Zalia memandang gaun labuh bewarna kuning oren yang tergantung di pintu almariku. Dia membelek-belek kainnya. Gaun itu kemudiannya diambil dan dilayangkan ke tubuhnya sambil melihat cermin. Ke kiri ke kanan dia berposing untuk memastikan gaun malam itu benar-benar sesuai untuknya.
Eeiiii…..tak sabar rasanya untuk menghadiri majlis makan malam untuk bekas-bekas pelajar Sekolah Bukit Tinggi Raya. Majlis makan malam yang dianjurkan ini lebih kurang macam reunion juga tapi terbuka untuk semua batch tak kira tahun apa pun.
Wah…..mesti happening punyalah. Bukan rakan-rakan sebatch saja yang akan datang malah senior dan junior pun ada. Bila lagi kalau tak masa nilah nak bermesra semula dengan teman-teman lama. Lebih-lebih lagi rindu di hati untuk memanjat kembali anak-anak tangga sekolah atas bukit ni. Memang terujalah sangat.
Memandangkan Zalia dan Laily antara kawan-kawan sebatch yang masih belum mendirikan rumahtangga maka mereka berdua diminta untuk menjadi wakil bagi batch tahun 2005. Dengan senang hati meneka menerima pelawaan itu. Untuk batch mereka, lebih kurang lima belas orang yang akan hadir. Kawan-kawan lain pula tak dapat hadir. Maklumlah masing-masing sudah punya komitment sendiri. Ada yang masih melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ada pula yang sudah bermaustatin di luar negara dan terikat dengan keluarga.
Walaupun cuma lima belas orang sahaja termasuk Zalia dan Laily , tetapi bilangan batch lain masih ramai yang akan hadir. Bayangkanlah bagaimana ramainya yang akan hadir bila semua batch digabungkan?
Zalia bersiap-siap mengenakan jeans dan T-shirt setelah mendapat panggilan dari Laily yang dia akan tiba dalam masa beberapa minit lagi ke rumah. Petang ini mereka akan menghadiri mesyuarat bagi setiap wakil batch.
Lebih kurang setengah jam lepas tu, Laily tiba dan mereka bersama-sama menuju ke astaka Taman Setia yang berdekatan dengan Sekolah Bukit Tinggi Raya.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
USAI mesyuarat selesai mereka berdua berjalan-jalan di tepi pantai. Sudah lama mereka tidak membuang masa begitu. Dulu ketika zaman persekolah, jika ada kelapangan dan tiada aktiviti kelab, mereka berdua suka sekali berjalan-jalan di tepi pantai begini sambil membawa snek dan minuman.
“Seronokkan mereka yang dah ada keluarga. Boleh bawa satu family masing-masing tapi bayarannya tetap sama dengan kita-kita yang solo ni,” ujar Laily.
“Itulah namanya rezeki. Tulah tak nak kahwin cepat-cepat. Kalau kau kahwin dah boleh bawa family sendiri. Time tu aku pulak nanti kata…..’Untungnya Laily dah kahwin, boleh bawa family tapi bayaran dia sama jugak…..’”
Laily terus menepuk kuat bahu Zalia. Zalia ketawa bila Laily mengherotkan muncungnya. Muncung yang herot itulah trademark Laily sedari zaman persekolahan. Siapa sangka, muncung yang herot tu jugalah bisa menawan hati Zakuan, lelaki idaman ramai pelajar perempuan satu ketika dulu. Alhamdulillah……hubungan mereka berdua masih rapat sehingga di saat ini.
“Apasallah kita yang solo ni tak dibenarkan bawa boyfriend?” Laily bertanya lagi. Zalia memandang Laily lalu mencubitnya geram. Laily menjerit, pura-pura sakit.
“Kau dengan Zakuan,kan boleh datang sekali. Aku ni hah yang tak boleh bawa Hilmy!” ujar Zalia. Memang benar. Zakuan juga bekas pelajar Sekolah Bukit Tinggi Raya. Jadi sudah tentulah dia juga akan hadir bersama Laily. Berlainan pula dengan Hilmy, teman Zalia. Hilmy bukan pelajar sekolah yang sama.
