah abang sambung,” balas Mustakim.
“Tapi macam confuselah sikit. Lelaki tu cintakan perempuan tu dari zaman sekolah?”
Mustakim mengangguk. Terpaku Zalia sekejap. Maknanya, sudah terlalu lama Mustakim menyintainya, sejak dari zama persekolahan. Ada rasa bahagia dalam dirinya.
“Tapi,kan macam mana abang tahu yang Zalia tak pernah bercinta lagi lepas Hilmi?” Tanya Zalia. Seperti biasa Mustakim hanya tersenyum.
“Macam mana abang boleh pinang Zalia walaupun Zalia tak beritahu pun persetujuan Zalia?”
Mustakim mencapai jari jemari Zalia.
“Mungkin sebab memang dah jodoh kita sebab tu semua telahan abang pada Lia betul!” ujar Mustakim. Zalia hanya tersenyum bila Mustakim memanggilnya dengan panggilan Lia. Terasa romantiklah pula!
“Lia ingat tak lagi kisah seorang pemuda dan lima gadis yang abang ceritakan dulu?”
Zalia mengangguk.
“Cerita tu ada kena mengena dengan abang ke?” berkerut dahi Zalia.
“Tak…..Cerita tu memang abang baca di internet.”
“Habis tu kenapa bila Lia Tanya siapa yang dipilih lelaki tu, abang jawab lelaki tu akan pilih seperti mana yang Lia mahukan?”
Mustakim tersenyum apabila Zalia mambahasakan dirinya ‘Lia’. Satu cubitan singgah di hidung Zalia.
“Sebenarnya, sengaja abang kata macam tu. Kalau dalam cerita asal pun memang pemuda tu akan pilih gadis yang kelima. Dan abang Cuma mencontohinya saja.”
“Itu yang buat Lia confuse dengan abang. Kalau macam tu, tentu abang juga akan pilih orang yang menghormati abang,kan? Jadi…..”
“Abang pilih Lia sebab Lia menghormati abang!” ujar Mustakim dan memotong percakapan Zalia.
Zalia hanya tersenyum. Rasanya, dia perlu lebih menyiapkan dirinya untuk menerima jawapan yang soalannya belum sempat ditanya.
“Mana abang tahu?”
“Hmmmm…..” Mustakim menggosok dagunya yang berambut itu.
“Dari kata-kata Lia……Setiap apa yang Lia tulis dalam status Lia di Facebook, semakin lama abang semakin yakin yang Lia adalah pilihan terbaik untuk abang.”
Mustakim mencapai jari jemari Zalia dan mengelusnya lembut.
“Inilah cinta yang abang dambakan selama ini. Percintaan selepas pernikahan.”
“Begitu juga dengan Lia!” Mustakim hanya tersenyum.
“Dan sekarang, boleh tak kita mulakan percintaan kita?” Tanya Mustakim. Zalia tersenyum malu lalu mengangguk.
“Kita mulakan cinta kita dengan doa.” ujar Mustakim lalu menadah tangannya begitu juga dengan Zalia.
“Bismillahirrahmanirrahim……………………….”
wow!!! mmg terbaiklah. bercinta lps kahwin lebih berkat. ;D
ReplyDeleteBest... I like...
ReplyDelete^________^
best..:)
ReplyDeleteWah, mmg terbaek lah.
ReplyDeleteSuka sgt..:)
best best best...tq PSB
ReplyDeletewah....best sgt...suke ngn cite ni...i like ♥♥♥
ReplyDeleteCter nie menarik sgt...beri bnyk pengajaran...like2
ReplyDelete