“Ops…..aku lupalah…..” Tersengih-sengih Laily memandang Zalia. Zalia menjeling. Memang dia teringin sangat nak hadir bersama Hilmy. Tapi apa boleh buat, wakil-wakil lain tidak bersetuju. Mungkin suatu hari nanti……..Zalia tersenyum sendiri.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Zalia berpusing-pusing melihat cermin. Jeans biru di kenakannya bersama blouse pink dan tudung Syria yang juga berwarna pink lembut.
Asalnya rancangan mereka hanyalah untuk menyediakan jamuan makan malam di dewan berdekatan namun kerana sebab-sebab tertentu, akhirnya jamuan makan malam itu ditukar dengan malam barbecue di Pantai Batu Feringghi.
Jadi, gaun kuning yang dah dibeli Zalia hanya tergantung di almari. Walaupun ada rasa kesal tak dapat mengenakan gaun itu tetapi dia masih gembira. Hatinya sudah tak sabar untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama dan juga kawan-kawan yang belum pernah dikenali sebelum ini.
Bergegas dia menuruni anak tangga. Laily dan Zakuan sudah sedia menantinya di depan rumah. Usai bersalam dengan orang tuanya pantas dia meloloskan di di belakang kereta. Seperti biasa, Laily akan duduk di depan bersama Zakuan.
“Wah…….!!! Bukan main ek korang…….sejolilah konon!!” sindir Zalia apabila melihat pakaian mereka yang sedondon bewarna hijau lumut.
“Oh…..mesti!!!” balas Laily dengan sengihannya. Zakuan hanya tersenyum. “Kau mesti jeleskan sebab tak boleh bawa Hilmy….” Guran Laily sekadar mengusik.
“Tak de maknanya!!!” Zalia menjeling.
“Tak pe esok kitorang dah kahwin bolehlah kitorang pergi function sama-sama,” ujar Zalia perlahan sekadar bercakap dengan dirinya sendiri.
“Apa?” Tanya Laily apabila mendengar suara berbisik Zalia.
“Tak de apa!! Sibuk jelah kau ni!!”
Zakuan tersengih-sengih dengan tingkah mereka. Mereka berdua kalau bergurau memang kasar. Macam orang nak cari gaduh je. Dari zaman persekolahan sampai sekarang, macam tulah mereka bergurau. Zakuan menggelengkan kepalanya.
Sampai di sana mereka melihat wakil-wakil dari batch masing-masing sudah pun tiba. Mereka bertiga turut membantu menyiapkan segala kelengkapan. Usai selesai semuanya Zalia dan Laily singgah ke tandas.
Dia mengelap wajahnya yang sudah dibasahi peluh dan berminyak. Kalau dia tahu begini, sudah pasti dia hanya akan mengenakan T-shirt dulu sebelum malam barbecue bermula.
“Kalau aku tahu nak berpeluh macam ni, aku pakai T-shirt biasa dulu!” rungut Zalia.
“A’ah yelah……apasal kita tak fikir awal-awal ek.” Laily bersetuju. “Tapi tak pe, sembur je perfume banyak-banyak!” ujarnya seraya mengeluarkan perfume dari beg tangan dan menyembuh seluruh badannya.
“Eei……!! Jangan banyak-banyak aku tak suka!” Zalia mengibas-ngibas tubuhnya apabila Laily menyembur badannya dengan perfume yang dibawa.
SAMBUTAN agak memberangsangkan. Hampir tujuh puluh orang yang menghadiri. Memang pada asalnya mereka mensasarkan lebih ramai bekas pelajar yang akan hadir memandangkan ini adalah open reunion. Walaupun cuma tujuh puluh orang, suasananya tetap meriah. Tambah-tambah pula ada sesetengahnya ada yang hadir bersama anak-anak kecil. Bertambahlah kemeriahannya.
“Okey….minta perhatian!” Abang Zahidi, salah seorang penganjur dan dilantik menjadi emcee pada malam itu berdiri di depan mikrofon.
“Sekarang tiba saat kita memanggil setiap wakil dari setiap batch. Wakil-wakil yang terpilih adalah mereka yang telah berjaya dalam hidup mereka. Ada sesetangahnya menjadi lawyer, pensyarah, businessman dan ramai lagi. Malam ni, kita ada lebih kurang dua belas wakil dari setiap batch dan dari pelbagai bidang. Wakil pertama yang akan kita panggil adalah dari batch tahun 1995 iaitu Encik Ariff yang kini bergelar usahawan dan mempunyai perniagaannya sendiri. Dipersilakan Encik Ariff untuk menceritakan pengalaman dan bagaimana beliau boleh berada di tahap begini.”
Bergemalah tepukan dari seluruh yang hadir.
Laily hanya tersenyum. Wakil dari batch pertama tidak dikenali. Maklumlah ketika itu dia sendiri belum melangkah ke sekolah menengah. Dia melirik sekilas di langit. Alhamdulillah ada bulan dan bintang-bintang. Maknanya malam ini tidak akan hujan. Syukurlah……Kalau tidak di mana agaknya mereka nak menyorokkan diri bila hujan melimpah ke bumi?
“Eh….kau ingat lagi tak Zana?” Tanya Laily.
“Zana? Ratu sekolah dulu tu ke?” Tanya Zalia cuba mengimbas kembali Syazana yang menang tiga kali berturut-turut dalam pertandingan ratu sekolah dahulu.
“A’ah…..ratu sekolah. Junior kita dulu. Dengar kata dia sekarang ni dah kahwin,” ujar Laily. “Muda lagi dah kahwin….”
“Dah jodoh nak buat macam mana. Kalau dah sampai seru biarlah dia nak kahwin.”
“Aku dengar dia pun datang reunion ni. Tapi tak nampak bayang pun,” ujar Zakuan sambil matanya meliar ke hulu hilir.
“Amboi…..amboi…..cari nampak? Ada yang nak kena ni!” Laily mula mencekak pinggang.
“Aik, takkan tu pun nak jeles. Dia dah kahwin kan?” Zakuan menggelengkan kepala.
Zalia sudah tertawa kecil melihat keduanya. Adakalanya dia terasa segan juga berada di antara Zakuan dan Laily. Bukannya apa, dia terasa seperti dia mengganggu mereka.
“Korang boraklah dulu. Aku nak pergi tengok-tengok kejap. Mana tahu ada makanan yang dah habis…..” Zalia meninggalkan mereka berdua.
Dia melangkah ke meja makanan tambahan dan melihat-lihat jika ada kuih-kuih yang perlu untuk ditambah. Nampaknya hidangan tambahan masih penuh dan kurang mendapat sambutan. Mungkin kerana masing-masing lebih berminat dengan sajian utama. Walaupun terpaksa menunggu dan beratur untuk mengambil sate, ayam, bakar, udang bakar, daging bakar tetapi hidangan itu tetap menjadi pilihan.
“Kak Zalia!!” satu suara menerpanya dari belakang. Pantas Zalia menoleh.
“Zana!!” Akhirnya, Zana bekas ratu sekolah muncul juga.
Dia berpelukan dengan Zana sebentar.
“Zana datang dengan siapa ni? Tak ajak suami?” Tanya Zalia sambil memerhatikan Zana yang agak berisi sedikit dari dulu.
“Ni Zana datang dengan suamilah ni. Nasiblah jumpa kak Zalia. Ramai yang Zana tak kenal! Kawan-kawan pun tak nampak batang hidung.”
“Datang berdua saja ke? Mana suami Zana?”
“Datang berdua je, kak. Anak tak de lagi. Dah dua tahun kahwin tapi tak de anak. Suami Zana pergi cari parking. Parking penuh. Sebab tu dia tinggal Zana turun sorang-sorang dulu. Kejap lagi dia datanglah.”
“Tak pe. Belum ada rezeki. Insyaalah….ada…” ujar Zalia klise. Mana-mana orang pun akan berkata demikian.
“Hah…..tu pun suami Zana…” Zana melihat suaminya yang sedang meliar mencarinya. “Tak pelah, kak. Zana pergi dulu ye….”
Zalia mengangguk tetapi matanya terus memerhatikan langkah Zana. Teringin juga dia nak melihat wajah lelaki yang telah berjaya merebut ratu sekolah ni.
Sampai sahaja di depan seorang lelaki yang sedang terlindung wajahnya dengan orang ramai, Zana menghentikan langkahnya. Zalia terus memerhati.
Kelihatannya Zana sedang bercakap sesuatu dengan suaminya lalu menunjuk ke arahnya. Pantas wajah suami Zana yang terlindung berpusing memandang Zalia.
Beberapa saat mata mereka bertaut. Tergamam kedua-duanya dengan pertemuan yang tidak disangka. Lantas Zalia terasa matanya mula panas.
“Hilmi…..” dadanya terasa sesak.
Zana menarik tangan Hilmi dan membawanya ke depan Zalia.
“Kak, inilah suami Zana, Hilmi….” Dada Zalia semakin sesak. Sedaya upaya dia mengukirkan senyuman dan menundukkan sedikit wajahnya pada Hilmi dan berpura-pura tidak mengenalinya. Hilmi juga berkelakuan seolah-olah tidak mengenalinya, sampainya hati….
“Abang, ini kakak senior Zana, Zalia….” Dia memperkenalkan Zalia pada Hilmi pula.
“Zana bawalah suami Zana pergi makan dulu,,,,” ujar Zalia. Dia tak mahu berada lebih lama di situ.
Dia berjalan pergi sambil menahan airmatanya yang hampir gugur. Meliar matanya mencari Laily dan Zakuan.
“Sekarang saya persilakan wakil dari batch tahun 1999 iaitu cik Mazlina!!” Kedengaran suara emcee memecah kemeriahan dan disusuli dengan tepukan.
Zalia merasakan airmata yang ditahan semakin sukar untuk di kawal, lantas dia meninggalkan majlis dan terus ke persisiran pantai. Dia berpaling semula ke belakang untuk memerhatikan tempat yang dia berdiri sekarang agak tersorok dari pandangan orang.
Setelah yakin orang tidak akan melihatnya lantas airmata yang ditahan Zalia terus berderu mengalir dipipi. Esakannya cuba ditahan agar tidak kedengaran. Dia terduduk di atas batu.
Hilmi….sampainya hati kau mempermainkan perasaan ini. Aku tidak menyangka sama sekali hati ini akan terluka keranamu….Aku tidak menyangka selama ini aku bermain api dengan suami orang….Aku tidak menyangka…..Kerana kau kelihatannya begitu jujur….Kau kelihatan sempurna….Kau sentiasa menunjukkan yang aku adalah segalanya buatmu….tapi semuanya hanyalah satu kepura-puraan…..sampai hati kau Hilmi!!!
Bisikan hatinya terus-menerus mencurahkan segala kekecewaan.
“Assalamualaikum……” Satu suara garau menyapa kesunyian zalia.
Cepat-cepat zalia menyapu airmatanya sebelum berpaling kebelakang.
“Waalaikumsalam….” Zalia menjawap. Lelaki yang berjeans biru dan berT-shirt putih di depannya dipandang. Lelaki itu agak-agak botak ala-ala Mawi dan sedikit berjambang dari dagunya terus ke side bearn.
Siapa lelaki di depannya? Dia langsung tak mengenali lelaki itu. Tiba-tiba ketakutan mula hadir dalam diri Zalia. Dia mahu melangkah pergi dari situ.
“Hati yang gusar tak sepatutnya dibawa dalam khayalak sehingga benar-benar bersedia!” Lelaki itu bersuara sehingga membuatkan langkah Zalia terhenti.
Zalia berpaling seketika. Dia memang tidak suka jika ada orang asing yang tidak dikenali tiba-tiba mencampuri urusan peribadinya. Dia ingin membalas kata-kata lelaki itu tetapi tiada gunanya. Ada baiknya dia pergi dari situ.
“menangis adalah pengubat hati yang luka!” lelaki itu bersuara lagi.
Zalia berpaling semula. Lama dia menatap lelaki itu dalam kelam. Dia cuba pastikan lagi, adakah benar dia tidak mengenali lelaki ini?
“Maaflah kalau saya mengganggu. Saya nampak awak tadi berjalan keluar dari majlis seorang diri. Kenapa tak minta kawan awak temankan? Awak datang bertiga,kan?”
Siapa dia? Kalau dia tahu tentang itu semua sudah tentu dia juga salah seorang yang hadir untuk reunion.
“JIka menangis adalah pengubat hati yang duka mengapa awak menggangu saya?” Tanya Zalia.
Lelaki itu tersenyum.
“Entah….mungkin sekadar mahu berkongsi duka,” ujarnya selamba dan tenang. “Atau mungkin juga saya tak nak awak seorang diri di sini.”
“Saya mahu bersendiri saat ni. Kalau awak pun ada di sini, ditengah-tengah kita ada ‘orang’ lain yang sedang berbisik,” ujar zalia.
Lelaki itu tersenyum dan terus tersenyum. Dia tahu benar apa maksud Zalia.
“Awak jangan risau. Di sini memang kita berdua. Tapi tengok tu….” Dia menunjukkan di belakang tidak jauh dari tempat mereka berada.
Kelihatan beberapa buah keluarga dari majlis juga turun ke pantai.
Zalia menghambuskan nafasnya. Jika benar lelaki itu adalah salah seorang yang hadir untuk reunion, apa salahnya dia berbaik dengannya. Zalia duduk di batu itu kembali.
Lelaki itu menyandarkan tubuhnya di batu besar yang berdekatan dengan Zalia.
“Saya tak tahu apa yang membuatkan awak sedih. Tapi kenapa di tengah-tengah kemeriahan ni?” Tanya lelaki itu lagi.
Zalia memicit-mict kepalanya. Takkanlah dia nak beritahu yang dia baru saja tahu buah hatinya adalah suami orang dan kini berada di depannya bersama isterinya?
“Terima kasih atas kesudian awak temankan saya,” ujar Zalia sekadar menyedapkan bahasa. “Tapi…..”
“Tentu berita tu awak baru dapat,kan?” lelaki itu menyampuk sebelum Zalia menghabiskan bicaranya.
“Awak…….” Zalia bersuara lagi.
“maaf, saya bukan nak kecoh urusan awak. Tapi nak dengar satu cerita tak?” Tanya lelaki itu.
Zalia diam seketika. Ya…lebih baik dia mendengar cerita lelaki itu daripada dia yang perlu bercerita.
“Yeah….boleh juga.” Zalia mengangguk.
“Ada seorang wanita yang menyintai seorang lelaki dalam diam. Kebetulan, lelaki itu ada ramai peminat wanita. Jadi wanita itu merasa malu untuk meluahkan perasaannya kerana dia merasakan dia tak layak untuk lelaki itu. Tapi wanita ini terus memendam perasaan sehingga akhirnya dia jatuh sakit.”
“sampai macam tu sekali?” Tanya Zalia.
“Hmmm…..Inilah jadinya kalau perasaan tidak di kawal.”
“Lepas tu?” Zalia semakin asyik dengan cerita yang dibawa.
“Wanita itu mempunyai seorang sahabat. Kerana tak tahan melihat penderitaannya, jadi sahabatnya berjumpa dengan lelaki itu dan memberitahu tentang perasaan wanita itu. Tapi sayangnya, lelaki itu tak mahu menerima cinta wanita tu. Sahabat wanita tu tetap cuba memujuknya sedaya upaya agar menerima cinta wanita itu tetapi tetap ditolak.”
“Akhirnya, sahabatnya putus asa. Tak ada gunanya terus mendesak jika hati tak punya cinta. Lalu dia kembali pada wanita itu. Memang dia tak sampai hati nak beritahu tentang penolakan lelaki itu lalu dia berkata sesuatu yang akhirnya menyedarkan wanita itu dari kelalaiannya. Alhamdulillah….sekarang ni wanita itu dah kembali sihat dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.”
“Apa yang dikatakan oleh sahabatnya?” Zalia tertanya-tanya sehingga membuatkan lelaki itu tersenyum lagi.
“Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan TUHAN. Ramai yang tahu tentang hakikat itu dan ramai yang sering mengungkapkan kata-kata itu. Ramai yang menjadikan kata-kata itu sebagai nasihat untuk yang lain tapi yang peliknya mengapa kata-kata itu tidak dijadikan nasihat untuk diri sendiri?”
Zalia terpana seketika. Kata-kata itu bagaikan terkena batang hidungnya sendiri.
“Itu kata-kata klise yang sering diulang-ulang,kan?” Tanya lelaki itu.
Zalia mengangguk menyetujuinya.
“Tapi mungkin kerana terlalu cinta kita selalu lupa….” Ujar Zalia perlahan.
“Cinta? Apa perlunya cinta? Misalnya, awak bercinta dengan seseorang. Adakah awak pasti dengan orang itu yang awak akan habiskan hayat awak dan akan menemaninya di syurga kelak?”
Zalia terpana seketika.
“Mana tahu lelaki itu akan menghancurkan hati awak,” lelaki itu berkata lagi. “Awak tentu pernah dengar pepatah ada mengatakan, garam di laut asam di darat dalam periuk bertemu juga.”
Zalia mengangguk.
“Jadi apa perlunya cinta?”
“Tapi kalau kita tak bercinta macam mana kita nak tahu jodoh kita?” Zalia bertanya tetapi seketika dia terdiam. Kenapalah dia bertanya soalan begini?
Lelaki itu ketawa kecil.
“Jodoh kita? Hahaha…..tak pelah, esok saya pinangkan awak adalah jodoh kita…” gurau lelaki itu.
Zalia mencebik. Main-main pulak lelaki di depannya.
“jangan marah saya bergurau je,” ujar lelaki itu. “Itulah…..awak sendiri mengaku yang awak selalu dengar tentang jodoh pertemuan, ajal maut di tangan TUHAN. Nah…..sekarang awak bertanya pula bagaimana nak tahu jodoh kalau tak bercinta.”
“Cik adik……Kalau bercinta pun belum tentu dengan orang tu yang awak akan bertemu jodoh. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah memohon padaNYA agar memberikan jodoh yang terbaik untuk kita.”
Siapa lelaki ini? Hanya dengan berbicara santai dengannya, hatinya yang terluka terasa kurang pedihnya.
“Jadi awak tak pernah bercinta?” Tanya Zalia.
Lelaki itu tersenyum. Lelaki di depannya ini memang suka tersenyum. Taklah nampak terlalu serius walaupun berjanggut dan botak.
“Pernah….dulu….”
“Sekarang?” Tanya Zalia.
Lelaki itu diam. Agak lama juga dia membisu. Mungkin memikirkan kata-kata yang sesuai.
“Kalau perempuan, mungkin tak bercinta tak mengapa. Kerana perempuan akan dipinang. Tapi kalau lelaki tak bercinta, bagaimana pula nak tahu wanita mana yang harus dipinang?” Zalia memberi soalan cepu emas.
Lelaki itu tersenyum lagi. Kali ini lebih manis senyumannya. Mungkin kerana soalan Zalia itu agaknya.
“Hanya Allah yang tahu. Insyaallah….dia akan memberikan yang terbaik.”
Zalia berfikir sekejap.
“Tapi….macam mana…..”
“Kan saya dah cakap hanya Allah saja yang tahu.” Lelaki itu memotong lagi percakapan zalia seolah-olah dia tahu apa yang akan dikatakan Zalia.
Zalia hanya tersenyum. Lelaki di depannya ini memang misteri. Lebih misteri dari misteri nusantara. Tapi dia kelihatan santai dan tenang.
“Awak dah tersenyum…..” ujar lelaki itu.
Zalia terpanah. Dia tersenyum? Sebenarnya dia sendiri tak perasan yang dia sedang tersenyum.
“Tentu hati awak dah tenang, kan?” Tanya lelaki itu.
“Ya…dah kurang sikit. Terima kasih.”
“sama-sama. Kalau awak dah okey, jom kita kembali ke majlis,” ajak lelaki itu.
“Zalia!!!” kedengaran suara Laily menjerit namanya.
“Wei!!! Aku di sini!!” Zalia melambai pada Laily. Laily berlari mendapatkan Zalia. Seketika sorotan matanya jatuh pada lelaki di sebelah Zalia.
“Siapa tu?” Laily berbisik.
“Entah!” jawab Zalia.
“Entah?” Laily mengerutkan keningnya. Berdua-duaan dengan lelaki itu tetapi Zalia tidak tahu siapa?
Lelaki itu hanya tersenyum.
“Tak mengapalah. Kawan awak pun dah sampai. Biar saya pergi dulu. Assalamualaikum…..” Lelaki itu berlalu pergi.
“Wei…..takkan tak kenal kot?”
“Betullah….memang aku tak kenal!” tegas Zalia.
“Eh, sudahlah. Jom, Kak Azie cari kau tu! Kau senang-senang je lepak kat sini dengan mamat janggut tu!”
“Ish….apa kau ni!!” Zalia menepuk bahu Laily. Laily ketawa kecil.
“Dah…..jom!!!”
No comments:
Post a Comment